Temuduga ibu dan ayah Adam dengan Pegawai di JPN dijadualkan pada 30/7/2009, pukul 10 bagi. Ibu dan ayah Adam bercuti untuk hari yang paling penting ini. Kami sampai pukul 9.30 pagi, so sempatlah bersarapan dulu di Medan selera di Tingkat 3.
Bila sampai di JPN, ada seorang sedang ditemuduga. Lepas itu giliran kami. Tidak banyak soalan yang ditanya dan semua jawapan yang diberikan memang fakta yang sebenarnya, tanpa ada yang diselindung atau sembunyikan. Kemudian pegawai itu minta kami menunggu seketika. Lebih kurang 10 minit, kami dipanggil semua di kaunter untuk menandatangani borang dan bayaran pemprosesan sebanyak RM30. Lepas itu sijil anak angkat pun diserahkan. Surat beranak asal dan surat akuan bersumpah asal semuanya di simpan oleh JPN. Nasib baik kami ada beberapa set salinan dokumen berkenaan. Pada 28/8/2009 pula, MyKid pula akan diserahkan.
Lepas tuh, apa lagi, Shopping Raya. Ibu telah booking baju melayu yang sama warna dan jenis kain untuk ayah dan Adam di Pertama Kompleks. Baju ayah ok, tetapi baju Adam agak besar, walaupun itu adalah saiz yang paling kecil yang ada. Jadi cuma baju ayah dan ibu sahaja yang dibeli di kedai itu.
Lepas tuh kami ke Sogo. Puas juga ibu mencari seluar untuk Adam. Dulu beli untuk 2 tahun, besar dan panjang. Kali nih, dah ada orangnya senanglah mencuba. Hasilnya seluar yang sesuai untuk Adam adalah untuk 18 bulan. Adam dapat sepasang dari hujung rambut hingga hujung kaki. Lepas mencuba kasut, akhirnya Adam keletihan dan tidur dibahu ayah. Ibu pun keletihan mengejar Adam yang begitu lincah berlari. Teringat kisah budak yang hilang di Sogo dulu, dan pesanan Datin Rosmah, mungkin next time, Adam pun kena ikat kepinggang ayah agar tidak hilang atau jauh dari pandangan.
Pukul 2.30 Adam dihantar ke Taska, manakala ibu dan Ayah pulang kerumah keletihan. Nasib baik shopping sebelum bulan puasa. Kalau puasa lagi lah letih dan dahaga.
Sent from my Nokia E71 phone