Jumaat, 21 September 2007

Susu kambing

2 hari lepas ibu order susu kambing dari seorang pembekal, yang juga membekalkan susu-susu tersebut kepada kawan2 sepejabat ayah. Ramai anak kawan-kawan ayah yang batuk, sembuh bila minum susu kambing, oleh ibu ayah pun nak cuba kepada Adam.

Susu tersebut di hantar ke rumah mak atok sewaktu ibu dan ayah berkerja. Pulang dari kerja dan selepas memberikan Adam makan ubat seperti biasa, Adam diberikan minum ½ botol susu kambing. Tengok cara Adam menghisapnya macam sedap jer. Waktu berbuka ayah mencuba sedikit, kata ayah bau kambing masih terasa pada susu tersebut. Selepas kenyang, Adam tidur dengan lewa sewaktu ayah, ibu, mak atok dan uda berbuka puasa. Lepas berbuka ayah dan ibu membawa Adam yang masih tidur pulang ke rumah.

Adam agak baik malam tadi. Sewaktu ayah bersolat terawikh Adam menangis sekejab sahaja. Selepas diberikan sedikit susu, Adam terus diam sambil bermain sehinggalah ayah balik dari solat terawikh. Pukul 11 sekali lagi Adam diberikan susu, dan selepas itu Adam tidur dengan
lenanya hingga pukul 6.30 pagi. Mungkin juga berkat susu kambing, malam tadi tiada lagi kedengaran Adam batuk. Kalau benar2 mujarab, alhamdulillah, lepas ini bolehlah Adam, ibu dan ayah tidur lena tanpa diganggu oleh batuk Adam lagi.

0 comments:

Catat Ulasan