Selasa, 15 September 2009
Main bedak lagi ...
Isnin, 14 September 2009
Alhamdulillah, dah berzakat fitrah.
Sepatutnya, ayah adam perlu menyediakan beras untuk zakat namun dimudahkan digantikan 2.7kg beras dengan RM7.
Semoga diberkati .
Khamis, 10 September 2009
Pening kepala ayah ...
Adam tidur awal semalam. Lepas isyak. Bangun pun terlalu awal. 12 lebih tengah malam. Aduh .... Mula mula nak susu. Lepas tu nak Ipod. Nak tengok ABC, dah lama sikit, nak milo, lepas minum milo nak buku cerita. Nak ayah bacakan buku cerita. Sampai pukul 2 lebih baru nak milo, nak tidur dengan ibu.
Isk isk ... Sempatlah habis 2 cerita. Cerita Serigala dengan Bayang2 dan cerita kudin dengan biri biri dan serigala ....
Baru ayah nak lelap, ibu adam dah kejutkan bersahur. Kepala rasa macam nak pecah. Kakilak rasa keras macam nak cramp.
Lepas sahur, ingat nak lelap, udah adam dah terjaga. Nak susu. Apa lagi bangkitlah ayah buatkan susu adam lantas berbaringlah adam dan ayah..
Ayah terjaga dekat pukul 9 lebih bila adam kejutkan. " Ayah, adam kencing."
Aduh, betul betul kencing. Isk dah pakai dypers, mungkin kedudukan anu tak betul maka bocor. Sementara, ayah basuh cadar, ayah mandikan, pakaikan adam pakaian dan berikan sebotol susu.
Sebelum itu, masa ayah nak bagi ubat alergy, baru ayah terperasan. Oleh kerana tutup botolnya sama maka semalam ayah tersilap bagi ubat. Terbagi ubat deman. Tapi hari ini dah betul. Ubat alergy. Patut punggung adam semakin beruam.
Ok ayah dah selesai berjumpa doktor. Diberikan ubat sakit kepala dan cramp kaki. Balik nie nak jemur cadar dan cuci tempat adam kencing di atas tilam. Adam dah bukan baby lagi. Kencingnya adalah najis dan perlu dicuci dengan air.
Lepas ayah nak berehat dengan aman.
Rabu, 4 Februari 2009
Earphone dan susu adam
Lantas ayah adam mengisi bekas tersebut dan dan menghantarnya ke taska. Adam telah pun dimandikan. Betulah, kita merancang, Allah juga merancang dan semestinya perancangan Allah swt yang terbaik.
Ayah adam akur dengan kehendak Nya. Harga adam minum susu lebih berharga dari harga earphone yang cuma beratus sahaja.
Ahad, 11 Januari 2009
Kongres Ekonomi Islam KEI-3
Dah penat mengiringi ayah dan tok su.. hehehe tempat landing paling sedap didunia, mana lagi kalau bukan bahu ayah tercinta
Rabu, 31 Disember 2008
Dodoi Anak Ayah - Khas Buat Adam Harith
Wahai anak, kesayangan ayah,
Engkaulah, permata hati ayah,
Menyambut rasa kasih,
Menyambut rasa sayang,
Engkaulahm permata hati ayah.
Wahai anak, kesayangan ayah.
Esakan Tuhan, Yang Maha Kuasa
Yang menyediakan,
Segala galanya,
Untuk kau nikmati,
Untuk kau syukuri.
Wahai anak, kesayangan ayah
Usah kau lupa,
Pada Ayah Bonda,
Setelah kau dewasa,
Setelah kami tua,
Hanya doa darimu,
Itu yang kami pinta.
Hanya doa darimu,
Itu yang kami pinta.
Ayah Adam Harith
(Mohamad Siss M Jamil)
babybeso@gmail.com
0193296745
Jumaat, 14 November 2008
Activiti adam sewaktu ketiadaan ibu
Heheh ...
Cerita best ...
Hmm
Satu dua tiga ketuk .. ikan ...
