25/11/2007 - Adam genap 5 bulan. Dan hadiah paling besar yang Adam terima adalah sebuah rumah baru untuk kemudahan Adam. Rumah yang dimaksudkan adalah sebuah rumah teres 3 bilik, 2 bilik air. Dengan itu adalah sebuah bilik untuk menyimpan segala barang keperluan harian Adam. Walau bagaimanapun, untuk tidur waktu malam, playpen Adam masih diletakkan dalam master bedroom bersama2 ibu dan ayah. Ibu tidak tergamak membiarkan Adam tidur bersendirian dibilik belakang, pastinya kalau Adam menangis kehausan atau kebasahan, ibu dan ayah tidak mendengarnya.
Teringat semula cabaran2 untuk mendiami rumah ini. Bermula dengan kehilangan wang deposit rumah di Bukit Desa. 2 minggu lepas, dihari dimana egen tersebut ingin menyerahkan kunci rumah, tetiba handphone ibu pula hilang. Kemungkinan di seluk dari handbeg semasa di pasar malam. Nasib baik egen tuh dah tau rumah kami. Walaupun boleh dapat semula no tersebut, tetapi membeli handphone baru ini melibatkan pembelian yang tak dirancang. Lori yang ibu telah booking dengan ayah Afiq Haikal (2 pupu Adam) juga tidak dapat membantu, kerana ada kenduri di rumah jiran sebelah, terpaksalah cari lori lain. Selepas itu, minggu lepas 4 hari lagi sebelum berpindah, tetiba tuan rumah memberitahu ada bakal pembeli hendak melihat rumah tersebut. Ibu dah nekad, jika tidak jadi pindah ke rumah terebut, mungkin Allah tidak mengizinkan kami berpindah, dan pasti Ada hikmah disebaliknya. nasib baik bakal pembeli tuh tak jadi beli.
Hari khamis dan jumaat, ibu bercuti, untuk mengemaskan barang, dan menjahit langsir untuk sliding door. Dan hari sabtu pula, separuh hari dihabiskan di Hospital Damansara. Ramai betul orang kali ini. Masa ibu mendaftarkan Adam, kerani yang bertugas memberitahu bahawa Adam adalah pesakit yang ke 25. Balik dari Hospital, keletihan, tidak banyak benda yang boleh dikemaskan. Dan Adam seperti biasalah, selepas kena suntik di kiri dan kanan peha, pastinya badannya agak kurang selesa, apa lagi, merengek ajalah kerjanya.
Pukul 11 pagi Ahad, lori yang dijanjikan pun datang. Sekali pandang pun ibu tahu, lori tuh agak kecil, pastinya tak muat semua barang kalau sekali trip sahaja. Itu pun cuma dibawa barang yang benar2 perlu sahaja. Hampir separuh lagi masih ditinggalkan dirumah tersebut, termasuk 2 almari yang dihadiahkan oleh Tok Su, yang mengadungi segala pinggan, mangkuk, cawan dan cenderamata yang diterima semasa perkahwinan, hari jadi dan juga semasa ayah memberi ceramah di Sek. Men. Sains Muar. Isi kandungan Almari tersebut akan dimasukkan kedalam kotak untuk dibawa ke rumah baru, tetapi almari tersebut akan terus ditinggalkan disitu, walaupun mak atok beriaya2 benar menyuruh kami membawanya.
Selepas 2 trip mengangkut barang, kami semua termasuk pemandu lori tersebut menjamu selera dikedai makan yang berhampiran. Pulang kerumah lama, terasa sayu pula untuk meninggalkan rumah yang telah 6 tahun dihuni. Banyak lagi barang kecil2 yang perlu diangkut dengan kereta sebenarnya, tapi ayah kata, masih ada sebulan lagi untuk menyelesaikan, sebelum kunci rumah diserahkan kepada penjaganya. Keletihan, ibu dan adam menumpang tidur rumah mak atok, sebab kedua2 rumah masih lagi terlalu bersepah. Sementara tuh, Uda pergi kerumah tersebut untuk memasang rel langsir. Pukul 4 petang barulah kami ke rumah tersebut. Sebaik sahaja uda bertolak balik setelah selesai kerjanya, rumah kami didatangi oleh wakil penduduk. AJK tersebut memberitahu tentang persatuan penduduk, kawalan keselamatan yang dilaksanakan dikawasan berkenanan, yuran yang dikenakan dan lain2 lagi berkaitan dengan kejiranan tersebut. Nampaknya perpindahan kami telahpun diketahui dan diterima oleh penduduk setempat.
Rumah baru ni memang agak besar juga. Satu bilik dijadikan bilik Adam, satu bilik lagi sebagai stor, dan ruang tamunya agak luas. Mudah dan selesa untuk Ayah dan ibu solat berjemaah. Dah lama benar rasanya tidak solat berjemaah bersama, semenjak ada Adam; kerana ruang yang terlalu sempit tidak mengizinkan. Alhamdulillah kini semuanya dipermudahkan Allah.
Banyak lagi perkara remeh temeh yang perlu dilakukan. Astro nak dimatikan. Telepon rumah dan shower air panas perlu dipindahkan. Kain baju dan pinggan mangkuk pun masih banyak lagi yang perlu diangkut. Selama ni rasa tak banyak barang, sekarang baru terasa, banyak juga rupanya.
Ikutkan hati, ibu ingin bercuti lagi, mengemas dirumah baru pula. Tapi apakan daya, esok ibu ada exam PTK. So hari nih kenalah pergi kerja, dan study. Mudah-mudahan esok mendapat keputusan yang memberangsangkan. Kalau dapat aras 4, ada harapan lah kenaikan gaji yang agak tinggi, insya-Allah. Mana tau, rezeki Adam.