Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mei 2009

Hari yang meletihkan

Namun menceriakan. Pagi khamis, ayah adam bawa adam menemani mak atol bertemu dengan doktor pakar. Sebelum itu, kami bersarapan di cafe Hospital SelayangM

Lepas bertemu dengan doktor, kami ke selayang, mak atok nak jajan untuk majlis hari jadi abang yan.

Kemudian kami singgah ke kedai makan pak tam untuk beli juadah makan tengah hari. Sementara mak atok buat rawatan CAPD kami berehat di rumah mak atok.

Sebelah petang, kami ke putrajaya. Kami terperangkap dalam jem selama 2 jam lebih dan sampai ke putrajaya setelah 4 jam perjalanan.

Kami tunggu mak ngah, pak ngah dan baby serta abang yan yang pergi untuk buat KP abang yang dan baby bertemu dengan doktor. Setelah mereka pulang dan pak uda dan mak uda datang, acu pun ada, kami sambut birthday abang yan. Happy Birthday Abang Yan.

Kami bertolak dari putrajaya pukul 6.30 pm dan sampai rumah pukul 7.30 mlm. Ayah adam keletihan namun adam tetap cergas kerana telah melelapkan mata disepanjang perjalanan.



Selasa, 24 Mac 2009

Ke Putrajaya lagi

Hari Ahad Adam ke Putrajaya lagi. Cadangannya di waktu pagi mandi kolam, dan waktu petang nak cuba baik belon panas, semperna International Hot Baloon yang berlangsung dari 19/3-23/3.

Selepas mandi di kolam barulah mendapat maklumat bahawa waktu untuk menaiki belon tersebut adalah antara pukul 5-7 petang sahaja. Memikirkan takut jem dan esok kerja, maka hasrat tersebut dibatalkan, makan Adam pun dibawa pulang ke Kepong tengahhari itu.


Khamis, 31 Julai 2008

Pameran Lagi

Esok dan lusa ,ayah adam akan bertugas di Pameran Produk HeiTech Padu Berhad sempena Persidangan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam di PICC, Putrajaya.

Rabu, 30 Julai 2008

senja

Senja di putrajaya

Isnin, 28 Julai 2008

Semalam ..

Semalam Sambutan Hari Lahir Mak Atok. Sambutan diadakan di rumah mak ngah adam di putrajaya. Kami lewat ke sana disebabkan beberapa perkara.



1. Beberapa orang anak dara telah berjanji nak melihat rumah sewa namun setelah menanti sehingga pukul 12.30 tgh hari, langsung tiada khabar berita.



2. Aktiviti sub kontraktor mengemas rumah. Seperti biasa sebelum ibu adam outstation, rumah perlu dibersihkan. Lantai disapu dan dimop, tingkap cermin dan bingkai tingkap serta grill dicuci, tandas dibersihkan dan lap, kipas juga dibersihkan serta beberapa aktiviti lain juga dengan tawaran harga RM50 untuk 2 orang selama 1 jam.



Sampai dirumah mak ngah, adam seperti biasa bermain dengan sepupu sepapatnya. Imran, Atikah, Azam dan Yaya. Seronok tengok mereka bermain. Setelah menghantar ibu adam ke ERL Purtrajaya Sentral, adam kembali bermain dengan sepupunya.



Pukul 6 lebih kami bergerak dari rumah mak ngah dan terus ke rumah mak atok ditemani oleh Acu. Sepanjang perjalanan adam lena diulit mimpi kot. Pukul 7 lebih kami balik ke rumah. Ayah mandikan adam dan berikan susu serta dimasukkan ke dalam buai adam lena sekali lagi. Malam tadi beberapa kali adam terjaga dan merengek minta air. Rasanya 3 kali ayah bancuh susu dan 2 kali ayah tukar lampin adam. Biasalah di rumah mak ngah makan nasi ayam dan sup.







Pagi tadi, adam menangis ketika bangun dari tidur. Mungkin kerana tiada sesiapa dalam biliknya. Ayah adam bangun lewat sikit. 6. 15 pagi, Gosok baju, mandi, solat subuh dan bersihkan adam dan kemudian sediakan barang adam sebelum menghantar adam ke taska.

Rabu, 2 April 2008

Selamat Pagi Ayah dan Ibu

Seperti biasa adam akan duduk di kerusi biru sebelum pintu dibuka. :) Tidak pernah lupa untuk menghadiahkan senyuman kepada ayah dan ibu. Terima kasih sayangku.



Pagi ini, ayah menerima panggilan telefon dari salah seorang kawan ayah yang kini baru pulang dari latihan di Perancis. Kalau nak tahu perancis di mana, kena buka google earth atau google map. Agak lama juga dia meninggalkan anak anaknya di malaysia. Bulan Ogos, beliau akan kembali ke Perancis semula. Meninggalkan anak anaknya kembali dengan nenek mereka.

