Jumaat, 29 Ogos 2008

Minggu lepas, ayah dan ibu adam ada membeli 3 buah buku kecil khas untuk adam. Buku ABC, One Two Three dan Satu Dua Tiga. Sehingga ke hari ini, dah bolehla sebut Satu. Seronok bila lihat telatah adam "mentelaah" buku tersebut.  Pembelian buku buku tersebut kerana adam selalu "merampas" buku yang dibaca oleh ayah adam. 

Khamis, 28 Ogos 2008

Menu Bubur Nasi Bersayur nyum nyum

Resipi Bubur Nasi 

Bahan bahan:

Bahan untuk Bubur Nasi
  • Beras 
  • Air
Sayur
  • Broccoli 
  • Lobak Merah
  • Bayam 
Cara Penyediaan:

Basuh beras dan isikan dalam Slow Cooker.
Masukkan air dan masak selama 5 jam 


Sayur di kukus dan dipotong kecil. 






Kemudian ditabur dan dikacau di dalam bubur nasi yang telah masak. 

Biarkan selama 2 jam 




Rabu, 27 Ogos 2008

Main Kotak

Video menarik



Selasa, 26 Ogos 2008

Nyum Nyum ... Sedap

"Adam .. tu ayam ayah ... "

"Sedap sungguh ayam ini ayah ... Ayah nak tahu tak kenapa ayam ini sedap?"

"Kenapa?"

"Sebab ... ayam ini ... "abah punya" ..heheh "




Gambar dalam panggung .. tercicir lak ..


Sedapnya

Isnin, 25 Ogos 2008

Puasa Belum Tapi.. Ayah adam

Ayah adah dah raya  ....  Jemput  .... Jemput  ...  Ibu adam nak ke ?? Orang sakit kepala tak boleh makan kuih raya . 

Pukul 5 Pagi

Kedengaran suara si kecil mengangis, namun mata ini terlalu berat untuk dibuka. Tiba tiba terdengar bunyi orang berjalan di atas tikar getah. Hati semakin tak sedap. Maka bangkitlah ayah adam menjenguk ... Di ruang tamu, anak kecil memandang wajah ayahnya sambil tersengeh .. Ahhhhhhhhhhhhhhhhh ... Awalnya sayang bangun .. Baru pukul 5 pagi ..

Gambar semalam  .. 

Budak comel minum 

Roti canai 4 keping, Tosei 1  ..  

Ahad, 24 Ogos 2008

AGM Alumni SAMURA



Semalam, seperti yang dijadualkan berlaku AGM Alumni Samura. Alumni Sekolah Menengah Sains Muar. Sebagaimana yang ayah adam beritahu, AGM Samura tiada dalam diari ayah adam. Ini kali ke dua ayah adam tidak menyertai AGM Alumni Samura. Sebelum ini, Ayah adam tetap berusaha untuk menyertainya. Walau apa pun rintangannya. Tapi untuk kali ini ayah adam hilang bersama angin yang lalu. Kenapa?

Kerana tahun ini terdapat pemilihan Ahli Jawatan Kuasa. Dan buat masa ini, ayah adam tidak mahu sebarang tanggungjawab dalam Alumni. Cukuplah dengan tanggungjawap yang sedia ada. Apa pun ayah adam tetap menyokong sebarang aktiviti dan sebarang usaha yang dilakukan oleh Alumni.

Alumni Samura merupakan satu "jemaah" yang menjadi sebahagian dari kehidupan ayah adam. Semenjak ianya ditubuhkan ayah adam pernah menjadi EXCO selama sepenggal dan kemudian ayah adam menghilangkan diri seketika. Dan kemudian muncul kembali. Kini ayah adam hilangkan diri kembali. Kalau dulu kerana ibu adam, kini kerana adam. Ayah adam ingin menumpukan masa dan perhatian kepada keluarga ayah adam.

Satu lagi sebab kenapa ayah adam tidak menyertai AGM Alumni adalah kerana ayah adam tidak lagi mendapat sokongan dari ibu adam. Sebelum ini, AGM merupakan platform untuk "Perjumpaan Keluarga" namun semenjak beberapa tahun lepas, hanya ayah adam yang membawa keluarga ke AGM. Ramai yang datang bersendirian ke AGM. Dan tahun lepas ibu adam telah ditegur oleh "individu yang tertentu" bahawa ibu adam lebih samuranya dari ahli samura sendiri. Setiap kali AGM pasti ada muka ibu adam.

Ibu adam merupakan bekas pelajar MRSM dan ayah adam pula bekas pelajar SMS. Apa itu MRSM dan SMS? MRSM adalah Maktab Rendah Sains MARA sementara SMS adalah Sekolah Menengah Sains atau lebih dikenali dengan Sekolah Berasram Penuh (SBP). Walau bagaimana pun selama hari ini ibu adam merupakan orang yang menjadi tulang belakang ayah adam dalam SAMURA. Ibu adam banyak membantu ayah adam dan secara tidak langsung membantu Alumni SAMURA. Tapi setelah ditegur begitu, bagai membunuh semangatnya.

