Jumaat, 30 November 2007

Bercuti

Malam kemarin adam muntah susu. Salah ayah adam juga. Ayah adam bergurau dengan adam Mungkin tertekan perut adam tu yang termuntah susu. Sepanjang malam adam meragam. Yang melayan adam ibu adam. Hingga ke pagi. Setelah diberikan ubat, adam terlelap dan akhir tidur bagaikan baby. Pagi semalam tak sampai hati nak angkat adam dan dihantar ke taska. Ibu adam membuat keputusan untuk bercuti. Katanya menjaga adam. Pada mulanya ayah adam nak pergi kerja namun akhirnya mengambil keputusan untuk bercuti juga. Takut kalau ada apa apa pada adam. Hampir pukul 11 lebih adam baru terjaga. Setelah cukup tidurnya adam kembali ceria.

Ayah adam menguruskan akaun keluarga. Seperti bulan yang lepas, ayah adam akan menjelaskan ke semua bill yang ada. Oleh kerana proses perpindah ke rumah baru belum lagi selesai, beberapa bill telah hilang atau tersalah letak. Terpaksa menghubungi syarikat syarikat tertentu untuk mendapatkan bill terkini. Oleh kerana ayah adam tidak akan mengambil deposit rumah lama, jadi bill rumah lama tak perlu ayah adam selesaikan. Sementara bill rumah baru, ayah adam masih belum terima. Jadi ayah adam hanya perlu jelaskan bill rumah mak atok aje.

Selesai membayar bill dan mengagihkan sumber pendapatan yang terhad, ayah adam hanya tidur bersama sama adam. Hampir pukul 12 lebih baru terjaga. Lepas tu ayah adam sambung balik tidur. Entah kenapa fikiran ayah adam kosong. Hati ayah adam rasa nak marah tapi tak tahu nak marah pada siapa. Mungkin keletihan kot. Atau ayah adam perlu kembali ke dalam gua ayah adam. Menurut pakar ilmu jiwa, lelaki ni ada kitarannya yang tersendiri. Ada masanya bila keadaan sudah tidakdapat dikawal, lelaki perlu kembali ke dalam guanya dan bersendirian serta berfikir. Begitu dengan ayah adam. Cuma ayah adam tak tau nak ke mana maka ayah adam tidur aje. Ibu adam yang bertungkus lumus mengemas rumah.

Tazkirah:

Semalam ayah adam terima email dari seorang kawan perempuan masa ayah di SMS Muar. Marah betul dia. Begini ceritanya, beberapa minggu lepas dia hantar email. Memaklumkan yang dirinya telah pun berkahwin dan dia nak minta tolong carikan jodoh untuk saudara dialah. Jadi ayah adam balas emel tersebut dan menyatakan yang ayah adamkan ada. Married but still available. Dalam emel seterusnya dia kata kalau married dan availabe tak boleh. Jadi ayah adam balas balik dengan persoalan. Haram ke orang yang dah berkahwin, berkahwin lagi. Dan semalam dia membalas emel. Berikut adalah emel dari beliau.

"yek eleh kau nie apehal? sape kate haram? nak kawin empat pun boleh...
tapi mampu ker? dari segi mental dan fizikal dan material? mampuker bersikap adil, anak2 kecik2 tu pun berderet ntah makan ntah tidak? Sudaaaaaah kalu tak dapat tolong aku takpe?
aku malas nak cakap dengan kau! Kalau nak kawin lebih setakat nak kikis, harta, mempergunakan wanita, mengambil kesempatan atas kaum wanita yg berkerjaya.... baik tak payah..... mende nie dah terjadi depan mata aku sendiri... keluarga terdekat auuuu... jgn nak cakap pasal agama dengan aku... aku belajar jugak siss... aku org johor.. sampai darjah khas lagiiii.. cume tak tamat sebab dah pegi sains muar..... elehhhh kalau boleh berlaku adil dan memang mampu takde masalh... Dah... jangan emel aku lagi... chiow...
aku pun bukan umie yg sama macam 10 taun lepas... kau ingat tuuuuuuuuu?"

Reaksi biasa seorang wanita yang apabila berbicara tentang berpoligami. Sebenarnya ayah adam malas nak komen sebab yang yang hantar emel ni tinggi ilmu agamanya. Cuma kita ambil teladan dari emel beliau. Dan ayah adam nak memohon maaf sekiranya dia terasa dengan balasan emel dari ayah adam mendoakan agar suami beliau berpoligami demi membuktikan bahawa poligami adalah sesuatu yang indah sekiranya pelaksanaannya mengikut sunnah Nabi dan berpandukan Al Quran. Rujuk di bawah.

Ayat Motivasi Dari Al Quran

Surah Al Imran

[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Surah An Nisa

[4.3] Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

[4.129] Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[4.130] Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang

Surah An Nur

[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Surah At-Taghabun

[64.14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[64.15] Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

[64.16] Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

[64.17] Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).

[64.18] Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Rabu, 28 November 2007

Catatan

Semalam lepas isyak baru ayah adam sampai rumah. Bukan sengaja nak balik lewat tapi kena cari saluran tambahan masuk dan keluar untuk mesin basuh. Alhamdulillah, dapat namun satu masalah lain yang timbul. Terdapat air yang membasahi kawasan dapur. Mungkin air dari paip ke sinki. Adam dah tidur semasa ayah adam sampai ke rumah. Pasangkan dulu saluran air masuk dan saluran air keluar dari mesin basuh. Seronok tengok wajah ibu adam ceria. Maklumlah dah boleh membasuh. Lepas tu ayah adam pun mandi dan bersolat isyak dahulu. Menu makan malam tadi sup ayam ( Sup Utara ). Lepas makan, adam terjaga. So main dengan adam dan akhirnya tertidur. Entah pukul berapa ayah adam tidur tapi yang pasti ibu adam tidur agak lewat. Membasuh pakaian dan mengemas.

Pagi tadi adam monyok sikit. Merajuklah. Mana tak nya. Bangun tidur. ceria tetiba ayah bagi ubat batuk. Dahlah tak sedap. Sampai ke taska pun tak mahu senyum dan pandang ayah. Adam masih kecil. Tentunya dia tak faham kenapa ayah adam berikan ubat namun ayah adam tahu satu hari nanti adam akan mengerti apa yang ayah dan ibu lakukan adalah memberikan perkhidmatan sebagai ibubapa yang terbaik.

