Jumaat, 31 Julai 2009

JPN (3) & Shopping raya

Temuduga ibu dan ayah Adam dengan Pegawai di JPN dijadualkan pada 30/7/2009, pukul 10 bagi. Ibu dan ayah Adam bercuti untuk hari yang paling penting ini. Kami sampai pukul 9.30 pagi, so sempatlah bersarapan dulu di Medan selera di Tingkat 3.

Bila sampai di JPN, ada seorang sedang ditemuduga. Lepas itu giliran kami. Tidak banyak soalan yang ditanya dan semua jawapan yang diberikan memang fakta yang sebenarnya, tanpa ada yang diselindung atau sembunyikan. Kemudian pegawai itu minta kami menunggu seketika. Lebih kurang 10 minit, kami dipanggil semua di kaunter untuk menandatangani borang dan bayaran pemprosesan sebanyak RM30. Lepas itu sijil anak angkat pun diserahkan. Surat beranak asal dan surat akuan bersumpah asal semuanya di simpan oleh JPN. Nasib baik kami ada beberapa set salinan dokumen berkenaan. Pada 28/8/2009 pula, MyKid pula akan diserahkan.

Lepas tuh, apa lagi, Shopping Raya. Ibu telah booking baju melayu yang sama warna dan jenis kain untuk ayah dan Adam di Pertama Kompleks. Baju ayah ok, tetapi baju Adam agak besar, walaupun itu adalah saiz yang paling kecil yang ada. Jadi cuma baju ayah dan ibu sahaja yang dibeli di kedai itu.

Lepas tuh kami ke Sogo. Puas juga ibu mencari seluar untuk Adam. Dulu beli untuk 2 tahun, besar dan panjang. Kali nih, dah ada orangnya senanglah mencuba. Hasilnya seluar yang sesuai untuk Adam adalah untuk 18 bulan. Adam dapat sepasang dari hujung rambut hingga hujung kaki. Lepas mencuba kasut, akhirnya Adam keletihan dan tidur dibahu ayah. Ibu pun keletihan mengejar Adam yang begitu lincah berlari. Teringat kisah budak yang hilang di Sogo dulu, dan pesanan Datin Rosmah, mungkin next time, Adam pun kena ikat kepinggang ayah agar tidak hilang atau jauh dari pandangan.

Pukul 2.30 Adam dihantar ke Taska, manakala ibu dan Ayah pulang kerumah keletihan. Nasib baik shopping sebelum bulan puasa. Kalau puasa lagi lah letih dan dahaga.

Sent from my Nokia E71 phone

Isnin, 27 Julai 2009

Besday Mak Atuk

Semalam, 26/7/2009 berlangsungnya sambutan ulang tahun mak atuk yang ke 56 tahun. Seperti biasa, sambutan di rumah mak ngah Putrajaya. Menu utama Beriani Gam Putrajaya dan kek secret recipies. Betik dan tembikai oleh ibu adam dan juga durian oleh uda

Bila tanya Adam, sedap tak kek, " Sedapppp"..sambil tunjuk Tumb Up.
Sapa yang beli kek "Acu".. Acu dah sinonem dengan Kek Secret Resipies. Lepas nih kalau orang lain beli pun sure acu jugak yang dapat nama. Tengok lah cara Adam makan...puh..beriya..

Follow-up di DSH


Ikut kebiasaannya seminggu lepas keluar ward ada follow-up dengan doktor. Adam keluar ward pada 8/7/2009, dan jadual untuk follow-up sepatutnya pada 15/7/2009. Sebab week day, ingat nak tangguhkan hujung minggu, tetapi doktor ada seminar pula. So terpaksalah setkan temujanji pada 25/7/2009.
Pagi tuh kami sampai di hospital lebih kurang pukul 9 pagi. Lepas mengesahkan GL, masa daftar tuh dah pukul 9.15 pagi. Dimaklumkan bahawa Adam adalah pesakit yang ke 18.
Sebab lama lagi, so mula-mula sarapan dulu. Adam dah pandai minta. Kalau tengok di kedai mamak, dah tau apa yang di nak "Roti Nanai" dan "Air Milo"


