Memaparkan catatan dengan label Kecerdasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kecerdasan. Papar semua catatan

Selasa, 1 Disember 2009

Toilet Training - Dah berjaya

Hari kedua toilet training, Adam telah berjaya. Bila pulang dari taska, ibu tidak menjumpai sebarang seluar yang basah.
Satu kejayaan besar untuk budak berumur 2 tahun 5 bulan dan 6 hari.

Sebagai hadiah, ayah membelikan KFC, untuk makan malam sekeluarga, tetapi Adam cuma berminat dengan kentang putar sahaja. Keenakkan ayam goreng KFC belum lagi mempengaruhi minat Adam.

Dan malam tadi, 2 kali lagi Adam menunjukkan bakat dengan jayanya. Cuma untuk tidur jer, ibu belum yakin, dan kerana itu Adam masih lagi pakai drypers.

Isnin, 30 November 2009

Toilet train


Sedang menikmati ais cream. Hadiah kerana berjaya dalam toilet training. Sepanjang hari di taska langsung tak pakai pampers. Dan waktu Maghrib berjaya 'iyak' dgn jayanya didlm toilet.
Cikgu kata, cuma 3 helai seluar jer yang terkena. Cikgu kata biasalah minggu pertama, lepas seminggu nanti ok lah tuh.

Majalah I



Muka depan Majalah I bulan November 2009


Ruangan dalam Majalah I dimana ada cerita mengenai Blog Adam dengan tajuk
"Dunia Si Kecil Adam Harith"

Ahad, 29 November 2009

Hmm .. A untuk Ais-Cream

Waktu malam, adam jadi cikgu ... Dah penat mengajar, menconteng lak ... oppp bukan menconteng tapi "mewarnalah" ...

Sabtu, 28 November 2009

Jizsaw puzzle








Oleh kerana ayah sibuk dengan tv dibilik aktiviti, adam mencari kawasan lain untuk menyiapkan jizsaw puzzle dia tanpa gangguan ayah.

Isnin, 7 September 2009

Totally transformed

Sejarah.
1. Adam selalu menggunakan phone ayah dan ibu untuk melihat video Alif, Ba, Ta, aksi-aksi budak comel dan persembahannya di TASKA dan sebagainya.

2. Adam dah tahu membaca A - Z, Satu - Sepuluh, One - Ten dan Alif - Ya.

3. Sekian lama Adam tidur di atas toto dalam bilik sendiri, menggunakan almari yang ayah dah beli sebelum sebelum ayah kahwin lagi.


Sebab pertukaran.
1. Adam sedang memegang phone ibu, bila nyamuk menggigit Adam. Terkejut dan terasa sakit, Adam terlepas phone tersebut dengan agak kuat, menyebabkan LCDnya rosak. Nasib baik masih dalam warrenty, jadi membaikinya percuma sahaja.

2. Adam sering mendengar abang dan kakak di Tadika di sebelah taskanya belajar dan menghafal. Setiap hari ibu dan ayah mendengar lagu Adam: A Besar, a kecik, B Besar, b kecik.O besar, o kecik. Hampir setiap hari itu lah yang terdengar dari mulut Adam, tanpa susunan huruf yang lengkap dan teratur lagi.

3. Dulu rumah makngah disebelah, ayah Adam yang uruskan dan sewakan secara fully furnished kepada 6 org anak dara. 2 tahun pertama tiada sebarang masalah. Bila semua penyewa bertukar, macam-macam masalahnya. Kebetulan, Uda sedang mencari rumah sewa selepas Isya lahir. Maka semua orang bersetuju rumah tersebut diserahkan kepada Uda

Perubahan.
1. Ayah belikan Ipod Touch untuk Adam belajar dan main game.

Inilah rupanya Ipod berkenaan. Sekali pandang macam Iphone 3G, cuma tiada line. Boleh main lagu, video dan game. Dengan bantuan Ipod nih senang untuk Adam menyanyi sambil mengaji atau baca A, B, C dengan kaedah menyebut bunyinya dan bukan nama hurufnya.

