.jpg)
Dunia Kecil Si Adam
.jpg)
.jpg)
Kami sampai dihospital lebih kurang pukul 11.15 pagi. Setelah selesai urusan penerimaan dan pengesahan GL, Adam mula menunggu untuk bertemu dengan Dato Dr Azizi. Lama juga kami menanti. Kehadiran satu keluarga menarik perhatian ayah adam. Dari jauh kami dah mula tersenyum. Kawan lama ayah Adam sewaktu kami bekerja dengan Software Alliance Malaysia dan kini kami sama sama bekerja di HeiTech Padu Berhad. Nama anak kawan ayah itu adalah Adam Shahmi. Maka bergambar kedua-dua Adam.
.jpg)
Pukul 3.30 ptg baru tiba giliran Adam berjumpa doktor. Seperti biasa Adam diperiksa dan kemudian disuntik dan seperti biasa Adam akan menangis. Doktor mengarahkan kami ke Bahagian Kecemasan untuk buat nose suction. Walaupun dilakukan oleh 2 orang jururawat namun Adam tetap melalak dan suara tangisannya dapat didengari dari luar Bahagian Kecemasan.
.jpg)
Setelah penat menunggu dan menerima lawatan, apa lagi Adam terlena. Sepanjang dalam perjalan pulang lena sungguh dalam car seat.
.jpg)
Sebelah malam, setelah dibersihkan, adam kembali ceria. Meniarap, menelentang dan berceloteh. Begitu ceria. Namun ada berita sedih yang diperolehi. Pertemuan dengan ibu kandung terpaksa dibatal atas sebab sebab teknikal. Sedih memang sedih namun tiada apa yang dapat kami lakukan. Kami telah menjadualkan semula pada minggu hadapan. Mungkin ada hikmahnya, Hanya Allah swt yang tahu.
.jpg)
Betullah apa yang ibu rasa semenjak kebelakangan ini. Mak kandung Adam terlalu rindukan Adam. Pastinya rindunya dah tak tertahan lagi hingga memaksanya menulis surat ini. Selain dari menyatakan rindunya, mak kandung Adam juga meminta beberapa keping gambar Adam buat tatapan dikala kerinduan. Walaupun tidak diminta untuk berjumpa, tapi atas perikemanusiaan, Adam akan dibawa berjumpa mak kandungnya hujung minggu ni.
Adam sedang lena tidur. Jam menunjukkan pukul 3 lebih. Ayah adam baru lepas tukar lampin adam.
Kepenatan. Mungkin itu yang dapat digambarkan namun sepanjang malam tidurnya terganggu. Pusing ke kanan dan pusing ke kiri sambil sesekali merengek. Namun mata terpejam lena.
Petang tadi, ibu adam yang ambil adam dari taska. Menurut ibu adam, adam ceria dan aktif. Ketika ayah adam sampai rumah, azan maghrib telah pun berkumandang dan adam sedang menjamu nestum, disuap oleh ibu adam. Begitu berselera.
Lepas makan, seperti biasa dia akan bermain dan bersembang. Ditemani oleh ibu adam, ayah gunakan masa yang begitu pendek untuk memasak, mandi dan bersolat. Selesai urusan ayah, masa untuk ibu pula bersolat.
Tak pasti adam tidur pukul berapa tapi ayah adam yang terlelap dulu :P .
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Masa tu ayah dan ibu adam baru berumahtangga. Seorang sahabat baik ayah menelefon ayah adam untuk bertemu. Katanya penting. Ayah adam seperti biasa menerima sesiapa saja menjadi tetamu. Kami menjamu selera diluar. Sahabat ayah adam ditemani oleh isteri beliau yang sedang sarat mengandung. Menurut sahabat ayah adam, isterinya masih lagi belajar dan kini sedang meniti hari untuk bersalin. Mereka amat memerlukan bantuan kewangan.
Tanpa berfikir panjang, ayah adam menghulurkan sejumlah wang. Tak banyak tapi kalau setakat nak bersalin di hospital kerajaan dan membeli barangan keperluan bayi, rasanya cukup. Walaupun jumlah tersebut hanyalah separuh dari yang diminta. Syukur, Alhamdulillah, isteri sahabat ayah adam selamat bersalin. Anak perempuan yang comel. Ayah dan ibu adam sempat menziarahi anak tersebut.
Satu hari, sahabat ayah adam menghubungi ayah adam setelah sekian lama menyepi. Ayah adam ingat dia nak memulangkan kembali wang yang dipinjam. Ayah adam menyediakan juadah satay untuk dinikmati bersama. Dan malam tu, dia datang dengan membawa alat elektrolisis. Dia kata air di rumah ayah adam tidak bersih. Dan dibuktikan dengan proses elektrolisis. Dan dia mencadangkan ayah adam membeli penapis air yang bernilai ribuan ringgit.
