Khamis, 2009 Julai 09

DSH - Pos Discharge

Inilah bekalan Ubat yang diberikan

Tiba dirumah semalam, Adam tidur dengan nyanyaknya.Bangun tidur Adam teringin nak jumpa kawan2 yang dirinduinya. Ibu bawa Adam ke taska untuk berjumpa kawan2 seketika

Bila batuk Adam makin teruk dan tiba masa untuk makan ubat, Adam di bawa pulang. Teringat komen pembantu nurse masa ambil suhu Adam di malam terakhir. Semua orang suka Adam. So ibu pun tanya, yer ker? Kenapa yer?
Adam comel
Adam peramah dan mudah mesra dengan semua orang.
Adam dah pandai mengira
Adam budak yang paling senang makan ubat.

Hehehe..Adam bukan saja senang makan ubat, tetapi juga nebuliser. Kalau dulu Adam nangis setiap kali kena nebuliser, hari2 terakhir di ward Adam di ward, biasanya dia akan menangis bila nebuliser di tanggalkan.

Rabu, 2009 Julai 08

DSH - Hari terakhir

Pagi nih, ibu sengaja pakaikan Adam baju warna merah, supaya nampak Adam lebih ceria. Masa doktor masuk Adam sedang sarapan bubur. Seperti di duga, doktor membenarkan Adam keluar hari ini.

Ayah sampai lebih kurang pukul 12. Sementara urusan bil dan GL, kami menjamu selera di kantin terlebih dahulu. Urusan selesai lebih kurang pukul 2, dan kami tiba dirumah kira-kira pukul 2.30.. Ahh.. Home sweet home.

DSH - Hari ke 5

Hari nih Adam bangun awal. Lepas nebuliser pukul 7 pagi Adam tak tidur lagi. Sebab bocor, maka Adam perlu ditukarkan. Semasa ibu dibilik air boleh dengar adam menyanyi 'lai lai le jus' dan 'alif ba ta'. Beberapa kali juga Adam menyebut nama Cikgu Ira, Haikal dan Nina. Nampaknya Adam benar-benar rindukan sekolah dan kawan-kawannya.

So ibu pesan, nanti bila doktor sampai Adam cakaplah Adam nak gi sekolah. Pemeriksaan doktor mendapati semuanya ok, then doktor sendiri yang tanya nak balik ker? Ibu cakaplah yang Adam nak pergi sekolah. So doktor kata tengoklah petang nanti.

Waktu petang, doktor lambat sangat masuk. Adam lak aktif sangat berlari dan melompat di atas katil menyebabkannya mengah dan letih bila doktor sampai. So doktor kata, tengoklah esok pagi pulak.

Drip di tangan dah dibuka. Namun pukul 10.30 dimasukkan lagi antibiotik.

Sedih tengok Adam.. Dari kanan salur gas nebuliser ke hidung. Di tangan kiri pula antibiotik.

Isnin, 2009 Julai 06

DSH - Hari ke 4 bhg 2

Doktor kata hasil ujian blood test Adam negetif. Cuma sebab paru-paru Adam berbunyi agak kuat, doktor suruh buat X-ray paru-paru.

Di depan bilik satu, menanti untuk x-ray.

Makanan pertama yg Adam makan sejak masuk ward. Meat ball dgn brown sos.

Hari nih cuma masuk 1 picagari antibiotik jer. Sebab Adam dah mula makan dan minum, drip telah dihentika.

Minum susu, lepas doktor periksa. Doktor kata semua ujian negetif. Nothing to worry. Tengok pada aktifnya Adam depan doktor, hopefully esok atau selewat-lewatnya lusa boleh lah balik rumah.

DSH - Hari ke 4.

Cabaran baru bermula tengahari Ahad, bila Adam mendapat semula tangan Ben10 nya. 1 jam pertama dimasukkan antibiotik. Habis jer, semasa nebuliser lagi Adam dah minta susu. Satu perkembangan, sebab untuk beberapa hari, jenuh memaksa Adam untuk makan atau minum.