2. Ayah belikan set buku Easy Reader, Bacalah Anakku dan juga Al Furqan, kaedah pembelajaran baru menggunakan fenotik, iaitu sebutan bunyi.

3 set buku yang menekankan kaedah fonetik untuk Bahasa Melayu, English dan juga Al-Quran

3. Sebahagian dari perabut dirumah sebelah dipindahkan bilik Adam. Maka dapatlah Adam katil, tilam dan almari baru.

Bergaya di atas katil sambil memegang Ipod Touch kesayangannya

Ada rak yang sempurna untuk 2 tabung rumah dan barangan keperluan harian

Almari besar untuk menyimpan semua baju2 Adam.

Satu lagi perubahan yang bakal berlaku adalah apabila Adam dapat masuk Taska di MARA. Harapnya dapatlah awal tahun depan.

Apa yang diberi adalah bersesuaian dengan kemampuan dan tahap kecerdasan Adam. Kecerdasan dan cepat menangkap dan belajar Adam tidak dapat dinafikan lagi. Contohnya semasa bercerita kepada uda dan acu, zaman ibu Adam dulu kita mengeja 'A - aa, yam= ayam, tetiba jer dengar Adam dah mula mengikut apa yang ibu cakapkan.

Khamis, 23 Julai 2009

Tak terjangkau akal mu..

Petang rabu cikgu melaporkan bahawa Adam tidur sepanjang pagi. Mungkin sebab hujan kut, sejuk. Petang tuh, budak taska dibawa ke tadika disebelah, untuk belajar membaca. Cikgu kata Adam cukup suka belajar dan membaca bersama kawan2nya. Sebelum balik cikgu tanya sekali lagi,
"Kak, Adam baru 2 tahun kan,"
"Yer, baru 2 tahun sebulan, nape?"
"Adam dah tau semua, 1-10, ABC, Alif, ba, ta, budak yang 3 tahun pun ramai yang tak tahu"
"Oh Adam memang wajib tahu sebab dinding dan lantai bilik TV penuh dgn benda tuh"

Sampai rumah, Adam minum 2 botol susu, 2 biji qurma, 2 keping keju Cheesedale dan semangkuk nestum. Cara untuk bagi makan adalah dgn menyebut nama kawan2nya. Nina, nak nestum.. Nah.. Haikal, Atan, Yuyin. Habis semua nama kawan2nya disuap, dan semua nestum tuh selamat dalam perut Adam.

KETELITIAN.

Hari nih, Adam menemani ibu berbuka puasa dan nakkan qurma. Lepas di buang biji, potongan qurma itu diletakkan. Ini utk Atan, nih untuk Haikal, nih untuk nina. Sama jugak, semua masuk mulut Adam. Lepas tuh Adam tanya semula nih? Ibu kata untuk Nina, bukan, nih untuk Haikal. Bila diingati semula memang ibu dah cakap potongan itu untuk Haikal. Ish..daya ingatan dan consentrasi dia..tak terjangka oleh ibu.

BOTOL SUSU

Teringat komen cikgu yang sama, ketika Adam baru berumur 3 bulan. "Kak, Adam dah pandai pegang botol sendiri yer, budak2 lain dan 8 atau 9 bulan pun tak reti pegang botol lagi".

Senja nih Adam hendak belajar benda baru lagi. Mencuci selepas membuang air besar.

Mungkin belum dicatatkan dimana2, Adam mengenali dan boleh menyebut anggota tubuhnya dengan tepat dalam bahasa Malaysia dan juga english.


Isnin, 15 Jun 2009

Kesempurnaan..

