Memaparkan catatan dengan label Budak Comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Budak Comel. Papar semua catatan

Khamis, 12 November 2009

Adam oh Adam

1. Cikgu Ira oh Cikgu Ira.

Dari sumber rasmi yang diperolehi, Cikgu Ira pulang ke kampung pada 31/10/2009 dengan alasan untuk tinggal bersama ibunya dan telah mendapat kerja di kampung. Namun begitu, penangan kuat Adam dan rakan2nya di Taska barangkali, Cikgu Ira cuma mampu bertahan 10 hari sahaja di kampung. Pagi Selasa bila ayah menghantar Adam ke taska, Cikgu Ira dah menunggunya di sana.

2. Kunci oh kunci.

Pagi semalam ayah Adam agak kalut dan kelam kabut bilamana kunci kereta dan kunci rumah yang biasa digunakan hilang. Setelah puas mencari, yang jumpa hanyalah remote kereta yang kebetulan telah terputus dari gugusan kunci berkenaan.

Terpaksalah ayah pergi kerja menggunakan kunci spare. Balik ke rumah, puas juga ibu cuba mencari kunci berkenaan. Ayah juga cuba mencari di jalan-jalan yang telah dilalui dan juga disurau, kalau2 tercicir di sana. Ayah telah maklumkan kehilangan kunci berkenaan kepada AJK surau, kalau ada yang terjumpa, bolehlah dipulangkan.

Pagi ini, bila ibu mengemaskan hand bag ibu terasa pula, kenapa banyak sangat kunci nih. Kunci kereta, kunci rumah dan eh nih kunci apa?.. Hehehe siapa lah pula yang meletakkan kunci kereta dan rumah ayah nih dalam beg ibu?

Pastinya tidak lain dan tidak bukan, melainkan budak bertuah nan seorang tuh. Apapun bersyukur lah sebab ayah tak perlu buat kunci kereta yang baru, sebab kunci kereta ayah tidak semudah kunci rumah untuk diduplicate.

Sabtu, 7 November 2009

Harimau Tomei


Dah lama ayah nak carikan baju khas buat anak kesayangan ayah. Akhirnya ..... Dapat juga ... Harimau Tomei.

Rabu, 4 November 2009

Pengaruh TV

TV banyak kelebihannya kalau digunakan sebaiknya. Contohnya 70% dari masa menonton TV dirumah ini adalah saluran 613 -Playhouse Disney, rancangan khusus untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah.

Mickey Mouse Club House mengajar Adam mengira, bentuk dan warna. Hingga kini mengira adalah salah satu dari hobi Adam. Apa saja boleh dikira, anak tangga, longgokan baju, pampers dalam beg, coco crunch @ honey star.

Word world pula mengajar Adam tentang huruf dan mengeja.

My Friends tiger and Pooh pula mengajar untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah. Telah beberapa kali Adam menghadapi masalah, biasanya tidak sampai mengambil mainannya. Samaada buku terlalu tinggi di atas rak, atau tercampak terlalu ke tengah di bawah meja.

Adam, sebagai budak manja biasalah akan menangis terlebih dahulu, diikuti dengan kata2 "ibu, tak boleh". Kecewa sebelum berjuang.

Biasanya ibu tak tolong, sebalinya ibu akan menyanyi " Bila bermasalah fikir, fikir fikir". "Think, think, think".

Setakat ini berkesan. Kalau bawah meja, samada Adam ambil dengan kaki, pergi ke sudut yang lain ataupun merangkak. Kalau tinggi sangat pula Adam akan angkat kerusi plastik untuk sebagai alas kaki.

Bijak bijak...

Sent from my Nokia E71 phone

Selasa, 3 November 2009

INI..& Sama kan


Dah beberapa hari Adam minta, "Nak Coco crunch", bila jumpa pamplet Tesco @ Carefour. Hari tercapai hajat bila ibu belikan di kedai yang berhampiran.

Rasanya Adam baru belajar perkataan baru. Semenjak dua menjak nih ayat yang sering keluar dari mulut Adam adalah
"Ibu, apa ini?"
"Ibu, nak mamam ini".

Lagi satu ayat Adam, bila membuat perbandingan. contohnya
1. Bila diberi berus gigi baru "sama haikal punya kan".
2.Dalam pemplet ada gambar notebook "sama ayah punya kan".
3. Masa mandi kolam, bila ada anak dara comel baru masuk kolam "ibu, muka dia sama Yana kan".

