Jumaat, 31 Oktober 2008

Kelam Kabut ...

Dah lama ibu adam tidak outstation. Ibu adam outstation 2 hari, rabu dan khamis dan petang semalam baru balik. Kelam kabut ayah adam dibuatnya. Apa tidaknya. Malam khamis  tu ayah adam terlupa nak masak bubur adam. Dan sebelah paginya ayah adam terlewat bangun pukul 6.30 pagi baru terjaga.  Solat subuh dan terus masak bubur adam. Kesilapan berlaku apabila ayah adam masak bubur dalam slow cooker. Potong sayur dan kukus kemudian apabila sayur masak, baru sedar bubur tak masak masak.  Aduh  ..  Adam pula dah terjaga.  So tukar pampers adam dan letak diruang tamu.  Ketika ayah adam menuang bubur nasi yang belum masak ke rice cooker, tetiba  terlucut dan tertumpah. Habis semuanya ke lantai. Nasib baik adam di ruang tamu. Ketika itu juga adam melalak.  Ayah adam panik dan terkejut  ..  

Ayah adam hubungi ibu adam. Nak mencari ketenangan. Dengar suara isteri tercinta maka bersemangat balik untuk meneruskan perjuangan. Ayah adam kemas segala nasi yang tumpah dilantar, basuh balik beras setengah pot,  masukan dalam rice cooker,  dan tambah 2 cawan air. Sementara ayah adam menyediakan beg adam sambil menenangkan adam.  Pukul 7 lebih  baru nasi masak,  ayah bubuh dalam bekas, tabur dengan sayur dan bungkus elok elok. Ayah dukung adam, capai beg dan bekas nasi terus keluar rumah menuju ke taska.  

Balik dari taska, ayah adam sambung kemas rumah then ke rumah mak atok. Semalam mak atau ada temujanji dengan doktor di Hospital Selayang. Selesai urusan di sana dah dekat pukul  12 lebih.  Ayah dan mak atok ke Restoren Pak Tam  beli makanan  tengah hari. Selesai menikmati makan tengah hari, ayah adam bergegas ke Menara Maybank untuk mengambil beberapa dokumen serta kad kredit Ikhwan Maybank.  

Sepanjang petang semalam ayah adam berehat di rumah sambil menyelesaikan beberapa urusan kerja. Pukul 6 lebih ibu adam pulang dari outstation. Malam tadi kami menjamu selera di kedai makan kerana masing masing keletihan. 

Isnin, 27 Oktober 2008

Meniti Kenangan Silam - Muar

Dah lama ayah tidak meluangkan masa untuk meniti kembali jejak jejak yang pernah ayah tinggalkan di Muar. Ayah menghabiskan 2 tahun menuntut ilmu di Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas, Muar. Banyak perkara yang dipelajari di sini. Tentang akademik, kehidupan dan kekuatan jati diri sebagai insan dan hamba Tuhan.

Tanggal 25 Oktober 2008, akan kembali ke Muar. Terdapat banyak acara yang ayah gabungkan. Percutian keluarga untuk tahun 2008, Sambutan Hari Lahir adam yang ke setahun 4 bulan, Mega Raya 2008 Alumni Sekolah Sains Muar, Lawatan ke Tanjung Emas dan Lawatan Ke Restoren Herba Nasuha di Pagoh mengakhiri siri acara.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10 lebih dan berhenti di Perhentian Jejantas Air Keroh Melaka. Kami sampai ke Muar dalam pukul 4 lebih. Setelah daftar masuk hotel, kami berehat seketika sebelum menikmati Me Bandung Muar tanjung emas. Terletak di Muara Sungai Muar. Memang menarik. Adam begitu ceria menyusuri tebing sungai muar. Antara yang menangkap perhatiannya ialah kucing, memancing dan buai.

Sebelah malam, kami menghadiri Majlis Mega Raya 2008. Bekas pelajar dan juga bekas pengajar bersama sama dalam memeriahkan majlis tersebut. Di bantu oleh para pelajar sekolah menjamu makanan yang disediakan. Seperti biasa yang sentiasa ceria adam harith. Terdapat ramai kakak kakak lawa, yang menarik perhatiannya. Selesai majlis kami pulang ke hotel. Penat dan letih, masing masing tidur dengan lenanya.