Oklah, Selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah dipilih. Sekiranya alumni memerlukan khidmat ayah adam , ayah adam akan sentiasa bersedia untuk berbakti. Good Luck Bro.

Sabtu, 23 Ogos 2008

First Time - Wall E

Kita merancang Allah swt yang menentukan. Lepas subuh ayah adam tidur kembali. Begitu juga dengan ibu adam dan adam sendiri nyenyak diulit mimpi. Sebenarnya banyak perkara yang ayah rancang hari ini. Nak mengikuti forum di Masjid Wilayah, Makan tengah hari di USJ dan Menonton wayang cerita Wall E anjuran Club Heitech namun ternyata kita hanya mampu merancang.

Ayah adam terjaga pukul 9.00 pagi begitu juga seisi keluarga. Allahu Akbar. Pukul 11.30 baru sarapan pagi. Dan akhirnya kami hanya sempat menonton Wall E saja. Seperti ayah adam apabila masuk panggung wayang mesti terlelap. Bapa borek anak rintik. Adam juga terlelap dibahu ayah dan diikuti ayah pula melayang. Rasanya hanya beberap minit namun bila sedar dah nak habis.




Pulang dari USJ, ibu adam sakit kepala dan muntah di dalam kereta sementara adam pula menangis pada mulanya, mendiamkan diri setelah melihat ibu adam muntah. Tak tahu kenapa ibu adam sakit kepala dan muntah. Apa pun lepas sahaja maghrib, ibu adam dan adam diulit mimpi. Tinggal ayah adam melayan komputer.

Wall e .. wall e..

Jumaat, 22 Ogos 2008

Ibu adam terasa

Ayah adam tak sedar langsung yang ibu adam terasa hati dengan ayah adam. Apa taknya, pagi tadi ibu adam bangun, mandi, urus diri, solat subuh dan terus keluar. Dan ketika itu, ayah adam masih tak sedar yang ibu adam terasa hati.

Setelah pulang dari menghantar adam ke taska, sambil menikmati nasi lemak, baru ayah adam tersedar. Hmm ibu adam tak salam dan peluk ayah adam semasa hendak ke tempat kerja. Lalu ayah adam menghantar sms

"Kalau awak marahkan saya, hati-hati drive"..

Seketika dalam perjalanan ke pejabat ayah adam menghubungi ibu adam. Setelah mendapatkan penjelasan baru ayah sedar. Ayah adam telah memberikan reaksi yang negatif terhadap pengorbanan yang ibu adam lakukan.

Ibu adam sanggup memandu, untuk pulang ke rumah kerana hendak bersama dengan ayah adam dan adam sementara ayah adam hanya mementingkan dirinya sendiri. Letih dan penat sehinggakan ayah adam mengabaikan kehadiran ibu adam. Dari kaca mata ayah adam, kepulangan ibu adam ke rumah tidak mempunyai sebarang nilai namun bagi ibu adam ianya merupakan satu sumbangan yang cukup besar dan perlu dihargai dengan pelukan dan belaian namun apa yang ibu adam dapat hanya bunyi dengkuran ayah adam.

Maafkan ayah adam, ya ibu adam. Biasalah ayah adam "I'm just a soul whose intentions are good"

Khamis, 21 Ogos 2008

Diam is emas

Pagi ini, ayah adam telah ditalukan pelbagai soalan oleh ibu adam. Kenapa ayah adam senyap dan berdiam diri. Ada salah dan silap ibu adam ke? Jawapannya tidak ada salah dan silap ibu adam. Kalau adapun dah dimaafkan oleh ayah adam.

Cuma hari ini ayah adam rasa nak diam. Nak senyap. Bukan sebab apa tapi sekadar ingin sedikit ruang untuk senyap dan diam.

Memang minggu ini amat mencabar. Ibu adam perlu balik lewat kerana tugasan yang diamanahnya. Walau pun MARA menyediakan bilik hotel untuk bermalam namun ibu adam memilih untuk pulang ke rumah bersama dengan keluarga. Dan ayah adam secara peribadi amat menghargai pilihan yang dibuat oleh ibu adam walaupun ayah adam berpendapat lebih selesa sekiranya ibu adam bermalam dihotel sahaja.

Oleh kerana ibu adam pulang agak lewat, jadi ayah adam perlu ambil adam dari taska, dan melakukan tugas sampingan yang biasa dibuat oleh ibu adam seperti, masak nasi, masak air, basuh pinggan dan melayan telatah adam. Setelah 3 hari, maka semalam, ayah rasa letih sangat. Dan adam pula agak bertenaga. Tak nak tidur nak main aje. Jadi setelah ibu adam balik, ayah adam minta ibu adam menjaga adam sementara ayah adam makan.

Lepas makan, ayah adam lihat pakaian yang belum dilipat. Sambil tengok TV sambil ayah adam melipat pakaian. Ayah adam tahu ibu adam juga letih dan penat serta perlu berehat. Tak kan nak biarkan ibu adam melipat pakaian. Ayah adam suruh ibu adam tidurkan adam sementara ayah adam uruskan tentang pakaian. Lepas lipat pakaian, ayah adam masuk tidur. Sedar sedar dah pukul 4.30 pagi

Pagi tadi, ayah adam mengadap komputer sementara ibu adam menjemur pakaian. Lepas mandi dan solat, ayah kejutkan adam. Ada bau yang kurang menyenangkan dan adam perlu mandi. Lepas mandi, berpakaian, ayah terus hantar adam ke taska.

