Khamis, 30 Ogos 2007

Sehari sebelum merdeka.

Penat dan letih. Entah apa bezanya, ayah adam sendiri tak tahu tapi itulah perkataan perkataan yang terfikir. Semalam, masa bekerja dihabiskan dengan berkursus dan sebelah malam dihabiskan dengan membina kepercayaan dengan adam. Menarik tentang kursus yang ayah adam hadiri. Pengurusan Projek.

Menurut staff di taska, adam masih lagi demam. Badan adam panas semalam. So pulang dari taska ayah adam singgah di farmasi. Beli KoolFever sebagai persediaan sekiranya suhu badan adam meningkat malam ini. Lepas tu terus ke rumah Mak Atuk. Seperti malam malam yang lepas ayah adam menjamu selera di rumah mak atuk sementara adam bermesra ( merengek, menangis dan menyusu ) dengan mak atuk.

Pulang dari rumah mak atuk, adam melayan perasaan dialah. Maklumlah perut dah kenyang dengan susu. Sementara ayah adam meneruskan aktiviti aktiviti yang perlu dan penting untuk diselesaikan. Membasuh pakaian, mencuci peralatan adam seperti penyuntik ubat dan botol susu, mandi dan bersolat maghrib. Lepas tu masa yang adam paling tak suka. Minum ubat demam. Menangis sekuat hati dia. Namun kembali senyap setelah disumbat botol susu. Habis minum kembali tidur.

Ayah adam meneruskan aktivitinya lagi. Menyusun dan menyediakan budget bulanan. Bil bil dibuka dan disusun serta dimasukkan ke dalam Microsoft Excel. Sampul surat kosong dibuang. Namun oleh kerana terlalu letih dan penat maka aktiviti tersebut tergendala. Lepas solat isyak, ayah adam kejutkan adam sekali lagi untuk memberikan ubat batuk dan selsama. Sekali lagi telinga ini terpaksa dipekakkan dari mendengar jeritan adam. Lepas tu ayah dan anak terlentang ditilam, tertidur dengan lenanya.

Pukul 1.30 am baru terjaga. Bagi adam ubat deman, then kembali tidur. Badan rasa tak larat. Pukul 4.30 am sekali lagi terjaga. Tentunya hasil dari alarm hp. Masa untuk bagai adam minum ubat selsama dan batuk. Kali ini ayah adam mengagahi juga untuk menyambung aktiviti penyediaan belanjawan dan plan pembayaran.

Pukul 6.30 am adam mula menangis. Bagi susu, tak nak. Sapu perut dengan minyak. Masih tetap menangis. Check pampers, masa untuk tukar pampers. So tukarkan pampers dia but then still menangis. Sumbat susu. then baringkan dia dalam play pen, akhirnya dia terlelap kembali. Sementara itu ayah adam menangguhkan aktiviti yang tertangguh. Mandi then bersolat. Lepas solat, buang sampah, panaskan enjin kereta, jemur kain dan sediakan barang adam yang hendak dibawa ke Taska. Semua barang barang ayah adam dan barang adam dimasukkan ke dalam kereta. Pukul 7.30 am baru bergerak dari rumah ke taska. Esok cuti hari merdeka dan lusa taska akan bercuti juga.

Dalam perjalanan ke perjabat, ayah adam terfikir. Betapa ayah adam merdeka. Merdeka dari kebergantungan kepada seorang isteri untuk menguruskan diri dan adam. Walaupun ibu adam outstation selama 5 hari, ayah adam dan adam masih lagi survive. Dan ayah adam perlu struggle demi untuk memastikan adam survive.

Rabu, 29 Ogos 2007

Pagi hari

Jam dah pukul 1.30 pagi. Masa untuk memberikan ubat pada adam. Agak mencabar untuk berikan ubat pada adam walaupun ubat tersebut dalam bentuk sirap. Adam pasti akan menangis dan biasanya dia akan mengumpul keseluruhan ubat, kemudian dia akan cuba memuntahkannya. Sekiranya tidak dibedong, maka kaki dan tangannya akan mula bersilat. So ayah adam terpaksa bedong adam, kemudia meletakkan lap dibahagian leher, sebelum menyuntik ubat di dalam mulut adam. Mulut adam perlu dibuka dengan luas dan menyuntik ubat perlahan lahan. Sambil menangis adam akan cuba meluahkan kembali namun ayah adam kaal luahkan tersebut dan cuba untuk memasukkannya kembali.

Sedih dan pilu bila mendengar tangisan adam namun ini untuk kebaikkan adam jua. Ayah nak adam sembuh dari demam, batuk dan selsema. Ayah doakan adam cepat sembuh dan sebagai usaha yang ayah lakukan adalah dengan memberikan ubat pada adam. Ayah harap adam akan faham suatu hari nanti.

Dah dekat 30 minit masa berlalu. Ayah adam nak tidur sebentar. Pukul 4.15 pagi sekali lagi adam perlu diberikan ubat. Ubat batuk dan ubat demam. Masih ada beberapa jam untuk ayah adam tidur. Ayah sayangkan kamu adam.

Selasa, 28 Ogos 2007

Hari ke dua, Adam masih lagi batuk...

Sepanjang hari ini, ayah adam berkursus anjuran syarikat tempat ayah adam bekerja. Kursus Pengurusan Projek. Alhamdulillah sedikit sebanyak apa yang dipelajari tentang project scoping dan Planing dapat difahami dengan mudah. Bukan apa, ayah adam pernah terlibat dalam pembangunan Sistem POWER, Bahagian Pencen, JPA dan Pembangunan Sistem di MIDA. Esok sehari lagi ayah adam akan berada dalam bilik kursus.

Pulang dari kerja, seperti biasa ayah adam mengambil adam dari taska dan singgah di rumah mak atuk. Suhu badan adam dah kembali normal cuma adam masih lagi batul. Balik dari rumah mak atuk, ayah adam bersihkan diri sementara adam meniarap dan hanyut nak tidur. Lepas mandi, ayah adam berikan ubat demam pada adam dan kemudia bersolat maghrib. Dan pukul 8.15 mlm sekali lagi ayah adam berikan ubat batuk dan selsama kepada adam.

Ayah adam terlalu letih. Tgh tunggu isyak sambil update blog dan download email. Tengoklah kalau larat baca sekejap email. Kalau tak larat ayah adam solat isyak dan terus tidur.


Adam Masih Lagi Demam 2

Pagi tadi setelah terhenti seketika menulis, adam mula merengek. Rupanya kepanasan. Kipas mati. So Ayah adam menghidupkan kipas dan terus memangku adam sambil menepuk punggung adam dengan tepukkan yang perlahan dan berrentak. Seketika mata adam layu dan akhirnya tertidur.

Lantas ayah adam meletakkan adam ke dalam play pennya dan mula menguruskan dirinya sendiri. First thing to do, mandi, then bersiap dan bersolat. Lepas tu basuh cawan, buat label pada bekas ubat adam. Adam perlu minum ubat batu dan selsema pada pukul 12.15 tgh hari dan ubat demam pada pukul 7.30pagi dan 1.30ptg. Sambung tugas, buang sampah, panaskan enjin kereta dan jemur baju. Tak sangka banyak pula baju yang dibasuh.

Selesai semua kerja, ayah adam sediakan adam pula. Suhu badan adam agak stabil sikit. Pagi tadi semasa ayah adam sukat suhu 37.0 darjah celcius. Adam diletakkan di dalam carrier dan dipastikan tali keselamatan dipasang. Lepas tu singgah ke rumah mak atuk sekejap. Pukul 7.00 pagi baru bergerak ke taska.

