Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Rabu, 23 Julai 2008

ARTIKEL: Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak

Sumber: Dr. Rozieta Shaari, Al Advancement of Human Potential

"Kalau seorang anak sahaja yang menimbulkan masalah, tak mengapalah. Ini kedua-duanya menimbulkan masalah. Mesti saya seorang ibu yang teruk!" rintih seorang ibu muda mengenai masalah yang dihadapi, mengenai anak-anaknya.

Pernahkah anda mengalami perasaan seperti luahan di atas?

Satu perkara yang perlu difahami, jika seorang ibu menghadapi masalah dalam membesarkan anak-anak, adakah itu petanda dia seorang ibu yang teruk? Adakah seorang ibu yang baik, bermaksud seorang yang tidak dilanda cabaran dalam membesarkan anak-anaknya? Sebenarnya kita perlu faham apakah peranan masalah dan cabaran dalam hidup kita. Mengapa kita perlu didatangi cabaran dan masalah? Mengapa hidup tidak boleh menajdi mudah dan tanpa masalah?

Kita dibesarkan dengan satu tanggapan bahawa bila didatangi masalah atau cabaran, itu adalah petanda buruk. Kita melihat masalah dan cabaran sebagai sesuatu yang amat digeruni. Tetapi sebenarnya sekiranya kita faham peranan kedua-dua ini di dalam hidup kita, itulah jawapan yang boleh menjadikan kita hidup tenang.

Masalah dan cabaran adalah guru kepada kita. Ia datang untuk kita mendapat sesuatu ilmu dan kesedaran. Memang kita boleh mendapat ilmu daripada pembacaan, perbincangan dan yang sepertinya, namum, ilmu yang datang daripada masalah dan cabaran akan menyingkap rahsia siapakah kita di muka bumi ini.

Membersihkan hati

Dengan kata lain, setiap dimensi diri kita akan bertumbuh. Yang dimaksudkan dengan dimensi diri, ialah diri fizikal, intelek, emosi dan spritual. Pertumbuhan ini meningkatkan FQ, IQ, EQ dan SQ kita. Itulah maksudnya, firman Allah yang mengingatkan kita bahawa, "Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang diluar kemampuannya." (sebahagian ayat 286 dari surah Al-Bawarah)

Memahami akan maksud ayat ini, kita boleh berlampang dada kerana ini adalah satu jaminan bahawa segala cabaran dan masalah yang datang kepada kita walaupun nampak dan rasa amat hebat dan besar, ia sebenarnya adalah di dalam kemampuan kita untuk menanganinya.

Apabila kita berjaya menanganinya, maka kita akan lihat diri kita menjadi lebih matang, bijaksana dan berhati mulia. Inilah rahsia mengapa masalah dan cabaran wujud di dalam hidup kita. Dari segi diri fizikal, ia menjadikan hidup kita lebih bermatlamat. Contohnya, kita lebih menghargai tubuh kerana inilah satu-satunya tubuh yang menjadi kenderaan kita beroperasi di dalam dunia material ini. Dari segi diri intelek pula, kita mendai kaya ilmu, lebih matang dan berfikiran luas. Dari segi diri emosi pula, kita menjadi lebih perihatin akan perasaan orang lain. Hati kita mudah berasa kasih dan sayang kepada setiap ciptaan Allah.

Masalah dan cabaran, membersihkan hati kita daripada sifat keangkuhan. Dari segi diri spritual pula, kita menginsafi bahawa setiap apa yang kononnya kita miliki sebenarnya adalah kepunyaan Illahi. Kita tidak terbelenggu dengan ego kita yang hanya mahu melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Pertumbuhan diri spritual kita membolehkan kita mempunyai kekuatan sebenar kerana niat mengapa
kita mahu melakukan sesuatu, apa sekalipun, adalah untuk kebaikan semua ciptaan Allah. Di sinilah kita menunaikan tujuan ciptaan kita iaitu untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini, di mana kita membawa perbezaan di dunia ini.

Kerendahan hati

Kembali kepada isu kita mengenai anak-anak yang menimbulkan masalah. Ingatlah, pada hari anak itu dilahirkan sehinggalah nyawa bercerai daripada badan, kita ketap akan menemui masalah dan cabaran di dalam mendidik dan membesarkan anak. Jika tidak, masakan Allah memberi yang besar kepada ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak.

Seorang bakal ayah telah bertanya yang maksud soalannya lebih kurang begini, "Bagaimana saya boleh menyediakan diri untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anak saya?" Tidak ramai bakal ayah yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menyediakan diri menjadi ayah kerana kurangnya kesedaran tentang ilmu-ilmu rumahtangga dan keibubapaan dan mempunyai kerendahan hati untuk bertanya demi kepentingan anak-anaknya.