Baru sebentar tadi ibu adam menghubungi ayah adam. ASTRO telah ditamatkan perkhidmatan. Agak terkejut namun ayah adam kena akur. Urusan dengan syabas berkenaan dengan kepala paip di depan rumah yang telah rosak, telah pun dilaporkan dan mereka akan mengambil tindakkan secepat mungkin. Banyak yang perlu dilihat semula. Ketirisan dalam pengurusan kewangan perlu dihentikan.

Ibu adam kata ayah adam dah tua. :) memang pun ayah adam rasa dah tua. Asyik tumpukan urusan dunia saja urusan akhirat macam mana? Terfikir juga ayah adam. Berapa banyak bekal yang telah dikumpul? Cukup ke infaq dan sedekah jariah? Bagaimana pula dengan ilmu yang bermanafaat yang telah dipelajari? Adakah diajarkan kepada orang lain atau perperap dalam minda ayah adam? Mungkin dah tiba masanya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti aktiviti yang melibatkan akhirat.



Tengah hari ini malas nak makan. Ayah adam sarapan pagi tadi agak berat. Nasi goreng dengan kopi O. Entah kenapa ayah adam rasa sedap minum kopi dan sirap bandung. Dah beberapa minggu. Bila makan dekat luar ayah adam suka makan nasi goreng kampung dengan kopi o. :)

Selasa, 27 November 2007

Macam dulu dulu

Hari ini ayah adam balik lewat lagi. Taklah lewat sangat tapi lepas maghrib baru bertolak dari USJ dan sampai rumah di Sri Damansara lebih kurang pukul lapan lebih. Senang kata dah masuk waktu Isyak. Adam sedang tidur ketika itu sementara ibu adam pula sedang sibuk mengemas. Alhamdulillah, ibu adam telah pun membeli juadah makan malam. Oleh kerana dah tersedia, maka ayah dan ibu adam menjamu selera dahulu. Banyak juga perkara yang kami bicarakan semasa makan malam. Saat seperti ini mengingatkan kami sewaktu kami mula mula berumahtangga dahulu. Selesai menjamu selera, ayah adam membantu ibu adam mencuci pinggan dan mangkuk yang digunakan. Setelah selesai, ayah adam mandi dan kemudian menunaikan solat Isyak.

Rumah ayah adam dihiasi dengan bacaan Al Quran. Maklumlah TV dan ASTRO masih dirumah sewa yang lama. Tenang, aman dan damai rasanya. Ibu adam telah pun mencadangkan agar menamatkan sahaja perkhidmatan ASTRO dan TV pula disimpan di dalam bilik tengah. Rasanya cadangan tersebut boleh dilaksanakan. Masa pun berlalu dengan lambat sekali menyebabkan rasa masa begitu banyak. Ibu adam mula menggosok baju yang akan dipakai esok hari dan ketika adam terjaga dari tidur, ayah adam mendodoi adam dengan lagu yang ayah adam reka sendiri. Hari ini agak memenatkan. Pagi ayah adam di cyberjaya untuk taklimat MyGOSCON yang akan diadakan di PICC pada 6 dan 7 Disember 2007. Pasukan ayah adam akan berada di sana mempromosikan produk RFID Middleware, Device Service Server Dan EConnect versi yang dibina untuk berjalan di platfom linux. Sebelah petang pula, ada perbincangan dalaman selain dari menjawab pelbagai persoalan dari kawan ayah adam yang dah terlalu lama menyepi. berkenaan dengan prosedur pengambilan anak angkat. Agak panjang lebar kami berbicara.

Lebih kurang pukul 10 lebih rasanya adam terjaga dari tidur. Seperti biasa dia mengajak ayah dan ibu untuk bermain. Ibu adam keletihan dan perlu tidur awal jadi ayah adam bermain dengan adam. Di atas katil yang bersaiz besar adam berada ditengah tengah sambil golek ke kanan dan golek ke kiri. Seketika dia cuba mencapai jari kaki untuk dinyonyotnya. Mengekek, ketawa dan tersenyum. Bila dah merengek sedikit, ayaha dam pun mengangkat adam dan menimang. Bukan main seronok. Letih dan penat memang terasa namun demi meluangkan masa pada adam, terlalu berharga. Lebih kurang pukul 11.30 mlm mata adam kelihatan letih. Ayah adam dah dapat merasakan bahawa adam dah keletihan. So ayah adam sediakan sebotol susu. Lalu meletakkan adam di dalam Play Pen di sebelah katil. Ayaha dam pun terlelap dan tak sedar apa yang berlaku. Entah berapa kali ayah adam dan ibu terbangun apabila terdengar suara adam. Setelah diberi minum susu, adam kembali lena.

Isnin, 26 November 2007

Pindah Rumah ...

25/11/2007 - Adam genap 5 bulan. Dan hadiah paling besar yang Adam terima adalah sebuah rumah baru untuk kemudahan Adam. Rumah yang dimaksudkan adalah sebuah rumah teres 3 bilik, 2 bilik air. Dengan itu adalah sebuah bilik untuk menyimpan segala barang keperluan harian Adam. Walau bagaimanapun, untuk tidur waktu malam, playpen Adam masih diletakkan dalam master bedroom bersama2 ibu dan ayah. Ibu tidak tergamak membiarkan Adam tidur bersendirian dibilik belakang, pastinya kalau Adam menangis kehausan atau kebasahan, ibu dan ayah tidak mendengarnya.

Teringat semula cabaran2 untuk mendiami rumah ini. Bermula dengan kehilangan wang deposit rumah di Bukit Desa. 2 minggu lepas, dihari dimana egen tersebut ingin menyerahkan kunci rumah, tetiba handphone ibu pula hilang. Kemungkinan di seluk dari handbeg semasa di pasar malam. Nasib baik egen tuh dah tau rumah kami. Walaupun boleh dapat semula no tersebut, tetapi membeli handphone baru ini melibatkan pembelian yang tak dirancang. Lori yang ibu telah booking dengan ayah Afiq Haikal (2 pupu Adam) juga tidak dapat membantu, kerana ada kenduri di rumah jiran sebelah, terpaksalah cari lori lain. Selepas itu, minggu lepas 4 hari lagi sebelum berpindah, tetiba tuan rumah memberitahu ada bakal pembeli hendak melihat rumah tersebut. Ibu dah nekad, jika tidak jadi pindah ke rumah terebut, mungkin Allah tidak mengizinkan kami berpindah, dan pasti Ada hikmah disebaliknya. nasib baik bakal pembeli tuh tak jadi beli.

