Hari pertama berpuasa adalah hari yang cukup menyiksakan pada ibu. Pertamanya jalan terlalu jem. Hampir2 punch card ibu warna merah kalau tak minta tolong kawan punchkan. Bukannya sengaja, tapi dah terpaksa. Ibu dah berada di kawasan pejabat, tetapi memakan masa sebab terpaksa parking jauh kerana masih belum dapat parking di bawah bangunan pejabat ini. Selama ini ibu parking di bangunan di hadapan pejabat, tetapi bermula September ini harga parking telah dinaikkan kepada RM8 sehari.
Sesuatu yang pada pendapat ibu agak keterlaluan. Sebagai alternatif, ibu parking dikawasan lapang berhadapan dengan Balai Polis Dang Wangi dengan bayaran RM4.30 sehari. Masalahnya, untuk pulang kerumah, ibu terpaksa melalui Jalan Sultan Ismail yang sekian lama cukup terkenal dengan jemnya.
Pukul 6 lebih, baru ibu sampai ke Jalan Kuching. Sekali lagi berhadapan dengan jem, menyebabkan ibu sampai di rumah tepat pukul 7 malam. Lagi 15 minit untuk berbuka puasa. Nasib baik berbuka di rumah mak tok, sedikit sebanyak makanan telah tersedia. Dicampur dengan makanan yang ayah beli di pasar ramadhan dan yang ibu beli dibawah pejabat, cukuplah sekadar untuk mengisi perut yang kosong seharian.
Ketika bangun untuk sahur, ayah telah menukar baju Adam, telah memberikan ubat dan Adam mula mengantuk sambil didendangkan dengan surah Al-Baqarah. Mungkin benar juga kata ayah, sebab senja semalam, ayah menbawa Adam lalu jalan belakang. Jalan yang dikatakan 'agak keras'. Alhamdulillah, Adam tidur dengan lenanya sepanjang masa ibu dan ayah bersahur hinggalah masa di hantar ke taska masih belum terjaga.
0 comments:
Catat Ulasan