Selasa, 11 September 2007

Ramadhan yang hampir menjelang

Bulan puasa semakin hampir. Ramadhan, ramai yang menantikannya. Sama ada yang akan berpuasa atau yang tidak akan berpuasa. Dan sempena kehadiran bulan ramadhan, maka ramailah yang tidak sabar untuk beramal. Mailbox ayah adam telah pun dipenuhi dengan pelbagai email yang meminta tajaan atau dalam bahasa yang paling mudah mengutip derma bagi acara acara yang tertentu. Sama ada majlis berbuka puasa mahupn ada juga yang menaja majlis bersahur. Ayah adam akan terus menyokong aktiviti aktiviti tersebut cuma jumlah yang dikeluarkan akan berkurangan dari jumlah yang dikeluarkan pada ramdhan yang lepas. Kenapa? Kerana adam.
Ramadhan kali ini, keluarga ayah adam mempunyai tetamu yang cukup istimewa. Siapa lagi kalau bukan adam. Dan dalam bulan ini juga, pasti ayah dan ibu adam akan menghadapi cabaran dalam memenuhi aktiviti aktiviti sepanjang ramadhan. Apa taknya tanggungjawap telah pun bertambah. Kalau dulu sebagai Hamba Allah swt, seorang anak dan seorang suami kini bertambah sebagai seorang ayah. Pengagihan masa amat penting dalam kita merancang amalan dibulan ramadhan. Apa yang penting, jauhi dari amalan yang lara dan amalan amalan yang bida'ah. Fokus kepada amalan amalan yang utama.
Ayah adam masih tidak mempunyai pembantu rumah. Bererti sepanjang malam bulan ramadhan, ibu adam akan menjadi penjaga utama kepada adam. Tentunya ibu adam akan menghadapi kesukaran untuk melakukan amalan sunat solat terawikh namun sebenarnya kalau dilihat dari beberapa aspek, beruntung seorang wanita apabila hadirnya bulan ramadhan. Ayah adam telah pun memaklumkan kepada ibu adam agar fokus tugas sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Kalau pun tak dapat nak bersolat terawikh seperti orang lain, namun banyak lagi amalan sunat yang lain seperti berzikir ketika mendodoi adam, menyediakan pakaian ayah adam untuk ke surau, menyediakan makanan untuk majlis berbuka puasa dan yang paling utama cuba mendapat keredhaan ayah adam.
Bagaikan soerang anak, bakti dan fokus pada ibunya, begitu juga seorang isteri, fokusnya pada suaminya. Taat selagi mana seorang suami tidak menyuruh isterinya melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Jangan hanya kerana nak mengejar amalan sunat bulan ramadhan, perkara wajib diabaikan. Teringat pesan guru ayah adam, perbaiki amalan wajibmu dibulan ramadhan dan rambah nilaikan amalan tersebut dengan amalan sunat yang lain. Jangan terlalu tamak beribadah sunat sehingga mengabaikan amalan wajib. Kerana orang tamak selalu rugi.
Dalam blog adam ini ayah adam nak promote sikit. Laman web yang menjadi rujukan kepada ayah adam. http://al-ahkam.net . Macam macam masalah dan jawapan dari mereka yang berkelayakan dalam menjawap persoalan yang diutarakan. Jadi silalah melawat laman web tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan