Isnin, 3 September 2007

Berhujung minggu

Niat di hati hendak saja membawa adam berjalan jalan. Bershopping mahu pun bersiar siar namun tidak sampai hati apabila mendengar suara adam batuk. Nampaknya selsema dan demam semakin baik namun batuknya masih lagi kedengaran sesekali sekala. Disealik penderitaan demam dan selsema, kini adam semakin menampakkan perkemangannya sedikit demi sedikit.


Sesekali adam dah mula tersenyum dengan senyuman yang memikat. Selain telah mula memberikan ransangan tindakbalas terhadap bunyi, adam juga telah mula menaruh minat pada ransangan visual. Sesekali telah kedengaran suara adam mengajak berbicara. Walau pun yang difahami hanyalah ah, ie, uh, ehdan beberapa suku kata namun itu menunjukkan satu perkembangan yang positif. Disebalik perkembangan positif, adam juga telah menampakkan tanda tanda ketidaksabaran terutama dalam menanti proses membuat susu. Suara tangisannya sudah jelas dan berlagu serta kuat kedengaran.



Adam juga telah menikmati tidur yang lena (begitu juga dengan ayah dan ibu adam) semenjak adam mula belajar untuk tidur meniarap atau sesekali kala menonggeng seolah olah bersujud. Lena dan lama itulah yang boleh digambarkan selain dari masalah angin juga berkurangan.


Malam semalam ibu adam mengadu dah mengeluh lagi kerana terpaksa keluar outstation lagi terutama dalm bulan puasa. Terpaksa meninggalkan adam dan ayah adam. Mengikut rancangan, 2 kali sepanjang bulan puasa. Ayah adam memaklumkan pada ibu adam.



Dalam hidup ini, ada perkara yang dalam kekuasaan dan kawalan kita untuk membuat keputusan dan bertindak. Keadaan ini dinamakan P1 dan ada perkara yang kita mempunyai kuasa untuk mempengaruhi mereka yang terlibat dalam membuat keputusan. Keadaan ini dinamakan P2 dan akhirnya ada perkara yang diluar kekuasaan kita dan kita pula tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi dan bertindak. Keadaan ini dinamakan P3. Seringkali dalam pengurusan projek, kita menumpukan kepada P3. Benda yang kita risau sangat tetapi kita tidak ada kuasa untuk melakukan apa apa saja. Buktinya terlalu banyak yang memberi komen. Namun tidak dapt membuat apa apa kerana perkara tersebut dalam kekuasaan orang lain.

Ayah adam menasihatkan ibu adam agar menumpukan kepada perkara yang dalam P1. Contoh istiqamah dalam mengambil ubat untuk proses mengeluarkan susu badan. Usaha tetap perlu dilakukan. Walau pun outstation, ubat perlu diambil dan rangsangan pada payu dara tetap perlu dilakukan menggunakan alat yang telah dibeli. Selain itu, ayah adam telah menyediakan infrastruktur komunikasi yang terbaik dan termampu untuk ibu adam menghubungi adam dan meluangkan masa untuk adam mendengar suara ibu adam dan ianya adalah percuma. Berbicara dan bercakaplah beberapa jam yang dikehendaki. Itu semua dalam kawalan dan kekuasaan kita namun untuk ibu adam tidak pergi outstation, ianya adalah keputusan penyelia ibu adam.

Ibu adam sudah pun memaklumkan pada penyelia ibu adam untuk tidak mengikut lawatan audit namun penyelia ibu adam telah membuat keputusan bahawa ibu adam tetap masih perlu mengikuti lawatan audit dengan alasan mencukupkan syarat KPI/KRA. Tiada apa yang dapat dilakukan untuk mempengaruhi dia untuk meneliti kembali keputusan tersebut. Maklumlah, bagi mereka yang belum berkahwin dan tidak mempunyai tanggungjawab berkeluarga serta yang memisahkan kerja dengan hidup berkeluarga memang sukar untuk memahaminya.


.

0 comments:

Catat Ulasan