Bakal-bakal ayah dan meraka yang telah mendai ayah, ketahuilah bahawa sebelum seseorang isteri itu mengandung, anak itu telah dikandungi dahulu dalam Alamul Sulbi. Seperti firman Allah yang bermaksud, "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), Kami menjadi saksi". (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-A'raaf, ayat 172)

Sel pembiakan jantan atau sperma yang menang dan telah bergabung dengan sel pembiakan betina iaitu ovum, bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah suatu yang telah dipilih tanpa kita sedari, sepanjang proses itu berlaku. Sperma yang paling kuat itu adalah sperma yang membawa niat dan amalan yang paling kuat sepanjang pembentukan sperma itu. Jika niat dan amalan seorang suami itu baik, maka, sperma yang paling baik, yang akan menjadi anak yang solehlah yang telah menang. Jika di sebaliknya, seseorang suami itu tidak menunaikan tanggungjawap dan melakukan masiat dan fasik, maka perbuatan ini amatlah mempengaruhi sperma yang bakal menang. Tidak ramai yang ketahui, bagaimana sikap seorang suami sebelum anak itu dilahirkan juga sudah mempengaruhi janin yang bakal dikandung oleh isterinya.

Inilah perkara pertama, tanggungjawap sebagai seorang suami dan bakal seorang ayah. Memastikan bahawa anak yang bakal lahir itu adalah suci dengan menyucikan diri. Seterusnya bila mengeluarkan sel pembiakan, pastikan suami meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah terhadap kejahatan syaitan. Jika saat bersama dengan isteri tiada bacaan doa, maka ketahuilah, syaitan yang akan mendahului! Ini amat jelas di dalam hadis-hadis Nabi SAW di dalam bab ini. Setelah sel pembiakan bergabung dan membentuk zigot, maka hangan sekali putus berdoa kepada Allah, memohon zuriat yang baik. Beristighfar sekiranya bahagian yang pertama dan kedua telah anda abaikan.

Jaga emosi

Ingatlah, terlalu ramai ibu dan bapa sibuk dengan pertumbuhan fizikal sahaja. Pemakanan, keselesaan fizikal ibu dijaga, pergi berjumpa doktor dan sebaginya, namun keperluan dimensi diri yang tiga lagi tidak begitu dipentingkan. Anak-anak kita bukan tubuh badannya sahaja. Dia juga mempunyai empat dimensi diri yang perlu diseimbangkan pertumbuhannya. Maka carilah jalan bagaimana boleh merangsang pertumbuhan intelek anak, sejak daripada dalam rahim ibunya lagi.

Banyak buku yang boleh dibaca, mudah pula didapati di pasaran. Namun, jangan berhenti di situ sahaja. Anak-anak yang pintar bukan hanya kerna otaknya terangsang, tetapi seorang yang seimbang pertumbuhan dirinya. Maka, pastikan pertumbuhan emosi anak itu sihat. Bagaimana caranya? Dengan memastikan si ibu benar-benar dijaga emosinya. Ketahuilah wahai bapa-bapa, pada masa mengandung ini, seorang wanita itu menjadi lebih sensitif hatinya. Mungkin kerana ketidakstabilan hormon di dalam badannya. Jangalah perasaan isteri. Mungkin anda berasa penat, apa lagi jika si isteri mengidam itu dan ini. Ketahuilah, penat yang anda rasa itu mungkin boleh habis setelah anda berehat. Namun, bagi si isteri pula, ia akan berterusan setiap detik sehinggalah setelah melahirkan dan pantang atau mungkin lebih daripada itu, sepanjang proses nak masih dalam penyusuan.

Sekiranya isteri mengidam, itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, secara saintifiknya telah membuktikan bahawa ibu itu mengidamkan sesuatu yang diperlukan oleh bayi yang dikandung, untuk membesar dengan baik. Terdapat di dalam buah atau makanan yang diddamkan itu, zat-zat yang diperlukan. Namun, tentulah ini semua menpunyai batasannya. Jika yang diidamkan sesuatu yang haram atau yang pelik-pelik (contoh, kiwi kasut ke...), maka tentulah itu tidak datang daripada yang lain, selain daripada hasutan syaitan.

