Memaparkan catatan dengan label Bercuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bercuti. Papar semua catatan

Isnin, 8 Jun 2009

Adam balada??

Afiq rock, Adam balada. Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut sepupu ibu Adam, bila pertama kali Adam bertemu dengan dua pupunya itu. Sebenarnya Adam Harith tua 18 hari jer daripada Afiq Haikal, tetapi dari segi sikap dan kematangan terlalu jauh berbeza.
Istilah rock dan balada tuh benar2 menggambarkan sikap dan perbezaan mereka berdua. Tak perlulah diulas panjang lebar, cukup dikatakan 2 kali Adam kena tolak di dada oleh Afiq.

Kami semua pulang ke kampung semperna perkahwinan sepupu ibu Adam. Adam bertolak dari Kepong pukul 4.30 pagi 30/5/2009 dan tiba di kampung kira-kira pukul 9.30 pagi. Orang yang pertama sekali menyambut kedatangan Adam pastinya nenek yang terlalu merinduinya. Selepas diarahkan, Adam begitu sopan bersalam dengan semua datuk, nenek dan saudara mara yang ada. Bila ada yang ingin meriba Adam, Adam akan duduk di atas riba dengan sopannya.

Ibu Adam pun sesekali 'show-off' dengan menunjukkan 1 jari dan Adam akan membaca One hingga Ten dengan jayanya dan kalau disuruh satu, adam akan baca satu hingga sepuluh. Semua orang memuji kepintaran budak nan seorang nih. Ramai jugak yang bertanya berapa umur Adam, dan ibu akan menyatakan 1 tahun 11 bulan. Bulan depan baru genap 2 tahun.

Sesekali terdengar Adam bernyanyi riang lagu ABC, Alif Ba Ta, twinkle-twinkle little star, enjit2-enjit semut, rasa sayang ataupun lagu walking dan jumping. Adam begitu baik asalkan tiada orang yang mengacaunya. Adam juga mudah mesra dan suka berkawan dengan rakan-rakan sebayanya dan juga sepupu-sepapatnya.

Paling membanggakan bila nak balik. Bila bersalam dengan datuk2 ada yang bertanya siapa nama. Dengan suara halus dan penuh sopan Adam menjawap "Adamm"..Ish ayah dan ibu mana yang tidak bangga dengan anak pintar yang seorang ini.

Tak sia-sia rupanya menghantar Adam ke TASKA selama ini. Kebetulan TASKA Adam bersebelahan dengan TADIKA. Apa yang dia ajar di TADIKA boleh didengari dari TASKA dan Adam memang gemar mengikut apa juga yang orang katakan. Tambahan pula ayah dan ibu sering merangsang dengan membelikan Flash Card, dan buku2 yang sesuai dengan minat dan usia Adam.

Isnin, 23 Februari 2009

Ole Ole Dari Parit Betak


Bukan pisang yang menjadi ole ole dari kampung tapi di dahi. Adam terantuk meja sewaktu mencapai buih sabun. Ayah dan ibu adam bergegas meninggalkan majlis kenduri kahwin di kampung dan pulang ke KL. Bengkak semakin surut namun lebam masih kelihatan.

Pertama kali adam balik ke parit betak, dah dapat ole ole. Lepas ni tak tahu bila adam akan menjejakkan kaki di sana lagi. Mungkin tahun 2020 kot.


Photo Album


Khamis, 11 Disember 2008

Lama betul bercuti.

Dari Ipoh Perak adam terus ke Selinsing. Rumah nenek adam.  


Jumaat, 5 Disember 2008

Adam mengikut ibu ke ipoh

Semalam lepas maghrib, ayah dan ibu bertolak ke ipoh. Ibu kena outstation di sana.  Ayah dan ibu menginap di Hotel Heritage Ipoh. Berikut adalah gambar di sana.  




Lepas nie kami akan terus pulang ke kampung jumpa nenek sambut raya.

Khamis, 5 Jun 2008

Percutian pertama Adam

Dah lama ayah dan ibu Adam bercadang untuk bercuti setelah penat bekerja. Malangnya dalam bulan April dan Mei ayah Adam terlalu sibuk dengan pelbagai projek. Tak cukup dengan hari2 biasa, hujung minggu pun terpaksa juga bekerja. Malangnya tiada tuntutan overtime yang boleh dibuat, cuma digantikan dengan cuti.