Sampai office pukul 8.37 pagi. Hari ini ayah adam ada kursus Leadership Program. Dan satu lagi berita buruk yang ayah adam terima ialah, parking di summit usj telah naik dari RM1, ke RM5 ( kiraan 10 jam kerja ). So nak buat macam mana.

Adam Batuk Dan Demam

Petang semalam, sewaktu ambil adam, cikgu di taska memaklumkan pada ayah adam yang adam demam. Badan dia panas dan satu hari adam hanya tidur saja. Bila ayah adam pegang pada kepalanya, memang terasa panasnya. Ayah adam membawa adam pulang ke rumah. Bancuh susu, berikan ubat demam pada adam dan terus bersolat maghrib. Lepas solat, ayah adam terus membawa adam ke klinik Khalid di Tmn Ehsan.

Nasib baik doktor Khalid ada. Dia yang memeriksa adam. Suhu badan adam ketika itu 38 darjah celsius. Walaupun dalam air cond namun suhu dia agak tinggi. setelah diperiksa, adam diberikan 3 jenis ubat. Ubat batuk dan ubat selsama dengan sukatan 2.5 ml, setiap 8 jam atau 3 kali sehari serta ubat demam 2.5 ml setiap 6 jam atau 4 kali sehari.

Pulang dari klinik, ayah adam dan adam singgah di rumah mak atuk. Di rumah mak atuk, ayah bagi ubat pada adam mengikut sukatan yang ditetapkan. Bukan main susah nak bagi ubat batuk dan ubat selsema pada adam. Adam seolah olah tidak suka pada rasa ubat tersebut. Ubat demam senang sahaja. Lepas makan ubat adam mengantuk dan terlelap. Ayah ada mengambil kesempatan ini untuk makan di rumah mak atuk. Mak atuk masak ikan goreng dan sayur kacang buncis digoreng serta sambal kicap.

Lepas makan, ayah adam minta diri untuk pulang ke rumah. Waktu tu hujan dah turun, so uda bantu ayah adam bawa barang sementara ayah adam bawa adam. Sampai di rumah, ayah adam letakkan adam sedang nyenyak tidur di dalam play pen dan terus mandi, basuh baju, masak air dan bersolat isyak. Dalam hati berdoa agar adam cepat sembuh. Lepas isyak, ayah adam dah keletihan. Adam masih lagi lena tertidur. Pada papan putih, ayah adam merangka jadual pemberian ubat pada adam.

Pukul 7.30 mlm, 1.30 pagi, 7.30 pagi dan 1.30 ptg masa untuk beri ubat demam dan pukul 8.15 mlm, 4.15 pagi dan 12.15 tgh hari untuk ubat batuk dan ubat selsema.

Lepas tu ayah adam pun tidur bersama sama dengan adam. Pukul 1.30 pagi tadi, dah berikan ubah demam dan sebentar tadi pukul 4.30 pagi dah beri ubat selsema dan ubat batuk. Kini adam tengah terjaga sambil bermain di dalam play pen melihat kuda berpusing. Oh ya . sepnajang minggu ini ibu adam out station. Adam dah berbunyi. Kena berhenti menulis blog ini.

Isnin, 27 Ogos 2007

Single Father Again ...

Hari ini, ibu adam mula keluar outstation dan dijangka kembali pada hari khamis atau jumaat. Lokasi di Melaka bandaraya bersejarah. So sepanjang mnggu ini, adam hari akan dijaga oleh ayah adam. Semalam, ibu adam menangis kerana sedih terpaksa outstation. Ibu adam dah merayu pada supervisor dia minta pengecualian namun apakan daya, supervisor dia tidak memahami keadaan ibu adam. Mungkin sebab supervisor ibu adam belum mempunyai suami dan anak anak. Jadi bagi dia seronok beroutstation. Apa pun ayah adam tidak ada hak untuk berbicara. Hanya mengizinkan isteri kesayangan menunaikan tanggungjawap pada organisasi dan negara.

Ayah adam pula akan menghadiri kursus pengurusan bermula esok. Nasib baik diadakan ditempat kerja. Kalau outstation juga, nampak gaya memang kena bawa adam sekali. Ini isu yang dihadapi oleh ibu bapa yang bekerja. Apapun, kena bekerjasama. Masing masing kena berkorban demi pasangan dan anak. Doa ayah adam semoga dipermudahkan segala urusan.

Seperti minggu yang lalu sewaktu ibu adam keluar outstation, ayah adam dah sediakan plan. Balik nanti ambil adam, then singgah rumah mak atok. Tinggalkan sebentar di rumah atok sementara ayah adam makan, mandi dan bersolat. Then ambil adam, beri susu dan tidurkan dia. Ayah adam turut lelapkan mata sekalilah. Kalau adam tak nak tidur maka bersedialah untuk melayan adam bermain. Biasanya adam suka lihat benda berpusing. So hidupkan kuda berpusing dia. Tak pun pangku bagi dia lihat kipas. Selain itu adam beri tindak balas pada bunyi.

Sabtu, 25 Ogos 2007

Sehari Di Hari Sabtu

Hari ini adam harith mempnyai agenda yang agak padat. Pagi ke Klinik Khalid di Desa Jaya untuk menerima suntikkan bagi bayi yang berusia 2 bulan. Seperti bayi bayi lain, adam harith menangis ketika di suntik namun sekejap sahaja. Pulang dari klinik, adam harith mengambil mak atok dan terus bergerak ke putrajaya rumah mak ngah. Di rumah mah ngah, apa lagi adam harith dikelilingi oleh sepupu sepupunya lah . Abang Imran , kakak ika, abg azam dan kak dira. Masing masing bersemangat ingin mengagah adam harith. Seronok adam. Sesekali melemparkan senyuman untuk mereka.

Malam nie uda dan mak atuk di putrajaya melihat pesta bunga api. Namun adam harith perlu bergerak ke rumah uncle Jo di sri petaling. Sayang untie kerja so tinggal uncle jo dengan 3 orang anaknya. Namun anaknya yang no 2 dan bongsu lena tertidur kerana kelitihan study. Maklumlah minggu depan sekolah.

Pulang dari rumah uncle jo, adam harith terlelap dan sehingga blog ditulis adam harith masih lagi lena di dalam play pennya.

Jumaat, 24 Ogos 2007

Petang Jumaat

Petang nie adam tidur sahaja. Rancangan nak ke klinik untuk suntikkan tapi gerimis so tak jadi. Adam dah masuk 2 bulan dan berat badannya dah meningkat ke 4kg. Kecil kalau dibandingkan dengan anak anak jiran tapi yang penting ada sihat dan ceria. Pagi tadi kami ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Alhamdulillah, doktor kata adam tak ada apa apa. Cuma doktor maklumkan pada kami bahawa adam menghadapi pembedahan yang major. Bukan minor seperti yang dimaklumkan kepada kami. Apa pun doktor memberikan nasihat agar berhati hati sekiranya adam dah besar dan memakan buah buahan yang berbiji besar. Saluran pemakanan adam mungkin tidak dapat menerima biji yang besar. Doktor juga memaklumkan kemungkinan adam akan kecil sedikit dari kanak kanak biasa. Apa pun Adam dalam keadaan sihat.