Rabu, 20 Ogos 2008

Ke MDec

Hari ini ayah adam ke MDEC, Cyberjaya. Tak sangka ayah adam bertemu dengan rakan lama ayah adam sewaktu ayah adam belajar di PPP-ITM.

Agak menarik maklumat yang ayah adam perolehi dari .Net Mamak Program. MDec mempunyai dana tabung pre-seed untuk individu yang mempunyai idea dan berhasrat mengubah idea menjadi prototype. Geran bernilai RM150K

Selasa, 19 Ogos 2008

Ruam ... ??

Semalam ayah adam lihat adam berbeza sedikit. Muka adam penuh dengan bintik-bintik merah. Mungkin ruam, mungkin juga tidak. Dan menurut Pengetua Taska, Puan Rozita, adam agak meragam sedikit. Mungkin sebab nak tumbuh gigi taring.


Semalam ayah sampai di kawasan perumahan dalam pukul 6.30 ptg. Singgah mengeteh dulu. Pukul 7 lebih  baru ambil adam. Biasalah kisah dikedai kopi. Permatang pauh tetap hangat.  Setelah mengambil adam dari taska,  ayah adam hubungi ibu adam. Ibu adam dalam perjalanan pulang ke rumah. Ayah tengok dalam peti sejuk, lauk semalam masih ada lagi tapi tak ada sayur. Nak mengharapkan mangkuk tingkat rasanya lewat lagi. Jadi ayah letakan adam dan berikan toy sementara ayah adam masak sayur kobis dan carrot digoreng dan masak sepot nasi. Seronok tengok telatah adam melihat ayahnya masak.


Kebetulan ketika ibu adam sampai, sayur dan masak, nasi pun dah di dalam periuk nasi.  Ayah minta ibu adam jaga adam sementara ayah adam mandi dan bersolat maghrib.  Lepas tu ayah pula jaga adam sementara ibu mengurus diri dan bersolat.


Ayah adam mula berfikir, kenapa muka adam bintik merah. Masa adam minum susu soya benda yang sama berlaku. Adam makan apa yang jadi begini.  Seingat ayah, banyak benda yang dimakannya. Setelah beberapa lama termenung, baru ayah adam teringat. Puding telur. Adam tak boleh makan telur lagi. Itu sebabnya bintik merah timbul.


Pagi tadi, bintik merah semakin berkurangan. Ayah sapu losyen baby pada adam.  Harap harap petang ini, hilang terus bintik merah tersebut.  Di bawah ayah senarikan bahan bahan yang adam tak boleh makan:


1. Produk berasaskan kepada soya seperti susu soya dan tauhu

2. Telur ayam


Isnin, 18 Ogos 2008

Majlis berinai dan kenduri Kahwin Uda

Hujung minggu ini merupakan hari yang cukup meletihkan bagi Adam, ayah dan juga ibu Adam. Bermula dgn pagi sabtu, Adam lepak di rumah mak atuk. Acu, mak ngah dan ibu Adam memasak lauk pauk untuk menerima kahadiran saudara mara petang dan malam nanti. Lepas solat zuhur, kami pulang berehat dirumah sekejab. Selepas itu, kami pergi menjemput saudara dari Singapura di Kuala Lumpur dan terus di bawa ke rumah mak atuk. Di rumah mak atuk, 2 biji kereta dari Johor, adik beradik belah mak atuk telah tiba dan sedang menjamu selera. Inilah kali pertama Adam berjumpa dengan nenek-nenek adik-beradik mak atuk.

Lepas makan, kami bersama dengan tetamu dari Singapura pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan bersolat maghrib. Adam dah lena keletihan waktu itu. Sayu hati mengejutkan dan menukarkan baju Adam waktu tu. Tanpa mandi, Adam dibawa pula ke Rawang. Ketika kami tiba, Pengantin sedang bersanding. Ibu dan Ayah Adam merupakan orang terakhir yang menjadi penutup majlis berinai itu. Selepas itu, kami menjamu selera. Ramai juga saudara mara belah tok ayah Adam yg telah bersedia menanti di rumah pengantin.

Kami tiba di rumah kira-kira pukul 11.30 malam. Keletihan semua orang terus tidur, kecuali ada seorang budak bertuah yang menunjukkan kemahiran barunya. Hari ini Adam berjaya:

Turun dari buaian
Memanjat katil
Turun dari katil

Dengan selamatnya. Nampaknya pengalaman pertama Adam jatuh katil dulu benar2 menginsafkannya dan pelajaran turun katil berjaya diaplikasikan. Rasanya pukul 1.30 pun Adam masih lagi turun dan naik katil sambil 'mengurut' ayah dan ibu yang kepenatan.

