Selasa, 25 September 2007

Permulaan minggu yang sibuk

Semalam merupakan hari yang agak sibuk buat ayah adam. Maklumlah kena melatih rakan sekerja menggunakan perisian IReport dan JasperReport. So sepanjang waktu pejabat berada di dalam bilik latihan dan sewaktu break tengah hari pula ada kuliah agama oleh Ustaz Azhar Dari UIA. CEO syarikat ayah adam bekerja juga berada di dalam majlis tersebut. Sebelah petang kembali mengajar di bilik latihan.
Agak menarik sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Ustaz. Dalam kita mengejar dan berlumba lumba mengerjakan solat terawikh, ada juga yang tidak peka dalam memperbetulkan apa yang dibaca dan apa yang disebut. Selain itu ustaz juga menerangkan tentang kenapa doa tidak dimakbulkan yang dapat disimpulkan bahawa doa tidak dimakbulkan kerana hidup dengan rezeki yang haram. Bajunya haram, makanannya haram, bagaimana Allah swt nak makbulkan doa orang yang berdoa. Satu peringatan yang cukup baik buat ayah adam.
Hujung minggu lepas juga menyaksikan bahawa ayah adam telah menunaikan salah satu rukum islam iaitu menunaikan zakat. Tahun terdapat perubahan sedikit dalam pembayaran zakat. Dahulu ayah adam membayar untuk mak atuk, acu, uda, ibu dan nenek namun kini setelah uda bekerja, maka uda telah membayar zakat untuk mak atok dan acu. Jadi ayah adam hanya membayar zakat fitrah untuk diri ayah, ibu adam dan nenek. Opps terlupa lak. Tentunya zakat fitrah untuk adam. Anak kesayang ayah.


Satu untuk ayah, satu untuk ibu, satu untuk nenek dan satu lagi untuk adam.

0 comments:

Catat Ulasan