Selain daripada itu Adam cukup mahir menggunakan bahasa UNTUK.
Setiap kali makan honey star/coco crunch..
"Ini untuk Adam, ini untuk ibu"
"Untuk ayah?"
"Untuk ayah tak ader/ Tak yah"

Merujuk kepada carta perkembangan bayi, kemahiran bahasa Adam setara dengan orang yang berusia 3-4 tahun, walaupun tubuh badan Adam lebih kecil dari Atan, anak Cikgu Rozita pemilik Taska yang kini berusia setahun.

Isnin, 2 November 2009

tomey tak?

Sejuk... Ambil Adam dr Taska dlm hujan renyai-renyai.

Rabu, 28 Oktober 2009

Di taska...


Ini lah nama-nama insan di Taska yang sering Adam sebut di rumah.
Bersama Haikal, Yana dan Cikgu Ira yang mana hari terakhirnya adalah Hari Jumaat ini.

Khamis, 15 Oktober 2009

Adam & isya

Gambar Adam bersama adik pupu kesayangannya Nur Putri Batrisya.

Rabu, 14 Oktober 2009

Adam dan Yana.

Kebiasaannya, ibu terus berhentikan kereta depan taska, ambil Adam dan terus pulang ke rumah. Hari nih ibu pulang kerumah dulu untuk menghantar barang, lepas tuh baru turun semula untuk menjemput Adam dari Taska. Semasa Adam pakai kasut, seorang anak dara dah siap pakai selipar. Bila di tanya, "Siapa nama kawan Adam?
"Yana".
"Yana nak ikut Adam ker?"
"Ha'ah"
Cikgu dia pun menyampuk, risau mama Yana nanti bila sampai Yana tiada di Taska.
Kebetulan mama Yana pun sampai maka Adam dan Yana berjalan beriringan. Semasa ibu melihat peti surat, mama Yana hilang sekejab dicelah-celah kereta. Berkali2 juga Adam bertanya "Mana Yana?".
Bila muncul semula mama Yana bagi Adam sekeping biskut.

Sepatutnya lepas tuh dah boleh berpisah sebab Yana dan Adam nak naik lift yang berasingan. Tetapi Adam tetap juga nak ikut Yana naik lift dihujung sana, terpaksalah ibu ikut sekali. Masa keluar dari lift Adam tak perasan yang Yana tak keluar sama. Bila perasan, sekali lagi Adam mencari "Mana Yana?". Mujur Ada abang rumah D, ibu suruh Adam pergi kawan dengan abang tuh. Tapi sebab abang tuh tak biasa berkawan, dia malu2 dan sembunyi belakang ayahnya.

Sampai depan pintu, waktu Adam sedang buka kasut, Uda sampai sambil membawa surat ayah dari rumah mak atuk dan juga mendukung Isya. Sekali lagi Adam nak keluar, nak ikut Isya pula, padahal baby tuh tengah tidur. Nasib baik ada Ipod.

Jadi ibu guna psikologi jer, Adam gi lah ikut Uda, main dgn Isya, ibu nak main ABC Adam nih. Hehehe.. Berjaya.

Nanti kalau berpeluang boleh rakamkan gambar Adam dgn Yana.

Khamis, 1 Oktober 2009

Mohon Simpati...

Pulang dari TASKA hari isnin, ibu terkejut bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Adam "Tau tak per". Bila ibu tanya siapa yang ajar, pastinya jawapan adam "Cikgu Irra". Cuma Adam menyebutnya tanpa antonasi dan pastinya Adam tak tahu maksud sindiran yang tersirat dengan ayat itu. Bila ibu menulis tentang ini dalam status FB ayah Adam, ada juga sahabat yang berkata "loyar buruk juga Adam yer".

Setiap kali ibu atau ayah bersolat, sehelai sejadah perlu juga di bentangkan disebelah. Kadang kala Adam mengikut 1 rakaat, lepas tuh berlari dan bermain, lepas tuh sambung solat semula. Cuma sejak kebelakang ini Adam selalu hilang fokus, dan lalu lalang di depan, atas sejadah atau mengacau ibu yang bersolat. Hari Isnin tuh dah diberi peringatan dan amaran, "
"Kalau Adam lalu lagi depan ibu masa ibu solat, nanti ibu rotan yer.. Ok?"
"Ok"..
"Faham?"
"Faham"
"Janji?"
"Janji" (sambil bagi tangan give me five).