Pagi Ahad, selepas bersarapan kami berkumpul di rumah mak atuk. Apabila cukup korum, semua kereta bereben hijau mula bertolak ke Felda Sungai Buaya. Di R & R Rawang di tambah dengan 3 kereta lagi. Apabila sampai, kami berehat di rumah persinggahan, sementara pengantin bersalin pakaian dan bersiap. Selepas siap, 2 pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan.

Selepas makan, bersanding dan bergambar bersama keluarga, kami pulang ke rumah mak atok. Tiba disana lebih kurang pukul 3.30 ptg. Banyak juga yang perlu dibersihkan dan dikemaskan. Sementara ibu mengemas, Adam bermain dengan abang dan kakak sepupunya. Apabila siap, Adam pulang kerumah pukul 6 petang. Masuk jer ke rumah, Ada terus tidur dibiliknya dengan nyenyaknya. Kini giliran rumah Adam pula dibersih dan dikemaskan.

Sepatutnya dari 18/8/2008 – 21/8/2008 Ibu adam menjadi facilitator kursus lagi. Kerana kesibukan, ibu tidak sempat untuk pack baju untuk bermalam di Hotel. Oleh kerana kursus dijalankan di Kuala Lumpur sahaja, ibu dah nekad untuk berulang sahaja setiap hari.

Kalau dah penat

Dahsyat betul adam tidur.

Gambar Uda Berinai dan Bersanding

oxSelamat datang kepada ahli terbaru keluarga kami. Selamat pengantin baru.



Gambar di bawah di ambil oleh Abg Yan (11 tahun)

Jumaat, 15 Ogos 2008

Baca - Iqra ..

khusyuk betul anak ayah membaca buku. Apa agaknya yang dibaca tu .. 


Ooo  buku anakku soleh anakku hebat  ..  

Dah membaca, lapar pula. Jom makan. Ayah, kena makan dalam talam ke? . Ya sayang, kita makan dalam talam. Insya Allah ayah akan ceritakan suatu hari nanti kenapa kena makan dalam talam. 

Hi  ... tangan kiri ke adam  ... tangan kananlah  ..  

Khamis, 14 Ogos 2008

Aku Terima Nikahnya ...

Heheh  ... "Aku terima nikahnya..."  kalau begitulah jawapan yang ayah adam berikan depan iman nikah di malaysia maka tak sah katanya.  Sepatutnya "Aku terima nikah .. "  tanpa "nya".  Ayah adam bukan nak komen pasal itu tapi berkenaan dengan satu MMS yang ayah adam terima dari ibu adam tengah hari semalam. 

Dah Beli



Terkejut ayah adam seketika. Tak tahu nak berbicara apa. Buku ini agak menarik sebenarnya. Ayah adam dalam usaha untuk membaca. Hehehe ..  "Aku terima nikah ....."  berlatih untuk kali ke 2, 3 dan 4 ... takut kelu lak lidah tu bila depan imam nikah.

Surah An-Nisaa', ayat 1, yang bermaksud:

[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Surah Ar Rum, ayat 2, yang bermaksud:

[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


 

Telatah Adam bila bersendirian.

Lepas solat maghrib, ayah dan ibu Adam berihat di bilik TV. Ayah
khusuk mendengar berita, sementara ibu Adam sambil melipat kain. Adam
dibiarkan minum susu sendirian dibiliknya. Biasanya lepas minum, Adam
akan merangkak ke bilik sebelah mencari ibu dan ayah. Sebaliknya malam
tadi Adam terlalu senyap. Mengikut kiraan ibu, Adam dah habis minum
sebotol susu. Intai2.. rupanya2nya inilah yang Adam buat dalam diam.


Terpaksalah ibu mengemas dan menyapu biliknya pukul 10 malam, sebab
takut Adam digigit semut yg menghurung sisa-sisa biskut tersebut.



Menjeling dia

Marahlah tu

Rabu, 13 Ogos 2008

Hadith Nabi

Dari Abu Hurairah rodhiallohu 'anhu, Nabi sholallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR. Muslim)

Selasa, 12 Ogos 2008

Semakin pandai

Semalam ayah adam belikan adam kuih pau. Bukan main berselera betul adam makan kuih pau. Seronok tengok adam makan. 















Disebutlah kisah setelah adam selesai makan pau, ayah adam bagi gula gula cokelat yang berbungkus kertas timah warna emas. Mula mula adam sekadar bermain dan sesekali cuba untuk memasukan cokelat tersebut ke dalam mulut namun dikeluarkan kembali setelah nampak ayah dan ibu menjeling.  Lepa dari pandangan ayah dan ibu, adam cuba menggigit cokelat tersebut. Ibu terperanjat dan menjerit, dan ayah pun memberikan reaksi yang sama, maka menangislah adam. Mungkin sebab terkejut dan takut.  Ayah adam perlu menunjukan kemarahan sementara ibu adam memujuk adam dan menjelaskan kepada adam kenapa adam ditengking dan dimarah. "Adam, ayah marah bukan kerana benci tapi kerana ayah sayang".  Ayah adam perlu dihormati oleh adam kerana ketegasan dan bukan ditakuti kerana ayah suka marah.