Lepas sarapan, kami ke Tesco Mutiara Damansara dahulu untuk membeli barang keperluan rumah. Bila di kira macam lewat lagi masa untuk Adam jumpa Doktor kami balik dan berehat di rumah dahulu. Pukul 1 baru bertolak semula ke Hospital. Bila sampai jer klinik, yang sedang berjumpa doktor adalah pesakit yang ke 16. Setengah jem kemudian giliran Adam. So betullah kiraan kami, seorang pesakit lebih kurang 20 minit.

Khamis, 23 Julai 2009

Tak terjangkau akal mu..

Petang rabu cikgu melaporkan bahawa Adam tidur sepanjang pagi. Mungkin sebab hujan kut, sejuk. Petang tuh, budak taska dibawa ke tadika disebelah, untuk belajar membaca. Cikgu kata Adam cukup suka belajar dan membaca bersama kawan2nya. Sebelum balik cikgu tanya sekali lagi,
"Kak, Adam baru 2 tahun kan,"
"Yer, baru 2 tahun sebulan, nape?"
"Adam dah tau semua, 1-10, ABC, Alif, ba, ta, budak yang 3 tahun pun ramai yang tak tahu"
"Oh Adam memang wajib tahu sebab dinding dan lantai bilik TV penuh dgn benda tuh"

Sampai rumah, Adam minum 2 botol susu, 2 biji qurma, 2 keping keju Cheesedale dan semangkuk nestum. Cara untuk bagi makan adalah dgn menyebut nama kawan2nya. Nina, nak nestum.. Nah.. Haikal, Atan, Yuyin. Habis semua nama kawan2nya disuap, dan semua nestum tuh selamat dalam perut Adam.

KETELITIAN.

Hari nih, Adam menemani ibu berbuka puasa dan nakkan qurma. Lepas di buang biji, potongan qurma itu diletakkan. Ini utk Atan, nih untuk Haikal, nih untuk nina. Sama jugak, semua masuk mulut Adam. Lepas tuh Adam tanya semula nih? Ibu kata untuk Nina, bukan, nih untuk Haikal. Bila diingati semula memang ibu dah cakap potongan itu untuk Haikal. Ish..daya ingatan dan consentrasi dia..tak terjangka oleh ibu.

BOTOL SUSU

Teringat komen cikgu yang sama, ketika Adam baru berumur 3 bulan. "Kak, Adam dah pandai pegang botol sendiri yer, budak2 lain dan 8 atau 9 bulan pun tak reti pegang botol lagi".

Senja nih Adam hendak belajar benda baru lagi. Mencuci selepas membuang air besar.

Mungkin belum dicatatkan dimana2, Adam mengenali dan boleh menyebut anggota tubuhnya dengan tepat dalam bahasa Malaysia dan juga english.


Isnin, 20 Julai 2009

JPN (2)

Pagi nih, tugas pertama Ibu Adam adalah mengisi borang JPA.A.A01 serta menyediakan semua salinan dokumen yang diperlukan. Apabila selesai, ibu terus pergi ke JPN. Mujurlah JPN tuh cuma bersebelahan dengan pejabat Ibu.

Di JPN, tidak ramai yang berurusan di kaunter berkenaan. Kerani yang menyemak meminta ibu membetulkan Nama Penuh Adam, dan juga dokumen asal sijil kelahiran, penyerahan dan penerimaan. Lepas tuh di tetapkan tarikh untuk interview adalah pukul 10 pagi, 30 Julai 2009, sehari sebelum hari lahir ibu. Ingatkan nak cuti hari jumaat tuh, tapi sebab urusan ini, mungkin cuti kena di awalkan sehari.