Ayah, adam rindukan ibu... Nasib baik ada bau ibu. Adam buat selimutlah ya ayah..
Dah beberapa malam ibu outstation. Insya Allah, hari ini ibu adam akan pulang dari kuantan. Di saat ayah adam menulis blog ini, ayah adam telah pun menerima sms menyatakan bahawa ibu adam telah pun sampai di KLIA.Esok perancangan untuk berehat. :)
Rabu, 12 November 2008
Frustrated
Semalam semuanya bermula dengan baik. Pulang dari kerja, ayah adam ambil adam dari taska setelah ayah adam memasak nasi dan mencuci pinggan mangkuk. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli telur dan roti cream khas untuk adam.
Sampai di rumah, mak cik Siti dah menunggu di depan pintu. Mak cik Siti bersetuju dengan permintaan untuk membantu ayah adam menjaga adam sementara ayah adam mengurus diri, memasak nasi goreng dan berehat seketika. Mak cik Siti juga membantu menyuapkan roti serta melayan adam bermain. Banyak juga adam makan roti, hampir setengah dan ketika kami menjamu nasi goreng yang ayah adam masak, adam pun makan sekali bersama kami di ruang tamu dengan pintu terbuka. Sesekali kelihatan anak jiran sebelah lalu lalang.
Lebih kurang pukul 8:45, selepas makan malam, kelihatan adam keletihan dan mula menunjukkan tanda tanda mengantuk. Sementara ayah adam menidurkan adam, mak cik Siti minta diri untuk pulang. Ketika itu ayah adam rasa semuanya under control. Adam dah tidur, jadi ayah adam pun berehat seketika.
Pukul 11 lebih ayah adam dikejutkan dengan tangisan adam. Hmm adam dah terjaga. Ayah adam cuba memujuk namun adam masih lagi menangis. Ayah adam sapu minyak telon pada perut adam, dan nampaknya adam berhenti menangis. Ayah adam cuba untuk menidurkan adam kembali namun gagal. Ayah adam buat sidang video dengan ibu adam di kuantan. Mungkin adam rindukan suara dan wajah ibu adam namun selesai sidang video, adam semakin bertenaga.
Adam tidur lebih kurang menghampiri pukul 2 pagi. Itu pun setelah melalak dan menangis serta beberapa botol susu diteguknya.
Ayah adam terjaga lebih kurang pukul 6 pagi. Sebelum tu ayah adam telah dikejutkan oleh adam namun setelah membancuh susu dan menyumbat botol ke mulut adam, ayah tidur balik. Begitu juga dengan adam. Terkejut dengan masa, ayah adam takut tak sempat menyediakan nasi dan sup sayur untuk adam. Alhamdulillah, pukul 7:30, adam selamat sampai ke taska dengan berbekal nasi dan sup sayur yang ayah adam masak.
Ayah adam sampai ke pejabat lebih kurang pukul 8 lebih.
Mohamad Siss M Jamil
Sent from my Nokia E71 phone via Celcom
Ahad, 9 November 2008
Alhamdulillah ....
Bersarapan pagi dikedai mamak .. Hmm sedapnya air milo nie..
Dah minum, kena lap mulut
Shopping time. Ayah, ibu, nak air kotak .. Nak yang besar sekali ..
Hmm yang mana satu ya.. Yang itu ke atau yang itu..
Ayah, adam kena ada satulah ni .. Naik troli masa shopping bahaya ..
Ayah adam nak satu boleh tak ... boleh lah ayah ya .. ibu ... pujuk ayah boleh tak ..
Hmm yang kecil nie pun ok juga .. Siap ada telefon lah ayah .. tapi apa pasal tak dengar suara.
Masa untuk minum, minum, minum ... nyum nyum ..
Hmm .... sedapnya .. hilang haus .,.
Hmm . macam mana nak turun nie ...
Menanti nak jumpa doktor
Awek ..... jeng jeng
Ayah tolong adam ... ada ramai awek kejar adam ....
Pehhhh .. nasib baik ...