Malam tadi, ibu adam tidur lewat begitu juga dengan ayah adam. Ada tetamu bertandang ke rumah kerana notebooknya disangkakan terdapat virus. Ayah melakukan diagnostic  dan tiada virus dikesan. Mungkin sekadar masalah biasa yang diharapi oleh sistem operasinya.  Dan yang menariknya, ayah dan ibu adam tak terjaga langsung sehingga kedengaran suara adam menangis dan merangkak ke bilik ayah dan ibu adam. Nampaknya ayah dam ibu adam kena berhati hati bila tidur :P kerana pintu bilik terbuka. Kalau pintu bilik tertutup memang tak dengar langsung adam menangis. 

Bos ayah adam pernah berpesan. Jangan bagi anak masuk bilik selagi pintu tidak diketuk dan keadaan bilik dalam keadaan kemas. Semua pakaian dalam telah tersimpan, baru benarkan anak masuk. Itu adab memasuki bilik ayah dan ibu.  

Isnin, 11 Ogos 2008

Hari ini ..

Memang rasa malas nak bangun. Bukan adam saja, ayah adam pun sam. Ibu adam dah beberapa kali memanggil, namun rasa malas nak bangun. Mungkin keletihan. Malam Jumaat, kenduri arwah, malam sabtu - uda nikah, malam ahad - solat hajat dan yasin untuk anak anak yang mengambil PMR dan semalam, melayan adam serta memproses VCD majlis pernikahan uda.







Semalam, adam bersarapan di kedai mamak. Suka benar dengan pisang. 
 

 


Sabtu, 9 Ogos 2008

Uda Nikah

Pukul 8.15 malam, Adam tidur dengan nyenyaknya, sejak dari pukul 5.30 petang lagi. Tanpa mandi dan tanpa makan malam. Tak sampai hati ibu dan ayah mengejutkannya. Dah 2 malam berturut-turut jadual tidur Adam terganggu. Hari khamis malam Jumaat, ke rumah mak atuk selepas majlis tahlil, manakala malam semalam pula ke Felda Sungai Buaya, Rawang, semperna majlis pernikahan Uda dengan Mak Uda Adam. Hehehe.. bertambah lagi koleksi untie Adam.:)

Dibawah ini disertakan gambar2 yang diambil dengan kamera Ayah Adam dan juga menggunakan handphone yg di ambil oleh Abang Imran. Hebat. Ada tokoh jadi cameramen professional. Kurang2 orang tak dapat masuk bilik pengantin untuk bergambar, tapi sebab ‘budak’ senang2 jer dapat kebenaran, sementara ahli keluarga yang lain sedang menjamu selera.



Dalam perjalanan, kami bertemu dengan seorang ustaz yang acapkali keluar TV. Siapa dia? Cuba teka . 


Jumaat, 8 Ogos 2008

Pisang Oh Pisang ...

Ikut auntie As ya .. suka makan pisang ..

Poligami


Malam tadi, mak atuk buat kenduri doa selamat di Surau Desa Satu Aman Puri. Seperti biasa agenda malam jumaat, baca yasin dan tahlil. Lepas majlis, keluarga adam terus ke rumah mak atuk. Kebetulan saudara dari rawang pun ada sama. Maka lamalah kami bertandang di rumah mak atuk. Pukul 11.30 mlm baru pulang ke rumah.

Malam ini dijadualkan majlis pernikahan uda dengan dara heheh. Insya Allah adam akan berada di Sg Buaya menghadiri majlis pernikahan ayah adam ..heheh oppp udalah yang nak nikah. Ayah adam tak tahu bila lagi ... hehe ..

Memang agak menarik dan mencabar bila membicarakan soal pernikahan baik kali pertama atau mahupun kali yang ke dua, ke tiga atau pun ke empat. Apa pun cabaran tetap sama. Membina keluarga yang diberkati. Namun tanggungjawap untuk mendidik isteri itu lagi mencabar. Bukan senang nak mendidik isteri agar boleh berfikir dengan rasional dan waras serta tidak dipengaruhi emosi.

Semalam, ibu adam ditanya oleh seseorang tentang poligami. Di bawah ayah adam tampalkan apa yang ibu adam jawap.

"saya pula mmg tak kisah, asalkan dia berlaku adil.
kalau tak adilpun, terpulang pada dia, kata orang nanti diakhirat bahunya senget.
mmg tanpa suami pun kita boleh hidup sendiri, tapi ganjaran dan peluang untuk menjadi isteri tuh bukan mudah untuk diperolehi.
Berapa tahun saya menanti dan mencari, hingga mendapat pelbagai gelaran dari keluarga dan orang2 kampung, so dah jadi isteri takkan nak berhenti macam tuh ajer.
Berhenti menjadi isteri tak sama dengan berhenti bekerja dengan sesuatu syarikat. 3 tahun pertama saya grad, 3 company saya kerja. Atas alasan tiada kesesuaian dan keserasian dengan kerja. So bila dah dapat job satisfaction, mmg saya tak akan berhenti lagi. Sama juga dlm hidup, dah satisfied dalam beberapa perkara, kenapa nak resign semata2 kerana tak nak berkongsi. Kat mana kita tidak berkongsi? Kat pejabat nih, nak guna tandas pun kita berkongsi, so kenapa saya terlalu mementingkan diri, tak sanggup berkongsi suami. Perempuan lain pun teringin juga nak menjadi isteri, sedangkan lelaki Islam di Malaysia nih dah semakin pupus. Ramainya dipenjara dan pusat serenti jer.
"

Maka tercabarlah bagi sesetengah wanita, perempuan dan gadis dengan ungkapan yang dibuat oleh ibu adam.