Hari khamis dan jumaat, ibu bercuti, untuk mengemaskan barang, dan menjahit langsir untuk sliding door. Dan hari sabtu pula, separuh hari dihabiskan di Hospital Damansara. Ramai betul orang kali ini. Masa ibu mendaftarkan Adam, kerani yang bertugas memberitahu bahawa Adam adalah pesakit yang ke 25. Balik dari Hospital, keletihan, tidak banyak benda yang boleh dikemaskan. Dan Adam seperti biasalah, selepas kena suntik di kiri dan kanan peha, pastinya badannya agak kurang selesa, apa lagi, merengek ajalah kerjanya.

Pukul 11 pagi Ahad, lori yang dijanjikan pun datang. Sekali pandang pun ibu tahu, lori tuh agak kecil, pastinya tak muat semua barang kalau sekali trip sahaja. Itu pun cuma dibawa barang yang benar2 perlu sahaja. Hampir separuh lagi masih ditinggalkan dirumah tersebut, termasuk 2 almari yang dihadiahkan oleh Tok Su, yang mengadungi segala pinggan, mangkuk, cawan dan cenderamata yang diterima semasa perkahwinan, hari jadi dan juga semasa ayah memberi ceramah di Sek. Men. Sains Muar. Isi kandungan Almari tersebut akan dimasukkan kedalam kotak untuk dibawa ke rumah baru, tetapi almari tersebut akan terus ditinggalkan disitu, walaupun mak atok beriaya2 benar menyuruh kami membawanya.

Selepas 2 trip mengangkut barang, kami semua termasuk pemandu lori tersebut menjamu selera dikedai makan yang berhampiran. Pulang kerumah lama, terasa sayu pula untuk meninggalkan rumah yang telah 6 tahun dihuni. Banyak lagi barang kecil2 yang perlu diangkut dengan kereta sebenarnya, tapi ayah kata, masih ada sebulan lagi untuk menyelesaikan, sebelum kunci rumah diserahkan kepada penjaganya. Keletihan, ibu dan adam menumpang tidur rumah mak atok, sebab kedua2 rumah masih lagi terlalu bersepah. Sementara tuh, Uda pergi kerumah tersebut untuk memasang rel langsir. Pukul 4 petang barulah kami ke rumah tersebut. Sebaik sahaja uda bertolak balik setelah selesai kerjanya, rumah kami didatangi oleh wakil penduduk. AJK tersebut memberitahu tentang persatuan penduduk, kawalan keselamatan yang dilaksanakan dikawasan berkenanan, yuran yang dikenakan dan lain2 lagi berkaitan dengan kejiranan tersebut. Nampaknya perpindahan kami telahpun diketahui dan diterima oleh penduduk setempat.

Rumah baru ni memang agak besar juga. Satu bilik dijadikan bilik Adam, satu bilik lagi sebagai stor, dan ruang tamunya agak luas. Mudah dan selesa untuk Ayah dan ibu solat berjemaah. Dah lama benar rasanya tidak solat berjemaah bersama, semenjak ada Adam; kerana ruang yang terlalu sempit tidak mengizinkan. Alhamdulillah kini semuanya dipermudahkan Allah.

Banyak lagi perkara remeh temeh yang perlu dilakukan. Astro nak dimatikan. Telepon rumah dan shower air panas perlu dipindahkan. Kain baju dan pinggan mangkuk pun masih banyak lagi yang perlu diangkut. Selama ni rasa tak banyak barang, sekarang baru terasa, banyak juga rupanya.

Ikutkan hati, ibu ingin bercuti lagi, mengemas dirumah baru pula. Tapi apakan daya, esok ibu ada exam PTK. So hari nih kenalah pergi kerja, dan study. Mudah-mudahan esok mendapat keputusan yang memberangsangkan. Kalau dapat aras 4, ada harapan lah kenaikan gaji yang agak tinggi, insya-Allah. Mana tau, rezeki Adam.

Hujung Minggu


Ayah adam tak berniat nak menulis pada blog adam malam. Agak keletihan. Namun ada sedikit masa yang terluang sebelum ibu adam selesai mengosok baju. Kesempatan ini ayah adam gunakan untuk mencoretkan sedikit penulisan. Adam dah lena diulit mimpi. Semenjak maghrib tadi. Kepenatan. Maklumlah menemani ayah dan ibu adam mengemas dan berpindah rumah. Buat per kali adam tidur dikatil besar, dibilik besar yang baru.



Kami baru sahaja selesai fasa pertama perpindahan ke rumah sewa yang baru. Agak besar sedikit berbanding rumah sewa yang lama. Rasanya ibu adam akan mencoretkan sesuatu tentang perpindahan tersebut. Itu pun kalau ibu adam sempat. Maklumlah dalam minggu ini,kalau tak salah hari selasa, ibu adam akan mengambil ujian PTK dia. Kesian juga ayah adam lihat ibu adam. Rasanya sepanjang hujung minggu ni, langsung tak buka buku untuk belajar. Apa pun ayah adam doakan ibu adam akan berjaya dalam ujian PTKnya.

Apa yang menarik sepanjang minggu ini ialah penerimaan sebuah buku yang bertajuk tip tip berpoligami. :) agak menarik sebenarnya. Ketika ibu adam membaca sepintas lalu, dia tersenyum. Sebelah malam, dalam menjaga adam, sempat juga ayah adam mengkhatam membaca buku tersebut. Niat di hati kalau diizinkan Allah swt, sebelum ayah adam melelapkan mata buat kali terakhir, Ayah adam naklah beristeri 4 dan mempunyai anak yang ramai. Kalau boleh 12 orang orang ke atau 19 orang. Kalau tak 4 pun , 2 ke 3 ke , Syukur Alhamdulillah. Tentu ramai yang akan bertanya, mampu ke? duit dah berguni ke? Badan larat ke ? Dan macam macam lagi soalan. Tapi dengan kuasa Allah swt, segala yang mustahil boleh menjadi satu kenyataan.

