Jumaat, 14 September 2007

Petang Ramadhan -Pengalaman pertama adam ke pasar ramadhan

Pulang dari taska, ayah adam terus membawa adam merasai satu pengalaman baru iaitu suasana pasar ramadhan yang ramai insan tertumpu untuk berjualbeli. Ayah adam tidakdapat melihat telatah adam namun, dari raut muka dam kelihatan seperti terkejut dan agak takut sedikit. Mungkin sebab erlalu ramai orang. Ayah adam sempat beli seekor ayah golek dengan kuih pelita. Sementara ibu adam tersangkut di Jalan Kuching.

Pualang dari pasara ramadhan, ayah adam ikut jalan short cut untuk terus ke rumah mak atuk. Kami bermuka puasa di rumah mak atuk. Biasalah adam setelah minum susu, dia pun terlelap. Dapatlah kami berbuka puasa bersama.Selesai solat maghrib, lebih kurang pukul 8.00 mlm baru kami pulang ke rumah kami. Adam dah pun terjaga. Ayah adam terus mandi dan bersedia untuk ke surau dan bersolat Isyak dan terawikh berjemaah.

Pulang dari solat terawrikh, adam masih lagi berjaga. Merengek dan sesekali menangis. Ayah adam terlalu letih sehingga tertidur di atas tilam sebelah play pen adam. Pukul 3.30 pg baru terjaga apabila terdengar adam menangis. Sementara ibu adam naik ke bilik tidur atas, ayah adam mengambil alih menjaga adam. Entah mengapa adam menangis sebegitu. Ayah adam menukar pakaian adam dan memasang bacaan Al Quran Surah Al Baqarah berulang kali.Bukan nak fikir negatif tapi seingat ayah adam, jalan yang ayah adam dan adam lalui ketika pulang dari pasar ramadhan, adalah jalan yang sama ketika ibu adam mengandung dan apabila sampai ke rumah, ibu adam keguguran.


Pukul 4.30 pg adam mula menunjukkan tanda tanda nak tidur. Dan akhirnya adam tertidur. Sementara ibu adam telah berjaga dan menyediakan juadah bersahur. Baki ayam golek malam tadi dan sayur sawi kot di goreng. Sementara menunggu masuknya waktu solat subuh, ayah adam dengan komputer ribanya menaip blog ini sementara ibu adam sedang terlena bersama sama dengan adam.

0 comments:

Catat Ulasan