Tiba-tiba jer Ibu menyamakan Adam seperti Monk, watak seorang penyiasat dalam siri TV di Star World. Antara sikap watak Monk yang ada pada Adam adalah pembersih dan tidak boleh ada kecacatan atau ketidak sempurnaan. Contohnya :

  1. Pantang air tumpah, mulutnya akan bising menyebut "ibu, air tumpah..lap" berulang kali hinggalah air tersebut di lap.
  2. Sejadah untuk Adam solat tidak boleh terlipat sedikit bucunya ataupun berkedut tidak rata. Ayah dan ibu juga tidak boleh menggunakan sejadah berkenaan, kalau tak nak dengar tangisan Adam.
  3. Pantang bagi Adam jumpa cebisan sampah atau duit syiling. Kalau sampah akan terus dibuang ke bakul sampah, kalau duit syiling =tabung.
  4. Bila tangan Adam terkena dakwat pen semasa Adam menulis. Nasib baik dakwat pen kilometrico senang ditanggalkan dgn colonge Adam.Mungkin ada yang berkata baguslah pembersih.

Cuma setiap kali Adam "menegur", ibu sentiasa berdoa di dalam hati, dikurniakan kesabaran melayani karenah budak bijak nan seorang ini. Pasal sejadah kenalah akur. Begitu juga dengan duit yang dimasukkan ke tabung. Adam tidak penat walaupun berlari 10 kali ke tabung atau bakul sampah.

Masalah mula disedari bila mana di waktu karnival sukaneka, Adam nak jadi pekerja majlis perbandaran pula. Begitu juga setiap kali masuk lif dan ada yang membuang sampah dalam lif. Ibu sendiri serba salah dalam mendidik Adam. Di dalam rumah Adam disuruh buang sampah ke dalam bakul, sebaliknya ibu melarang Adam mengutip sampah diluar rumah. (macam mana nak buat yer..ada cadangan?)

Pernah sekali kami makan diluar. Di atas lantai tidak jauh dari meja kami ada air tumpah. Sepanjang waktu makan Adam menunjuk kepada air tersebut dan meminta ibu melapnya. 2 hari lepas, Adam tidak mahu mandi, selagi dia gagal menutup botol shower cream, hinggalah ibu menutupnya. Agaknya fikirannya terganggu dengan "kecacatan" atau "ketidak sempurnaan" yang berlaku disekitarkan.

Semoga ayah dan ibu Adam dikurniakan kesabaran dalam menjadikan dunia disekeliling Adam cukup sempurna baginya.Cuma janganlah nanti Adam meniru 100% sikap Monk yang akan mengesat tangan selepas bersalaman yang lelaki yang baru dikenali.

Isnin, 8 Jun 2009

Adam balada??

Afiq rock, Adam balada. Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut sepupu ibu Adam, bila pertama kali Adam bertemu dengan dua pupunya itu. Sebenarnya Adam Harith tua 18 hari jer daripada Afiq Haikal, tetapi dari segi sikap dan kematangan terlalu jauh berbeza.
Istilah rock dan balada tuh benar2 menggambarkan sikap dan perbezaan mereka berdua. Tak perlulah diulas panjang lebar, cukup dikatakan 2 kali Adam kena tolak di dada oleh Afiq.

Kami semua pulang ke kampung semperna perkahwinan sepupu ibu Adam. Adam bertolak dari Kepong pukul 4.30 pagi 30/5/2009 dan tiba di kampung kira-kira pukul 9.30 pagi. Orang yang pertama sekali menyambut kedatangan Adam pastinya nenek yang terlalu merinduinya. Selepas diarahkan, Adam begitu sopan bersalam dengan semua datuk, nenek dan saudara mara yang ada. Bila ada yang ingin meriba Adam, Adam akan duduk di atas riba dengan sopannya.

Ibu Adam pun sesekali 'show-off' dengan menunjukkan 1 jari dan Adam akan membaca One hingga Ten dengan jayanya dan kalau disuruh satu, adam akan baca satu hingga sepuluh. Semua orang memuji kepintaran budak nan seorang nih. Ramai jugak yang bertanya berapa umur Adam, dan ibu akan menyatakan 1 tahun 11 bulan. Bulan depan baru genap 2 tahun.