Pagi Ahad, kami menghabiskan masa di Restoren Ayu, Hotel Trader. Mungkin kerana terlalu banyak aktiviti, kami begitu lapar sekali. Yang paling banyak makan, heheh tentu ayah adam. Adam pun apa kurangnya. Pencabar ayah yang paling dekat. Dengan bubur ayam, kemudian cornflakes, nasi lemak, roti dan macam macam lagi. Selesai bersarapan, kami bersiap dan bergerak ke Restoren Herba Nasuha untuk makan tengah hari di pagoh. Dari Pagoh, kami bergerak ke Kuala Lumpur. Lebih kurang pekul 5 lebih kami sampai ke Rumah Mak Atok.



Posted by Picasa

Jumaat, 24 Oktober 2008

Main cak cak adam dalam almari

"Ayah, cari adam di mana ? "

Heheh  ..  di sinilah ayah .. 

Malam tadi, adam tidur pukul 2 lebih. Ayah adam tertidur pukul 8

lebih, terjaga pukul 10 lebih dan ketika itu adam masih lagi
bertenaga. Melayan dan bermain dengan adam sehinggal pukul 1 lebih.
Sebelum ayah adam kehilangan kesabaran seketika. Nasib baik ibu adam
terjaga dan mengambil alih memerhatikan adam.

Kenapa adam begitu bertenaga? Begitu cergas walaupun dah lewat pagi?
Adakah adam tidur sepanjang hari sehinggakan malam hari begitu cergas
untuk bermain? Yang pasti ini semuanya adalah ujian untuk ayah dan ibu
adam.

Pagi ini, ayah adam sempat berbicara dengan boss Hj Kamin, menurut
boss ayah adam, kemungkinan besar adam mengambil gula berlebihan. Lalu
ayah adam teringat malam tadi adam makan kuih raya.

Kuih raya,
Memang telah terbukti kuih raya mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Dan adam memang suka makan kuih raya terutama kuih tat dan kuih
keping. Nampaknya kena berhentikan pemberian kuih raya kepada adam,
kalau tidak akan berulang lagi ayah dan ibu adam bergilir bersengkang
mata memerhatikan adam.

Selasa, 21 Oktober 2008

Gambar Dari 13 Oktober hingga 19 Oktober

Semenjak 13 Oktober, ayah adam agak sibuk dengan pelbagai aktiviti aktiviti kerja dan juga aktiviti aktiviti lepas raya. Sehinggakan hujung minggu pun penuh. Atas alasan kesibukan maka blog adam tidak dapat dikemaskini.

Berikut adalah gambar gambar yang dirakam sepanjang tempoh tersebut.

1. Majlis Sambutan Hari Raya Sahabat Interaktif Malaysia Zon Tengah , Bertempat di Sate Hj Samhuri, Kajang pada 11/10/2008

2. Skill Adam memasukkan barang di dalam bakul. Mula mula sepahkan dulu kemudian masukkan kembali lepas tu .. rasa boleh teka kot... Ya betul sepahkan kembali ..

3. Semakin mahir menggunakan komputer bimbitnya .. Dah pandai tekan huruf.

4. Majlis Sambutan Hari Raya di Desa Satu Aman Puri pada 18/10/2008, pukul 9 malam. Hensemnya pakai baju Melayu warna merah yang mak atuk beli, tetiba jer bila pergi jamuan dah bertukar T-shirt warna merah. Kenapa yer..cuba teka

5. Riadah bersama keluarga adam (pagi 19/10/2008)

.. Seronok .. Main buai, ayah gi jogging keliling tasik Metropolitan Kepong, adam dan ibu berpiknik tepi padang permainan. Tujuan utama adalah untuk Adam memijak embun ditengah padang tuh. Kononnya kalau budak lambat berjalan, bila pijak embun dapat membantu. Entah betul entah tidak, bukanlah percaya sangat pun, tapi sebab tak ada modal, cuba jugaklah. Teringat iklan tuh "Biar terkena kotoran, demi pengalaman"

6. Majlis Hari Raya Sahabat Interaktif Malaysia dan Mesyuarat Penubuhan Koperasi SIM (Kosim) di KL International Hotel. (Petang 19/10/2008)

Selasa, 14 Oktober 2008

Gambar Budak Comel Lagi ..

