Pertamanya Adam benar2 telah pulih dari batuk dan selsema. Pagi sabtu tuh, Adam dibawa ke Hospital Pakar Damansara sekali lagi. Adam begitu ceria dihospital. Gelak tawanya di kerusi sementara menanti berjumpa doktor cukup menghiburkan hati ibu dan ayah.
Apa yang adam perhatikan tu?
Fokus benar adam melihat.
Senyum sayang ...
Oooo Adam memerhatikan ibu adam yang sedang terlelap. Maklumlah bangun awal, so mengantuk dan keletihan menyediakan juadah bersahur.Doktor juga mengesahkan yang Adam benar2 telah sihat. Temujanji seterusnya adalah bulan depan untuk suntikan 4 bulan. Dengan itu juga, temujanji Adam di HKL dibatalkan. Bukannya apa, jika di HKL ibu dan ayah terpaksa ambil cuti, sedangkan di Hospital Damansara nih boleh datang pagi sabtu.
Petang sabtu tuh, Adam dibawa shopping di Carefour. Ini pengalaman pertama Adam berada di Shopping Complex. Adam agak terkejut dan takut. Ini dibuktikan dengan cara tangannya mengganggam kuat baju ayah yang mendokongnya. Tidaklah banyak barang dapur yang ibu beli, oleh itu sekejab sahaja kami telah pulang.
Balik kerumah Ayah terasa betapa lenguhnya lengan mendukung Adam. Itu beratnya baru 4.5 kg. Agaknya kalau lagi berat macam manalah. Ibu mencadangkan untuk membeli kereta sorong. Kebetulan kilang Hytex dekat rumah sedang mengadakan jualan murahnya setiap hujung minggu sepanjang bulan puasa ni.
Oleh itu, pagi Ahad, sekali lagi Adam dibawa bershopping di kilang. Sekejab sahaja, lepas memilih dan membayar harga kereta sorong yang diidamkan, kami pun pulang.
Mungkin sebab keletihan atau sebab tidak lagi makan ubat, Adam agak payah untuk tidur, samada di siang hari ataupun waktu malam. Ini menyebabkan ibu dan ayah kelesuan menjaga Adam. Selama ini, ibu dan ayah mencuba pelbagai kaedah dan pemakanan untuk menurunkan berat badan, tapi semuanya tidak berjaya. Baru 3 bulan menjaga Adam, berat ibu telah turun 4kg manakala ayah pula telah turun 6 kg.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


0 comments:
Catat Ulasan