mengajar dan mengejar date line untuk menyediakan bahan persediaan
tender. Meletihkan sehinggakan penjagaan adam disebelah malam hanya
dilakukan oleh Ibu adam. Kesian juga ayah adam melihat ibu adam.
Semalam ibu adam terpaksa MC kerana demam dan terlalu letih. Oleh itu
ibu adam kena dan dapat berehat di rumah. Malam tadi dengar cerita
dari ibu adam, adam terjaga beberapa kali dan lebih kurang pukul 2
lebih kot adam terjaga dan selepas minum , adam nak bermain.
Malam tadi 2 kali ibu adam menelefon ayah adam yang terbongkang tak
sedarkan diri di bilik atas. Pukul 4.00 am baru ayah adam terjaga.
Lepas bersahur, ibu adam kembali tidur semula dan ayah adam menyiapkan
sedikit kerja yang masih lagi tertangguh. Ketika itu adam telah pun
terlena.
Minggu nie memang ayah adam akan terlalu sibuk. Hopefully selepas
penghantaran bahan untuk tender, ayah adam boleh berehat dan
menumpukan kepada amalan dan ibadah di bulan puasa.
Teringat kata kata ustaz yang memberi tazkirah pagi tadi di radio
IKIM. "Dalam perlumbaan, yang penting bukannya permulaan, tetapi
bagaimana penghujungnya. Penamatnya. Berjaya kita dihujung maka
berjayalah kita tapi kalau gagal dihujung maka walaupun permulaan yang
baik ianya tetap dianggap sebagai gagal dalam perlumbaan"

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