Esok kami cadang nak bawa adam berjumpa doktor diklinik sahaja untuk suntikan yang telah ditetapkan untuk bayi yang berusia 2 bulan. Lepas tu nak ke rumah mak ngah di Putrajaya dan mungkin bermalam di sana sebab nak tengok pertandingan bunga api. Apa pun tertakluk kepada perubahan.




Powered by ScribeFire.

Selamat pulang ayah adam



Semalam ayah adam ke Johor Bahru atas urusan kerja. Pemergian yang bermula pukul 7.30 pagi dan pulang ke rumah pukul 11.30mlm. Adam terjaga dari tidur sewaktu ayah adam pulang. Senyuman dia dan jelingan mata adam menghilangkan kepenatan dan keletihan ayah adam. 10 jam dalam kereta memang memenatkan.





Hari ini ayah dan ibu adam bercuti kerana menghantar adam untuk pemeriksaan bulanan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Temujanji pukul 11 tapi seperti biasalah kena datang awal. Doakan kesihatan adam dalam keadaan baik.



Rabu, 22 Ogos 2007

Adam semakin sembuh

Alhamdulillah, segala puji pujian hanya untuk Allah swt. Syukur, adam kembali ceria dan tersenyum riang. Malam tadi sewaktu shif ayah adam menjaga adam (2.00 am hingga 6.00 am), adam tidur dengan lena selama 3 jam. Sesekali dia terjaga, dan merengek minta susu. Lepas minum susu,adam tidur kembali. Pukul 4.00 am baru dia terjaga dan tak mahu tidur. Namun dia begitu asyik dengan kuda terbang dia. Sesekali dia menjerit. Sesekali dia mengekek dan tersenyum. Seronok tengok adam bermain bersendirian.

Hari ini ayah adam lebih berhati2. Belt pada carrier dipasang dengan kemas setelah adam dibaringkan di dalam carrier. Kesilapan ayah adam hari ialah tidak memasang belt yang ada apa carrier. Apa pun syukur Alhamdulillah, tiada yang serius berlaku pada adam.

Selasa, 21 Ogos 2007

Adam kemalangan

Petang semalam hujan, pulang dari kerja, seperti biasa ayah adam akan mengambil adam dari taska. Dalam keadaan sedemikian, agak sukar bagi ayah adam untuk memasukkan adam ke dalam kereta. Namun ketika mengeluarkan adam dari kereta, adam telah mengelusur dari carrier@car seat lalu tertiarap di atas jalan raya depan rumah.

Adam menangis sekuat hati dan ayah adam terus mengambil adam dan mendukungnya lalu dibawah masuk ke dalam rumah. Dengan keadaan panik ibu adam terus menerpa adam dan mendukung adam. Ayah adam memeriksa keadaan adam dan kelihatan lebam pada tangan kanan adam.



Tanpa membuang masa ayah dan ibu adam membawa adam ke Hospital Pakar Damasara. .Di sana adam telah diperiksa oleh doktor. Menurut doktor, bayi seusia adam tidak patut diambil xray kecuali betul betul perlu. Ayah dan ibu adam diberikan pilihan sama ada untuk memasukkan adam ke dalam wad atau membuat pemerhatian sendiri di rumah selama 24 jam.

Pada mulanya kami membuat keputusan untuk memasukkan adam ke dalam wad. Namun setelah hampir 1 jam setengah menanti, dan dengan mengambil kira keadaan adam yang telah kehabisan susu, lampin perlu diganti dan keadaan kami sendiri yang amat keletihan maka kami membawa adam pulang. Kami berpesan kepada kerani dikaunter untuk menghubungi kami sekiranya katil telah tersedia.

Sampai dirumah, adam dibersihkan dan mula melelapkan mata. Seketika mak atuk adam dan pak uda sampai untuk melihat adam. Diperhatikan dengan teliti dan dimaklumkan bahawa adam tak ada apa apa. Ayah adam keletihan dan ibu adam pula kelesuan.

Pukul 10.30 mlm, kami menghubungi Hospital Pakar Damansara untuk bertanya sekiranya bilik adam telah tersedia. Jawapn yang diterima, "Kami akan memeriksa dan akan menghubungi Encik kembali". Pukul 11.00 mlm baru kami dapat panggilan menyatakan bilik dah tersedia. Dan ayah adam memaklumkan bahawa adam tengah tidur dan tak tergamak nak bangunkan dia serta menghantar ke hospital. Dengan doa dan harapan agar tiada kecederaan yang serius pada adam, ayah adam membatalkan kemasukkan adam ke dalam wad.

Pagi tadi adam kembali ceria dan aktif. Tangannya dah boleh pegang botol. Tiada tanda tanda perubahan warna pada kulit kecuali ditempat yang lembam semalam semakin surut. Adam juga tidak muntah muntah dan semua ini menunjukkan adam tidak mengalami kecederaan yang serius. Tidak sampai hati ayah dan ibu adam untuk bekerja hari ini. Kami mengambil cuti, untuk menjaga adam. Ayah ada first meeting dengan vendor, dan ibu ada peperiksaan PTK dan kami tidak dapat menyertainya kerana bagi kami adam lebih penting.










Isnin, 20 Ogos 2007

Majlis memberi nama, marhaban dan berzanji




Semalam, banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup Adam. Lepas solat subuh, ibu menyediakan baju, susu dan segala keperluan Adam untuk satu perjalanan yang agak jauh selama sehari. Bagaikan tahu, belum pun pukul 8 pagi Adam telah terjaga, terus dimandikan oleh ibu dan ayah. Perkara pertama yang menarik bagi Adam adalah dia tidak lagi menangis sewaktu dimandikan. Adam menikmati belaian tangan ayah dan ibu yang membersihkan dirinya. Selesai mandi, sewaktu ibu sedang menyiapkan Adam, ayah memasukkan segala keperluan ke dalam kereta. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Adam mula bertolak ke rumah Tok Teh di Felda Gunung Besaut, Slim River, Perak.



Adam tiba di rumah Tok Teh lebih kurang pukul 10.30 pagi, sambut oleh Nenek Su. Kemudian, semua nenek saudara Adam berebut2 untuk memangku Adam. 5 dari 8 tok dan nenek sedara Adam ada di sana. Semua yang pertama kali melihat Adam memuji Adam, "Mata dia, bulat dan bersinarnya". "Hidungnya, mancungnya" " Eh dia senyum, ada lesung pipit lagi di kiri dan kanan" " Eh sebijik macam muka mak dia lah " " Comelnya, dah berapa bulan nih"



Hati ibu mana yang tidak kembang kalau anaknya dipuji macam tuh. Dengan senyum ibu menjawap, seminggu lagi Adam genap 2 bulan. Setelah semua 'nenek2 sedara' Adam puas memuji Adam, barulah Ibu meletakkan Adam di sebelah 2 pupu Adam yang baru berusia sebulan sehari, Afiq Haikal. Perkataan pertama mak Afiq adalah, dari sesi saiz badan Afiq menang, tapi dari segi mata dan hidung, Adam yang menang, Afiq kalah :)


Bila tetamu lelaki mula ramai, Adam dan Afiq dibawa mengadap tok imam untuk diberikan nama secara rasmi. Adalah doa2 yang dibaca oleh Tok Imam tuhuntuk kesejahteraan Adam dan Afiq.


Bila tetamu lelaki muda berdiri dan membaca marhaban dan berzanji, Adam Harith dan Afiq Haikal, bersama seorang lagi 2 pupu, Rabiatul Adibah, membuat "lintas hormat" sebanyak 3 kali dihadapan para tetamu. Kepala 3 baby ini disapu dengan air yang diwangikan dengan pandan dan pewangi. Adam dan Afiq sama2 tidur, manakala Adibah yang telah 8 bulan menangis sekuat hati.


