Rabu, 15 April 2009
Selasa, 24 Mac 2009
Makan di Al diafah
Hari isnin, cuti semperna Maulidur Rasul. Ayah kurang sehat dan dah penat sebab dah 2 hari penuh dengan aktiviti.
Ibu pula mengemas rumah. Hingga tidak sempat untuk masak makan tengahari.
Malam itu, ayah membawa semua menjamu selera makan arab di Restaurent Al-Diafah di Sri Petaling, Selongor.
Tempat makan yang selera dengan rasa yang lazat. Adam pun cukup selera bermain, berlari dan berkawan dengan anak arab yang sama-sama menjamu selera di meja sebelah.
Photo Album
Isnin, 22 Disember 2008
Bersarapan di Restoren Ulik Mayang..
Ahad, 16 November 2008
Kecilnya
Terima kasih abang.
Kerdilnya aku...
Adam menjamu selera dengan atuk su dan ustaz .. Ayah adam dah baca doa dengan abang tadi.
Adam bersama dengan keluarga "uncle jo"
Hari ini adam ke rumah atuk su. Atuk su buat kenduri tahlil namun adam dan keluarga termasuk mak atuk terlewat sebab tak tahu jalan. Atuk su tinggal di Denai Alam. Ayah adam ada telefon nokia e71 yang mempunyai gps dan map elektronik namun tak berguna kerana tidak dapat berhubung dengan satelit. Jadi kami sesat jalan. Bila teknologi tidak dapat membantu maka kembali kepada cara lama. Bertanya orang. Namun jawapan juga mengecewakan. Tak tahu. Semangat pengembara, ayah adam terus saja meredah berdasarkan kepada nama jalan sebagai pertunjuk. Akhirnya kami sampai ketika tetamu telah selesai menjamu selera.Ahad, 9 November 2008
Isnin, 18 Ogos 2008
Majlis berinai dan kenduri Kahwin Uda
Lepas makan, kami bersama dengan tetamu dari Singapura pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan bersolat maghrib. Adam dah lena keletihan waktu itu. Sayu hati mengejutkan dan menukarkan baju Adam waktu tu. Tanpa mandi, Adam dibawa pula ke Rawang. Ketika kami tiba, Pengantin sedang bersanding. Ibu dan Ayah Adam merupakan orang terakhir yang menjadi penutup majlis berinai itu. Selepas itu, kami menjamu selera. Ramai juga saudara mara belah tok ayah Adam yg telah bersedia menanti di rumah pengantin.
Kami tiba di rumah kira-kira pukul 11.30 malam. Keletihan semua orang terus tidur, kecuali ada seorang budak bertuah yang menunjukkan kemahiran barunya. Hari ini Adam berjaya:
Turun dari buaian
Memanjat katil
Turun dari katil
Dengan selamatnya. Nampaknya pengalaman pertama Adam jatuh katil dulu benar2 menginsafkannya dan pelajaran turun katil berjaya diaplikasikan. Rasanya pukul 1.30 pun Adam masih lagi turun dan naik katil sambil 'mengurut' ayah dan ibu yang kepenatan.
Pagi Ahad, selepas bersarapan kami berkumpul di rumah mak atuk. Apabila cukup korum, semua kereta bereben hijau mula bertolak ke Felda Sungai Buaya. Di R & R Rawang di tambah dengan 3 kereta lagi. Apabila sampai, kami berehat di rumah persinggahan, sementara pengantin bersalin pakaian dan bersiap. Selepas siap, 2 pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan.
Selepas makan, bersanding dan bergambar bersama keluarga, kami pulang ke rumah mak atok. Tiba disana lebih kurang pukul 3.30 ptg. Banyak juga yang perlu dibersihkan dan dikemaskan. Sementara ibu mengemas, Adam bermain dengan abang dan kakak sepupunya. Apabila siap, Adam pulang kerumah pukul 6 petang. Masuk jer ke rumah, Ada terus tidur dibiliknya dengan nyenyaknya. Kini giliran rumah Adam pula dibersih dan dikemaskan.
Sepatutnya dari 18/8/2008 – 21/8/2008 Ibu adam menjadi facilitator kursus lagi. Kerana kesibukan, ibu tidak sempat untuk pack baju untuk bermalam di Hotel. Oleh kerana kursus dijalankan di Kuala Lumpur sahaja, ibu dah nekad untuk berulang sahaja setiap hari.
Khamis, 1 Mei 2008
Family dinner
Rabu, 26 Disember 2007
Gambar Keluarga Di Rumah Tok Dy
Adam di majlis pernikahan dan khenduri kahwin
Selama 2 hari berturut-turut perjalanan hari Adam hampir sama. Waktu tengahari Adam dibawa ke rumah Tok Dy (bapa saudara ayah Adam) di Ara Damansara. Selepas menjamu selera, bertolak pula ke rumah pengantin perempuan di Kelana Jaya, untuk majlis pernikahan pada hari isnin dan untuk majlis khenduri kahwin pada hari selasa. Ibu tak bermaksud untuk beri sebarang komen tentang majlis tersebut, cuma segala kepincangan yang berlaku dijadikan sempadan agar tidak mengulangi di masa akan datang.
Pada hari yang pertama, sebab tidak ramai orang cuma ada 2 keluarga sahaja, termasuk ayah dan 2 orang adik pengantin, Adam agak selesa. Dibaringkan atas toto diruang tamu, Adam buat kuak lentang sambil mulutnya bising memanggil2 orang untuk berbual dengannya. Apabila penat, Adam pun minum susunya dan akhirnya terlena sendirian ditengah ruang tamu. Tok Dy Adam tak habis2 memuji Adam, " Senangnya jaga anak orang nih, dah lah minum susu pun boleh pegang botol sendiri, nak tidur terus lena macam tuh jer, tak payah ditepuk2 atau dibuai" . Sebenarnya dia bandingkan dengan cucunya sendiri, Mamat yang tidak mahu pegang botol sendiri walaupun telah agak besar berbanding dengan Adam.
.jpg)
Walau bagaimanapun, pada hari khenduri kahwin, dengan tambahan keluarga dari Singapura, JB, keluarga mak ngah Adam, acu, uda dan bakal mak uda Adam, semua orang bergilir-gilir ingin mendukung Adam, hinggakan Adam tidak cukup tidur dan rehat. Baru Adam mula nak tidur dibahu ayah dirumah pengantin perempuan, dikejutkan dengan bunyi kompang pula. Sekali lagi Adam cuba tidur semula sewaktu Ayah sedang menjamu selera. Mungkin tidak selesa, Adam tidur tidak lama. Malah dalam kereta dan dirumah mak atok pun Adam tidak mahu tidur, mungkin sebab badan yang letih, asyik didukung sahaja.
.jpg)
.jpg)
Akibatnya bila balik kerumah, Adam agak meragam sikit, tak mahu minum, tak mahu dibuai atau tidur atas tilam. Sedangkan ibu dan ayah sama-sama dah keletihan dan tangan kedua-duanya dah bengkak kerana mendukung Adam. Selepas diberi makan nestum, badan dilap dan ditukarkan baju dan lampin, hampir pukul 12 tgh malam barulah Adam melelapkan mata.
Isnin, 24 Disember 2007
Adam di Rumah Tok Dy
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)





-707444.jpg)
-711393.jpg)