Sesekali terdengar Adam bernyanyi riang lagu ABC, Alif Ba Ta, twinkle-twinkle little star, enjit2-enjit semut, rasa sayang ataupun lagu walking dan jumping. Adam begitu baik asalkan tiada orang yang mengacaunya. Adam juga mudah mesra dan suka berkawan dengan rakan-rakan sebayanya dan juga sepupu-sepapatnya.

Paling membanggakan bila nak balik. Bila bersalam dengan datuk2 ada yang bertanya siapa nama. Dengan suara halus dan penuh sopan Adam menjawap "Adamm"..Ish ayah dan ibu mana yang tidak bangga dengan anak pintar yang seorang ini.

Tak sia-sia rupanya menghantar Adam ke TASKA selama ini. Kebetulan TASKA Adam bersebelahan dengan TADIKA. Apa yang dia ajar di TADIKA boleh didengari dari TASKA dan Adam memang gemar mengikut apa juga yang orang katakan. Tambahan pula ayah dan ibu sering merangsang dengan membelikan Flash Card, dan buku2 yang sesuai dengan minat dan usia Adam.

Selasa, 26 Mei 2009

Buku lagi

Hari ini, ayah balik awal sedikit. Ada banyak sebab sebenarnya. Yang pertama maunting kereta ayah kena tukar tapi kena order dulu. Jadi ayah terus pejabat Telaga Biru yang kebetulan berdekatan dengan pusat servis kereta ayah.

Lekatlah 2 buah buku. Buku Alif Ba Ta dengan kamus bergambar. Mungkin terlalu awal tapi lebih baik mula awal dari terlewat.

Tajuk buku

Mantap Mengaji Kaedah Al Matien oleh Ustaz Hj Mohd Zamri Mohd Zainuldin

Kamus Bergambar Pintar Soleh


Selasa, 5 Mei 2009

Budak Bijak

Cubalah tanya siapa budak bijak angkat tangan.
Pastinya ada yang angkat tangan sambil kata "sayer".

Betul ker budak bijak.. Cubalah nilai sendiri..
Dengan umurnya 22 bulan 2 minggu..berapa ramai budak yang seusia dia mampu mengira satu hingga sepuluh, one to ten. Dan juga boleh membaca A, B, C



Dan dah penat susun blok, kononnya nak tengok Mickey Mouse tapi inilah pula jadinya




Ibu dan setkan untuk Adam pilih alphabet, sebab tuh bila yang ditekan bukan alphabet, tiada bunyi yang keluar.

Khamis, 30 April 2009

Pandainya dier






Keluarkan bekas dari tuperware merah, pasangkan tudung yang sepadan. Susun tinggi2. One, two, three, four, five, six. Ye...(sambil tepuk tangan)

Buka tudung, susun semua atas lantai pula. One - six, ye...(sambil tepuk tangan).

Lepas tuh tindan pula tanpa tudung. Masukkan dalam bekas merah..ye...(tepuk tangan lagi).

Ibu tak suruh, atau ajar. Adam gunakan kreativiti sendiri.

Ahad, 26 April 2009

Jauhnya pandangan dier...

Hari ini, hari minggu. Selepas solat subuh semua orang bermalas2an di atas katil. Pukul 10 baru mandi dan bersiap untuk breanch (breakfast + lunch). Kami memilih untuk makan di gerai tepi jalan berhampiran dengan sekolah rendah.

Ketika sedang makan, tetiba jer Adam menunjuk dan menyebut 'cicak'. Mulanya ingatkan Adam menunjuk lukisan pada t shirt orang di meja sebelah. Tapi jarinya tak sudah2 menujuk ke satu arah dan mulutnya tetap mengatakan cicak. Bila dipandang, kira-kira 5m dihadapan, ditepi pagar, memang ada 2 ekor cicak sedang berkejaran.