Asar semalam Adam buat lagi. Adam tengah minum susu masa ibu mula bersolat. Lepas tuh sibuk dia menangis sambil lalu lalang di atas sejadah. Terpaksalah ibu berhenti dan menegur sambil memegang hanger.
"Hari tuh dah janji kan, kalau Adam kacau ibu solat lagi, ibu akan rotan. Nak kena rotan tak?" "Tak nak"..Muka dah mula mencebik nak menangis.
"Kenapa Adam nangis dan lalu lalang depan ibu nih?"
"Nak susu lagi". Tengok sebotol dah licin dalam masa tak sampai 5 minit. Hmm lapar sangat agaknya.
Kesian juga, tapi perlu diberi peringatan supaya tak berulang..

" Adam boleh tunggu ibu lepas solatkan. Lepas tuh baru minta susu lagi. Adam dah besar kan, Adam dah faham apa ibu cakapkan. Adam bukan budak kecik lagi. Kalau Wafi dan Isya tak aperlah sebab mereka kecik lagi (Wafi baru 5 bulan dan Isya 2 bulan). Baru tadi Adam nampak Isya kan, kecik lagi, mama dia dukung jer. Adam dah besar kan. Jadi Adam kenalah jadi macam orang besar. Ikut ibu solat, tak mau menangis masa ibu solat. Jangan kacau ibu".. Panjang lebar pula ibu bersyarah.
"Adam dah besar kan".
"Tak Adam kecik lagi"
"Eh Adam dah besar kan"
"Takkk Adam kecikkkk".

Aduhailah budak nih. Pandainya dia nak merayu2 pada kita. Tak jadi nak marah. Bancuhkan susu lagi dengan peringatan, minum baik-baik, jangan kacau ibu solat.

Soalnya loyar burukkah Adam? Hehehe yang utamnya budak bijak pandai mengambil hati ayah dan ibu.

Isnin, 28 September 2009

Yippie-i dan Takaful Alif

Tahun ini merupakan tahun ke 3 Adam menyambut hari raya. Dua tahun pertama, semua duit Adam tersimpan kemas dalam 3 tabungnya (tabung botol susu besar, tabung rumah teres dan juga tabung rumah banglow. Sebab utamanya dokumen pengenalan diri Adam belum lengkap. Bila Adam telah genap 2 tahun, dan dokumen Adam telah lengkap, maka bolehlah Adam memiliki simpanannya sendiri.

Sebelum ini, ibu dan ayah Adam telah mengkaji beberapa product dari beberapa bank. Hasilnya yang terbaik untuk Adam. Untuk duit raya dan lain-lain sumber pendapatan yang tidak tetap di masukkan ke dalam Akaun Simpanan Yippie-i. Manakala untuk tujuan pendidikan Adam pula, menggunakan Takaful Alif, dimana setiap bulan, sejumlah wang akan didebitkan dari akaun ibu Adam terus ke dalam tabungan berkenaan.

Sebagai menghargai sokongan yang diberikan kepada Maybank, maka Adam di hadiahkan 1 tabung Yippie berupa Harimau Belang dan juga 2 ekor bear, yang ada Adam panggil "Mama bear" dan "Baby Bear".

Isnin, 7 September 2009

Totally transformed

Sejarah.
1. Adam selalu menggunakan phone ayah dan ibu untuk melihat video Alif, Ba, Ta, aksi-aksi budak comel dan persembahannya di TASKA dan sebagainya.

2. Adam dah tahu membaca A - Z, Satu - Sepuluh, One - Ten dan Alif - Ya.

3. Sekian lama Adam tidur di atas toto dalam bilik sendiri, menggunakan almari yang ayah dah beli sebelum sebelum ayah kahwin lagi.


Sebab pertukaran.
1. Adam sedang memegang phone ibu, bila nyamuk menggigit Adam. Terkejut dan terasa sakit, Adam terlepas phone tersebut dengan agak kuat, menyebabkan LCDnya rosak. Nasib baik masih dalam warrenty, jadi membaikinya percuma sahaja.

2. Adam sering mendengar abang dan kakak di Tadika di sebelah taskanya belajar dan menghafal. Setiap hari ibu dan ayah mendengar lagu Adam: A Besar, a kecik, B Besar, b kecik.O besar, o kecik. Hampir setiap hari itu lah yang terdengar dari mulut Adam, tanpa susunan huruf yang lengkap dan teratur lagi.