Kemudian semua para tetamu dihilangkan dengan dengan jamuan makan tengahari. Selesai makan, ramai yang mengambil kesempatan untuk solat zuhur atau berihat, sementara menantikan satu lagi upacara, majlis pertunangan Mak Lang Rozita.


Kira-kira pukul 3 petang, kereta rombongan peminangan tiba dari Kuala Kangsar sebanyak 10 biji kereta. Adam dan ibu yang tidak mahu terlibat, cuma berihat di dapar. Manakala Ayah menggunakan peluang ini untuk memahirkan diri sebagai cameramen. Inilah kali pertama ayah mengambil video event yang penting. Jika hasil yang diperolehi memuaskan, mungkin ayah boleh menjadikan cameramen/videomen sebagai kerjaya parttime.


Selepas rombongan peminangan berangkat pulang, Ibu dan ayah pun meminta diri. Atas alasan tak mahu tiba dirumah waktu senja, Adam di bawa pulang kira-kira pukul 4.30 petang dan tiba dirumah lebih kurang pukul 6.30 ptg.


Itulah pengalaman pertama Adam keluar dari rutin hidup seharian di rumah dan taska sahaja. :)

Majlis Berzanji dan Marhaban.

Semalam merupakan hari yang bersejarah buat adam. Adam dan sepupunya diraikan dalam majlis pemberian nama, majlis berzanji dan marharban. Semalam juga buat pertama kali ayah adam membawa adam keluar dari selangor, ke Besaut, Perak. Majlis berjalan dengan lancar, sederhana namun tetap meriah.


Adam sedang diberikan nama dengan rasminya oleh pak Imam


Ayah adam sedang ber"tawaf" sambil berselawat sementara kepala adam direnjis dengan air wangi, hirisan daunpadan dan macam macam lagi


Ayah dan umi adam sedang melihat kepala adam.
Posted by Picasa

Jumaat, 17 Ogos 2007

Integrity Above Yield

Betapa pentingnya integrity dalam kehidupan ini. Ayah adam kerja di dalam suasana perniagaan yang berasaskan kepercayaan. Pelanggan syarikat ayah adam mempercayai syarikat ayah adam untuk membina sistem perkomputeran mereka, menjaga data mereka dan menyediakan penyelesaian masalah yang terbaik buat mereka. Itu dalam perniagaan dan dalam kehidupan keluarga pula, kepercayaan yang umi adam berikan pada ayah adam untuk menjadi ketua keluarga, kepercayaan yang bakal ayah adam perolehi dari adam sendiri untuk memberikan rezeki yang bersumber dari pekerjaan yang halal.

Semalam, memang menyedarkan ayah adam. Ramai yang memberikan kepercayaan kepada ayah adam. Dalam pekerjaan, dalam keluarga dan dalam masyarakat secara umumnya. Kunci Integrity Above Yield menggambarkan betapa komitednya dan betapa ayah adam bersungguh sungguh memastikan bahawa rezeki yang ayah adam akan bawa dari sumber yang halal dan bersih.

Rabu, 15 Ogos 2007

Coretan ibu

Diam tak diam, dah sebulan Adam bersama Ibu dan Ayah. Adam mula masuk ke rumah ini 1 Rejab, dan hari nih 1 Sa’aban. Hari ini kali pertama Adam balik dari Taska naik kereta Ibu. Selama nih hanya ayah yang hantar Adam. Hari nih sebab Adam demam, ayah bawa Adam ke klinik. Dah lewat masuk pejabat, ayah rasa bersalah kalau balik awal macam biasa. Tuh kelebihan kerja di swasta, dimana masuk dan keluar pejabat agak fleksible, berbanding ibu yang kerja dengan kerajaan dimana masuk dan keluar diukur dengan ’Punch Card’.

Begitu berhati2 ibu bawa Adam naik kereta. Takut terhentak kalau terlanggar lopak. Terdetik hati ibu, kalau Adam di hantar ke Taska di tempat kerja ibu, macam nih lah hari2. Adam akan bersama ibu sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan balik. Mula2 ibu ingat Taska di tempat ibu adalah yang terbaik, dari segi harga dan kemudahannya. Nampaknya apa yang kita sangkakan terbaik, tidak semestinya terbaik dalam segala hal. Sekarang nih, Taska ni cuma 5 minit perjalanan dari rumah. Ayah senang nak hantar dan ambil sebab memang dalam perjalanan ayah. Berbanding jika Adam di Taska tempat kerja ibu, jika ibu outstation, pastinya menyukarkan untuk ayah menghantar dan mengambil Adam. Taska dibuka 7.30-5.45 ptg sahaja, lewat sejam akan dkenakan RM10 setiapjam.

Betullah manusia merancang, Allah merancang dan pastinya perancangan Allah yang paling sempurna. Ibu yakin Allah telah merancang kehidupan yang terbaik dan sempurna untuk Adam untuk menjadikan Adam seorang yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Ibu dan ayah cuma sebagai dapat membantu sahaja. Selebihnya terletak kepada Adam sendiri.

Selasa, 14 Ogos 2007

Adam demam

Malam tadi, dilaporkan oleh umi adam yang suhu badan adam mencecah 38 darjah. Setelah dituam dengan air sejuk, suhunya turun kepada 36 darjah namun sebelah pagi suhunya kembali meningkat. Ayah adam masuk ke pejabat lewat sedikit sebab nak bawa adam bertemu dengan Doktor Khalid. Menurut doktor, peparu adam ok, semuanya ok namun cuma suhu dia saja yang agak panas. 37.8 darjah. Lalu doktor bagi ubat demam yang perlu diambil oleh adam 4 kali sehari dengan sukatan 2ml sekali minum. Doktor suruh kembali bertemu dengan dia dalam masa 3 hingga 4 hari lagi.

Mungkin suhu yang tinggi disebabkan oleh kerana semalam adam kena titikan hujan sewaktu pulang dari taska. Apa pun lain kali tak kira sama ada panas atau hujan, ayah adam akan gunakan payung untuk hantar adam dari parking ke taska. :(

Isnin, 13 Ogos 2007

Hari pertama kerja setelah sekian lama outstation

Hari isnin, hari pertama kerja setelah sekian lama outstation. Malam tadi malam ke 3 ibu menjaga Adam setelah 4 malam meninggalkan Adam bersendirian dengan Ayah. Perkara pertama yang ibu pelajari, Ayah telah semakin cekap menjaga Adam. Rutin malam Adam pun telah ayah fahami. Kalau bunyi menangis macam nih, waktu nih, Adam nak susu, waktu nih Adam nak lampinnya ditukar, tangisan macam nih Adam sakit perut. Cuba urut dengan minyak telon nih, pastinya lepas tuh dia senyum.. :) Dua malam pertama ibu masih ikut jam ibu, akibatnya hari sabtu dan Ahad ibu begitu letih dan mengantuk. Beberapa listing yang nak dibuat tidak dapat dilaksanakan akibat terlalu penat.