Ala ... kena kepong dengan awek ... ibu tolong ...
Uwaaaaaaaaaaaa ... Ibu tak nak tolong ke .. Tolonglah ibu
"Bunyi degupan jantung cukup bagus, paru paru cukup sihat, saluran
Haji Omar
Alhamdulillah, itu kenyataan doktor pakar yang memerhati perkembangan
adam harith. Namun untuk mendapatkan kenyataan tersebut memang agak
mencabar.
Jumaat, 7 November 2008
Minggu yang penuh cabaran.
Akibatnya, sama ada adam dipaksa tidur atau adam dibiarkan melakukan aktiviti aktiviti adam apa lagi bermainlah. Yang pasti memaksa tidak akan membuahkan hasil kerana adam sudah memiliki suara yang cukup kuat dan nyaring. Rasanya kalau adam menangis seluruh blok terganggu tidurnya.
Sama seperti dahulu kala, ayah adam akan tidur dulu, sementara ibu adam cuba tidurkan adam. Pukul 12 lebih, ayah adam akan mengambil alih untuk tidurkan adam. Ada beberapa cadangan yang telah diterima untuk menidurkan adam. Antaranya :
1. Jangan bagi adam tidur sebelum pukul 10 malam. Sibukkan adam dengan
pelbagai aktiviti, permainan dan bercerita
2. Kenyangkan perut adam dengan makanan yang berkhasiat namun kurang
kandungan gula. Ayah adam tengah nak mencari, makanan apa ya.
3. Bagi adam minum cokolat.
Apa pun, biasanya ayah adam tidak lupa untuk dendangkan adam dengan
zikir Taubat serta bacaan Al Quran.
Isnin, 27 Oktober 2008
Meniti Kenangan Silam - Muar
Dah lama ayah tidak meluangkan masa untuk meniti kembali jejak jejak yang pernah ayah tinggalkan di Muar. Ayah menghabiskan 2 tahun menuntut ilmu di Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas, Muar. Banyak perkara yang dipelajari di sini. Tentang akademik, kehidupan dan kekuatan jati diri sebagai insan dan hamba Tuhan.Tanggal 25 Oktober 2008, akan kembali ke Muar. Terdapat banyak acara yang ayah gabungkan. Percutian keluarga untuk tahun 2008, Sambutan Hari Lahir adam yang ke setahun 4 bulan, Mega Raya 2008 Alumni Sekolah Sains Muar, Lawatan ke Tanjung Emas dan Lawatan Ke Restoren Herba Nasuha di Pagoh mengakhiri siri acara.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10 lebih dan berhenti di Perhentian Jejantas Air Keroh Melaka. Kami sampai ke Muar dalam pukul 4 lebih. Setelah daftar masuk hotel, kami berehat seketika sebelum menikmati Me Bandung Muar tanjung emas. Terletak di Muara Sungai Muar. Memang menarik. Adam begitu ceria menyusuri tebing sungai muar. Antara yang menangkap perhatiannya ialah kucing, memancing dan buai.
Sebelah malam, kami menghadiri Majlis Mega Raya 2008. Bekas pelajar dan juga bekas pengajar bersama sama dalam memeriahkan majlis tersebut. Di bantu oleh para pelajar sekolah menjamu makanan yang disediakan. Seperti biasa yang sentiasa ceria adam harith. Terdapat ramai kakak kakak lawa, yang menarik perhatiannya. Selesai majlis kami pulang ke hotel. Penat dan letih, masing masing tidur dengan lenanya.
Pagi Ahad, kami menghabiskan masa di Restoren Ayu, Hotel Trader. Mungkin kerana terlalu banyak aktiviti, kami begitu lapar sekali. Yang paling banyak makan, heheh tentu ayah adam. Adam pun apa kurangnya. Pencabar ayah yang paling dekat. Dengan bubur ayam, kemudian cornflakes, nasi lemak, roti dan macam macam lagi. Selesai bersarapan, kami bersiap dan bergerak ke Restoren Herba Nasuha untuk makan tengah hari di pagoh. Dari Pagoh, kami bergerak ke Kuala Lumpur. Lebih kurang pekul 5 lebih kami sampai ke Rumah Mak Atok.