JPN (1)

Hari sabtu lepas, Adam dibawa ke JPN di Maju Junction, untuk pendaftaran anak angkat, setelah cukup tempoh 2 tahun Adam dipelihara.
Sebelum pergi Ibu telah menyemak laman web JPN dan juga menghubungi Khidmat pelanggan.
Kami dimaklumkan bahawa JPN Maju Junction buka hari sabtu. Untuk prosesan pula cuma memerlukan
  1. Sijil Kelahiran Adam
  2. Surat penyerahan dari keluarga kandung
  3. Surat penerimaan dari keluarga angkat
  4. Sijil nikah ibu dan bapa angkat.
Malangnya, bila sampai di JPN, kami dimaklumkan bahawa urusan anak angkat tidak di laksanakan di hujung minggu. Kami tetap bertegas jugak untuk jumpa mana2 pegawai. Pegawai yang dijumpa, memberikan senarai semak; dokumen2 yang diperlukan iaitu:
  1. Borang JPN.A.A01
  2. Surat akuan sumpah oleh ibu bapa kandung
  3. Surat akuan sumpah oleh ibu bapa angkat
  4. Sijil Kelahiran Asal kanak-kanak
  5. Kad pengenalan ibu bapa angkat (asal dan fotosted)
  6. Sijil Nikah ibu bapa angkat (asal dan fotosted)
  7. Sijil kelahiran ibu bapa angkat (asal dan fotosted)
Borang kena di serahkan di hari bekerja. Sewaktu serahan, tarikh temuduga akan ditetapkan. Ibu Bapa angkat berserta anak berkenaan kena hadir pada hari berkenaan.

Semua maklumat ini tidak dinyatakan di laman web JPN.

Khamis, 9 Julai 2009

DSH - Pos Discharge

Inilah bekalan Ubat yang diberikan

Tiba dirumah semalam, Adam tidur dengan nyanyaknya.Bangun tidur Adam teringin nak jumpa kawan2 yang dirinduinya. Ibu bawa Adam ke taska untuk berjumpa kawan2 seketika

Bila batuk Adam makin teruk dan tiba masa untuk makan ubat, Adam di bawa pulang. Teringat komen pembantu nurse masa ambil suhu Adam di malam terakhir. Semua orang suka Adam. So ibu pun tanya, yer ker? Kenapa yer?
Adam comel
Adam peramah dan mudah mesra dengan semua orang.
Adam dah pandai mengira
Adam budak yang paling senang makan ubat.

Hehehe..Adam bukan saja senang makan ubat, tetapi juga nebuliser. Kalau dulu Adam nangis setiap kali kena nebuliser, hari2 terakhir di ward Adam di ward, biasanya dia akan menangis bila nebuliser di tanggalkan.

Rabu, 8 Julai 2009

DSH - Hari terakhir

Pagi nih, ibu sengaja pakaikan Adam baju warna merah, supaya nampak Adam lebih ceria. Masa doktor masuk Adam sedang sarapan bubur. Seperti di duga, doktor membenarkan Adam keluar hari ini.

Ayah sampai lebih kurang pukul 12. Sementara urusan bil dan GL, kami menjamu selera di kantin terlebih dahulu. Urusan selesai lebih kurang pukul 2, dan kami tiba dirumah kira-kira pukul 2.30.. Ahh.. Home sweet home.

DSH - Hari ke 5

Hari nih Adam bangun awal. Lepas nebuliser pukul 7 pagi Adam tak tidur lagi. Sebab bocor, maka Adam perlu ditukarkan. Semasa ibu dibilik air boleh dengar adam menyanyi 'lai lai le jus' dan 'alif ba ta'. Beberapa kali juga Adam menyebut nama Cikgu Ira, Haikal dan Nina. Nampaknya Adam benar-benar rindukan sekolah dan kawan-kawannya.

