Pukul 8 pagi, ibu call Damansara Specialist Hospital, untuk buat appoitment dengan pakar kanak-kanak. Operator mencadangkan beberapa nama, dan ibu minta doktor yang terbaik. Lalu diberikan nama Dr Azizi. Sementara ibu menyiapkan Adam, Ayah fax surat rujukan dan call HR opis ayah untuk mendapatkan GL dan minta di faxkan atas nama Dr Azizi, terus ke Damansara Hospital. Setelah semuanya selesai, Adam di bawa ke hospital tersebut. Seperti biasa, bila kena jer air-cond kereta Adam tidur dengan lenanya di pangkuan ibu.
Tiba di hospital dan setelah ditunjukkan bilik Dr Azizi, hati ibu terdetik.. Hm Datuk Dr Azizi Hj Omar. Berpangkat Datuk, pastinya bukan calang2 doktor nih. Sementara Ayah menguruskan pendaftaran Adam, Adam tidur dengan lenanya di kerusi panjang yang disediakan. Bila tiba masa Adam timbang, berat Adam cuma 4.5 Kg, terlalu kurang untuk baby berusia hampir 3 bulan. Nak buat macam mana 3 minggu Adam batuk dan selsema, ternyata membantutkan tumbesaran Adam.
Sewaktu pertama kali berjumpa doktor, Adam cukup baik. Diam sahaja bila doktor memeriksa Adam, mungkin sejuk dengan Stateskop doktor kut. Doktor mengarahkan Adam di bawa ke Bhg Kecemasan untuk di sedut dari hidungnya. Di Wad Kecemasan, Adam dibedung, Ayah pegang kaki, ibu pegang bahu dan seorang nurse pegang kepala Adam semasa seorang lagi nurse memasukkan tiup dan menyedut segala kotoran dari hidung Adam. Inilah kali pertama ibu mendengar jerit tangis Adam yang begitu kuat. Selepas hidung di bersihkan, Adam nampak selesa bernafas. Berjumpa semula dengan doktor, doktor memberikan ubat batuk, anbiotik dan juga nasal spary untuk Adam. Sementara menunggu ubat disediakan Adam tidur
semula hinggalah tiba di rumah.
.jpg)
Mulanya Ibu dan Ayah berhasrat untuk pergi kerja, tetapi memandangkan tiba dirumah dah waktu zuhur, sama-sama membatalkan hasrat untuk pergi kerja. Selepas baju dan lampinnya di tukar, dan minum sebotol susu, Adam tidur dengan lenanya sepanjang petang. Pukul 6.30 ptg, ayah kejutkan Adam untuk makan ubat dan berbuka puasa di rumah mak tok . Sekali lagi mendengar jeritan Adam yang tidak mahu makan ubat. Setelah semua ubat di makan dan di spary, Adam mula tersenyum riang. Mungkin sebab hidungnya telah lega dan tidak tersumbat lagi. Sewaktu ibu, ayah dan mak tok berbuka puasa Adam menonton tv sendirian. Sesekali terjerit2 riang, seolah2 faham apa yang sedang dilihatnya.
Balik kerumah, sepanjang masa ayah berterawikh, Adam cuma 'bersembang' dengan ibu sambil tersenyum manja. Nampaknya beban yang ditanggung selama 3 minggu telah mula berakhir. Kesian Adam, kalau tahu macam nih dah lama ibu dan ayah bawa ke hospital. Bukannya kena keluar duit poket ayah pun, walaupun bayaran perubatan Adam semalam rasanya mungkin mencecah RM500. Walau berapa pun semuanya syarikat Ayah yang bayarkan, yang penting kesihatan Adam.
Malam tadi Adam tidur dengan nyenyaknya dari pukul 10.30 mlm. Adam cuma menangis semula pukul 3 pagi, bila lampinnya perlu ditukar dan perut perlu diisi. Setelah semua keperluan dipenuhi, Adam menyambung mimpi, hingga dikejutkan untuk dihantar ke Taska pukul 6.45 pagi.

0 comments:
Catat Ulasan