Batuknya pun jauh berkurangan berbanding sebelum ini, sesekali sahaja. Bila air banyak masuk, timbul masalah baru pulak. Nampaknya setiap 3 jam pampers kena tukar, kalau tak nak minta cadar ditukar.

Adam bangun lebih cergas dan ceria pagi. Tak nak makan atau minum, minta flash card untuk diulangkaji. Sebab sakit dan dah lama tak baca agaknya, banyak nama2 binatang yang dulu Adam dah kenal sekarang dah lupa.

Doktor baru jer masuk dan periksa Adam. Hasil blood test ok. Cuma sebab bunyi di paru2 agak kuat, sekejab lagi nak buat x-ray pulak.

Mesin yg diatas untuk mengawal jumlah air yang masuk. Mesin bawah pula untuk antibiotik. Sehingga paginih, kedua-duanya dah masuk 2 botol.

Ahad, 2009 Julai 05

DSH - hari ke 3

Berbanding dengan hari kedua dia mana Adam begitu aktif dan ceria, hari ke3 adam disini begitu suram. Bermula tengah malam bila Adam batuk kokol dengan teruknya diikuti dengan demam yang agak panas. Nebuliser dan ubat yang diberi belum menampakkan kesan, namun setiap kali nebuliser, Adam memegang alat itu dan seolah-olah tak mahu dilepaskan. Mungkin dia selesa bernafas dengan adanya alat tersebut.

Pagi nih bila doktor datang, arahannya buat blood test. Infaction kali nih agak teruk. So mula2 darah Adam di ambil. Kalau dulu tangan kanan, kali nih kiri pula.

Gambar bersama tangan Ben 10.

Terlena menanti nurse masukkan drip.

Dapat nebuliser, eratnya pegangan dan tak mahu dilepaskan.

Mula dah wayar berselirat. Antibiotik selama sejam, lepas tuh masuk air pula

Sabtu, 2009 Julai 04

Warded kali ke 4

Adam mula demam malam rabu 30/6. Lepas bagi ubat, pagi rabu tuh hantar juga ke Taska. Petang tuh, cikgu kata Adam demam tengahari, dah bagi ubat. Malam khamis tuh Adam demam dan batuk. Hari khamis 2/7 semua orang tak sihat. Di klinik Taman Armaniah, doktor dah bagi Adam satu nebuliser, dan cadangkan seelok-eloknya Adam masuk ward untuk dapatkan nebuliser setiap 4 jam. Kami cuba dulu bagi inhealer setiap 4 jam. Tapi sampai malam, demam Adam tak turun2 dan batuknya semakin teruk. Pukul 10.30 kami bertolak ke Hospital, dengan membawa semua keperluan untuk tinggal di ward.

Mula2 nebuliser di ward kecemasan dulu.


Gambar darah Adam diambil tidak dapat dirakamkan kerana tangisannya yang begitu kuat. Salur darah Adam kecil jer, tambahan Adam kurang minum menyebabkan darahnya begitu pekat.

Masuk ward pukul 12, nurse bagi ubat.

Baru separuh picagari, Adam dah muntah dengan banyaknya. Lepas tukar baju, semasa nebuliser Adam mengamuk dengan teruknya. Ingatkan lepas tuh nak tidur dengan selesa, bila mesin mengawal drip asyik berbunyi. Nurse kata air tak boleh masuk dan tangan Adam dan mula bengkak, jadi drip dihentikan. Tapi jarum ditangan masih dikekalkan, kalau2 doktor bagi arahan masukkan drip juga.

Hari pertama - tangan Ben10 semua dah dibuka. Dah boleh main dan susun block.

Malam kedua. Pukul 3:30 Adam mula batuk dengan teruknya dan tak mahu berhenti. Nurse kata dari kaunter pun boleh dengar. Lepas bagi Nebuliser, bolehlah bertahan sekejab, lepas tuh batuk lagi.

Hari kedua, Adam dah mula ceria dan mengajak ibu berjalan2 sekitar hospital. Adam memilih belon Nemo, sebab sebelum turun tadi, cerita Nemo sedang ditayangkan di TV.