So ibu pesan, nanti bila doktor sampai Adam cakaplah Adam nak gi sekolah. Pemeriksaan doktor mendapati semuanya ok, then doktor sendiri yang tanya nak balik ker? Ibu cakaplah yang Adam nak pergi sekolah. So doktor kata tengoklah petang nanti.

Waktu petang, doktor lambat sangat masuk. Adam lak aktif sangat berlari dan melompat di atas katil menyebabkannya mengah dan letih bila doktor sampai. So doktor kata, tengoklah esok pagi pulak.

Drip di tangan dah dibuka. Namun pukul 10.30 dimasukkan lagi antibiotik.

Sedih tengok Adam.. Dari kanan salur gas nebuliser ke hidung. Di tangan kiri pula antibiotik.

Isnin, 6 Julai 2009

DSH - Hari ke 4 bhg 2

Doktor kata hasil ujian blood test Adam negetif. Cuma sebab paru-paru Adam berbunyi agak kuat, doktor suruh buat X-ray paru-paru.

Di depan bilik satu, menanti untuk x-ray.

Makanan pertama yg Adam makan sejak masuk ward. Meat ball dgn brown sos.

Hari nih cuma masuk 1 picagari antibiotik jer. Sebab Adam dah mula makan dan minum, drip telah dihentika.

Minum susu, lepas doktor periksa. Doktor kata semua ujian negetif. Nothing to worry. Tengok pada aktifnya Adam depan doktor, hopefully esok atau selewat-lewatnya lusa boleh lah balik rumah.

DSH - Hari ke 4.

Cabaran baru bermula tengahari Ahad, bila Adam mendapat semula tangan Ben10 nya. 1 jam pertama dimasukkan antibiotik. Habis jer, semasa nebuliser lagi Adam dah minta susu. Satu perkembangan, sebab untuk beberapa hari, jenuh memaksa Adam untuk makan atau minum.

Batuknya pun jauh berkurangan berbanding sebelum ini, sesekali sahaja. Bila air banyak masuk, timbul masalah baru pulak. Nampaknya setiap 3 jam pampers kena tukar, kalau tak nak minta cadar ditukar.

Adam bangun lebih cergas dan ceria pagi. Tak nak makan atau minum, minta flash card untuk diulangkaji. Sebab sakit dan dah lama tak baca agaknya, banyak nama2 binatang yang dulu Adam dah kenal sekarang dah lupa.

Doktor baru jer masuk dan periksa Adam. Hasil blood test ok. Cuma sebab bunyi di paru2 agak kuat, sekejab lagi nak buat x-ray pulak.

Mesin yg diatas untuk mengawal jumlah air yang masuk. Mesin bawah pula untuk antibiotik. Sehingga paginih, kedua-duanya dah masuk 2 botol.

Ahad, 5 Julai 2009

DSH - hari ke 3

Berbanding dengan hari kedua dia mana Adam begitu aktif dan ceria, hari ke3 adam disini begitu suram. Bermula tengah malam bila Adam batuk kokol dengan teruknya diikuti dengan demam yang agak panas. Nebuliser dan ubat yang diberi belum menampakkan kesan, namun setiap kali nebuliser, Adam memegang alat itu dan seolah-olah tak mahu dilepaskan. Mungkin dia selesa bernafas dengan adanya alat tersebut.

Pagi nih bila doktor datang, arahannya buat blood test. Infaction kali nih agak teruk. So mula2 darah Adam di ambil. Kalau dulu tangan kanan, kali nih kiri pula.

Gambar bersama tangan Ben 10.

Terlena menanti nurse masukkan drip.

Dapat nebuliser, eratnya pegangan dan tak mahu dilepaskan.