3. Dulu rumah makngah disebelah, ayah Adam yang uruskan dan sewakan secara fully furnished kepada 6 org anak dara. 2 tahun pertama tiada sebarang masalah. Bila semua penyewa bertukar, macam-macam masalahnya. Kebetulan, Uda sedang mencari rumah sewa selepas Isya lahir. Maka semua orang bersetuju rumah tersebut diserahkan kepada Uda

Perubahan.
1. Ayah belikan Ipod Touch untuk Adam belajar dan main game.

Inilah rupanya Ipod berkenaan. Sekali pandang macam Iphone 3G, cuma tiada line. Boleh main lagu, video dan game. Dengan bantuan Ipod nih senang untuk Adam menyanyi sambil mengaji atau baca A, B, C dengan kaedah menyebut bunyinya dan bukan nama hurufnya.

2. Ayah belikan set buku Easy Reader, Bacalah Anakku dan juga Al Furqan, kaedah pembelajaran baru menggunakan fenotik, iaitu sebutan bunyi.

3 set buku yang menekankan kaedah fonetik untuk Bahasa Melayu, English dan juga Al-Quran

3. Sebahagian dari perabut dirumah sebelah dipindahkan bilik Adam. Maka dapatlah Adam katil, tilam dan almari baru.

Bergaya di atas katil sambil memegang Ipod Touch kesayangannya

Ada rak yang sempurna untuk 2 tabung rumah dan barangan keperluan harian

Almari besar untuk menyimpan semua baju2 Adam.

Satu lagi perubahan yang bakal berlaku adalah apabila Adam dapat masuk Taska di MARA. Harapnya dapatlah awal tahun depan.

Apa yang diberi adalah bersesuaian dengan kemampuan dan tahap kecerdasan Adam. Kecerdasan dan cepat menangkap dan belajar Adam tidak dapat dinafikan lagi. Contohnya semasa bercerita kepada uda dan acu, zaman ibu Adam dulu kita mengeja 'A - aa, yam= ayam, tetiba jer dengar Adam dah mula mengikut apa yang ibu cakapkan.

Jumaat, 4 September 2009

3 Hari

Dah tiga hari adam bersahur dengan ayah dan ibu. Seronok tengok adam ceria bersahur walau hanya mengutip hirisan carrot lalu mengunyahnya.. Namun cabarannya apabila ibu adam hendak ke pejabat. Tangisan adam akan kedengaran sampai ke bawah rasanya.

Semalam, adam asyik bermain dengan sambil mendengar lagu dari ipodnya namun pagi ini, bagai telah mengagak yang ibu akan tinggalkan adam. Ke hulu dan ke hilir mencari ibu.

Ayah mengajak adam yang sedang menangis ke biliknya untuk membantu ayah menyediakan dypers dan baju yang perlu dibawa ke taska.

"Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh dan lapan pampers adam"

Satu lagi cabaran ialah apabila adam hendak membawa semua anak patung mainannya.

"Baby isya, baby wafi, uma uma, spongebob", pendek kata semuanya dia nak angkut ke taska.

Mujur ada sumi. Sneck kegemaran adam. Maka bolehlah ayah "trade in" :)

Oleh kerana kalut sedikit pagi ini, ayah adam lupa nak serahkan duit taska adam (RM250). Balik nantilah insya Allah.

Selasa, 1 September 2009

Bersahur

Pagi ini adam bangun awal. Pukul 5 lebih. Bersahur dengan ayah dan ibu. Adam minum susu dan makan biskut.

Saat adam sedang menikmati biskut dan cuba untuk menarik bahu ayah dan bahu ibu untuk dipeluk, adam telah menumpahkan susu. Ayah pandang adam. Adam pandang ibu. Satu baris ayat yang terkeluar dari mulut ibu di saat adam menunjukan tanda-tanda hendak menangis. "Jangan ditangisi susu yang tumpah." Lantas ayah pun mengambil kotak susu dan menuangkan sedikit air susu dalam cawan adam. Adam kembali ceria lantas memeluk ayah dan ibu.

Ayah adam teringat satu peristiwa di kedai makan, di mana seorang anak telah ditengking dan dimarahi oleh ibunya sendiri. Hanya kerana anak tersebut menumpahkan air minuman. Terfikir ayah adam, betapa Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang. Setiap kali kita buat salah dan silap, Allah swt sentiasa membuka pintu taubat untuk kita memohon keampunan dan kemaafan.

Kenapa kita jarang nak memaafkan anak anak kita yang buat silap dan salah? Sebaliknya kita hukum anak kita, kita malukan dia, kita marah dia.