Satu ketika dahulu, ayah adam tertanya sama ada, ayah adam mampu ke nak kahwin. Alhamdulillah dengan izin Allah sw ayah adam berkahwin dengan ibu adam. Dulu terfikir juga. mampu ke ayah adam nak pakai kereta. dan dengan izin Allah swt juga, ayah adam memandu kerata yang bukan kereta proton. Kita seringkali menyoal perbagai soalan yang kadang kala menafikan kekuasaan Allah swt. Kita percaya ajal maut ditangan Allah swt, rezeki Allah swt yang tentukan tapi bila bab jodoh pertemuan, ramai yang kufur. Bagaikan menidakkan kekuasaan Allah swt.

Antara yang menarik dalam buku tersebut adalah bagaimana gerakkan anti Islam memberikan definasi semula terhadap pelbagai perkara dalam islam sehinggakan menggambarkan sesuatu yang buruk. Antaranya poligami yang digambarkan penuh dengan penindasan, penuh dengan ketidakadilan dan penuh dengan nafsu sahaja sedangkan bagi mereka yang mengamalkannya kerana Allah swt menyatakan sebaliknya.

Selain itu dalam forum http://www.al-ahkam.net juga menyarankan agar mereka yang mampu untuk berpoligami agar cepat cepat berkahwin lagi. Dan membuktikan bahawa poligami itu sebenarnya cukup indah. Ayah adam telah pun menyatakan hasrat untuk kahwin lagi pada ibu adam. Alhamdulillah tak ada pinggan mangkuk yang terbang.

Apa pun kalau diizinkan Allah, berpoligami jugalah ayah adam. Doakanlah .. :P

Satu lagi perkara yang menarik yang berlaku ialah :

Apa yang dihisap oleh adam dalam gambar disebelah?

Ada sesiapa yang tahu apa maknanya apabila adam melakukan sedemikian?









Hari sabtu, adam telah dibawa oleh ayah adam dan ibu adam ke Hospital Pakar Damansara untuk pemeriksaan bulanan. Berat badan adam ialah 5.5kg ( Naik 0.5kg dari bulan lepas). Oleh kerana terlalu ramai pesakit, Dari pukul 9 lebih hingga pukul 2 lebih baru sempat jumpa doktor. Kali ini adam disuntik dua kali sama seperti bulan lepas


Rabu, 21 November 2007

Hari yang diuji

Tension betul rasanya. Petang tadi ayah adam terima panggilan telefon dari tuan rumah yang baru. Katanya ada orang nak tengok rumah dan bertanya sama ada kunci rumah dah ditukar ke belum. Masya Allah. Kami dah bayar deposit menyewa dan kini dia masih nak jual rumah tersebut. Tapi memang hak dia untuk menjual. Ayah adam tak mampu nak beli rumah tersebut. Keadaan kewangan ayah adam agak genting tapi tak putus. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang, seperti biasa ayah adam akan melalui toll PLUS subang keluar di toll sg buluh. Dan kebiasaannya ayah adam akan menggunakan touch and go tanpa sebarang masalah tapi petang tadi kad t & g dipaparkan sebagai tidak sah. Nasib baik ada mykad yang mempunyai t & g dan masih ada baki RM2.20. Kalau tidak parah juga kena undur dan tukar kosong tunai. Dalam perjalanan ke toll sg buluh, ayah adam singgah di Stesen Minyak untuk reload t & g,

Balik sampai rumah, azan maghrib dah berkumandang. Tak sempat nak solat berjemaah. Buka pintu rumah, adam dah terbaring di dalam play pen dia sambil tersengeh. Bila ayah adam bergerak menjauhi play pen, adam menangis. Jadi kena angkat adam dan bermain dengan adam seketika. Ibu adam sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk. Apabila ibu adam dah selesai segala urusan, ibu adam pula bermain dengan adam sementara ayah adam bersolat maghrib. Lepas solat kami ke kedai berhampiran untuk menikmati makan malam. Lepas makan malam kami pulang ke rumah dan seperti semalam, ayah adam akan beradu dahulu.

Telefon ayah adam berbunyi, mengejutkan ayah adam yang begitu kena beradu. Rasanya macam tak sempat bermimpi. Dengan tangan yang longlai ayah adam mencapai telefon, rupanya ibu adam yang menelefon untuk mengejutkan ayah adam. Jam menunjukan pukul 1 pagi. Ayah adam bangun dan turun ke tingkat bawah. Ibu adam sedang membancuh susu adam sementara adam merenggek dalam play pen.

Ayah adam menghulurkan tangan meminta susu yang telah dibancuh dan menyumbatkannya ke dalam mulut adam. Kelihatan adam begitu gelojoh menyonyot botol susu. Namun seketika adam masih merengek. Ayah adam mengeluarkan adam dari play pen dan meletakkan adam ke atas tilam di tengah ruang tamu. Sambil botol dipegang oleh adam, sambil menyonyot, seketika adam terlelap. Kesempatan ini ayah adam ambil untuk menunaikan solat tahjud. Pasrah di tikar sembahyang ayah adam menyerahkan segala urusan kepada Allah swt. Dia Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Esa. Dengan doa agar diberikan yang terbaik untuk diri sendiri, isteri, adam dan semua pihak yang terlibat. Sambil ditemani siaran radio ikim dot fm ayah adam kembali melelapkan mata di atas tilam.

Sayup sayup kedengaran suara bayi menangis. Rasanya macam mimpi. Sesekali diselangi dengan batuk. Ayah adam lantas bangkit dari ketiduran setelah menyedari bahawa ianya bukan mimpi namun yang menangis adalah adam. Lampu dibuka, memang jelas adam yang menangis. Botol susu yang telah tersedia disumbat ke dalam mulut adam namun adam mula batuk dan agak kuat bunyinya. Tanpa buang masa, ayah adam mendapatkan ubat adam. Selepas ubat diberi, adam masih lagi merengek. Ayah adam memeriksa lampin adam. Agak besar bererti perlu ditukar. Ditonggengnya adam, dilihat dari belakang, sah adam berak. Rasa malas nak tukarkan, ingat nak kejutkan ibu adam namun kesian terganggu pula tidur ibu. Jadi ayah adam pun mencapai getah pelapik, lampin dan air serta pengelap. Setelah lampin ditukar, susu diminum maka adam pun ditidurkan kembali. Bacaan Al Quran, surah Al Baqarah masih lagi kedengaran dan setelah tamat, kedengaran pula suara azan subuh dilaungkan. Maka bermulalah hari baru bagi adam dan keluarga.