Ayah adam pula sepanjang bulan April ini pun penuh dengan aktiviti yang memerlukan ayah adam berjauhan dengan adam dan ibu adam. Pada 9 dan 10 April 2008 ayah adam akan ke Singapura sempena RFID Asia 2008, pada 18, 19 dan 20 April 2008, ke Melaka sempena Minggu Amanah Saham Malaysia anjuran PNB Berhad dan 25, 26 dan 27 April 2008 akan berada di IOI Palm Garden Resort, Putrajaya sempena Relationship Oriented Service Excellence Program anjuran HeiTech Padu.

Ini bererti 2 kali hujung minggu yang berjumlah 4 hari, ayah adam tidak dapat menemani adam dan ibu adam menghabiskan hujung minggu. Walau bagaimanapun terima kasih kepada teknologi 3G, Insya Allah, ayah adam masih dapat melihat, mendengar dan berkomunikasi dengan ayah kesayangan ayah dan isteri yang tercinta.

Jumaat, 14 Mac 2008

Hari yang mencabar

Lepas sarapan, kami sepatutnya ke hospital Damansara namun doktor ada tetamu kehormat oleh itu temujanji dibatal.

Dari sana kami ke Tmn Amaniah untuk ibu bertemu dengan doktor. Lepas tu kami ke rumah mak ngah adam di putrajaya.

Sementara ayah adam dengan abang yan bersolat jumaat di precint 16, ibu adam, adam dan mak atuk berehat di rumah.

Pulang dari solat, hehehe minum time.

Rabu, 12 Mac 2008

Penuh Keceriaan

Dah lama rasanya ayah adam tidak menulis, maksud ayah adam memberikan sebarang komen atau pandangan atau pendapat dalam blog adam. Kebanyakkan yang ayah adam siarkan dalam blog ini lebih kepada diari atau catatan harian adam dengan menggunakan telefon bimbit. Maklumlah bila guna telefon bimbit maka sedikit maklumat dapat ditaip.

Sedikit perkembangan tentang mak atok. Mak atok kini duduk dengan mak ngah adam di putrajaya sementara pengubahsuaian di rumah mak atok selesai. Dijangkakan dalam seminggu lebih juga.

Ayah dan ibu adam, rasanya tak ada nak cerita apa apa pun cuma semenjak semalam ayah adam ada kursus di Hotel Legend. Jadi kena tumpang ibu adam. Jumaat nie, kami berdua bercuti sebab nak bawa adam pergi jumpa doktor.

Rasanya itu saja yang nak dikemaskinikan.

Jumaat, 21 Disember 2007

Adam Di Hari Raya Haji

Semalam, sekali lagi Adam berhari raya di rumah mak ngah di Putrajaya. Selain daripada menyambut hari raya, seluruh keluarga berkumpul untuk menyambut hari jadi kakak Nadirah (yaya) yang ke 3. Sebenarnya yaya lahir 23/12, tetapi oleh sebab hari tu pak ngah dan uda Adam ada hal yang tidak dapat dielakkan, maka majlis tersebut diawalkan sedikit.



Sebelum sampai ke rumah mak ngah, Ayah bawa Adam dan ibu singgah di Majlis Putra terlebih dahulu. Ibu teringat, kali pertama ibu ke Putrajaya dengan ayah adalah pada 31/7/1999, sempena hari lahir ibu. Sebelum itu, ayah menyerahkan hadiah yang cukup bermakna untuk ibu Adam. Ayah menyatakan akan memberikan hadiah yang berupa “Tujuan, Panduan Dan Arah hidup kita di dunia ini”. Sebulan ibu cuba meneka, apakah hadiah yang bakal ayah beri. Rupa-rupanya, hadiah tersebut berupa sehelai sejadah (tujuan hidup untuk beribadah kepada Allah), senaskah Al-Quran (sebagai panduan), Kompas Arah Kiblat (arah). Ayah dan ibu Adam berkenalan pada 14/6/1999. 2 minggu selepas itu, Ayah melamar ibu, dan ibu dengan yakin menerima lamaran ayah. Ayah dan ibu menyaksikan Masjid dan seluruh Purtajaya yang dalam proses pembinaan, selaras dengan hasrat ayah dan ibu yang juga ingin membina keluarga bahagia. Tak sangka pula beberapa tahun lepas itu, Putrajaya menjadi tempat kerja ayah selama 4 tahun. Selain daripada itu, dengan adanya Mak ngah Adam yang telah bermastautin di sana, Putrajaya bukan lagi tempat yang terlalu asing bagi keluarga Adam.