Jumaat, 8 Ogos 2008
Poligami
.jpg)
Malam tadi, mak atuk buat kenduri doa selamat di Surau Desa Satu Aman Puri. Seperti biasa agenda malam jumaat, baca yasin dan tahlil. Lepas majlis, keluarga adam terus ke rumah mak atuk. Kebetulan saudara dari rawang pun ada sama. Maka lamalah kami bertandang di rumah mak atuk. Pukul 11.30 mlm baru pulang ke rumah.
Malam ini dijadualkan majlis pernikahan uda dengan dara heheh. Insya Allah adam akan berada di Sg Buaya menghadiri majlis pernikahan ayah adam ..heheh oppp udalah yang nak nikah. Ayah adam tak tahu bila lagi ... hehe ..
Memang agak menarik dan mencabar bila membicarakan soal pernikahan baik kali pertama atau mahupun kali yang ke dua, ke tiga atau pun ke empat. Apa pun cabaran tetap sama. Membina keluarga yang diberkati. Namun tanggungjawap untuk mendidik isteri itu lagi mencabar. Bukan senang nak mendidik isteri agar boleh berfikir dengan rasional dan waras serta tidak dipengaruhi emosi.
"saya pula mmg tak kisah, asalkan dia berlaku adil.
kalau tak adilpun, terpulang pada dia, kata orang nanti diakhirat bahunya senget.
mmg tanpa suami pun kita boleh hidup sendiri, tapi ganjaran dan peluang untuk menjadi isteri tuh bukan mudah untuk diperolehi.
Berapa tahun saya menanti dan mencari, hingga mendapat pelbagai gelaran dari keluarga dan orang2 kampung, so dah jadi isteri takkan nak berhenti macam tuh ajer.
Berhenti menjadi isteri tak sama dengan berhenti bekerja dengan sesuatu syarikat. 3 tahun pertama saya grad, 3 company saya kerja. Atas alasan tiada kesesuaian dan keserasian dengan kerja. So bila dah dapat job satisfaction, mmg saya tak akan berhenti lagi. Sama juga dlm hidup, dah satisfied dalam beberapa perkara, kenapa nak resign semata2 kerana tak nak berkongsi. Kat mana kita tidak berkongsi? Kat pejabat nih, nak guna tandas pun kita berkongsi, so kenapa saya terlalu mementingkan diri, tak sanggup berkongsi suami. Perempuan lain pun teringin juga nak menjadi isteri, sedangkan lelaki Islam di Malaysia nih dah semakin pupus. Ramainya dipenjara dan pusat serenti jer."
Maka tercabarlah bagi sesetengah wanita, perempuan dan gadis dengan ungkapan yang dibuat oleh ibu adam.
Rabu, 23 Julai 2008
Perutusan Setahun Blog Adam Harith
Jumaat, 4 Julai 2008
Cita rasa ayah adam
2 helai baju kurung, berharga RM100 bererti setiap satu berharga RM50 memenuhi syarat yang pertama. Saiz M tidak susah untuk dicari dan warna purple memang memeningkan kepada ayah adam. Yang mana satu? Bunganya ke ? Daunnya ke? Atau Tanahnya? Ayah adam membuat keputusan untuk memilih warna ungu adalah bunganya. Latar belakang hitam dan satu lagi latar belakang putih tapi keunguan.
Selesai memilih baju, ayah adam ke gerai yang menjual tudung. Untuk menyamakan ("maching") tudung dengan baju. Ayah adam meminta bantuan dari adik comel manis yang menjaga gerai tudung membantu. Seperti yang biasa ayah adam lihat, 4 helai tudung dipilihnya dan di letakkan di atas baju. Satu proses yang agak sukar bagi ayah adam memahaminya. Setelah setengah jam, baru selesai untuk sepasang baju, lagi satu pasang. Akhirnya setelah hampir sejam, selesai pemilihan 2 helai tudung. Ayah adam bayar harganya dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu ayah adam.
