Rabu, 28 Oktober 2009

Di taska...


Ini lah nama-nama insan di Taska yang sering Adam sebut di rumah.
Bersama Haikal, Yana dan Cikgu Ira yang mana hari terakhirnya adalah Hari Jumaat ini.

Sayang Cikgu Ira

Hari pertama Adam di serahkan ke Taska..Cikgu Ira yang menyambutnya


Bersama Doremon kesayangannya


Dalam suka, tawa dan tangis..cikgu ira tetap sedia menjaga Adam

Dari hari pertama, hinggalah kini, Adam telah berusia 2 tahun 4 bulan.
Ibarat ibu kedua, malah sebenarnya Adam lebih lama di sana.
Itulah Cikgu Ira...
Walaupun ramai lagi Cikgu lain..tapi Cikgu Ira tetap di hati Adam..

"Hari nih Adam gosok gigi tak?"
"Cikgu Ira gosok gigi..bulat, bulat, bulat"..sambil tunjuk tangan menggosok gigi.
Kalau ada lagu baru.. atau perkataan baru..
"Siapa yang ajar Adam?"
"Cikgu Irra".

Hinggalah, petang semalam cikgu ira melaporkan
"Cikgu cuma ada minggu nih saje, minggu depan cikgu dah tak der di Taska ni, cikgu akan berhenti dan 2 orang baru nih akan mengganti"

Khas untuk Cikgu Irra, tiada ucapan yang boleh diberi
Selain dari RIBUAN TERIMA KASIH KERANA MENJAGA ADAM SEBAIKNYA

Ahad, 25 Oktober 2009

Mandi Kolam.



Biasanya Adam dan sepupunya mandi kolam di berhampiran PICC diPrecint 6. Tapi hari ni ada acara pula di sana. Sebagai alternatif, kami pergi ke Precint 16.

Mungkin sebab dah laman tak mandi kolam, dan persekitaran baru, Adam agak kekok. 4 kali ada tenggelam dalam kolam yang separas dada sahaja. Nasib baik ibu dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Isnin, 19 Oktober 2009

Open House oh Open House

Hujung minggu terakhir syawal nih, Adam banyak menghadiri rumah terbuka semperna Hari Raya Aidil Fitri.
Pertamanya di rumah YBhg Tn. Haji Fickry Yaacob, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf. Rumahnya terletak di Merbau Sempah, Paya Jaras, Selangor.

Adam beraksi di tepi kolam renang sambil makan tembikai. Wah..dah pandai tunjuk aksi "peace". Siapalah yang ajar tuh

Bersama group AFN (al-fikrah.net) dan Tuan Haji Fickry.

Adam dan ibu bersama Sister Norazlin -wartawan majalah I dan juga Nani - wartawan Majalah Rasa.Kedua-dua majalah tersebut adalah antara majalah bulanan terbitan kumpulan Karangkraft

Bersama Pakngah, kakak Yaya dan Adik Wafi yang dirindui di rumah Uncle Joe, di Sri Petaling

Big Family gathering. Adam telah hilang dan sedang bermain bersama sepupu2nya


Pulang kerumah, ingatkan dan letih dan dah nak tidur. Tetiba terjumpa pula belon yang dah mengecil yang ibu dah nak buang dalam tong sampah. Dah jadi main hoki pula dah, sementara ayah bersolat maghrib di surau

Nasib baiklah ruang tamu rumah Adam kosong. Cuma ada satu meja untuk ayah buat kerja sahaja. Senanglah untuk Adam main hoki atau futsal.

Hari ahad pula Adam menghadari open house di rumah Supervisor Ibu diRawang. Tetapi tiada gambar sempat di rakamkan.

Perancangan terkini, hujung minggu nih Adam nak mandi Kolam di PICC pula.

Khamis, 15 Oktober 2009

Adam & isya

Gambar Adam bersama adik pupu kesayangannya Nur Putri Batrisya.

Rabu, 14 Oktober 2009

Adam dan Yana.

Kebiasaannya, ibu terus berhentikan kereta depan taska, ambil Adam dan terus pulang ke rumah. Hari nih ibu pulang kerumah dulu untuk menghantar barang, lepas tuh baru turun semula untuk menjemput Adam dari Taska. Semasa Adam pakai kasut, seorang anak dara dah siap pakai selipar. Bila di tanya, "Siapa nama kawan Adam?
"Yana".
"Yana nak ikut Adam ker?"
"Ha'ah"
Cikgu dia pun menyampuk, risau mama Yana nanti bila sampai Yana tiada di Taska.
Kebetulan mama Yana pun sampai maka Adam dan Yana berjalan beriringan. Semasa ibu melihat peti surat, mama Yana hilang sekejab dicelah-celah kereta. Berkali2 juga Adam bertanya "Mana Yana?".
Bila muncul semula mama Yana bagi Adam sekeping biskut.

Sepatutnya lepas tuh dah boleh berpisah sebab Yana dan Adam nak naik lift yang berasingan. Tetapi Adam tetap juga nak ikut Yana naik lift dihujung sana, terpaksalah ibu ikut sekali. Masa keluar dari lift Adam tak perasan yang Yana tak keluar sama. Bila perasan, sekali lagi Adam mencari "Mana Yana?". Mujur Ada abang rumah D, ibu suruh Adam pergi kawan dengan abang tuh. Tapi sebab abang tuh tak biasa berkawan, dia malu2 dan sembunyi belakang ayahnya.