Semalam ibu ikut jam Adam..lepas Maghrib, Adam tidur. Ibu pun ikut tidur, bagi peluang untuk ayah lepaskan hajat sekian lama tak tengok berita di TV. Pukul 10 lebih, ayah pun ikut tidur sama. Pukul 1 adam mula merengek nak susu dan bermain. Lepas beri adam susu, ayah melayan Adam bermain, sementara ibu melaksanakan pelbagai kerja, yang utama Solat Isyak, lipat dan iron baju. Selesai semua urusan ibu, Adam pun dah lena semula, so ibu dan ayah pun dapat tidur dengan nyenyaknya buat seketika hinggalah Adam kehausan pukul 4.30 pagi.

Ibu bangun pukul 6 pagi, menyiapkan diri sendiri dan Adam, sebelum ayah menghantar Adam ke Taska pukul 7 pagi. Sempat ayah bertanya pada ibu, macam mana rasanya melayan Adam. Itulah yang ayah rasa seminggu nan lalu, menjadi Ayah tunggal. Adam beruntung mempunyai seorang ayah yang hebat. Kalau ibu sendirian menjaga Adam tak sanggup rasanya.

Sampai dipejabat, ada 2 hadiah untuk Adam. Pertamanya buku rawatan, bermakna HR tempat ibu kerja telah mengiktiraf Adam sebagai anak ibu, dan Adam boleh mendapat kemudahan rawatan perubatan, dan yang keduanya, lawatan Audit ibu ke Pahang minggu depan ditangguhkan sebab ramai ahli yang terlibat dengan peperiksaan minggu depan, termasuk ibu.

Pagi Isnin

Umi adam dah pun pulang dari outstation pada petang jumaat yang lepas. Pulang dari ambil adam, kami terus ambil umi adam di stesen minyak petronas Batu Caves. Nampaknya adam ceria sedikit setelah bertemu dengan umi adam. Maklumlah dah berapa lama adam tidak bertemu dengan uminya. Malam tu, ayah adam dapat tidur dengan lena.

Pagi sabtu, ayah dan umi adam terpaksa hantar adam ke taska. Bukan apa, banyak urusan yang perlu dilakukan. Kami sebenarnya telah pun membuat analisa tentang perbelanjaan keluarga. Terdapat banyak ketirisan yang berlaku namun tiada tindakkan yang diambil. Jadi pagi sabtu lepas, beberapa tindakkan drastik diambil.

1. Telefon Bimbit. Kami telah menyatukan semua plan celcom di bawah satu plan sahaja. Pelan 1 + 3 di mana panggilan suara, panggilan video, sms dan mms di antara principal dan supplementary lines adalah percuma. Bayaran untuk principle = RM50 untuk 250 minit, dan bagi setiap supplementary line adalah RM5. Ini bererti komunikasi antara ayah adam dan umi adam adalah percuma dan umi adam hanya perlu membayar kos panggilan yang dibuat sahaja. Kalau tidak sebelum ini umi adam tetap perlu membayar RM50 untuk 250 minit walaupun penggunaan bulanan umi adam adalah kurang dari 250 minit. Selain itu talian data 3G ayah adam juga disatukan dibawah plan ini. Ini bererti talian 3G ayah adam boleh membuat voice call selain dari video call umlimited hanya dengan bayaran RM68 + RM 5. Sebelum ini ayah adam membayar RM99 untuk talian data 3G. Dengan penyatuan plan ini, biasanya ayah adam akan membelanjakan RM 200++ sebulan, kini perbelanjaan komunikasi dijangkakan RM 150

2. Plan Astro juga telah dirombak. Dulu ayah adam ambil 3 mini package dengan Movie yang berjumlah RM 98.95 kini hanya family dan 2 mini packages sahaja yang berjumlah RM 59.90. Ini akan memberikan penjimatan sebanyak RM39.05 sebulan.


Rasionalnya pengurangan ini, bukannya ayah adam dan umi adam mengalami masalah kewangan, tetapi kerana pada pendapat kami, terdapat ketirisan yang berlaku dan ianya merupakan pembaziran yang dapt dielakkan. Kalau dulu, sewaktu tidak ada adam, ketirisan tersebut tidak terasa namun kini duit yang dapat dijimatkan dapat disimpan di dalam tabung adam. Sebenarnya banyak lagi ketirisan yang berlaku dan ianya akan ditampal dalam masa yang terdekat. Insya Allah, didoakan usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dari Allah swt.


Sabtu, 11 Ogos 2007

Catatan Seminggu ibu

Hari Isnin (6/8/2007) – Hari pertama ibu outstation setelah lebih setahun ibu tiada tugasan luar. Kali ini bersama 2 orang ahli baru. Perjalanan yang cukup jauh, ke Bandar Penawar, hingga hampir penghujung Semenanjung Malaysia, tetapi tidak dirancang dengan sempurna. Selama nih, kalau ibu ahli utama, ibu akan booking hotel terlebih dahulu, jadi sebelum bertolak dah tahu nak duduk dimana.

Lepas maghrib selama hampir sejam dihabiskan untuk mencari hotel disekitar Desaru, yang sesuai dengan kelayakan setiap orang ahli. Selepas makan malam, kira-kira pukul 9.30 malam barulah ibu dapat berehat dibilik. Selepas membersihkan diri, ibu terus lena keletihan.

Entah pukul berapa ibu terjaga, “Eh mana anak ibu?”. Ibu cari kalau2 tersorok bawah selimut, dalam beg pakaian, “Anak ibu hilang”. Hampir ibu menangis bila tersedar, ibu di Desaru, Johor, dan anak ibu di KL bersama ayahnya. Ibu berdoa anak ibu lena tidur dan tidak memberi masalah sangat kepada ayah yang menjaga Adam sendirian.

Hari Selasa (7/8/2007) – Pertama kali membuat audit di Bengkel Bas. Kerja pun dilakukan di dalam Kontena yang dijadikan pejabat. Sikit sahaja bahagian yang perlu ibu lakukan. Sebenarnya, kalau ibu tak pergi pun, tidak apa, sebab orang lain oleh tolong cover bahagian ibu. Tetapi sebab ada orang yang pura-pura tidak faham dan sengaja menyusahkan ayah dan anak ibu, maka ibu pun terpaksa juga pergi. Sepanjang hari ibu menyumpah dan berdoa semoga ini adalah kali terakhir ibu meninggalkan Adam bersama-sama ayah sendirian.

2 kali ayah menghantar mms gambar Adam yang tidur dan bermain pada ibu. Comelnya anak ibu. Rindunya ibu pada bau, rengek dan tangisan anak ibu.

Pukul 3 pagi ayah call ibu. Ayah kata Adam tak mau tidur. Kaki dan tangan ayah pula krem. Tiada apa yang mampu ibu lakukan. Jika mampu, rasanya mau ibu terbang ke KL malam tuh juga, tapi ibu tak berdaya. Cuma dengan linangan air mata ibu panjatkan doa agar ayah sihat dan dapat menjaga Adam. Dan ibu berharap agar Adam tidak lagi meragam dan menyusahkan ayah.


Hari Rabu (8/8/07) – Pukul 7.30, ayah call mengatakan Adam telah dihantar ke TASKA dan ayah dalam perjalanan ke tempat kerja. Ibu mengatakan nak cuba mohon balik KL naik bas hari nih, tapi ayah melarang. Ayah minta ibu berdoa yang terbaik untuk semua, sebab kadang-kadang apa yang kita minta atau inginkan bukanlah yang terbaik. Mungkin sesuatu perkara itu buruk bagi kita, tetapi Allah lebih mengetahui hikmah yang terkandung di sebalik semua yang berlaku.