Khamis, 7 Ogos 2008

Sedih ..

Hati ayah mana yang tak sedih apabila melihat gambar di bawah. Entah bila berlaku dan apa yang berlaku namun hanya kesan sahaja yang kelihatan. Bingung ayah adam dibuat. Ayah adam tak nak tuduh sesiapa.


Rabu, 6 Ogos 2008

Cave Man in Cave

Ayah adam hilang sebentar ..

Isnin, 4 Ogos 2008

Syaaban Datang ...

Apabila bulan syaaban datang, bererti bulan ramadhan juga akan menyusul. Maka dibulan syaaban ini, ramai yang dah mula berlatih dan bertatih untuk berpuasa. Bagi wanita, maka bulan ini adalah bulan menggantikan puasa yang tertinggal tahun lepas. Keluarga ayah adam juga telah memulakan aktiviti latihan berpuasa. Bermula dari hari ini dan setiap isnin dan khamis, insya Allah akan bermula latihan berpuasa. Banyak aktiviti dan jadual yang telah dirancang.

Berdasarkan muzakarah ayah adam dan ibu adam maka sepakatnya, Isnin dan khamis akan berpuasa, ibu adam pula akan menaiki pengangkutan awam ( KTM Komuter ) dan ayah adam bertanggungjawap untuk memberikan sokongan moral dan apa juga bantuan yang boleh diberikan. Oleh kerana ibu adam menaiki komuter untuk ke tempat kerja, maka ibu adam perlu keluar rumah seawal 6.30 pagi. Bererti, ibu adam juga perlu bangun awal. Maka masa yang dicadangkan dan digunapakai ialah pukul 4.30 pg. Dah alang alang bangun awal, sarapan pagi (sahur) boleh disediakan dan seterusnya puasa boleh dilaksanakan.

Hari ini adam dihantar ke taska pukul 6.45 pagi. Rasanya adamlah yang paling awal ke taska. Nampaknya, adam dapat menerima kejutan yang dilakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan yang terbaik buat kami semua dan seluruh pembaca.

Ahad, 3 Ogos 2008

Temujanji

Sabtu lepas adam mempunyai temujanji dengan doktor Dato Azizi diHospital Pakar Damansara. Adam semakin pulih dan semakin baik. Berat badan adam 7.4 kg. Doktor menasihatkan agar diberikan makan nasi agar pembesarannya dapat berlaku dengan baik.  Di bawah ayah sertakan slideshow gambar gambar yang ayah rakam sewaktu berada di Hospital. 

Selain itu, ayah adam dan adam meraikan hari jadi ibu adam di Secret Recipe Aman Puri. Oleh kerana adam terlalu letih maka lena adam tidur.  


Sabtu, 2 Ogos 2008

Ibu adam buat apa???

Petang tadi ibu adam melahirkan apa yang dirasakannya setelah membaca penulisan ayah adam sepanjang minggu ini. Dan menurut ibu adam, penulisan ayah adam memberikan gambaran imej yang negatif terhadap ibu adam. Dalam penulisan sebelum ini, ayah adam ada menceritakan bahawa ayah adam mengsub conkan aktiviti mengemas rumah, ayah adam mencuci pakaian sendiri dan ayah adam menjaga adam, maka ibu adam membangkitkan persoalan yang mungkin akan bermain diminda pembaca blog adam, Ibu adam buat apa???

Sebenarnya banyak sumbangan ibu adam terhadap ayah adam dan diri adam sendiri. Mungkin kerana ayah adam seorang diri yang aktif menulis maka hanya aktiviti ayah adam sahaja yang terserlah sedangkan ibu adam juga turut menyumbang dalam pembangunan keluarga ayah adam. Dan dalam penulisan kali ini ayah adam ingin mengwar warkan sumbangan ibu adam.

Ibu adam bekerja dengan Agensi MARA. Pastinya semua pembaca tahu peranan MARA dalam memikul amanah rakyat Malaysia secara umumnya dan secara peribadi, ayah adam bangga menjadi suami kepada seorang isteri yang sanggup bersama sama dengan MARA menunaikan tanggungjawap kepada anak bangsanya.

Ibu adam bekerja kerana ingin meringankan beban kewangan ayah adam. Satu pengorbanan yang cukup besar dan amat ayah adam hargai. Selain dari membalas kembali apa yang MARA telah berikan kepada ibu adam semenjak ibu adam dibangku sekolah lagi. Menyemai bakti dengan memberikan bantuan sokongan teknikal kepada kakitangan MARA dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat Malaysia.

