Lekatlah 2 buah buku. Buku Alif Ba Ta dengan kamus bergambar. Mungkin terlalu awal tapi lebih baik mula awal dari terlewat.
Tajuk buku
Mantap Mengaji Kaedah Al Matien oleh Ustaz Hj Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Kamus Bergambar Pintar Soleh
Dunia Kecil Si Adam
Lekatlah 2 buah buku. Buku Alif Ba Ta dengan kamus bergambar. Mungkin terlalu awal tapi lebih baik mula awal dari terlewat.
Tajuk buku
Mantap Mengaji Kaedah Al Matien oleh Ustaz Hj Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Kamus Bergambar Pintar Soleh
Adam tengah sarapan rumah mak atok
Tak pasti sama ada kesan dari rawatan sonatron atau kesan pengambilan ubat. Setiap pagi sepanjang minggu ini kecuali hari isnin, ayah adam bangunkan adam, gosok gigi adam, mandikan adam, siapkan pakaian adam dan sepanjang 4 hari, setelah adam bersiap, adam akan batuk dan terus muntah. Bersama dengan muntah dia adalah kahak warna hijau. Yang tak bestnya kemarin ayah terpaksa tukar baju dan hari ini dalam kereta ayah. Sebelum ini pun dalam kereta ayah.
Apa pun adam semakin bijak dan ceria.
Yang bestnya, ayah terpaksa mandikan adam. Masa nak angkat adam dari kereta terperasan seluar adam basah. Bukan senang nak pujuk adam mandi. Kalau tanya adam, tak nak. Itu jawapannya. Kebetulan ada baju upin. "Adam nak pakai baju upin?" Rasanya boleh diteka jawapannya.
"Nak" ...
"Kalau nak, adam kena mandi ya".
"Baik, ayah"
Jadi seronok betul adam mandi. Bersampoo dan bersabun. Lepas mandi, terus nak ke taska.