Sampai depan pintu, waktu Adam sedang buka kasut, Uda sampai sambil membawa surat ayah dari rumah mak atuk dan juga mendukung Isya. Sekali lagi Adam nak keluar, nak ikut Isya pula, padahal baby tuh tengah tidur. Nasib baik ada Ipod.

Jadi ibu guna psikologi jer, Adam gi lah ikut Uda, main dgn Isya, ibu nak main ABC Adam nih. Hehehe.. Berjaya.

Nanti kalau berpeluang boleh rakamkan gambar Adam dgn Yana.

Isnin, 12 Oktober 2009

Sepagi di Tmn Metropolitan Kepong

Semenjak bulan puasa lagi, 2 permintaan Adam yang terpaksa di tangguhkan, "Nak Buai" dan "Nak Mandi Kolam". Jadi untuk memenuhi permintaan, semalam kami sekeluarga berpiknik di Taman Tasik Metropolitan Kepong. Lama betul Adam berbuai. Puas betullah agaknya bila hajatnya tercapai. Beberapa kali Adam ketawa riang sambil menyanyi lagu "Buai Laju2, sampai pokok sana, Apa dalam baju, sekuntum bunga cina".
Bila di tanya kenapa Adam gelak? "Adam Seronok"


Dah puas berbuai, Adam main gelongsor pula. Pertama kali, Adam telah berani naik gelongsor yang tinggi dan berpusing.



Sempat juga Adam naik basikalnya, tapi sebab kakinya belum sampai, keseronokan naik basikal belum ada agaknya, sebab Adam hanya boleh menolak dengan kaki, ataupun di tolak oleh ibu.


Amboi..macam kawat jer, nak ke maan tuh?


Ooo..nak join ayah makan 'Nasyik Goyeng' rupanya

Akhir sekali, bila Ayah telah habis berjongging dan mengelilingi tasik, kami menjamu selera dengan bekalan nasi goreng yang di bawa.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Sambutan hari raya

Seperti tahun tahun yang lepas, persatuan penduduk dan surau al ikhwan desa satu aman puri mengadakan majlis sambutan hari raya. Ibu adam dan turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Khamis, 1 Oktober 2009

Mohon Simpati...

Pulang dari TASKA hari isnin, ibu terkejut bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Adam "Tau tak per". Bila ibu tanya siapa yang ajar, pastinya jawapan adam "Cikgu Irra". Cuma Adam menyebutnya tanpa antonasi dan pastinya Adam tak tahu maksud sindiran yang tersirat dengan ayat itu. Bila ibu menulis tentang ini dalam status FB ayah Adam, ada juga sahabat yang berkata "loyar buruk juga Adam yer".

Setiap kali ibu atau ayah bersolat, sehelai sejadah perlu juga di bentangkan disebelah. Kadang kala Adam mengikut 1 rakaat, lepas tuh berlari dan bermain, lepas tuh sambung solat semula. Cuma sejak kebelakang ini Adam selalu hilang fokus, dan lalu lalang di depan, atas sejadah atau mengacau ibu yang bersolat. Hari Isnin tuh dah diberi peringatan dan amaran, "
"Kalau Adam lalu lagi depan ibu masa ibu solat, nanti ibu rotan yer.. Ok?"
"Ok"..
"Faham?"
"Faham"
"Janji?"
"Janji" (sambil bagi tangan give me five).

Asar semalam Adam buat lagi. Adam tengah minum susu masa ibu mula bersolat. Lepas tuh sibuk dia menangis sambil lalu lalang di atas sejadah. Terpaksalah ibu berhenti dan menegur sambil memegang hanger.
"Hari tuh dah janji kan, kalau Adam kacau ibu solat lagi, ibu akan rotan. Nak kena rotan tak?" "Tak nak"..Muka dah mula mencebik nak menangis.
"Kenapa Adam nangis dan lalu lalang depan ibu nih?"
"Nak susu lagi". Tengok sebotol dah licin dalam masa tak sampai 5 minit. Hmm lapar sangat agaknya.
Kesian juga, tapi perlu diberi peringatan supaya tak berulang..

" Adam boleh tunggu ibu lepas solatkan. Lepas tuh baru minta susu lagi. Adam dah besar kan, Adam dah faham apa ibu cakapkan. Adam bukan budak kecik lagi. Kalau Wafi dan Isya tak aperlah sebab mereka kecik lagi (Wafi baru 5 bulan dan Isya 2 bulan). Baru tadi Adam nampak Isya kan, kecik lagi, mama dia dukung jer. Adam dah besar kan. Jadi Adam kenalah jadi macam orang besar. Ikut ibu solat, tak mau menangis masa ibu solat. Jangan kacau ibu".. Panjang lebar pula ibu bersyarah.
"Adam dah besar kan".
"Tak Adam kecik lagi"
"Eh Adam dah besar kan"
"Takkk Adam kecikkkk".

Aduhailah budak nih. Pandainya dia nak merayu2 pada kita. Tak jadi nak marah. Bancuhkan susu lagi dengan peringatan, minum baik-baik, jangan kacau ibu solat.

Soalnya loyar burukkah Adam? Hehehe yang utamnya budak bijak pandai mengambil hati ayah dan ibu.