Semalam,seperti biasa, Adam tiba dirumah lebih kurang pukul 7. Sementara ayah ke rumah mak atuk untuk menguruskan beberapa perkara rutin, ibu memberi susu yang dicampur dengan ubat batuk, demam dan selema untuk Adam. Senang rasanya memberi ubat menggunakan botol kecil yang dicampur dengan susu. Semua ubat di jamin masuk mulut, tanpa adanya kotoran dimulut, baju dan lampin, yang utama tak mendengar jerit tangis Adam yang membingitkan.
Selepas kenyang, Adam bermain dengan kudanya sementara ibu dan ayah mandi, solat maghrib dan makan. Lepas makan Adam mula merengek. Lampinnya Ok, beri susu botol tak nak. Dan mulutnya asyik berbunyi "nen nen nen" sambil kakinya cuba menolak tidak mahu dipangku. Bila diberikan apa yang diminta, dia pun senyap, sambil merenung ibu dengan manja J, seolah-olah mengucapkan terima kasih. Lupa pulak ibu. Anak ibu nih memang cukup bijak. Baru 2 bulan dah pandai bercakap dan berkomunikasi. Kalau Adam nak susu botol bunyi tangisannya aye ye ye (air).
Setelah puas hingga terletap, Adam diletakkan meniarap dalam katil dia, sementara ibu membereskan beberapa perkara lagi dan ayah telah lena diulit intan dibilik atas. Kemudian, bila ibu bersedia untuk tidur ditepi Adam, Adam di telentangkan. Bukannya apa, ibu risau, kalau asyik tidur meniarap jer, takut kepala Adam teleng bila besar nanti. Walaupun tidur telentang, Adam cukup lena hingga pukul 3 pagi. Setelah diberi ubat, minum susu, tukar lampin, Adam pun menyambung semula mimpi2 indahnya. Tiba masanya untuk ibu mengejutkan ayah. Masa untuk ibu tidur lena di dalam bilik pula.
Benarlah kata teman2 sepejabat, baby nih paling mencabar masa dalam tempoh pantang jer (60 hari). Patutlah ibu2 yang bersalin diberikan cuti 2 bulan, sebabnya berjaga malam dan tak sesuai untuk bekerja di pejabat. 2 minggu lepas, pernah ibu di hon oleh motor, then ditunjukkan syarat bahawa ibu memandu bengkang bengkok. Memang ibu terlalu mengantuk waktu tuh. Nasib baik tak berlaku perkara yang tak diingini.
Kini, selepas Adam genap 2 bulan. Adam pun tidur diruang tamu semula sebab bahang dibilik atas terlalu kuat. Dan bila Adam mula tidur meniarap, kembung perutnya telah berkurangan. Kalau dulu, sebelum dua bulan Adam minta susu setiap 2 jam, tapi kini cuma sekali sahaja diwaktu malam. Senang dan selesa sekali ibu menjaganya.

0 comments:
Catat Ulasan