Ahad, 2 September 2007

Suatu hari yang hening..

Semalam adam ke klinik lagi. Kali untuk follow up demam, batuk dan selsema. Demam dah baik tapi masih lagi batuk dan selsema. Doktor timbang adam dan kemudian memberitahu yang ubat batuk dan selsema dikurangkan dosnya dari 2.5 ml ke 1.5 ml. Namun ubat demam tetap diberi sebagai persediaan sekiranya suhu badan adam meningkat.

So sepanjang hari semalam, adam di rumah. Berbaring dan batuk. Sesekali terdengar adam menghadapi kesukaran bernafas. Ketahuilah, ayah adam dah berusaha apa yang termampu. Ibu adam yang mengurus rumah tangga. Semalam ibu adam masak mee kari. Kegemaran ayah adam. Dah lama rasanya ayah adam tak merasa mee kari buatan ibu adam.

Sebelah malam adam tidur. Seperti biasa cabaran adalah untuk memberikan adam ubat. Nasib baik ibu adam ada. So ayah adam boleh rehatkan minda seketika.

Ok Kami tak ada apa apa rancangan untuk hari ahad ini. Sekadar duduk di rumah menemani adam. Nak bawa adam keluar, adam masih belum betul betul sembuh. Insya Allah, bila adam dah sembuh bolehlah ayah dan ibu bawa adam bersiar siar.

0 comments:

Catat Ulasan