Seperti yang dijangkakan, tiada apa sangat yang perlu ibu buat pagi nih. Lepas mencatatkan penemuan yang diperolehi semalam dalam notebook, ibu mampu untuk menaip coretan ini. Memang sepatutnya ibu tak perlu meninggalkan Adam.

Waktu minum petang, ada yang bercerita sejarah hitam dalam pekerjaan dan kehidupannya dan berpesan kepada semua, jangan memburukkan atau menganiaya kawan, Allah akan membalas perbuatan buruk tersebut secepat mungkin. Semua yang ada mengiyakan kata-kata tersebut, tanpa ada yang menyedari ada yang sedang bertindak kejam kepada Adam Harith dan ayahnya.

Petangnya bersia-siar dibelakang hotel, sekitar kolam renang dan Laut China Selatan di pantai Desaru. Tentu seronok kalau tengok Adam main air, tapi rasanya ibu cuma akan benarkan Adam main air di kolam renang. Tak sanggup ibu membenarkan anak manja ibu dipukul gelombang ganas Laut China Selatan.

Balik ke bilik, ayah call, suruh ibu cakap dengan Adam. Rindunya ibu kepada anak ibu. Malam tuh, orang-orang lelaki pergi makan di Sg Rengit/Tanjung Piai, penghujung benua Asia, tapi ibu lebih senang berkemas untuk check-out esok. Entah pukul berapa ibu tertidur dan pukul berapa pula terjaga. Sekali lagi ibu mencari anak ibu bawah selimut, dalam beg, dalam toilet. Ahhh..mengigau lagi. Ibu terlalu rindukan anak ibu sebenarnya.

Khamis (9/8/2007)- Lepas sarapan, ke Terminal bas untuk print. Kemudian ke bengkel/pejabat untuk membincangkan penemuan audit tersebut dengan pengurus pusat tersebut. Lepas itu balik semula ke hotel untuk check-out dari hotel. Terus bertolak ke JB.

Pukul 2.30 dah sampai di Bangunan baru Pejabat Negeri. Lepas makan mee rebus dan cendol, ke Pejabat, untuk bagi salam kepada ‘tuan rumah’ bagitau kami dah masuk dalam negeri anda. Lepas tuh baru bertolak ke Hotel M Suites, JB. Ketika lalu depan Stesyen Bas Larkin, ibu dah cakap tinggalkan ibu di sini, ibu nak balik KL naik bas, tetapi di larang. Kalau ibu balik hari ini, esok ibu kena ke pejabat. Ini bermakna menyebakan seluruh ahli kumpulan yang lain dalam serba-salah.Tetapi ibu yang daha seminggu serba salah seninggalkan anak ibu sendirian dengan ayah tak apa pula... saber ajer lah.

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami dalam membersarkan dan menjaga Adam Harith ini. Berilah yang terbaik dan permudahkanlah segala urusan.

Khamis, 9 Ogos 2007

Hari yang ke empat.

Semalam malam yang ke tiga menjaga adam tanpa bantuan dari seorang isteri. Pada peringkat awal, segala galanya masih dalam kawalan. Hanya sekali sahaja adam menangis kerana lambat membancuh susu. Namun pada peringkat akhir lebih kurang pukul 3.00 pagi, kaki ayah adam cramp. Tak larat nak bangun menyediakan susu. Tu sebabnya adam menangis sakan betul. Sampai meleleh air mata.

Sayu sedih dan pilu bila melihat dia terlena dalam playpennya. Betapa sukarnya sebenarnya untuk menjaga seorang bayi. Apa tah lagi bagi seorang lelaki yang memang terkenal dengan kesabaran yang tinggi. Bagaikan rakan sepejabat nyatakan semalam. Bukti kesabaran yang tinggi seringkali ditunjukkan dengan keadaan di mana sabar ketika bayi menangis, sabar tak bangun dari tidur. Apa pun juga, adam agak istimewa kerana ayah adam memang dah komited untuk jaga adam dengan misi dan visi supaya adam menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang berilmu, berimana, bertakwa dan beramal soleh.

Rabu, 8 Ogos 2007

Seconda day

Semalam malam ke dua adam bermalam tanpa umi adam. Balik dari taska adam lepak rumah mak atok. Pak uda pun ada sama. Maka bermesralah mereka. Sementara ayah adam pulang ke rumah untuk mandi dan bersolat maghrib. Lepas maghrib, baru jemput adam pulang ke rumah. Lepas minum, lebih kurang pukul 8.30 mlm, adam tidur dengan nyenyak. Kesempatan itu, ayah adam guna untuk bersolat isyak dan menyediakan segala keperluan untuk malam hari. Lepas tu, ayah adam pun melelapkan mata sekali.

Pukul 10.30 mlm adam terjaga dan mula berjaga. Sesekali bermain dengan toy kuda berpusing, dan sesekali merengek minta susu. Kemudian menangis. Sampai pukul 2.30 pagi. Then lepas minum susu, baru adam tidur. Pagi tadi kami bangun lewat. Pukul 6.40 baru terjaga.

Selasa, 7 Ogos 2007

Hari pertama jadi bapa tunggul

Hari ini dah masuk hari ke dua menjadi bapa tunggul. Bermula semalam, umi adam outstation selama 5 hari ke Johor. Buat audit bagi pihak MARA. Memang dah tugas seorang juruaudit untuk buat audit di luar kawasan. Bukan tak biasa pergi outstation, tapi Ini adalah kali pertama semenjak adam dilahirkan, umi adam outstation dan meninggalkan ayah adam seorang diri menjaga adam. Neneak adam telah pun pulang ke rumah mak tih kerana anak mak tih nak bertunang selain dari mak tih baru dapat cucu. Tiada apa yang dapat dikomen selain menghormati keputusan nenek adam.

Semalam pulang dari kerja, ayah adam meyakinkan diri dan berdoa bahawa ayah adam akan mencuba sedaya upaya memberikan services sebagai seorang ayah yang terbaik. Dari taska adam, ayah adam dan adam singgah di rumah mak atok adam. Sebelum maghrib, adam telah pun tiba di rumah. Adam masih lagi terlelap, dan ayah adam mengambil peluang untuk bersihkan diri dan memasak air panas. Listing to do telah pun umi adam sediakan di white board. :) So ayah adam cuma mengikut apa yang telah di SOP kan :P

Menjelang maghrib, adam mula merengek. Adam masih lagi baring di dalam carrier dia. So senyapkan adam seketika, then ambil peluang untuk bersolat maghrib. Nampak gaya sepanjang umi aisyah outstation, tak dapat nak berjemaahlah ayah adam. Lepas solat, duduk sebentar menantikan isyak. Sambil bermain seketika dengan adam dan menyediakan segala keperluan yang hendak di bawa ke bilik tidur. Malam tadi kami tidur agak awal.

Pukul 9.00 mlm adam minum susu dan terus terlelap. Sekitar pukul 10.30 mlm, adam terjaga dan seperti biasa dia akan "bermain". Sambil layan dengan penuh rasa kasih sayang. Menjelang pukul 11.30 mlm, adam masih tidak mahu lelap, sebaliknya merengek. Dah tahu dah, masa dia untuk minum susu. So setelah bagi susu, adam terlelap seketika. Apukul 1.00 pg adam kembali merengek. :) masa untuk tukar lampin. Lepas tukar lampin, bagi minum susu dan adam terus terlelap.