"Jangan ditangisi susu yang tumpah".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 27 Ogos 2009

Aduh, 2 kali jatuh ....

2 kali jaduh di rumah mak atuk. Sabar ajelah. Mula mula jatuh kerusi lepas tu jatuh tangga. Bengkak juga kepalanya. Ibu dah tuam dengan ais. Bila ditanya pada adam, "nak main kat tangga tak"

Tentunya jawapan adam, "Tak nak ...."


Selamat Berpuasa

Ayah adam, ibu adam dan adam sendiri ingin mengucapkan selamat berpuasa.
Semoga puasa kali ini lebih baik dari puasa puasa yang lepas.

Agenda harian adam di bulan puasa.

7.00 am - Ayah hantar adam ke taska.
6.30 pm - Ayah ambil adam dari taska dan terus ke rumah Mak Atok
7.00 pm - Minum Susu dan makan biskut.
7.XX pm - Ayah, ibu, mak atok, acu dan uda buka puasa. Adam main dan tengok tv.
8.00 pm - Balik ke rumah. Ayah ke surau terawikh, ibu memasak juadah sahur dan adam tolong ibu.

Selamat berpuasa semua ...


Nyum nyum sedap ...
Posted by Picasa

Karya Adam

Seronok adam bila dihantar ke taska. Begitulah setiap hari.

Karya Adam Harith di taska.
Cantik tak? Cantik ... "
Posted by Picasa

Khamis, 23 Julai 2009

Tak terjangkau akal mu..

Petang rabu cikgu melaporkan bahawa Adam tidur sepanjang pagi. Mungkin sebab hujan kut, sejuk. Petang tuh, budak taska dibawa ke tadika disebelah, untuk belajar membaca. Cikgu kata Adam cukup suka belajar dan membaca bersama kawan2nya. Sebelum balik cikgu tanya sekali lagi,
"Kak, Adam baru 2 tahun kan,"
"Yer, baru 2 tahun sebulan, nape?"
"Adam dah tau semua, 1-10, ABC, Alif, ba, ta, budak yang 3 tahun pun ramai yang tak tahu"
"Oh Adam memang wajib tahu sebab dinding dan lantai bilik TV penuh dgn benda tuh"

Sampai rumah, Adam minum 2 botol susu, 2 biji qurma, 2 keping keju Cheesedale dan semangkuk nestum. Cara untuk bagi makan adalah dgn menyebut nama kawan2nya. Nina, nak nestum.. Nah.. Haikal, Atan, Yuyin. Habis semua nama kawan2nya disuap, dan semua nestum tuh selamat dalam perut Adam.

KETELITIAN.

Hari nih, Adam menemani ibu berbuka puasa dan nakkan qurma. Lepas di buang biji, potongan qurma itu diletakkan. Ini utk Atan, nih untuk Haikal, nih untuk nina. Sama jugak, semua masuk mulut Adam. Lepas tuh Adam tanya semula nih? Ibu kata untuk Nina, bukan, nih untuk Haikal. Bila diingati semula memang ibu dah cakap potongan itu untuk Haikal. Ish..daya ingatan dan consentrasi dia..tak terjangka oleh ibu.

BOTOL SUSU

Teringat komen cikgu yang sama, ketika Adam baru berumur 3 bulan. "Kak, Adam dah pandai pegang botol sendiri yer, budak2 lain dan 8 atau 9 bulan pun tak reti pegang botol lagi".

Senja nih Adam hendak belajar benda baru lagi. Mencuci selepas membuang air besar.

Mungkin belum dicatatkan dimana2, Adam mengenali dan boleh menyebut anggota tubuhnya dengan tepat dalam bahasa Malaysia dan juga english.


Rabu, 1 Julai 2009

Shopping Time

Ayah dah janji untuk Adam memilih sendiri hadiah semperna 2 tahun umur Adam. So pagi ahad tuh adalah hari untuk bershopping. Mula2 kami ke Selayang Baru untuk membeli keperluan Goodie Bag untuk bengkel penulisan yang akan di adakan pada 5/7 ini. Dari Selayang kami terus ke The Curve kerana tahu di sana ada banyak kedai permainan kanak yang sesuai dengan Adam.