Tak ingat ambil di mana. Oh ya Rumah Terbuka di Kelab Golf anjuran Ketua Pemuda Bahagian Subang.  Adam menyebut "kuning" sambil menunjuk ke puding yang berwarna kuning. Kami tergaman. Ibu pandang ayah, ayah pandang ibu. Terdiam. 

Marah atau nasihat?

Hmm  ...  Nak marah ke or nak nasihat.  Rasanya kalau ikut perasaan tentunya akan mengamuk namun bila fikirkan semula,  sabar ajelah. Bukan senang nak mendidik anak yang pintar ini.  Banyak doanya dan banyak sabarnya  ..  

Isnin, 13 Oktober 2008

Fwd: Gambar Beraya di rumah boss

Beraya sakan  adam  ..  

Rabu, 8 Oktober 2008

Rajin adam rajin ..


Petang semalam, balik dari kerja, ayah terlihat adam sedang melakukan aktiviti yang tidak pernah ayah lihat.  Cuba lihat gambar tersebut. Ditangannya pensil  dan di atas lantai buku.  



Selasa, 7 Oktober 2008

Kebijaksaan yang memerlukan kesabaran

Adam semakin bijak dan kebijaksaannya kadang kala diluar dugaan ibu dan ayah Adam. Hari sabtu lepas, perjalanan dari Taiping ke KL dalam jem yang agak teruk begitu memboringkan. Setelah puas duduk di dalam car seat, Adam ingin duduk di atas riba ibu, sambil bermain HP ibu.

Ibu sangka Adam cuma bermain-main sahaja dengan phone tersebut, hinggalah mendapat satu sms dari Uda

" Akak dah sampai ker? Akak msg apa? Kosong jer". Tidak lama lepas itu
ayah sendiri mendapat msg kosong dari Ibu.

Bila di semak di send Item dan juga report message, Adam telah menghantar 6 sms serentak, kepada Ayah, Uda, Acu 2 org sepupu ibu (along dan alang) dan juga Tok Su (adik nenek Adam
yang berada di Sunway, PJ).

Terpaksalah ibu menghantar sms semula memohon maaf atas kepintaran Adam menghantar sms tersebut.

Pagi Ahad, bangun2 tidur, perkataan pertama Adam adalah 'kucing'. Nampaknya Adam belum puas melihat kucing. Baru melihat tuh, belum lagi dibenarkan bermain, dan pastinya Adam di larang keras bermain dengan kucing atas faktor kesihatan.

Ketika ibu sedang membasuh baju, sekali lagi Adam bermain dengan HP ibu, bila tetiba ibu mendapat call dari bapa saudara di Taiping, dan bertanya ada apa ibu call dia sebentar tadi. Ya Rabbi, kalau semalam sms jer, pagi nih dah pandai call pula. Sekali lagi ibu perlu menjelaskan, ini semua pastinya angkara budak bijak nan seorang nih.

Bila di semak, sekali lagi Adam telah menghantar sms kepada sepupu ibu, kalau semalam pada Along dan Alang, hari nih pada Angahnya pula. Pandai betul dia cari orang, 3 adik beradik, ayah, uda dan acunya dan juga Along, angah dan juga alang di Slim River.

Lepas nih phone ayah dan ibu memang sentiasa kena lock. Tuh pun silap dia pandai buka..Ish memang anak zaman IT betul.

Sambutan Hari Raya.

Raya tahun ini disambut dengan sederhana namun tetap meriah. Bermula dengan sesi bermaafan dan diikuti dengan bergambar dipagi raya serta aktiviti ziarah menziarahi jiran tetangga serta saudara mara.


Gambar Keluarga
Keluarga Adam

Keluarga Mak Ngah Adam

Keluaga Uda Adam

Mak Atok dan Acu

Hari Raya ke 2 adam beraya di Taiping. Ini kali pertama adam beraya di taiping, rumah nenek. Antara aktiviti aktiviti yang disertai selain dari ziarah menziarahi sanak saudara ialah melihat kucing, ayam dan ikan serta permandangan kampung yang tenang dan mendamaikan.


Adam dah mula bertanya "apa tu?", "apa dia?" dan "apa da?" selain menyebut perkataan "ayam", "kucing" dan "ikan". Frasa frasa tersebut sering kedengaran dari mulut adam yang kini semakin bising.