Pukul 4.30 pg adam terjaga minta susu. Ayah adam tahu, kalau ayah adam tidur kembali sure akan bangun pukul 7.00 pg so ayah adam terus kemas tempat tidur dan bawa apa yang perlu di bawa ke bawah. Masukkan semua baju kotor ke dalam mesin basuh dan mula mencuci, sementara ayah adam terus membersihkan diri. Adam masih lagi terlena.

Badan ayah adam rasa agak sengal sedikit. Mungkin kesan dari keletihan gotong royong di surau pada hari ahad lepas. Ketika ini, alangkah indahnya kalau ada umi adam. Boleh minta tolong picit picitkan badan. Tapi ayah adam tak tergamak walaupun umi ada ada. Kerana ayah adam tahu, umi adam juga merasa apa yang aah adam rasa.

Sebentar lagi akan masuk waktu solat subuh. Adam sedang lena dialun kesedapan bacaan ayat ayat dari Al Quran. Diwaktu ini, ayah adam tidak lupa untuk bertahjud dan memohon agar Allah swt memudahkan segala urusan, diampunkan segala dosa dan diberikan kekuatan untuk menempuh segala ujian yang mendatang.

Azam subuh dah kedengaran, hati ayah adam hendak saja ke surau tapi tak sampai hati nak tinggalkan adam bersendirian di rumah. Nampak gaya bersolat di rumah saja ayah adam. Lepas solat, ayah adam nak jemur kain. Nampaknya mesin basuh dah pun terhenti. Pukul 6.40 pg nanti, nak hantar ayah ke TASKA then ayah adam terus ke USJ. Rasana boleh sampai pukul 7.30 pg. Kalau sempat nak lelap seketika sebelum masuk kerja pukul 8.00 pg.

Sabtu, 4 Ogos 2007

Shopping time ...

Hari ini, telah tiba masa untuk membeli keperluan untuk adam. Lampin pakai buang, baju tambahan, susu dan wiper. Kali ini ayah dan umi adam yang pergi beli. Adam tinggal di rumah dengan nenek.

Petang semalam, pukul 6.45 ptg, ayah adam ambil adam dari taska. Sewaktu diambil, adam begitu nyenyak tidur walaupun di taska tersebut agak bising suasananya. Maklumlah masing masing menanti ketibaan ayah dan ibu. Pada sebelah malam, adam tidak begitu aktif seperti malam malam sebelumnya. Adam hanya tidur dan sesekali terjaga. Namun seperti biasa pukul 10 hingga pukul 12 adam akan terjaga. Dia lapar, setelah diberi susu dia akan berak dulu then tidur kembali.

Barang tiduran adam telah pun dinaikkan ke bilik atas. Bilik utama. Play pen adam juga di bawa ke atas. Rasa tak larat nak tidur di toto aje. Badan pun rasa sakit sakit. Tu yang berpindah ke bilik atas.

Jumaat, 3 Ogos 2007

Adam masuk taska

Semenjak petang semalam adam mula menunjukkan apa yang telah dipelajarinya dari nenek. Adam tak mahu diletak. Hanya nak dipangku saja. Telah berulang kali diperkatakan, jangan kerap sangat pangku adam, namun apa yang ayah adam boleh lakukan. Dan malam tadi pula adam merengek. Dari pkul 9.00 pm hingga ke pukul 2 pagi. Tidak mahu diletak langsung. Setelah lapin pakai buang ditukar, diberi minum dan disapu minyak pada perutnya, apa lagi bersiri siri angin keluar. Memang rasa sedih dan pilu untuk meletakkan adam dalam playpen dia dan memang rasa seronok dan selesa adam rasa bila dipangku namun memang dah dijangka, bila adam dah rasa selesa dipangku, dia akan terus minta dipangku.

Pagi tadi pukul 1.00 pagi, ayah adam dengan perasaan sedih tapi terpaksa, meletakkan adam dalam playpen dia dan kemudian menggoyangkan dengan agak perlahan. Pada mulanya adam merengek namun lama ke lamaan adam terlelap. Pukul 1.30 pagi adama terlelap dan ayah adam terus matikan lampu bilik. Bilik hanya diterangi dengan lampu jalan yang agak suram. Dari pukul 1.30 pagi hingga ke pukul 6.45 pagi sewaktu adam hendak dihantar ke TASKA, adam masih lagi terlelap. Biasanya setiap 2 jam adam akan merengek minta susu namun tidak berlaku pagi tadi.

Ayah adam sedar nenek adam penat dan letih. Namun nenek adam tetap seronok menjaga adam. Pagi tadi ketika diberitahu adam akan dihantar ke TASKA, nenak adam menangis. Sedih. Dia tahu yang dia akan bersendirian dirumah. Namun ini untuk kebaikan bersama. Adam akan lebih berdikari di TASKA, nenek adam akan dapat berehat. Ayah dan ibu adam akan dapat bekerja.

Khamis, 2 Ogos 2007

Perasaan ibu

Ibu tak tahu nak gambarkan perasaan ibu sekarang nih. Yang utama sedih dan serba salah. Bermula minggu depan, ibu dah kena tinggalkan Adam,selama seminggu setiap kali, berselang minggu

6-10/8 - Bdr Penawar, Johor
19-25/8 - Muadzam Syah & Chini, Pahang
1-8/9 - Yan & Kuala Nerang, Kedah
17-21/9 - Melaka

Bulan puasa pun ibu kena pergi outstation, tinggalkan Adam dan ayah dirumah. Sekarang nih pun, dengan adanya nenek yang membantu menjaga Adam dirumah masa ibu dan ayah pergi kerja, ibu masih merasakan kekalutannya. Masak dan kain baju tak sempat diuruskan, kalau tak nenek yang buat waktu Ibu pergi kerja, entah macam mana ayah nak buat semua tuh minggu depan bersendirian.

Sekarang ni, ibu dan ayah bergilir-gilir tidur dan jaga Adam. Ayah tidur dulu, then pukul 1 lebih, ibu pula tidur dan ayah yang berjaga. Minggu depan, ayah dah ada tak shift, sepanjang malam kena jaga Adam, pagi-pagi nak sidai baju, nak hantar Adam ke Taska, kemudian pergi kerja. Balik dari kerja, ambil Adam, bawa balik rumah. Ayah nak makan malam, basuh baju Ayah dan Adam. Entah macam manalah, tak dapat ibu bayangkan. Kalau ikutkan hati, bukan sahaja ibu tak nak pergi outstation, malah pergi kerja pun tak sanggup. Kesian Adam yang begitu kecil ditinggalkan begitu ajer.

Selama 3 minggu Adam bermanja dengan nenek. Tapi berlaku banyak percanggahan pendapat dan cara antara nenek dan ayah, menyebabkan nenek berkecil hati. Bukannya nenek tak sayangkan Adam, malah nenek kata nenek sanggup jaga Adam 24 jam sekali pun, cuma nenek tak
berani kalau tiada ibu, takut apa yang nenek buat salah dimata ayah.

Antara nenek, ayah dan Adam, ibu yang tersepit.

Adam akan masuk taska

Alhamdulillah, berkat doa sahbat sahabat yang prihatin dan kesungguhan usaha yang ditunjukkan oleh umi adam telah membuahkan hasil apabila malam tadi kami telah berjaya menemui sebuah taska yang sanggup mengambil adam sebagai salah seorang anak jagaannya. Mungkin ini yang terbaik untuk adam. Ayah adam telah pun berbicara dengan tok dy adam (pak cik ayah adam) tentang rancangan untuk mengambil pembantu rumah dari kemboja. Setelah meneliti pro dan con rasanya itu memang yang terbaik sebab adam akan mendapat perhatian sepenuhnya dari pembantu rumah tersebut namun masa yang diperlukan untuk mendapatkan pembantu rumah tersebut adalah dijangkakan selama 2 bulan. Ayah adam tidak ada masa 2 bulan kerana nenek adam nak balik kampung hujung minggu ini juga sementara umi adam akan ke johor selama seminggu rasanya atas tugas diluar kawasan.