Rabu, 2009 Julai 01

Shopping Time

Ayah dah janji untuk Adam memilih sendiri hadiah semperna 2 tahun umur Adam. So pagi ahad tuh adalah hari untuk bershopping. Mula2 kami ke Selayang Baru untuk membeli keperluan Goodie Bag untuk bengkel penulisan yang akan di adakan pada 5/7 ini. Dari Selayang kami terus ke The Curve kerana tahu di sana ada banyak kedai permainan kanak yang sesuai dengan Adam.

Ini lah dia gambar yang dirakamkan..
1. Mula-mula main dulu.
2.Jumpa 'kawan baik' Mickey Mouse di Anakku.
3. Lepas tuh pilih buku-buku di MPH. Nampaknya dah boleh bawa ke perpustakaan, minat dengan buku
4. Akhir sekali baru terjumpa di Metrojaya. Dah tahu dah perangai dia, jumpa patung2 tuh, akan dipeluk sepuas hati, lepaskan geram, lepas tuh letak balik. Bukannya nak beli pun.



Ingat nak beri sesuatu yang benar2 mainan dengan Adam dah cukup banyak educational games, tapi memang dia tak minat sangat. Last2 ini juga yang dipilihnya. Lepas tuh bolehlah ajar menulis ABC, 123 dan juga Alif Ba Ta.
Dah beberapa hari, dalam kesibukan, ibu tak sempat nak membantu menulis, tapi Adam dah tahu menggunakannya. Bacaan hurufnya boleh dengan kerumah sebelah, siap dengan tulisan lagi, cuma tulisannya belum berupa huruf yang disebutlah.
Yer lah, Adam kan baru dua tahun..:)

Jumaat, 2009 Jun 26

Genap 2 tahun


Pejam celik, pejam celik, 25/6/2009, genap umur Adam 2 tahun. Oleh kerana sambutan hari jadi Adam telah dibuat hujung minggu lepas, so seolah-oleh tiada apa yang istimewa berlaku hari ini.  Sebenarnya Ibu dan Ayah Adam ketandusan idea untuk memberikan hadiah kepada Adam. Ada kawan-kawan yang mencadangkan buku multimedia yang mengandungi doa-doa harian yang di jual Saba Islamic Media. Ibu cuba pergi ke kedai di bangunan sebelah pejabat ibu, pun tak jumpa juga.

Balik dari pejabat, ayah mengajak ke TESCO, kerana ada promosi basikal. Promosi berkenaan bermula 25/6, tetapi bila kami sampai, dikatakan stok telah habis. Kecewa, kami cuba suruh juga Adam mencuba model-model lain, Adam mencuba juga, lepas tuh bila di tanya Adam nak ker, dia pun geleng kepala sambil kata "Tak Nak".

Lepas tuh Adam pun terjumpa patung-patung watak Disney kegemarannya seperti Tiger, Pooh, Mickey dan Minnie. Adam seronok memeluk patung2 berkenaan, tetapi lepas tuh bila di tanya Adam nak yang mana? "Tak Nak".

Akhirnya kami pulang ke rumah dengan kecewa.   . kerana tak tahu nak beli apa untuk Adam. Melihat pada bahagian Education Games, semuanya Adam dah ada. Bermula dengan Shape (memasukkan bentuk yang berlainan ke dalam lobang), Blok (lebih kurang Lego), Stacker (untuk ada menyusun dan juga belajar mengira kayu), tidak lupa juga Notebook. Ini belum termasuk lagu koleksi himpunan buku-buku Adam Disney, Muqaddam dan Kamus Pintar 4 bahasa (melayu, english, arab dan tulisan jawi).

Sebenarnya semua permainan ini kebanyakkannya adalah untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas, sedangkan Adam baru sahaja 2 tahun. Memang patut lah sepupu Ayah Adam mengatakan Adam kelihatan lebih matang dan macam dah 3 tahun. Namun Ibu dah ayah Adam yakin, semua games itu sesuai dengan kemampuan Adam.

Melihatkan sikap Adam pada basikal tersebut, Ibu dan ayah sependapat, di antara basikal dan stacker, Adam akan memilih stacker.