Hati ayah adam benar benar kecewa. Air yang disediakan dan juadah satay yang terhidang tidak dijamah. Maklumlah air di rumah kami kotor dan berkeladak hasil dari pembuktian dengan proses elektrolisis. Ingatkan nak memulangkan wang yang dipinjam tapi rupanya dia datang nak menjual barang. Setelah menyatakan yang ayah adam tidak berminat dan tidak mampu membeli penapis tersebut, sahabat ayah meminta izin untuk pulang. Ayah adam minta ibu adam bungkuskan semua satay dan menyerahkan kepada sahabat ayah adam untuk isteri beliau.
Semenjak hari itu, ayah adam tidak mendengar sebarang berita dari dia. Entah hidup entah mati. Entah berapa orang anaknya pun ayah adam tak pasti. Mungkin dia malu nak bertemu dengan ayah adam atau mungkin dia dah melupakan segala galanya.
Oleh kerana itu, hari ini ayah adam beli penapis air. Taklah sampai beribu tapi sekadar RM49.90 sahaja. Nak beli yang mahal mahal, rasa tak mampu lak.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Kebetulan kawan sepejabat ibu yang membeli kereta lama ayah juga bercuti, maka inilah masa yang paling sesuai untuk menukar nama. Kereta Tiara tersebut ayah beli pada tahun 1999, sebelum lagi ayah mengenali ibu. Pada tahun 2004, kereta tu selalu rosak; tersadai di tengah jalan hingga terpaksa di tarik. Serik untuk membaiki dengan kos yang tinggi, lalu ayah beli kereta Honda City pada bulan Mac 2004, sempena ulang tahun ke 3 perkahwinan ayah dan ibu Adam. Nombor pendaftaran kereta City itu ditempah khas dengan nombor tarikh perkahwinan. Selepas membeli Honda City, kereta Tiara terbiar di depan rumah selama 2 tahun. Apabila ansuran kereta tersebut kepada bank habis dibayar, ayah memberikan kereta tersebut kepada kawan sepejabat ibu. Kebetulan anaknya seorang mekanik. Dengar kata banyak juga modalnya untuk membaiki kereta tersebut. Kini setelah hampir 2 tahun kereta tersebut bertukar tangan, barulah proses pertukaran hak milik secara rasmi dilakukan.
Kami tiba di depan JPJ Wangsa Maju, lebih kurang pukul 11.00 pagi. Selepas minum di gerai di hadapan JPJ tersebut, ayah dan ibu Adam serta wak tersebut pun bergerak masuk ke kawasan JPJ. Ibu dan Adam duduk di suatu sudut dan membiarkan ayah bersama wak tersebut menguruskan hal pertukaran hak milik tersebut.
Kereta Pertama Ayah Adam. Adam tak sempat naik kereta ini.
Lebih kurang pukul 1, ayah dan wak tersebut datang ke tempat ibu dan Adam menunggu. Ibu ingatkan dah selesai. Sebaliknya wak tersebut mengajak kami semua makan tengah hari terlebih dahulu. Selepas makan, sekali lagi ibu dan Adam menunggu di tempat yang sama, sementara Ayah dan wak meneruskan urusan tersebut. Punca utama ibu tidak mengikut adalah tempat urusan pertukaran nama tiada penyaman udara, sedangkan tempat ibu menunggu ada penyaman udara dan orang pun tidaklah terlalu ramai. Adam agak selesa, sama ada tidur atau sekadar bermain/bersembang dengan ibu. Segala urusan tersebut selesai lebih kurang pukul 3 petang. Dalam perjalanan balik, ayah singgah sebentar di Tesco Selayang untuk membeli tetikus. Adam sampai di rumah lebih kurang pukul 4 petang.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Powered by ScribeFire.
.jpg)
.jpg)
Adam dijemput dari TASKA pukul 8 lebih. Selepas itu ibu dan ayah mengalas perut di gerai yang berhampiran, sementara Adam lena tidur dalam car seatnya. Tiba dirumah, bila mendengar Adam mula batuk, ibu pun memberikan inlealer dan ubat batuk kepada Adam. Mungkin sebab sejuk, lama kena hembusan angin malam dalam hujan renyai2, batuk Adam menjadi makin teruk dan tangisannya juga semakin kuat. Tetiba ibu perasan muka dan badan Adam telah bertukar kepada biru. Ketakutan, ibu mengejutkan ayah yang telahpun lena keletihan. Puas juga ayah mendokong dan memujuk Adam. Lewat tengah malam barulah tangisan Adam reda.
Pukul 6.30 pagi tadi, Adam dibawa ke Jab. Kecemasan Hospital Damansara. Di sana hingus dan kahak Adam disedut. Selepas pulang dari hospital, barulah Adam dihantar ke TASKA, ibu dan ayah meneruskan perjalanan untuk ketempat kerja. Ayah ada pameran di PICC manakala ibu pula berpindah pejabat, dari tingkat 18 ke tingkat 7.
Powered by ScribeFire.
![]() |
| Majlis Kahwin |
.jpg)
.jpg)