Kadang kadang ayah adam rasa kecewa juga sebab tidak mendapat kerjasama daripada beberapa pihak. "Kerja adalah kerja dan urusan keluarga adalah urusan keluarga. Jangan campurkan urusan kerja dengan urusan keluarga." Rasanya pendapat ini dah usang dan lapok. Mungkin bagi mereka yang masih lagi bergelar "teruna tua" atau "perawan tua" sahaja yang akan berkata sedemikian. Bagi mereka yang dah berkeluarga tentunya mereka akan faham dan mengerti bahawa keluarga adalah satu institusi yang penting. Kekuatan untuk seorang pekerja bekerja adalah kerana ingin mencari rezeki untuk keluarga. Ini akan menjadikan seorang pekerja itu bekerja dengan lebih kuat, lebih hebat serta lebih cemerlang dan ini akan meningkatkan produktiviti. Keharmonian dalam keluarga juga akan membantu meningkatkan lagi semangat untuk bekerja. Namun oleh kerana kejahilan tentang perkara ini maka ramai yang sewenang wenangnya menzalimi orang lain yang berusaha untuk mengharmonikan keluarga mereka dengan memisahkan urusan kerja dengan urusan kekeluargaan. Sedangkan kedua duanya adalah saling berkaitan dan perlu ada tolak ansur.

Dengan ini ayah adam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Heitech Padu Berhad yang memberikan kerjasama yang amat dihargai dalam membantu ayah adam, terutama mereka yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dari Bahagian Applied Research And Development serta dari Bahagian Sumber Manusia. Insya Allah, komitmen ayah adam pada Heitech Padu Berhad tetap jitu dan padu.

Rabu, 1 Ogos 2007

New toy ...




Semalam hari yang ceria buat adam. Walaupun ayah adam mengalami hari yang agak mencabar. Sekadar untuk menceriakan hari hari yang berlalu untuk adam, ayah adam menghadiahkan permainan pertama berliau. Kuda berpusing. :) Seronok betul dia perhatikan anak kuda tersebut berpusing. Malam tadi, umi adam jaga sehingga pukul 12.30 pg dan ayah adam mengambilalih pukul 12.30 pg hingga pukul 5.30 pg. Lepas tu ayah adam lelap sekejap sebelum mandi dan bersolat subuh serta bergegas ke tempat kerja.

Semalam juga, secara rasminya adam boleh menerima faedah perubatan dari syarikat tempat ayah adam bekerja. Alhamdulillah dan rasa penuh syukur dan insaf kepada Allah swt. Sekurang kurangnya berbelanjaan perubatan adam ditanggung sekiranya diperlukan.

Semoga adam terus ceria dan gembira.


Konflik pertama

Malam tadi, ayah adam kehilangan kesabaran seketika. Tapi kehilangan kesabarannya bukan terjadi dengan sengaja tanpa ada provokasi. Ayah adam bertolak dari pejabat di USJ lebih kurang pukul 5.45 pm. Pukul 6.15, ayah adam singgah di Perhentian Sg Buloh untuk bersolat asar. Ayah adam ada mesyuarat petang semalam dan habis lewat. Pukul 6.30 ptg, keluar dari tol sg buloh, jalan dah jem. Terutama nak keluar ke ke arah kepong. pukul 7.15 baru masuk ke jln sg buloh ke arah kepong. Dan pukul 7.30 baru sampai rumah.

Sampai rumah, ibu adam dah sampai rumah. Ayah adam sempat sapa adam sekejap, peluk dan tepuk seketika, dah masuk waktu azan maghrib. Balik dari surau, terhidang makanan di atas meja. Hanya ada sambal petai semalam dan sambal udang serta daun pegaga. Punyalah frust. Dahlah tension jem, then balik rumah makanan tersedia hanya itu saja. Semalam dahlah makan ikan tengiri dibakar berisi sambal, hari ini sambal udang.

Ayah adam terus keluar beli lauk Sup Tulang, sayur kailan, kerabu seafood dan sambal belacan. Sampai rumah, ayah adam "open table" then terus ke surau untuk bersolat isyak. Masa tu mak mertua sedang makan. Balik dari surau, apa lagi melantaklah ayah adam yang kebuluran.
Ayah adam tahu, umi adam tentu marahkan ayah adam dan nenek adam pula terasa hati dengan tindakkan ayah adam. Ayah adam tak pernah minta sesiapa masak pun cuma kalau nak masak ayah adam tak larang dan kalau tak nak just beli di kedai. Apa yang ayah adam mahukan adalah makanan yang seimbang. Ayah adam perlukan makanan yang seimbang untuk mendapatkan tenaga.

Ketika ayah adam sedang makan, umi adam naik ke atas membawa beberapa helai baju untuk digosok. Selesai makan ayah adam melayan adam diikuti dengan nenek adam pula naik ke atas. Pukul 10.00 mlm tiada siapa pun yang turun. Adam sesekali merenget dan ayah adam terasa begitu letih. Penat. 2 kali adam minum dan kemudian menguap. Bila di letak di dalam playpen dia terjaga dan kembali merenget. Pukul 12.30 am, ayam adam memang dah tak larat. Lalu naik ke atas dan menyerahkan adam pada umi adam dan terus keluar.

Malam tu dengan rasa kecewa ayah adam tidur di dalam kereta di tepi balai polis. Pukul 3.50 baru balik ke rumah. Adam lena di dalam playpen begitu juga dengan nenek adam dan umi adam. Pukul 6.30 ayah adam terjaga. Buat nasi goreng, then mandi, solat subuh dan terus ke pejabat. Sepatutnya ada meeting di Menara Naluri namun entah kenapa ayah adam drive terus ke USj. Pukul 9.30 pg baru terima SMS dari supervisor. Kelam kabut ke KL.

Dah jangka kalau naik kereta tentu jem. So minta kawan sekerja hantar guna motor tapi dia cuma ada lesen L. So ayah adam kena bawa motor ke Kelana Jaya line. Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku.

Umi ada baru memaklumkan bahawa nenek adam nak balik kampung secepat mungkin dan umi adam pula akan outstation ke Johor. Entah berapa hari. Ahhh tension rasanya. Kena cari babysitter atau nursery sekitar kepong, tmn ehsan, desa jaya atau sri damansara secepat mungkin. Ada sesiapa boleh tolong? Masa macam nie terfikir juga, alangkah senangnya kalau adam ada umi ke dua. Boleh minta tolong umi ke dua jaga adam dan ayah adam sekali :P Mana nak cari umi ke dua ? Kalau ayah adam mampu, dah lama ayah adam cari cuma ayah adam masih tak mampu lagi. Insya Allah, kalau mampu ayah adam carikan 3 lagi umi adam. Seorang panggil umi, seorang lagi mama, seorang lagi, ibu dan seorang lagi mummy.

Apa pun hari ini hari jadi umi adam. Ayah adam sengaja tak wish apa apa pun pada umi adam. Tak ada kek, tak ada rose, tak ada hadiah. Bagai ayah adam, kehadiran adam adalah hadiah yang amat berharga kepada umi adam.