Dalam perjalanan untuk membeli belah, di satu bulatan, tetiba Adam kata payung sambil menunjuk ke satu arah. Diseberang sana bulatan, kira2 10meter di laman sebuah rumah banglow, memang ada satu payang besar berwarna biru.

Di dalam kerete, Adam menujuk ke bawah tempat duduk dan menyebut 'tiger'. Ibu menafikan. Bukan, beg Adam nih ada kepala Pooh Bear. Tapi Adam tetap juga mengatakan Tiger. Setelah diperhatikan sekali lagi, memang ada belon lama berlambang Tiger, Pooh dan Piglet terselit di bawah kerusi kereta. So kesimpulannya janganlah menafikan pandangan budak bijak nan seorang nih.

Menyusun

Semalam nampak adam menyusun buku maka hari ini ayah belikan stacker. Susun bongkak kayu tu adam.

Rabu, 22 April 2009

Solat berjemaah







Mudah-mudahan kekal menjadi anak solah yang beriman, berilmu dan beramal soleh. Amin..

Rabu, 15 April 2009

Ceria

Semalam, adam nampak ceria. Dah beberapa hari mood adam tak beberapa baik. Nak mengamuk aje dan mudah sangat menangis.
Semalam pagi, adam bersarapan di rumah mak atuk. Sarapan roti canai dengan the tarik.berselera betul. Hampir separuh roti canai tu makannya.

Malam tadi, ayah balik lewat sikit. Lepas azan maghrib baru sampai rumah. Selesai solat maghrib ayah ajak adam baca Alif Ba Ta. Macam ayah dulu masa kecil kecil menangis bila dah bosan. Dari kad yang bertampal di dinding, ayah bagi buku iqra. A dan Ba. Bila ayah sebut A A Ba , yang kedengaran Ba Ba Ba.

Nampaknya dah mula boleh mengajar mengenal huruf arab.

Rabu, 1 April 2009

Business man sedang bekerja

Sibuknya dia mencari contact client (habis kotak bisness card client ayah dikerjakannya). Sambil nyani lagu neh neh neh.. Ikut rentak are you sleeping

Jumaat, 6 Mac 2009

Flash Kad dan Buku Kecil Kelab Disney Mickey Mouse

Beberapa hari lepas, adam pulang dengan kad donkey ditangan. Kata ibu adam, adam menangis dan cikgu memujuk kawan adam agar menyerahkan kad kecil pada adam.

Dan semalam ayah adam belikan 2 flash card satu kad buah dan sayur sayuran dan satu lagi flash card haiwan. Sebagai bonus, ayah adam belikan 1 set buku kecil yang mengandungi 12 buku buku kecil Mickey Mouse Disney Club House. 









Selasa, 3 Mac 2009

Adam Harith and his Wall of Fame

Wall of Fame.


Rajinnya dier mengemas


Gambar ini diambil semasa ayah dan ibu Adam sedang berehat sambil menonton TV.  Diharapkan tiada pembaca yang menuduh ayah dan ibu mendera Adam, seperti mana yang dilemparkan bila melihat video Adam menyidai dan melipat bajunya sendiri dahulu.
Sesungguhnya kami tidak pernah menyuruh dan tidak juga melarang. Adam dah biasa nampak ibu menggunakan peralatan ini untuk membersihkan tumpahan makanannya. Sekarang nih dah jadi minat Adam pula untuk menyapu dan membersihkan bilik.
Kalau dilarang pastinya Adam akan merajuk dengan bunyi tangisan yang tak sangup didengari . Mau tak mahu biarkan jelah Adam buat sendiri apa yang dia suka, samaada menyidai dan melipat baju, ataupun menyapu sampah. Sebagai persedian hidup sendiri di universiti  Al-Azhar, Mesir bila dewasa kelak nanti :)

Memang lah anak bijak . Bertuah betul ibu dan ayah mendapat anak macam Adam.