Dalam perjalanan ke pejabat, ayah adam menghantar sms kepada tuan rumah yang baru, bertanya sama ada jadi ke orang yang nak tengok rumah, membeli rumah tersebut. Jawapan yang mengembirakan. Tak jadi beli. Ayah adam terus menghubungi ibu adam untuk memaklumkan berita tersebut.

Kembali ke jadual giliran

Dah lama kami tak bergilir menjaga adam. Nampak gaya konsep giliran menjaga adam merupakan cara yang paling baik buat masa ini untuk menjaga adam. Ayah adam akan tidur dahulu dari pukul 9 hingga ke pukul 1 pagi sementara ibu adam menjaga keperluan adam dan kemudian ayah adam akan mengambil alih menjaga segala keperluan adam sementara ibu adam tidur. Ini memastikan kami berdua mendapat tidur dan kerehatan yang cukup demi kebaikan semua pihak.

Masa kami berdua untuk bermain dengan adam adalah dari lepas Maghrib hingga ke lepas waktu Isyak. Walaupun adam akan menghabiskan banyak masa bermain dengan ibu adam kerana adam akan berjaga dari waktu lepas isyak hingga pukul 12 lebih dan pada waktugiliran ayah adam, adam akan menghabiskan masa untuk tidur. Namun sebenarnya cabaran yang paling mencabar ialah menyediakan keperluan adam di awal pagi. Maklumlah rasa mengantuk dan letih, jadi sukar untuk bangun menyediakan keperluan adam.

Ayah adam melihat ianya satu peluang yang baik untuk beramal. Sekurang kurangnya dapat juga ayah adam menulis dan bertahjud di awal pagi. Dalam usaha untuk memastikan bahawa keperluan adam dicukupi, tidak perlu dilupakan keperluan diri sendiri untuk menemui Allah swt, Yang Memiliki segala galanya. Melahirkan rasa syukur dengan nikmat yang diberi. Sekadar sedikit tazkirah di awal pagi, ayah adam ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca blog adam.

Surah Ibrahim, Surah ke 14 ayat ke 7:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

Semenjak pulang dari taska, sesekali kedengaran adam batuk dan bunyi nafasnya agak kuat dengaran. Lepas Isyak tadi, rasa risau muncul kembali dihati ayah adam lantas diberikan ubat pada adam dengan doa agar Allah swt memberikan kesembuhan dan dilindungi dari segala penyakit. Adam lena di ulit mimpi. Sesekali kedengaran adam berubah posisi tidur.

Pukul 3.30 pagi, adam mula bergerak gerak. Ayah adam dapat rasakan yang masa untuk memberi adam minum susu. 3 sudu susu di bancuh dengan 120 ml air dan dikocak sehingga benar benar larut di dalam botol. Lalu diberikan adam menyonyot botol susu. Beberapa minit kemudian yang tinggal hanyalah 20ml. Setelah kekenyangan dengan susu, adam kembali melelapkan mata. Menyambung mimpi indah. Masa untuk ayah adam menyambung tidur. Berehat seketika sebelum azan subuh berkumandang.

Selasa, 20 November 2007

Minggu ke 27

Petikan dari buku Fun Start

Minggu ini minggu yang ke 27. Aktivi untuk merangsang minda adam adalah melambung bola yang diisi ke dalam stokin. Kemudian menyebut perkataan atas setiap kali bola berada di atas dan perkataan bawah ketika bola berada di bawah. Ini akan membina koordinasi mata dan tangan, memahami perkataan atas dan bawah, hubungan mata dengan objek yang bergerak dan keyakinan diri dengan ucapan pujian yang pendek dan ucapan galakkan.

Ahad, 18 November 2007

Berhujung minggu


Ayah dan ibu adam tak tahu nak ceritakan apa dalam blog adam untuk aktiviti hujung minggu. Hari sabtu, selepas adam ke taska, ayah dan ibu adam temankan mak atok sarapan pagi di pasar selayang sebelum membeli sedikit barang dapur. Lepas itu , kami ke celcom selayang, ingatkan nak ambil USIM untuk hp ibu tapi tutup. Selepas merujuk kepada khidmat pelanggan celcom , kami kena ke TTDI. Lepas singgah kedai untuk beli gas memasak, kami hantar mak atok ke rumah dan mengambil USIM. Sebelah petang , kami bawa mak atok tengok rumah sewa yang baru. Mak atok berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut. Lepas ni adam ada kawasan yang agak luas untuk bergolek.

Hari ahad kami cuma duduk rumah saja sambil kemas rumah dan melayan adam.

Khamis, 15 November 2007

Adam Temankan Mak Atok Ke Hospital

Hari ini ayah adam dan adam menemani mak atok ke hospital untuk pemeriksanaan bulanan. Mak atok ada kencing manis, darah tinggi dan kini dalam fungsi buah pinggangnya merosot. Doktor menasihatkan mak atok untuk memulakan rawatan CAPD secepat mungkin. Apa itu CAPD? Ayah adam tak nak cerita dengan detail apa itu CAPD cuma boleh rujuk ke http://www.freedomtolive.com.my. Dekat dalam website tersebut terdapat maklumat lanjut tentang rawatan CAPD dengan lebih terperinci.

Sepanjang adam di Hospital Selayang, adam bekerja keras hehhe. Biasalah baby bekerja bukan macam kita bekerja. Baby bekerja dengan tidur. Sepanjang pagi dia tidur. Pukul 1 tgh hari baru ayah adam hantar adam ke taska. Ayah adam kena tunggu mak atok just in case kalau potassium dalam darah mak atok tingggi sebab last week semasa pemeriksaan darah kandungan potassium mak atok agak tinggi. Sehingga pukul 6.00 ptg, Pihak Hospital Selayang masih tidak menghubungi ayah adam. Bererti kandungan potassium mak atok dah turunlah.