Sebelum bekerja dengan MARA, ibu adam bekerja dengan syarikat swasta yang terlibat dalam pembangunan aplikasi kerajaan iaitu Human Resource Mangement Information System (HRMIS) yang digunapakai oleh JPA dan 10 agensi pilot. Dan di MARA ibu adam menyambung kembali menyokong penggunaan HRMIS di dalam organisasi MARA. Siapa yang tidak bangga apabila isterinya memberikan sumbangan besar kepada rakyat Malaysia secara umumnya.

Semestinya ibu adam memerlukan sokongan padu dari ayah adam dalam melaksanakan misi dan visi ibu adam dalam MARA. Oleh kerana ibu adam bekerja untuk meringankan beban kewangan ayah adam maka ayah adam bertanggungjawap untuk mensyukuri dan menghargai segala pengorbanan dan jasa ibu adam. Atas dasar itulah ayah adam cuba untuk meringankan segala beban kerja ibu adam.

Ayah sedar, ibu adam keletihan apabila pulang dari kerja. Memandu dari pusat bandar ke rumah memang mencabar terutama dengan trafik jemnya. Itu sebabnya ayah adam mewujudkan beberapa peraturan antaranya ibu adam tidak perlu memasak makan malam. Walaupun begitu seringkali ibu adam memasakan makanan untuk ayah adam.

Aktiviti harian ibu adam,
Pulang dari kerja, ibu adam akan mengambil adam dari taska. Ibu adam akan membersihkan dirnya dan kemudian menyediakan dan menghidangkan makan malam. Selepas makan malam, biasanya ibu adam akan mengumpulkan semua pakaian kotor dan membasuhnya. Ketika itu ayah adam akan bermain dan menghabiskan masa dengan adam. Baju yang telah kering akan dilipatkannya dan dalam masa yang sama, ibu adam akan menjaga adam dan menidurkannya sementara ayah adam tidur. Dan biasanya ayah adam akan terjaga dalam pukul 1 atau 2 dan akan mengambil alih tugas menjaga adam. Membancuh susu dan menukar lampin.

Bangun dari tidur, ibu adam akan menggosok baju. Kemudian menyediakan barang adam sebelum membersihkan diri dan bersolat seterusnya ke tempat kerja. Ibu adam perlu keluar awal pagi untuk mengelak jem dan punch card merah.

Memandangkan sumbangan dan pengorbanan ibu adam yang besar dalam kehidupan ayah adam, sesekali ayah melakukan kerja kerja seperti menggosok baju sendiri, membasuh dan aktiviti lain bagi membantu dan meringankan beban kerja ibu adam. Dan semestinya ketika ibu adam kerja diluar kawasan, ayah adam melakukannya sendiri.

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat ayah adam, maka ibu adam memerlukan bantuan dan itu sebabnya ayah adam membalas balik dengan beberapa kaedah seperti mengsub conkan aktiviti mengemas rumah. Perlu diingat adam amat alah pada habuk. Rumah perlu bersih.

Sebenarnya banyak lagi pengorbanan ibu adam yang ayah adam tidak sempat nak senaraikan. Apa pun, ayah adam tak peduli apa yang orang lain nak katakan. Yang penting bagi ayah adam, doa ayah adam agar ibu adam diberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang dikerjakannya. Dipermudahkan segala urusan dan diberikan yang terbaik didunia dan diakhirat.

Jumaat, 1 Ogos 2008

Mengubat Hati Yang Luka

Sekadar mengubat hati yang luka


Marah??? Oh tidak ..

Mungkin ayah adam agak emosinal sedikit semalam dan hari ini namun tiada siapa yang tahu melainkan Allah swt apa yang terjadi dan berlaku semalam sehinggakan emosi ayah adam juga tercalar. Semalam ayah adam bergegas ke putraja kerana HeiTech Padu Berhad terlibat dalam Pameran sempena Persidangan CIO di PICC. Ayah merupakan orang yang ke 3 rasanya sampai ke booth pameran dan bersiap sedia menyediakan kiosk RFID yang digunapakai dalam pameran tersebut.

Dalam hati ayah adam, setelah selesai segala persediaan, ayah adam akan bersarapan pagi namun urusan sarapan pagi tertangguh dan terbantut apabila Tuan Haji Safiee bin Haji Mohammad telah pun sampai awal. Ayah adam telah diberikan cabaran menceritakan tentang Kiosk RFID dan ayah adam, tergaman dan tidak dapat berkata kata. Terdiam dan tidak dapat nak berbicara. Ayah adam tahu, tentunya Tuan Haji Safiee bin Haji Mohammad agak kecewa dengan ayah. Namun ayah sendiri tak tahu kenapa. Pelbagai kemungkinan ayah adam senaraikan. Mungkin sebab ulser pada lidah, atau ayah adam belum bersarapan pagi atau memang ayah adam tidak bersedia dengan semua keynote. Ini bukan kali pertama ayah adam menerangkan tentang Kiosk RFID dan penggunaanya dalam perniagaan. Hampir pukul 11 lebih baru ayah adam dapat bersarapan. Mee goreng dan air kopi.