Bila si suami menjaga isteri itu dan isteri itu berasa amat dikasihi, maka banyak endorfin wujud di dalam badan si ibu dab mengalir ke janinnya. Maka janin ini akan medapat banyak tenaga positif untuk pertumbuhan emosi, intelek dan fizikalnya dengan baik. Tekanan emosi atau trauma akan menyebabkan renjatan emosi yang akan menghasilkan banyak kimia yang mempunyai kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal, mental, smosional dan spritual janin itu. Anak-anak ini akan lahir dengan pelbagai masalah psikologi.

Kecemerlangan diri

Dari segi spiritual pula, si ayah boleh menyediakan diri untuk mendidik anak yang bakal lahir nanti dengan perkara-perkara yang membantu anak ini menyedari keistimewaan dan keunikkannya. Si ayah boleh bercakap-cakap dengan bayi itu sejak dalam kandungan ibu lagi tentang betapa istimewanya anak ini. Bacakan ayat-ayat al-Quran atau cerita-cerita yang memberi kesan positif. Ya, walaupun anak itu masih di dalam kandungan. Sebenarnya roh anda dan anak itu amat bertaut.

Setelah anak itu lahir, teruskanlah pentarbiahan. Gunakan surah Luqman sebagai cahaya untuk memerangi anda dalam mengetahui yang mana priority dan yang mana tidak. Anak-anak yang rapat dengan ayah mereka terutamanya anak-anak lelaki akan membesar dengan baik. Besar sebenarnya peranan seorang ayah. Mengapa dunia sekarang ini menghadapi banyak masalah terutamanya masalah yang bersabit dengan kanak-kanak,ialah kerana kurang terdapat ayah-ayah yang benar-benar mengambil berat dalam penglibatan diri meraka dalam pendidikan anak-anak. Apa lagi dengan fenomena ibu tinggal yang menjadi satu kebiasaan di zaman sekarang ini.

Sebagai ibu dan bapa, kita perlu ambil berat tentang pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Kecemerlangan diri kita amat bergantung rapat dengan kecemerlangan pendidikan asas yang kita terima. Pembangunan modal insan amat berkait rapat enggan hormat diri individu, dan hormat diri (harga diri) ini pula amat berkait rapat dengan EQ-SQ individu itu sendiri.

Hati individu itu perlu penuh dengan kasih-sayang dan merasa dikasihi. Ia akan menjadi merah menyala dan bercahaya. Individu ini melakukan sesuatu di atas sebab yang paling besar maknanya iaitu untuk kepentingan umat sejagat dan seluruh ciptaan Allah SWT. Hati yang penuh kasih sayang ini pula datangnya daripada hati yang telah menerima kasih sayang tanpa syarat daripada ibu dan ayahnya, sejak kewujudannya di dalam rahiim ibunya lagi. Jika dia gagal menerima ini, tidak bermaksud dia tidak boleh berjaya, namun dia akan melalui lebih banyak kesukaran.

Kecemerlangan modal insan datangnya daripada individu-individu yang berhormat diri tinggi, individu yang mempunyai hati yang penuh kasih-sayang, yang membesar dalam keluarga penuh kasih sayang. Kecemerlangan diri dan keibubapaan cemerlang adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan, seperti kata-kata senaman agung Allahyarham Tan Sri P.Pamlee, "…andai dipisah, lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa…."

Sumber: Dr. Rozieta Shaari, Al Advancement of Human Potential

Isnin, 1 Januari 2007

Anak Bijak???

*********************************************************
Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?".

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, "Yer, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itubijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem focus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan member pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah university terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh(Fir'aun kut) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI

Hamid Arshat Pakar Sakit Puan
http://www.hamidarshat.com

Sembelit memang selalu terdapat di kalangan bayi- bayi. Bayi - bayi mengeluarkan najis- najis yang keras dan banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis yang berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain. Ada bayi - bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi - bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian anus menyebabkan pendarahan pada bahagian itu. Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana ini mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.
Kebanyakkan sembelit ini berlaku di kalangan bayi - bayi tidak ada punca - punca penyakit yang jelas. Kadangkala keadaan ini biasa terdapat juga di kalangan keluarganya sendiri. Ada terdapat perbezaan daripada perjalanan tali perut ( gut motility) Kanak - kanak kalau dibandingkan dengan kanak - kanak yanga selalu sembelit.

Bahan air dalam tali perut lebif banyak diserap meninggalkan kandungannya yang lebih kering menyebabkan najis - najis menjadi keras.

