Khamis, 13 September 2007

Selamat Berpuasa

Balik dari kerja, ayah adam mengambil adam dari taska. Lalu singgah ke rumah mak atuk. Selain dari menyuntik insulin pada mak atuk, ayah adam mengambil kesempatan untuk adam bermesra dengan mak atuk. Tapi adam tertidur ketika itu setelah tangisan meminta susu tidak dapat dipenuhi. Maklumlah ayah adam tgh drive masa adam menangis. Pulang saja di rumah, ayah adam terus letakkan adam di dalam plypen dia dan mula membancuh susu. Sementara adam menyusu botol, ayah adam mandi, dan bersiap untuk ke surau. Masak air panas dan kemudian kembali menyusukan adam.
Azan maghrib telah lama berkumandang, Ibu adam pula balik lewat. Memang telah dimaklumkan yang ibu adam akan singgah dipasaraya. Banyak barang keperluan yang perlu dibeli. Bukan setakat susu adam sahaja namun keperluan untuk berbuka dan bersahur dibulan ramadhan. So tak sempat ayah adam nak berjemaah maghrib di surau.
Alhamdulillah beberapa minit selepas tu ibu adam pulang. Penuh dengan pelbagai barang keperluan. Terutama barang adam seperti susu dan dyper. So sempatlah semalam ayah adam berjemaah solat isyak dan bertawarikh. Pak imam memaklumkan, solat terawikh akan didirikan sebanyak 8 rakaat dan witir 3 rakaat satu salam. Pukul 10 lebih kurang segala galanya selesai.
Balik dari surau, adam sedang bermain dengan kuda pusing dia. Kali ini kuda tersebut direndahkan supaya boleh dipegang oleh adam. Beberapa ketika, adam mula menangis. Biasalah nak minum. So berikan adam minum susu then tertelap dia diulit mimpi. Ayah adam pun naik ke bilik tidur sementara ibu adam tidur di sisi playpen adam.
Sepatutnya ibu adam mengejutkan ayah adam pukul 1.30 pg untuk tukar shift tapi ayah adam dikejutkan pukul 4.30 pg untuk bersahur. Menurut ibu adam, adam terjaga sebanyak 2 kali dan ibu adam boleh handle it. :)
So pagi nie ayah dan ibu adam bersahur nasi dan ayam goreng. Lepas bersahur, ayah adam terus mandi dan bersiap untuk ke surau. Lepas subuh, kemas laptop dan bersiap untuk ke pejabat.

0 comments:

Catat Ulasan