Malam tadi, dengan penuh debaran ayah adam membawa pulang 2 pasang baju kurung dengan tudungnya sekali. Suka ke? Gembira tak isteri kesayanganku? Apa pun bagaimana reaksi ibu adam dan apa perasaan ibu adam, bukan hak ayah adam untuk menceritakannya. Apa pun lihat saja gambar di bawah:
Jumaat, 21 Mac 2008
Sirah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w
Pagi ini, bahagian tempat ibu kerja mengadakan majlis bacaan Yasin. Selepas itu disusuli dengan Ceramah oleh Ustaz Faisal bin Abd Rahman dari Akedemi Pengajian Islam UM. Ceramah mengenai kelahiran Nabi Muhammad s.a.w bermula dari Abdul Mutalib yang hanya mempunyai seorang anak bernama Harith, nazarnya untuk menyembelih Abdullah, perkahwinan Abdullah dengan Siti Aminah, hinggalah ke akhir hayatnya dan menyerahkan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a w kepada jagaan bapa saudaranya Abu Talib. Ceramah yang dibuat dalam bentuk novel, diselang selikan dengan jenaka istilah-istilah moden, membuatkan semua orang begitu asyik mendengarnya.
Ustaz mengatakan bahawa, perjalanan hidup Nabi yang agak sukar, menjadikan nabi kuat dan tabah menghadapi segala pancaroba hidup. Berbanding dengan anak-anak sekarang yang terlalu dimanjakan dengan kemewahan, menyebabkan mereka agak lemah dan goyang bila menghadapi cabaran. Ibu berazam, untuk tidak terlalu memanjakan Adam, biarlah susah sikit. Yang penting Adam kuat berusaha, sesuai dengan nama yang ibu pilih; Harith (serupa dengan nama bapa saudara nabi rupanya)
Diakhir ceramah, ustaz juga menjelaskan ramai umat islam sekarang yang keliru antara Sirah Nabi dan juga Sunnah Nabi. Sebagai contoh, sirah nabi, nabi naik 3 jenis kenderaan. Jika ingin berperang, nabi naik kuda. Jika ingin pergi jauh, nabi naik unta. Dan jika ingin bersiar-siar, nabi naik kaldai. Ramai orang yang mengatakan, jika ingin ikut sunnah nabi, maka kita kena naik untalah. Sebaliknya ustaz tersebut menyatakan, kita kena sesuaikan dengan zaman. Jika mampu, untuk berjalan jauh, balik kampung misalnya, naiklah MPV. Untuk pergi kerja, naiklah kancil. Dan jika ingin bersiar-siar, bolehlah naik motor kapcai. Itulah sirahnya. Sunnahnya, untuk naik ketiga-tiga kenderaan ini, di sunnatkan membaca doa naik kenderaan.
Selasa, 18 Mac 2008
Bersabarlah
Ayah adam ingin memberikan sedikit motivasi kepada sahabat ibu agar bersabar dengan insan insan seperti itu dan mengingatkan diri ayah adam agar bersangka baik.
Sahabat ibu adalah di antara mereka yang terpilih untuk menjadi pemegang amanah. Didik anak tersebut dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab agar anak tersebut menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan bertaqwa serta berakhlak terpuji. Dah lama kita diuji dengan tidak mempunyai anak dan kini Allah swt memberikan anak kepada kita walaupun bukan dari darah daging kita namun ianya tetap memerlukan kita mensyukurinya dan menerima segala yang hadir bersama anak tersebut sebagai satu ujian.
Teringat kata kata ibu adam, bila Allah sayang kita, Allah uji kita dan Allah tahu kita mampu untuk menempuhi ujian tersebut. Dan ayah adam selalu kata, susah kita sabar, senang kita syukur.
Jumaat, 1 Februari 2008
25 Pesanan Khas Buat Adam Harith
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang
bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada
Allah (SWT).