Bayi - bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya. Dari itu bayi - bayi yang diberi susu badan tidak digalakkan supaya ditukar kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh membawa kepada bayi - bayi mendapat sembelit. Bahan - bahan pepejal seperti nasi , bali , sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam , boleh mengeraskan najis. Jika seseorang bayi terus mendapat sembelit apabila usianya meningkat lebih dari satu tahun dia akan kurang buang air besar sehingga kadangkala sekali sahaja dalam dua atau tiga empat hari. Akibatnya tali perut bahagian colon akan membesar sehingga senang dikenal pasti apabila seseorang doktor memeriksa bahagian abdomen bayi - bayi itu. Kadangkala ketul - ketulan najis juga boleh dirasai daripada pemeriksaan abdomen. Bayi mungkin juga suka menghindarkan pembuangan najisnya dan apabila dia membuangkan najis dia selalu terpaksa menekan dengan sekuat - kuatnya. Jika ini terus menerus juga berlaku boleh juga timbul keadaan dimana kanak - kanak itu berbau busuk di bahagian punggungnya kerana perutnya penuh ketulan najis - najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkannya. Najis yang berbentuk cair akan membasah punggung serta seluarnya ( faecal soiling ). Keadaan ini tidak menyenangkan ibu bapa kerana kanak - kanak itu mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga akan mengakibatkan dia selalu tersingkir dari kumpulan kanak – kanak yang sama sebaya dengannya. Ini juga menyinggung perasaan ibu yang terpaksa selalu mencuci dubur anaknya.

Seseorang kanak-kanak yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana tidak rasa selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit sahaja. Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat. Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan meras susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar-besar dalam tali perutnya menekan keatas bahagian pundi kencingnya. Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.

Di antara keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan seseorang bayi itu sukar mengeluarkan najisnya ialah keadaan yang dipanggil 'Hirschsprung disease'. Dalam keadaan ini kaliber sebahagian perut bayi-bayi itu adalah kecil. Akibatnya kandungan tali perut sukar melepasi bahagian ini menyebabkan bayi-bayi itu membuncit. Seseorang doktor yang memeriksa bahagian rektum bayi itu dengan jarinya akan mendapati bahagian itu kosong tanpa apa-apa najis. Keadaan ini dapat dipastikan juga dengan menggunakan 'barium enema' dimana bahankimia barium dimasukan melalui anus bayi itu dan gambar sinaran X diambil yang akan menunjukkan bahagian tali perut yang berkaliber kecil.

Satu cara lagi yang boleh digunakan ialah biopsi dibahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum akan dapat diperiksa dibawah mikroskop untuk memastikan ketiadaan sel-sel ganglion dalam lapisan didinding bahagian itu.

Bayi-bayi yang dilahirkan kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) selalu sembelit. Tanda-tanda lain yang mungkin terdapat pada bayi ialah kekuningan yang lambat reda selepas dilahirkan, ubun-ubun dibelakang kepala (posterior fontanelle),benatuk rupa yang agak hodoh ataupun pusat yang mengelembung (umbilical hernia).

Kepastian boleh dibuat dengan ujian darah dimana tahap Thyroxine (T4) rendah dari biasa dan tahap hormon yan dikenali sebagai Thyroid Stimulating Hormone (TSH) lebih tinggi dari biasa. Sembelit akan kekurangan apabila rawatan dengan hormon thyroid diberi dengan secukupnya seumur hidup.

Rawatan untuk bayi-bayi yang sembelit

Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.

Bayi-bayi yang selalu sembilit perlu mendapatkan perhatian doktor dari masa ke masa supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan agar keadaan ini tidak akan berterusan. Jika terjadinya perpecahan di bahagian anus yang menyebabkan bahagian ini berdarah ( anal fissure ) , bahagian yang luka boleh dibersihkan dan krim seperti zinc oxide disapukan. Setelah seseorang bayi mengalami luka dibahagian anus (anal fissure) dia akan menahan dari membuangkan najisnya. Akibatnya ketul-ketul yang keras terkumpul didalam abdomen menyebabkan kaliber tali perut menjadi besar. Keadaan ini akan memburukkan sembelit dan rawatan yang lebih agresif perlu diberikan.

Objektif rawatan dalam keadaan ini ialah untuk mengempiskan atau mengecilkan kembali kaliber tali perut kesaiz yang sediakala dengan menggunakan ubat-ubat julap (laxatives) atau enema untuk beberapa hari supaya ketul-ketul yang keras dan banyak dapat dikeluarkan dari saluran digestif.

Latihan semula dalam pembuangan najis (toilet training) perlu dijalankan supaya sembelit tidak akan berlaku lagi. Bagi penyakit Hirschprung pembedahan perlulah dibuat untuk membetulkan keadaan anatomi yang tidak sempurna.

Kesimpulan

Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan.Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud.