Selasa, 4 September 2007

Catatan Pagi Selasa

Dah pukul 3 pagi, Adam baru sahaja melelapkan mata. Tadi pukul 9.00 pm, Adam tidur hingga pukul 1.30 am. Menangis minta susu. Lepas minum, ingatkan nak tidur kembali tapi sebaliknya, nak bermain. So layan adam seketika sementara ibu adam mengosok baju. Lepas tu ayah adam mula menyambung tugas yang tak habis dipejabat. Dengan notebook usang ayah adam mengakses email, mula membalas dan menghantar email kepada vendor. Batuk Adam masih lagi kedengaran. So terpaksa bagi adam minum ubat batuk. Kali ini kami bancuh dengan susu. So tak beberapa ganaslah tentangan dari adam.


Hari ini juga ibu adam memaklumkan berita baik. Ibu Adam tidak perlu mengikuti lawatan audit sepanjang bulan puasa. Syukur, Alhamdulillah. Bolehlah ayah adam fokus kepada amalan bulan puasa seperti terawikh dan qiamulail serta tadarus, Insya Allah. Azam dengan bersungguh sungguh dan niat dengan ikhlas.

Ada juga berita yang tidak sedap didengar. Kadar bayaran parking kereta di tempat kerja ayah adam dan ibu adam naik. Di tempat kerja ayah adam mula mengikut masa. 1 jam pertama RM1 dan jam berikutnya 50 sen. Kalau ikut strategik yang betul, maksimum bayaran untuk parking RM3 untuk 10 jam. Kadar parking ditempat ibu adam pula naik dari RM6 ke RM8. Ayah adam kedengaran suara ibu adam memikirkan sama ada nak naik komuter untuk ke pejabat. Namun berdasarkan pengalaman, amat meletihkan dan tidak reliable langsung naik komuter. Memang murah namun terlalu padat dan tidak menepati waktu. Maklumlah tiada persaingan.

Apa pun syukur, Alhamdulillah ibu adam tidak perlu outstation dan tentang kenaikkan kadar parking, perlu di atasi dengan mengamalkan perbelanjaan berhikmah untuk menampung kadar kenaikkan.

"Kita sering menggembar gembur perkara yang negatif sahaja dan jarang kita meraikan dengan kesyukuran berita baik yang diberikan oleh Allah swt. Jadilah insan yang bersyukur dengan apa yang diberikan dan bersabar dengan ujian yang diterima" - Ayah Adam

0 comments:

Catat Ulasan