Ayah adam cuba untuk tidak terlalu memikirkannya dan fokus terhadap apa yang berlaku namun ternyata dari 100% turun sehingga 40% sahaja. Ditambah dengan masalah akses ke internet dan keadaan pengurusan majlis persidangan yang tidak teratur perjalanannya. Tengah hari, ayah adam tidak sempat mengambil makan tengah hari.

Petang pukul 5 lebih baru selesai urusan pameran. Ayah adam bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan 3 kali ayah adam hilang fokus pemanduan. Rasa letih dan mengantuk. Syukur Alhamdulillah sampai juga ayah ke stesen Petronas di tepi lebuhraya. Ayah adam minum petang dengan menu air kopi dan sandwish dan meneruskan perjalanan. Sampai di Bukit Lanjan, persimpangan ke Sg Buluh dan Jalan Duta, tetiba kenderaan depan berhenti dengan mengejut dan cuba menukar lorong dengan teragak agak. Dengan kelajuan 70kmsj ayah adam cuba memberhentikan kereta. Saat itu ayah adam tahu, memang kereta ayah adam tidak akan sempat berhenti on the spot dan ayah adam rasa memang akan berlaku kemalangan. Apa tah lagi bila ayah adam menjeling ke cermin belakang, kereta dibelakang ayah juga dalam keadaan yang sama.

Namun ternyata umur ayah adam masih lagi panjang. Syukur Alhamdulillah dengan keizinan dari Yang Maha Esa, kereta ayah adam berhenti tepat pada masanya dan hanya menyentuh sedkit bumper kereta depan dan pemandu kereta berkenaan pun tak tersedar yang bumper kereta dia dicium oleh kereta ayah ayam. Ayah adam masih lagi rasa terkejut. Dan sepanjang perjalanan pulang, fikiran ayah adam hilang entah ke mana.

Konflik dengan ibu adam.

Sampai di rumah, ayah adam menjemput adam dan kami minum teh di gerai sementara menanti kepulangan ibu adam. Apabila kelibat kereta ibu adam lalu di depan gerai, kami pun pulang ke rumah. Sampai di rumah, ibu adam menyambut adam dan melayan adam. Ayah adam tak sempat nak bercerita tentang apa yang berlaku. Ayah adam dimaklumkan oleh ibu adam bahawa kad temujanji adam belum difakskan ke HeiTech Padu, malam ini ayah adam kena scan dan emailkan kepada Faizul diHeitech. Masa itu ayah adam dah tak dapat nak kawal emaosi lagi. Ayah adam mula meninggikan suara. Urusan tersebut sepatutnya selesai minggu lepas lagi namun tertangguh. Ayah adam dah minta selesaikan kerana minggu ini 2 hari ibu adam outstation dan ayah adam takut tidak sempat mengemukakan kad temujanji itu untuk memohon GL. Dan semalam ayah adam mendengar bahawa urusan permohonan GL masih belum selesai. Tak ke biol kepala ayah adam.

Ayah adam hilang kawalan emosi namun masih dapat mengawalnya. Ayah adam hanya mendiamkan diri Sementara ibu adam merajuk. Lepas solat, ibu adam masuk ke dalam biilik dan membiarkan ayah adam dan adam di dalam bilik TV. Ayah adam keletihan dan kepenatan. Fikiran masih lagi teringat apa yang telah berlaku dan ibu adam pula merajuk dan kini ayah adam perlu melayan adam sehingga adam tidur. Syukur Alhamdulillah, ayah adam dapat mengawal emosi ayah pada adam dan lebih kurang pukul 10 lebih adam tidur bersama ayah adam di dalam bilik adam. Sebelum itu sempat juga ayah adam minta maaf dari ibu adam. Entah pukul berapa ayah adam masuk tidur disebelah ibu adam dan biasalah orang merajuk, so malas nak tulis.

Bangun pagi tadi dah masuk waktu subuh, ayah adam ambil wuduk dan bersolat then tidur balik. Sedar sedar, ibu adam dah tak adam dan adam pun dah tak ada. Then ibu adam calll. Hmm dari nada suaranya masih lagi marah. Ayah adam dapat meneka emosi ibu adam. Tentu ibu adam sendiri rasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana ayah adam tidak berkesempatan menceritakan apa yang berlaku. Apa tah lagi semuanya berlaku pada Hari Jadi Ibu Adam. Mungkin ibu adam rasa kecewa kerana tiada bunga ROS yang diterima, tiada ucap selamat hari lahir yang diterima dan tiada hadiah yang diterima. Namun ayah adam nak beritahu betapa ibu adam perlu bersyukur kerana semalam ibu adam tidak menerima jenazah ayah adam. Sekiranya semalam ibu adam menerima jenazah ayah adam, ayah adam tak dapat nak meneka apa yang akan berlaku sepanjang hari ini.

Apa pun ayah adam rasa insaf. Dan doa ayah adam sekiranya ayah adam pergi dulu, semoga ibu adam mendapat suami yang lebih baik dari ayah adam dan adam pula mendapat ayah yang lebih baik dari ayah adam sekarang. Siapa tahu ...