Banyak benda yang bermain dalam fikiran ayah adam. Tentang adam, mak adam mak atok, pindah rumah, tender dan POC. Penat dan letih rasanya. Apa pun itulah namanya kehidupan. Penuh dengan cabaran dan ujian.

Rabu, 14 November 2007

Adam makin ceria

Petang semalam, ibu mengambil Adam dalam hujan renyai2. Kalau hari sebelumnya cikgu Adam bagi komen negatif tentang Adam yang tak mahu dduduk diam-hendak diagah sahaja, sebaliknya semalam cikgu memuji Adam. Cikgu kata Adam cukup ceria dan seronok bermain dengan bantal peluk Doremon dia. Cikgu sendiri pun suka tengok Adam bermain.Dapat ibu bayangkan, bagaimana doremon itu dipeluk, hidungnya digeselkan pada hidung Adam dan tangan doremon digigit dengan geramnya.






Pulang kerumah, di dalam play pan, Adam melepaskan geramnya pada kuda pusingnya pula.
Habis bergegar semua kuda2 tersebut dipusingnya sepenuh perasaan, dan kalau dapat menangkap seekor, jangan harap kuda tersebut dilepaskannya. Terpaksalah ibu atau ayah melepaskan kuda tersebut bagi membolehnya berpusing semula. Adam tidur agak awal semalam, sebelum pukul 9 lagi. Ibu dan ayah pun ikut tidur sekali. Tapi Adam terjaga dan batuk dengan teruknya tepat pukul 3 pagi. Selepas diberi inhealer dan segala ubat yang perlu, barulah batuk Adam lega, dan lena semula kira2 pukul 5 pagi.

Selasa, 13 November 2007

Isnin blues

Malam tadi, pinggang ayah adam terasa begitu sakit. Jadi selepas makan malam ayah adam terus berehat lalu tertidur. Ayah adam terjaga apabila terdengar suara adam menangis. Lalu ayah adam beritahu pada ibu adam agar jangan biarkan adam menangis lama sangat. Lepas tu ayah adam kembali terlelap. Sedar sedar dah pukul 12.00 tgh malam dan adam masih lagi merenget. Ibu adam dah terbaring di sebelah ayah. Ayah adam tahu ibu adam keletihan. Tentunya pelbagai usaha telah dilakukan untuk memujuk adam tidur kembali. Ayah adam pun mengambil alih tugas ibu adam. Ibu adam agak sedih dari raut wajahnya. Dalam hati ayah adam, hmm ada yang silap yang telah ayah adam lakukan.

Ayah adam mula mendokong adam dan kemudian ayah adam alunkan zikir munajat. Walaupun suara ayah tidak sesedap suara Ustaz Badrul Amin mengalunkan Zikir Munajat namun akhirnya adam terlelap dan terlena lebih kurang pukul 1.00 pagi. Untuk memastikan adam terus lena hingga ke pagi, ayah adam pasangkan bacaan Al Quran berterusan. sampai detik dan ketika, ayah adam sendiri terlelap.

Pagi tadi bangkit dari tidur, ayah adam bertanya pada ibu adam. Apa yang berlaku. Rupanya ibu adam terasa yang ayah adam marahkan ibu adam sebab adam menangis. Hujah ibu adam, adam gelak ketawa ketika diberikan ubat inhaler tapi bila ubat cairkan kahak, oleh kerana ubat tersebut agak pahit sedikit maka adam akan menangis ketika mengambil ubat tersebut. Dan ketika itu suara ayah agak tinggi jadi andaian yang dibuat oleh ibu adam, ayah marah.

Mungkin sama seperti orang lain, ayah adam memohon maaf dari ibu adam walau apa pun kesalahan yang dilakukan sama ada sedar tak sedar. Begitulah kita insan. Seringkali membuat andaian dan anggapan. Namun apabila yang benar itu jelas maka yang salah tetap perlu memohon maaf. Tak salah seorang suami memohon kemaafan dari seorang isteri.

Pagi tadi adam dibekalkan dengan bantal peluk momon dia. Adam suka sangat bergusti dengan bantal peluk momon. Nak digigit gigit bantal peluk momon. Semalam cikgu adam mengadu pada ibu adam yang adam nak ada orang mengagah dia dan kalau tidak dia akan menangis.Jadi dinasihatkan agar adam membawa permainan dia sendiri. Pada mulanya ibu adam mencadangkan agar dibawa kuda pusing pusing tapi susah pula kalau tertinggal di taska. Jadi kita cuba hantar bantal peluk momon. Tunggu reaksi cikgu petang ni.

Isnin, 12 November 2007

Adam hujung minggu

Pagi sabtu tuh, dengan berat hati, selepas ibu dan ayah bersarapan, terpaksa juga menghantar Adam ke TASKA. Ayah kena kerja untuk menyiapkan tender monorel di Penang, manakala ibu pula hendak mengemaskan buku2 lama yang ada dirumah. Jika ada Adam dirumah, takut adam kena habuk2 masa ibu mengemas tersebut.Selepas mengemas, kira2 pukul 2 petang barulah Adam di ambil dari Taska dalam hujan renyai2. Mungkin sebab kesejukan, setibanya dirumah Adam tidur dengan nyenyaknya.

Pagi Ahad, Adam dibawa pula window shopping di Tesco yang baru dibuka ditempat yang dulu Makro. Ibu dan ayah ingin membandingkan harga lampin pakai buang dan susu Adam antara Tesco dengan pasaraya yang berhampiran. Ternyata harga yang tesco tawarkan jauh lebih murah berbanding Carrefour di Kepong. Mungkin lepas nih barang keperluan Adam akan dibeli di Tescolah pula nampaknya. Lewat petang, mak ngah sekeluarga datang kerumah mak atok. Adam nampaknya ceria dan seronok sekali dicelah keriuahan jerik pekik sepupu-sepupunya. Setelah penat bermain, Adam tertidur dibahu ayah sebelum dibawa pulang menjelang senja.

