Memang mencabar menjaga baby apa tah Memberikan kasih sayang dan penjagaan yang terbaik buat hamba Allah swt. Ayah adam mengerti akan tugasan dan amanah ini. Itu sebabnya ayah adam sanggup berkorban wang masa dan tenaga demi kerana menjalankan amanah yang diberikan. Lagi pun bukankah ayah adam yang meminta dan berdoa kepada Allah swt agar diberikan zuriat. Walaupun adam bukan dari darah daging ayah adam namun ayah adam tetap menerima adam seadanya dia. Begitu juga ketika ayaha dam mengahwini ibu adam. Ayah adam juga telah mengambil keputusan yang sama. Melihat kelebihan dari melihat kekurangan dengan harapan dan sangkaan yang cukup positif.
Semalam memang meletihkan bagi ayah adam dan ibu adam. Siang bekerja, dan petang membantu kemasukkan seorang penyewa ke rumah sewa lepas tu terpaksa bergegas ke kedai untuk membeli makanan buat ayah adam. Keletihan ini menyebabkan ibu adam hilang fokus dalam menjaga adam. Memang ibu adam tidak menyatakan yang dirinya keletihan directly tapi dari caradan tingkah laku ibu adam, ayah adam dapat mengagak yang ibu adam keletihan. So untuk memastikan adam tetap mendapat perhatian, ayah adam mengambil alih dalam penjagaan adam. Adam ayah melayan adam, bermain dengan adam dan kemudian menidurkan adam. Setelah adam tertidur, ayaha dam meninggalkan bersama dengan ibu adam di bawah sementara ayah adam naik ke bilik tidur.
Pukul 3.30 pg ayah adam terjaga dari tidur setelah terdengar tangisan adam. Rupanya adam dikejutkan oleh ibunya untuk diberikan ubat batuk dan selsama. Lepas tu seperti biasa adam menyusu dan adam nak bermain. Namun oleh kerana ibu adam mengantuk maka dipaksa adam untuk tidur. Ini adalah satu kesilapan yang biasa ibu bapa lakukan. Memaksa anak anak melakukan sesuatu tanpa menjelaskan dan memahami suasana dan situasi anak. Atas kesedaran ini, ayah adam sekali lagi mengmbil alih penjagaan adam secara diktatorship. Dalam erti kata lain merampas adam dari ibu adam. Ayah adam melayan adam bermain. Dan kini setelah sejam adam keletihan dan akhirnya tertidur. Jam dah pukul 4.39 pg. Lepasnie ayah adam nak melelapkan mata sekejap, sehingga masuk waktu subuh then bersolat subuh. Pukul 6.45 pagi hantar adam ke taska then terus ke tempat kerja.
Secara jujur, ayah adam juga keletihan dipejabat. Memikirkan tentang pengurusan kos hardware dan software untuk membangunkan sistem perpustakaan bukan tugas yang mudah. Apa tah lagi melibatkan tender. Mengkaji keperluan pengguna yang telah tersedia, memastikan keperluan pekakasan dan perisian memenuhi keperluan serta menjumlahkan keseluruhan. Hmm adam terjaga pula. Nak susulah tu.
Selepas diberi susu boleh dengar kedengkuran dia. Tapi jam dah pukul 5.00 am. Nampaknya tinggal setengah jam untuk ayah adam melelapkan mata. Tidur dulu ....

0 comments:
Catat Ulasan