Hujung minggu lepas ibu dan ayah Adam memutuskan untuk pulang ke Perak, bertemu dengan nenek dan saudara mara belah ibu Adam. Perjalanan bermula pagi Ahad dengan lancarnya kerana hujung minggu dan cuti sekolah. Adam tiba dirumah nenek kira2 pukul 2 petang. Seronoknya Adam dalam berjalan dalam walker di dapur nenek yang luas, berbanding dengan rumah Adam yang agak kecil dan berbilik-bilik pula. Mulut Adam bukan main riuh lagi, entah apalah yang disebutnya setiap kali di agah oleh nenek, tok teh dan juga mak alang Adam. Waktu malam, Adam semakin ceria menjerit2 sebab inilah kali pertama Adam merasa terkurung dalam kelambu, semasa orang lain sedang menikmati makan malam dan kemudiannya berbual2. Walau bagaimanapun Adam begitu baik, tidak langsung cuba untuk keluar dari kelambu tersebut, cuma menyentuhnya dan kemudian meneruskan bermain dengan toy2 yang dibawa bersama-sama. Adam tidur agak lewat. Jam dinding berbunyi pukul 11.30 pun masih kedengaran suara Adam yang sesekali diselang-selikan dengan jeritan.

Hari isnin, Adam agak sibuk 'beraya'. Oleh kerana, semua saudara mara belum pernah bertemu Adam, inilah kami pertama Adam memperkenalkan diri. Selepas 3 buah rumah nenek saudara ibu Adam, kami pergi pula daerah Parit Buntar. Mulanya ke rumah Paksu ibu Adam. Setelah makan tengahari, 2 biji kereta menuju pula ke rumah anak saudara ibu Adam yang baru sebulan melahirkan anak sulungnya. Tiba di sana, ibu Adam terus sahaja mendukung cucu saudara yang bernama Irfan. Adam agak terkejut dan sedikit cemburu melihat ibu mendukung baby lain.

Setelah agak lama di sana, dan dilaporkan abang ibu Adam telah pulang dari membawa babynya dari Hospital Bukit Mertajam, kami ke rumah baru uncle Adam di Taman Desa Aman, Parit Buntar. Tiba disana, Adam perlu dimandikan terlebih dahulu kerana berlaku kebocoran yang agak dahsyat. Setelah Adam bersih dan wangi, barulah ibu Adam dapat mendukung sepupu Adam yang bernama Amirul Muhaimim. Irfan cuma 5 hari lebih tua dari bapa saudaranya Muhaimim. Kali ini Adam tidak lagi cemburu bila ibu mendukung baby lain, kerana Adam naik walker kepunyaan abang2 sepupunya, Amirul Mohsinin, Amirul Mukminim dan Amirul Mustaqim. Tidak lupa juga kak long Adam yang bernama Nur Atika Mastura.

Dalam perjalanan pulang kerumah nenek, Adam tidur keletihan. Tiba dirumah, terus dimasukkan kedalam buai. Selepas bersolat maghrib, Adam terus dimasukkan kedalam kelambu kerana nyamuk yang semakin banyak. Ketika kami menjamu selera, Adam bangun dan mula menjerit2 riang. Toy terbaru Adam adalah kipas yang nenek buat daripada upih pinang. Sesekali terdengar Adam menjerit abah dan mama. Adam juga telah mempelajari perkataan baru 'nenek' bila balik kampung. Selain daripada itu, Adam juga tertarik melihat ayam. Rasanya sekali lagi balik kampung, bila Adam dah pandai berjalan, habislah ayam2 nenek ditangkap Adam :)

Pagi selasa, kami bertolak balik ke KL. Ayah memandu hingga Tapah. Selepas berehat, menjamu selera dan membeli sedikit buah, perjalanan diteruskan dengan kereta dipandu pula oleh ibu Adam, sementara ayah dan Adam terlena keletihan di belakang. Adam tiba dirumah kira-kira pukul 1.30 tghhari.

Pengalaman pertama Adam balik kampung. Nampaknya Adam cukup baik, tidak meragam, dan tidak ada sebarang masalah penyesuaian tempat baru. Lepas ini bolehlah bawa Adam balik Johor pula. Cuma bila nak balik, selain dari 1 bekas ubat, gas dan inhealer Adam, perkara lain yang tidak boleh lupa adalah ubat nyamuk, kelambu dan juga repeller cream untuk mengelakkan gigitan serangga samada nyamuk dan sebagainya.


Album
Percutian Pertama Adam