Sabtu, 10 November 2007

Konflik taska dan ibubapa



Semasa ibu mengambil Adam petang semalam, ibu agak terperanjat. Bila pintu taska dibuka, Adam sedang didukung oleh pengetua taska tersebut, tidak di letakankan dalam car seat seperti biasa. Soalan pertama pn. tersebut adalah "Dia memang macam nih sejak dari rumah ker? Ibu tak faham apa yg dimaksudkannya. Katanya Adam terlalu sakit dan susah bernafas sejak dari awal pagi, selepas dihantar oleh ayah lagi. Ibu diberikan syarahan tentang tanda-tanda baby semput dan sukar bernafas, dan meminta ibu membawa Adam ke hospital malam itu juga. Setelah puas bersyarah, barulah Adam diserahkan kepada ibu. Semasa ibu meletakkan Adam dalam car seatnya, Adam tersenyum riang pada ibu. Begitu juga sepanjang perjalanan pulang kerumah, tiada sebarang rengengkan atau tangisan dari Adam.

Sebenarnya petang semalam genap 48 jam, Adam tidak diberikan sebarang ubat, samada dalam bentuk gas/inhealer ataupun ubat cecair. Ibu dan ayah berpendapat, tanpa sebarang ubat, Adam kelihatan begitu sihat, cuma masih batuk sekali sekala. Sebaliknya pengetua taska berpendapat Adam begitu sakit tanpa ubat2nya.Untuk memuaskan hati semua pihak, selepas solat maghrib dan makan malam, Adam diberikan semula segala ubat-ubatnya. Kemudian, Adam leka bermain dengan segala barang permainannya. Hingga pukul 12 lebih Adam masih leka bermain dan amat sukar untuk melelapkan mata.

Pukul 9.30 malam, agen rumah di sri damansara datang ke rumah untuk mengambil duit sewa. Agak lama juga ayah dan egen tuh berbual2 diluar. Sempat juga Ayah berbual2 melalui telepon dengan tuan rumah yang bernama Haris itu. Ayah menyatakan hasrat kepada tuan rumah tersebut, jika suasana dan kejiranan sesuai, apabila keadaan kewangan mengizinkan, kami berminat untuk membeli rumah tersebut. Ini kerana lokasinya cukup strategik, mudah untuk ibu dan ayah ketempat kerja, dan tidak terlalu jauh dari rumah mak atok, jika sekiranya uda pulang lewat dan ayah perlu untuk menyuntik mak atok. Ternyata berkat kesabaran, akhirnya kami bertemu dengan rumah yang diidam-idamkan, cuma keadaan kewangan belum mengizinkan untuk kami memiliki rumah tersebut buat masa kini, walaupun harga yang ditawarkan dibawah nilai pasaran. Cukuplah sekadar menyewanya terlebih dahulu.

Jumaat, 9 November 2007

Cuti semperna Deepavali

Pulang dari pejabat petang rabu tuh, sebelum mengambil Adam, ibu berlegar2 di sekitar Sri Damansara, sekadar untuk melihat rumah yang dicadangkan oleh egen hartanah untuk disewa. Hampir 15 minit mencari, akhirnya ibu berada di hadapan rumah yang dimaksudkan. Ambil gambar then send to ayah Adam. Selepas itu baru ibu mengambil Adam dari TASKA. Buat pertamanya kali, ibu tidak memberikan sebarang ubat batuk atau inhealer kepada Adam, ternyata tiada batuk yang teruk dan ibu dengan senangnya solat maghrib.

Lepas solat, ibu menghubungi egen rumah di Bukit Desa bertanyakan kalau2 wang deposit yang telah dibayar boleh dikembalikan. Agen tuh agak terkejut kenapa kami ingin membatalkan sewa rumah tersebut. Kami memberikan alasan yang pada egen itu kurang munasabah. Sebenarnya malas nak cakap "we get a better house". Selepas menghubungi egen untuk rumah di Sri damansara, malam itu juga kami pergi melihat rumah tersebut. Ternyata rumah ini lebih baik. Semua lantainya jubin, mudah untuk ibu mop bagi menjamin kebersihannya nanti. Sama juga 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Sebab utama ayah cukup berkenan dengan rumah ini adalah sebab setingkat, bererti tiada kemungkinan untuk Adam jatuh tangga. Selain daripada itu, persekitarannya ala2 kampung sikit, senyap dan sunyi jer walaupun penduduknya ramai. Berbeza benar dengan Bukit Desa yang hiruk pikuk kerana menjadi jalan laluan utama. Selain daripada itu, tuan rumah ini melayu, dengan itu, tak perlulah seluruh rumah tersebut disamak dengan air tanah sebelum boleh diduduki. Pada mulanya egen tuh memberitahu wang yang perlu kami bayar adalah 2 bulan deposit, sebulan sewa bulan semasa, ½ bulan deposit api dan air dan Rm150 untuk surat perjanjian penyewaan. Jumlah semua adalah RM2425.00. Ayah meyakinkan bahawa duit tuh tetap ada, syaratnya yakin Allah akan mendatang rezeki dari sumber yang tidak disangka2. Ibu dah berkira2 untuk mengelaurkan dari tabung haji hari jumaat nanti.

Malam tuh Adam tidur cukup lewat. Pukul 12 tgh malam pun matanya masih bulat, sedangkan ibu dan ayah yang dah cukup mengantuk dan keletihan. Tidur sekejab, pukul 3.30 pagi Adam mula merengek. Mungkin sebab tiada sebarang ubat yang diberi. Setelah sekian lama meragam, hampir pukul 5 barulah Adam lena kembali, hinggalah pukul 10.30 pagi.

Bangun dari tidur, Adam disiapkan, untuk Majlis Jamuan Raya Sukarelawan Yayasan Pembangunan Nurhikmah, di Kajang. Oleh kerana ada kawan yang tinggal di Pandan Indah ingin menumpang, ibu mencadangkan makan tengahari di restaurant kegemaran ibu 10 tahun nan lalu. Bukan main suka lagi kakak pemilik restaurant tuh jumpa ibu dan Adam, sebab dah terlalu lama ibu tidak ke sana.

Tiba di tempat jamuan, ternyata Adam yang jadi tumpuan. Kawan2 ibu dan ayah sibuk mengambil gambar dan bertanya pelbagai perkara tentang Adam. Kira Adam public figure lah dijamuan tersebut. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak2 yang berusia setahun dan 3 tahun pun ada yang geram pada Adam. Ada dicium, dicubit pipi, malah ada yang hampir memcucuk mata bulat Adam dengan bilah sate.