Mula dah wayar berselirat. Antibiotik selama sejam, lepas tuh masuk air pula

Sabtu, 4 Julai 2009

Warded kali ke 4

Adam mula demam malam rabu 30/6. Lepas bagi ubat, pagi rabu tuh hantar juga ke Taska. Petang tuh, cikgu kata Adam demam tengahari, dah bagi ubat. Malam khamis tuh Adam demam dan batuk. Hari khamis 2/7 semua orang tak sihat. Di klinik Taman Armaniah, doktor dah bagi Adam satu nebuliser, dan cadangkan seelok-eloknya Adam masuk ward untuk dapatkan nebuliser setiap 4 jam. Kami cuba dulu bagi inhealer setiap 4 jam. Tapi sampai malam, demam Adam tak turun2 dan batuknya semakin teruk. Pukul 10.30 kami bertolak ke Hospital, dengan membawa semua keperluan untuk tinggal di ward.

Mula2 nebuliser di ward kecemasan dulu.


Gambar darah Adam diambil tidak dapat dirakamkan kerana tangisannya yang begitu kuat. Salur darah Adam kecil jer, tambahan Adam kurang minum menyebabkan darahnya begitu pekat.

Masuk ward pukul 12, nurse bagi ubat.

Baru separuh picagari, Adam dah muntah dengan banyaknya. Lepas tukar baju, semasa nebuliser Adam mengamuk dengan teruknya. Ingatkan lepas tuh nak tidur dengan selesa, bila mesin mengawal drip asyik berbunyi. Nurse kata air tak boleh masuk dan tangan Adam dan mula bengkak, jadi drip dihentikan. Tapi jarum ditangan masih dikekalkan, kalau2 doktor bagi arahan masukkan drip juga.

Hari pertama - tangan Ben10 semua dah dibuka. Dah boleh main dan susun block.

Malam kedua. Pukul 3:30 Adam mula batuk dengan teruknya dan tak mahu berhenti. Nurse kata dari kaunter pun boleh dengar. Lepas bagi Nebuliser, bolehlah bertahan sekejab, lepas tuh batuk lagi.

Hari kedua, Adam dah mula ceria dan mengajak ibu berjalan2 sekitar hospital. Adam memilih belon Nemo, sebab sebelum turun tadi, cerita Nemo sedang ditayangkan di TV.

Acu dan mak atuk pun datang, melawat masa ada di ward. Maklumat lanjut di sini

Rabu, 1 Julai 2009

Shopping Time

Ayah dah janji untuk Adam memilih sendiri hadiah semperna 2 tahun umur Adam. So pagi ahad tuh adalah hari untuk bershopping. Mula2 kami ke Selayang Baru untuk membeli keperluan Goodie Bag untuk bengkel penulisan yang akan di adakan pada 5/7 ini. Dari Selayang kami terus ke The Curve kerana tahu di sana ada banyak kedai permainan kanak yang sesuai dengan Adam.

Ini lah dia gambar yang dirakamkan..
1. Mula-mula main dulu.
2.Jumpa 'kawan baik' Mickey Mouse di Anakku.
3. Lepas tuh pilih buku-buku di MPH. Nampaknya dah boleh bawa ke perpustakaan, minat dengan buku
4. Akhir sekali baru terjumpa di Metrojaya. Dah tahu dah perangai dia, jumpa patung2 tuh, akan dipeluk sepuas hati, lepaskan geram, lepas tuh letak balik. Bukannya nak beli pun.



Ingat nak beri sesuatu yang benar2 mainan dengan Adam dah cukup banyak educational games, tapi memang dia tak minat sangat. Last2 ini juga yang dipilihnya. Lepas tuh bolehlah ajar menulis ABC, 123 dan juga Alif Ba Ta.
Dah beberapa hari, dalam kesibukan, ibu tak sempat nak membantu menulis, tapi Adam dah tahu menggunakannya. Bacaan hurufnya boleh dengan kerumah sebelah, siap dengan tulisan lagi, cuma tulisannya belum berupa huruf yang disebutlah.
Yer lah, Adam kan baru dua tahun..:)