02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah (SWT). Orang
yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan
sentiasa menerima kemuliaan dari Allah (SWT) juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka dia tawadduk kepada Allah
(SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan selalu berusaha
menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT).
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan
yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada Allah (SWT) tentang sesuatu yang
menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah (SWT). Takutlah kepada Allah
(SWT) dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan
terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah (SWT).
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan
sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada
memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat
batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada
semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah
saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu
telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati
atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati,
sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya
sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan
pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak
ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka
ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana
dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati
hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya
sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang
tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana
itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan
hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan
Allah (SWT) bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk
yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih
selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang
pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang
pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan
sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu
akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Ahad, 23 Disember 2007
Penapis Air, seribu kenangan
Masa tu ayah dan ibu adam baru berumahtangga. Seorang sahabat baik ayah menelefon ayah adam untuk bertemu. Katanya penting. Ayah adam seperti biasa menerima sesiapa saja menjadi tetamu. Kami menjamu selera diluar. Sahabat ayah adam ditemani oleh isteri beliau yang sedang sarat mengandung. Menurut sahabat ayah adam, isterinya masih lagi belajar dan kini sedang meniti hari untuk bersalin. Mereka amat memerlukan bantuan kewangan.
Tanpa berfikir panjang, ayah adam menghulurkan sejumlah wang. Tak banyak tapi kalau setakat nak bersalin di hospital kerajaan dan membeli barangan keperluan bayi, rasanya cukup. Walaupun jumlah tersebut hanyalah separuh dari yang diminta. Syukur, Alhamdulillah, isteri sahabat ayah adam selamat bersalin. Anak perempuan yang comel. Ayah dan ibu adam sempat menziarahi anak tersebut.
Satu hari, sahabat ayah adam menghubungi ayah adam setelah sekian lama menyepi. Ayah adam ingat dia nak memulangkan kembali wang yang dipinjam. Ayah adam menyediakan juadah satay untuk dinikmati bersama. Dan malam tu, dia datang dengan membawa alat elektrolisis. Dia kata air di rumah ayah adam tidak bersih. Dan dibuktikan dengan proses elektrolisis. Dan dia mencadangkan ayah adam membeli penapis air yang bernilai ribuan ringgit.
Hati ayah adam benar benar kecewa. Air yang disediakan dan juadah satay yang terhidang tidak dijamah. Maklumlah air di rumah kami kotor dan berkeladak hasil dari pembuktian dengan proses elektrolisis. Ingatkan nak memulangkan wang yang dipinjam tapi rupanya dia datang nak menjual barang. Setelah menyatakan yang ayah adam tidak berminat dan tidak mampu membeli penapis tersebut, sahabat ayah meminta izin untuk pulang. Ayah adam minta ibu adam bungkuskan semua satay dan menyerahkan kepada sahabat ayah adam untuk isteri beliau.
Semenjak hari itu, ayah adam tidak mendengar sebarang berita dari dia. Entah hidup entah mati. Entah berapa orang anaknya pun ayah adam tak pasti. Mungkin dia malu nak bertemu dengan ayah adam atau mungkin dia dah melupakan segala galanya.
Oleh kerana itu, hari ini ayah adam beli penapis air. Taklah sampai beribu tapi sekadar RM49.90 sahaja. Nak beli yang mahal mahal, rasa tak mampu lak.
Jumaat, 30 November 2007
Bercuti
Ayah adam menguruskan akaun keluarga. Seperti bulan yang lepas, ayah adam akan menjelaskan ke semua bill yang ada. Oleh kerana proses perpindah ke rumah baru belum lagi selesai, beberapa bill telah hilang atau tersalah letak. Terpaksa menghubungi syarikat syarikat tertentu untuk mendapatkan bill terkini. Oleh kerana ayah adam tidak akan mengambil deposit rumah lama, jadi bill rumah lama tak perlu ayah adam selesaikan. Sementara bill rumah baru, ayah adam masih belum terima. Jadi ayah adam hanya perlu jelaskan bill rumah mak atok aje.