Setelah penat didukung, sementara ayah dan AJK lain bermesyuarat, ibu mengambil peluang membawa Adam berihat di ruang yang dijadikan surau. Dengan beralaskan kain pelekat, Adam cukup selesa golek2 dan gelak2 disana. Lega dan bebas agaknya, bila badannya tidak lagi dipegang dan didukung.

Hampir pukul 6, kami pun berangkat pulang dalam hujan renyai2. Solat Asar di R&R Bukit Dukung. Setelah menghantar kawan tersebut, kami pulang kerumah. Adam cukup selesa tidur dibahu ibu, hinggakan tangan ibu kebas mendukung Adam dari Pandan Indah ke Kepong. Kami tiba dirumah hampir2 pukul 8 malam.

Pukul 8.30 malam, agen di Sri Damansara call ibu, bertanyakan samada kami berminat hendak menyewa rumah tersebut atau tidak. Ibu mengatakan persetujuan dan berjanji akan membayar sebahagian daripada deposit tuh esok. 5 minit kemudian, sekali lagi egen tuh call, memberitahu berita baik. Tuan rumah telah mengurangkan kepada 1 bulan deposit dan kami juga tidak perlu membayar RM150 untuk perjanjian penyewaan.

Bermakna kami telah jimat RM800. Ternyata Allah mengkabulkan doa kami, walaupun tiada wang yang masuk, tetapi pengurangan sebanyak RM800 itu terlalu besar maknanya. Betullah Allah mendatangkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka, syaratnya kita perlulah berdoa dan yakin dengan pertolonganNya.

Isnin, 5 November 2007

Adam dah pandai membaca ?????????

Kenapa ? Tak percaya ? Jangan tak percaya. Adam dah pandai membaca tapi dalam bahasa dia lah. Ayah dan ibu pun tak faham apa yang adam baca.


Khusyuk adam membaca.


Ayah adam sendiri tak faham apa yang adam baca


Meh ayah bacakan ..


Hujung Minggu

Hujung minggu ini agak padat. Sama seperti hujung minggu lepas. Hari sabtu, keluarga adam hehe pergi melihat rumah sewa yang baru. Rumah teres 2 tingkat di Tmn Bukit Desa. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Agak besar berbanding rumah yang ayah adam sewa sekarang ni. Adam pun nampak selesa bila masuk ke rumah tersebut. Dan suasananya pun agak tenang. Kejiranan ramai cina. Sewanya RM650. Ada banyak sebab kenapa perlu mencari rumah baru walaupun rumah sekarang ni sewanya cuma RM330. Dahulu berdua, jadi keperluan untuk bilik ke tiga tidak mendesak tapi kini setelah kehadiran adam maka keperluan untuk rumah yang besar sedikit dan tambahan bilik adalah mendesak. Dari situ dalam satu mesyuarat di antara ayah adam dan ibu adam memutuskan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar sedikit demi menyediakan suasana yang sesuai untuk adam membesar.

Lepas melihat dan membayar deposit untuk rumah tersebut, kami bergerak ke Tmn Amaniah untuk membawa adam bertemu dengan doktor. Ubat batuk adam dah habis. Lepas bertemu dengan doktor kami pulang ke rumah untuk bersiap.

Sebelah petang kami ke Sri Petaling, rumah terbuka sepupu ayah adam,. Mak atuk dan acu pun pergi sama. Uda bawa tunang dia sekali. Meriah. Tapi tak sempat nak bersembang lama dengan Abg Jo dan Kak Yah. Lama juga kami di sana. Sebelum maghrib kami telah pun sampai ke rumah. Malam tu pada mulanya nak beraya lagi ke rumah cikgu adam tapi keadaan adam yang batuk serta suasana yang sejuk akibat hujan membatalkan hasrat kami.

Hari ahad pula, ayah adam yang sibuk. Sebelah pagi ayah adam dan adam membantu ajk surau untuk menyediakan persediaan jamuan raya di surau. Hampir pukul 12 baru pulang ke rumah. Adam masa tu beru terjaga dari tidur. Oleh kerana tengah hari agak panas, maka kami sekeluarga hanya dapat ke surau selepas zuhur. Itu pun masih lagi panas. Pulang dari jamuan raya, mungkin kerana kepenatan dan kepanasan, satu keluarga tertidur.

Jumaat, 2 November 2007

Kesibukkan Ayah Adam.

Di saat ibu adam bertukar jabatan, ayah adam pula sibuk dengan tender Monorail Penang. Fokus kepada Automatic Fare Collection. Tapi ayah adam tetap cuba meluangkan masa untuk pelbagai aktiviti terutama yang melibatkan adam. Beberapa hari ini, ayah lihat adam dah mula serasi dengan rutin baru. Walaupun batuk dan selsama adam kembali namun kami ini kami dah sedia dengan ubat ubatan.

Balik dari taska adam akan diberikan susu dan lebih kurang lepas isyak, baru bagi ubat pada adam. Ayah adam tak ingat nama nama ubat yang perlu diberi rasanya ibu adam lebih mengingatinya. Apa yang ayah tahu adam perlu ambil ubat tersebut. Dahulu agak senang sebab adam tidak melawan tapi kini adam dah pandai melawan. Tangannya akan cuba menolak tangan ayah. Selain itu adam dah pandai meronta ronta ketika nak diberikan ubat. Menangis memang dah dikuasinya.

Tapi setelah segala usaha memberikan ubat berjaya, adam akan menghadiahkan dengan senyuman dan ketawanya. Pukul 9.30 atau 10 mlm, adam akan tidur dan terjaga pukul 4.30 pg. pukul 5.00 pg, adam akan diberikan ubat sekali lagi. Selepas diberi ubat adam akan tidur dengan nyenyaknya sehingga pukul 7.30 pg ayah adam menghantar adam ke taska.

Esok kami akan melihat rumah sewa. Kalau sesuai kami akan menyewa rumah tersebut. Petang esok ada 2 rumah terbuka. Salah satu adalah rumah cikgu adam. Hari ahad, sebuah lagi rumah sewa yang akan ditinjau.