Jumaat, 21 September 2007

Susu Oh Susu

Kemarin, ayah adam mengamuk setelah mendapat tahu yang ibu adam telah memberhentikan penyusuan adam. Dengan alasan adam tidak mahu menetek, maka pengambilan ubat juga diberhentikan. Ibu adam memaklumkan kalau susu keluar dan adam tidak mahu menetek maka risiko kena barah payu dara adalah tinggi. Ayah adam tidak dapat menerima alasan ini. Susu badan dari ibu adam amat penting kerana ini akan mempengaruhi masa depan adam. Adam perlu minum susu badan ibu adam sebanyak 5 kali kenyang. Bererti sekiranya adam tidak mahu menetek for what ever reason, still adam kena minum susu badan walaupun dengan botol susu.

Impak amat besar sekiranya adam tidak meminum susu badan ibu adam. Setelah adam baligh, Adam dikira sebagai ajnabi. Tiada apa apa hubungan dengan ibu adam. Ini akam menyebabkan adam tidak boleh menyentuh dan memeluk ibu adam. begitu juga dengan ibu adam. Terdapat batas hukum yang jelas. Untuk menghalalkan hubungan adam dengan ibu adam, selagi adam dibawah 2 tahun, adam perlu meminum susu badan ibu adam sebanyak 5 kali kenyang. Ini akan menjadikan adam sebagai anak susuan. Dan dengan itu adam boleh menyentuh dan memeluk ibu susuannya.

Sekiranya ini tidak berlaku, ayah adam tidak mempunyai pilihan. Sama ada menghalau adam keluar dari rumah atau melepaskan ibu adam secara baik dan secara jujur dan ikhlas ayah adam tidak mampu untuk membuat keputusan berikut. Tak sanggup nak memilih antara adam dengan ibu adam. Tapi itu yang akan berlaku. Ini soal hukum agama. Bukan satu isu yang remeh temeh. Itu sebabnya ayah adam terlalu marah dengan ibu adam.

Semalam ayah adam menerima beberapa sms dari ibu adam menyatakan bahawa ibu adam telah mendapatkan khidmat nasihat dari Sister Marjina. Menurut Sister Marjina, adam perlu dijauhkan dari menggunakan botol susu. Sekiranya adam nak minum, susu perlu diberi menggunakan sudu.

Malam tadi setelah pulang ke rumah, ibu adam cuba memaksa adam menetek namun adam mengamuk dan menolak. Mana taknya adam dah biasa dengan puting getah tetiba nak dibagi puting asli. Selain itu puting getah tidak mempunyai bau tetapi puting asli mempunyai bau yang tersendiri. Ketika suasana agak tegang dan kelihatan ibu adam telah pun meletakkan adam di atas tilam, ayah adam rasa perlu masuk campur.

Ayah adam memangku adam. Dengan penuh kasih sayang dan doa serta pengharapan kepada Allah swt, ayah adam memujuk adam untuk menetek. Pada mulanya adam tetap menolak namun setelah dipujuk dan dipujuk akhirnya, adam mula menetek kembali dan pagi tadi sebelum dihantar ke taska, sekali lagi adam menetek. Lega dan rasa syukur pada Allah swt. Adam menetek tanpa sebarang menolakkan. Lepas ini ayah adam akan cuba hentikan penggunaan botol susu untuk adam. Adam akan hanya menggunakan botol susu di Taska sahaja. Di rumah sekiranya ada ibu adam, maka adam mesti menetek susu badan dan sekiranya ibu adam tiada di rumah maka ayah adam akan gunakan what ever mean yang ada untuk memberikan susu pada adam. Masa masih ada lebih kurang 20 bulan namun usaha perlu tetap dilaksanakan.

0 comments:

Catat Ulasan