Selesai membayar bill dan mengagihkan sumber pendapatan yang terhad, ayah adam hanya tidur bersama sama adam. Hampir pukul 12 lebih baru terjaga. Lepas tu ayah adam sambung balik tidur. Entah kenapa fikiran ayah adam kosong. Hati ayah adam rasa nak marah tapi tak tahu nak marah pada siapa. Mungkin keletihan kot. Atau ayah adam perlu kembali ke dalam gua ayah adam. Menurut pakar ilmu jiwa, lelaki ni ada kitarannya yang tersendiri. Ada masanya bila keadaan sudah tidakdapat dikawal, lelaki perlu kembali ke dalam guanya dan bersendirian serta berfikir. Begitu dengan ayah adam. Cuma ayah adam tak tau nak ke mana maka ayah adam tidur aje. Ibu adam yang bertungkus lumus mengemas rumah.
Tazkirah:
Semalam ayah adam terima email dari seorang kawan perempuan masa ayah di SMS Muar. Marah betul dia. Begini ceritanya, beberapa minggu lepas dia hantar email. Memaklumkan yang dirinya telah pun berkahwin dan dia nak minta tolong carikan jodoh untuk saudara dialah. Jadi ayah adam balas emel tersebut dan menyatakan yang ayah adamkan ada. Married but still available. Dalam emel seterusnya dia kata kalau married dan availabe tak boleh. Jadi ayah adam balas balik dengan persoalan. Haram ke orang yang dah berkahwin, berkahwin lagi. Dan semalam dia membalas emel. Berikut adalah emel dari beliau.
"yek eleh kau nie apehal? sape kate haram? nak kawin empat pun boleh...
tapi mampu ker? dari segi mental dan fizikal dan material? mampuker bersikap adil, anak2 kecik2 tu pun berderet ntah makan ntah tidak? Sudaaaaaah kalu tak dapat tolong aku takpe?
aku malas nak cakap dengan kau! Kalau nak kawin lebih setakat nak kikis, harta, mempergunakan wanita, mengambil kesempatan atas kaum wanita yg berkerjaya.... baik tak payah..... mende nie dah terjadi depan mata aku sendiri... keluarga terdekat auuuu... jgn nak cakap pasal agama dengan aku... aku belajar jugak siss... aku org johor.. sampai darjah khas lagiiii.. cume tak tamat sebab dah pegi sains muar..... elehhhh kalau boleh berlaku adil dan memang mampu takde masalh... Dah... jangan emel aku lagi... chiow...
aku pun bukan umie yg sama macam 10 taun lepas... kau ingat tuuuuuuuuu?"
Reaksi biasa seorang wanita yang apabila berbicara tentang berpoligami. Sebenarnya ayah adam malas nak komen sebab yang yang hantar emel ni tinggi ilmu agamanya. Cuma kita ambil teladan dari emel beliau. Dan ayah adam nak memohon maaf sekiranya dia terasa dengan balasan emel dari ayah adam mendoakan agar suami beliau berpoligami demi membuktikan bahawa poligami adalah sesuatu yang indah sekiranya pelaksanaannya mengikut sunnah Nabi dan berpandukan Al Quran. Rujuk di bawah.
Ayat Motivasi Dari Al Quran
Surah Al Imran
[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Surah An Nisa
[4.3] Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
[4.129] Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4.130] Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang
Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Surah At-Taghabun
[64.14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[64.15] Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
[64.16] Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
[64.17] Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
[64.18] Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)









-701871.jpg)
-702483.jpg)
-702942.jpg)
-703801.jpg)
-704232.jpg)
-704846.jpg)
-705201.jpg)
-706957.jpg)
-707278.jpg)
-707579.jpg)

-709330.jpg)
-709691.jpg)
-709992.jpg)
-711381.jpg)
-711689.jpg)
-712098.jpg)



-794006.jpg)