Ini lah dia gambar yang dirakamkan..
1. Mula-mula main dulu.
2.Jumpa 'kawan baik' Mickey Mouse di Anakku.
3. Lepas tuh pilih buku-buku di MPH. Nampaknya dah boleh bawa ke perpustakaan, minat dengan buku
4. Akhir sekali baru terjumpa di Metrojaya. Dah tahu dah perangai dia, jumpa patung2 tuh, akan dipeluk sepuas hati, lepaskan geram, lepas tuh letak balik. Bukannya nak beli pun.



Ingat nak beri sesuatu yang benar2 mainan dengan Adam dah cukup banyak educational games, tapi memang dia tak minat sangat. Last2 ini juga yang dipilihnya. Lepas tuh bolehlah ajar menulis ABC, 123 dan juga Alif Ba Ta.
Dah beberapa hari, dalam kesibukan, ibu tak sempat nak membantu menulis, tapi Adam dah tahu menggunakannya. Bacaan hurufnya boleh dengan kerumah sebelah, siap dengan tulisan lagi, cuma tulisannya belum berupa huruf yang disebutlah.
Yer lah, Adam kan baru dua tahun..:)

Jumaat, 26 Jun 2009

Genap 2 tahun


Pejam celik, pejam celik, 25/6/2009, genap umur Adam 2 tahun. Oleh kerana sambutan hari jadi Adam telah dibuat hujung minggu lepas, so seolah-oleh tiada apa yang istimewa berlaku hari ini.  Sebenarnya Ibu dan Ayah Adam ketandusan idea untuk memberikan hadiah kepada Adam. Ada kawan-kawan yang mencadangkan buku multimedia yang mengandungi doa-doa harian yang di jual Saba Islamic Media. Ibu cuba pergi ke kedai di bangunan sebelah pejabat ibu, pun tak jumpa juga.

Balik dari pejabat, ayah mengajak ke TESCO, kerana ada promosi basikal. Promosi berkenaan bermula 25/6, tetapi bila kami sampai, dikatakan stok telah habis. Kecewa, kami cuba suruh juga Adam mencuba model-model lain, Adam mencuba juga, lepas tuh bila di tanya Adam nak ker, dia pun geleng kepala sambil kata "Tak Nak".

Lepas tuh Adam pun terjumpa patung-patung watak Disney kegemarannya seperti Tiger, Pooh, Mickey dan Minnie. Adam seronok memeluk patung2 berkenaan, tetapi lepas tuh bila di tanya Adam nak yang mana? "Tak Nak".

Akhirnya kami pulang ke rumah dengan kecewa.   . kerana tak tahu nak beli apa untuk Adam. Melihat pada bahagian Education Games, semuanya Adam dah ada. Bermula dengan Shape (memasukkan bentuk yang berlainan ke dalam lobang), Blok (lebih kurang Lego), Stacker (untuk ada menyusun dan juga belajar mengira kayu), tidak lupa juga Notebook. Ini belum termasuk lagu koleksi himpunan buku-buku Adam Disney, Muqaddam dan Kamus Pintar 4 bahasa (melayu, english, arab dan tulisan jawi).

Sebenarnya semua permainan ini kebanyakkannya adalah untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas, sedangkan Adam baru sahaja 2 tahun. Memang patut lah sepupu Ayah Adam mengatakan Adam kelihatan lebih matang dan macam dah 3 tahun. Namun Ibu dah ayah Adam yakin, semua games itu sesuai dengan kemampuan Adam.

Melihatkan sikap Adam pada basikal tersebut, Ibu dan ayah sependapat, di antara basikal dan stacker, Adam akan memilih stacker.

Isnin, 22 Jun 2009

Sambutan Hari jadi ke 2 Adam Harith

Lokasi : Rumah mak ngah, Precient 8, Putrajaya

Besday Adam sepatutnya 25/6/2009. Kenapa diawalkan?
Sebab Acu akan berada di Port Dickson mulai 25/6-27/6.

Kenapa diPutrajaya dan tidak di Kepong
1. Mak Atuk teringin nak makan Beryani Gam Putrajaya.
2. Anak taukeh Beryani Gam Putrajaya adalah kawan sepejebat Mak Ngah
3. Adik wafi baru berumur 52 hari, so mak ngah masih lagi dalam tempoh berpantang,
Tak boleh drive jauh-jauh..:P

So inilah gambar2 yang dirakamkan.



Terima kasih daun keladi kepada para penaja
1. Mak Ngah penaja lokasi, dan makan utama Beryani Gam Putrajaya
2. Acu untuk kek secret recipies, buah2an, dan lain-lain jajan
3. Ayah Adam yang jadi supir membawa Adam ke Lokasi sambutan :P

hehehe