Adam yang semakin besar dan pandai mula memerlukan perhatian yang lebih. Pagi semalam, ayah pergi solat raya, semasa ibu menyidai baju, ibu meletakkan Adam di atas tilam di bilik belakang. Sesekali ibu boleh menjenguk Adam dari luar, sambil ibu menyidai baju. Sekali ibu melihat, badan Adam dah jatuh dari tilam, mujur kepala Adam tidak jatuh dan terhempas ke lantai. Walaupun tilam itu cuma 6 inci jer tebalnya, tapi kalau Adam terjatuh, pasti sakit juga.


Waktu malam, sewaktu ibu membancuh susu, Adam sedang baring di atas katil besar. Tak sangka Adam begitu cepat meniarap dan bergolek2. Jika ibu terlewat sikit sahaja lagi, dengan sekali golek jer lagi, pastinya Adam akan jatuh dari katil. Syukur. 2 kejadian dalam satu hari, membuatkan ibu kena berhati2. Adam cuma boleh dibiarkan bergolek atas toto, atau dalam playpannya sahaja, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Isnin, 17 Disember 2007

Hujung minggu yang meletihkan.

Petang khamis, ibu ajak seorang yang baru menyewa di rumah makngah untuk menemani ibu dan Adam. Disamping menemani, dapat juga ibu berkenalan dan mendengar masalah gadis tersebut. Bila ayah buat video call pada Adam, nampaknya Adam paham. Suka dia bila tengok wajah ayah. Sayu bila tengok Adam mencium skrin Hp tuh untuk mencium wajah ayahnya. Beberapa kali ibu sms ayah sambil mendukung Adam, Adam seakan cuba untuk memegang Hp tuh sebab dia tahu 'ayahnya ada di dalam Hp' tuh .



Hari Jumaat tuh, hujan agak lebat. Ayah yang baru balik dari PD pun tiba dirumah lebih kurang pukul 8 malam, waktu Adam telah tidur. Lebih kurang pukul 9, Mak atok, Uda dan Acu datang ke rumah. Bila tetiba Adam terjaga, ibu mendukung Adam untuk berjumpa dengan semua tetamu yang begitu rindukan Adam. Bila ibu baringkan Adam di tengah ruang tamu, Adam begitu asyik bersembang dengan Ayah dan Uda, sambil kaki Adam menendang2 peha Uda. "Nantilah Uda, bila Adam dah besar, kita main bola sama2 yer ".



Tengah hari sabtu, Adam bersama2 dengan ayah, ibu, mak Atok dan Acu ke rumah mak ngah di Putrajaya. Uda dah merancang Birthday Party buat tunangnya (bakal mak Uda Adam). Kebetulan sepupu Ayah Adam bersama tunangnya dari Johor pun ada disana. Kiranya sambutannya agak meriah jugalah.





Pagi Ahad, Adam pergi shopping susu dan drypersnya di Tesco. Nampaknya susu Adam dah ada packing baru, dengan harga baru. Petang Ahad tuh, lebih kurang pukul 4 petang ibu pergi mengemas dirumah lama. Perkara pertama yang ibu sedarnya adalah tempat pembakar BBQ dah tiada di luar rumah. Terlupa pula nak serahkan benda tuh pada mak Atok. Entah siapalah yang mengambilnya. Bila masuk dalam rumah, rupanya banyak lagi barang, terutamanya hadiah2 pinggan mangkuk, cawan, frame2 gambar dan pasu2 bunga. Rasanya ibu tak der beli benda2 tuh semua, tapi dah orang bagi, takkan nak campak macam tuh ajer. Mujur Acu dan Mak Atok datang menolong mengemas.



Hampir pukul 7 malam, baru ibu balik kerumah. Meninggalkan 2 kotak besar yang penuh dengan barang2. Dan rasanya masih perlukan 2 kotak besar lagi. Ayah kata nak buka Astro dan water heater dan pindahkan semua barang2 tuh kerumah mak atok, kosongkan semua rumah tersebut dan serahkan kunci kepada penjaganya. Tiba dirumah Ibu dah terlalu letih untuk melayan Adam. Sedangkan Adam kini ada habit baru. Pukul 10 malam ke atas Adam cukup ceria, gelak ketawa dan ingin bersembang dengan ibu dan ayahnya. Malam tadi cuma ayah seorang jer yang menjaga dan melayan Adam. Cuma bila pukul 5 pagi, batuk Adam makin teruk, ayah berikan ubat pada Adam. Lepas tuh Adam marah dan merajuk dengan ayah, sampai susu yang ayah beripun tak nak diminumnya. Terpaksalah ibu bangun dan memujuk Adam. Lepas lampin dan pakaiannya ditukar, Adam mula ceria dan ingin bersembang dengan ibu. Puas Adam tarik2 baju ibu dan entah apalah yang cuba diceritakannya, ibu tak faham. Rasanya Adam mengadu yang ayah berikan dia ubat kut. Akhirnya Adam dan ibu sama2 terlena kepenatan, dan Adam cuma terjaga bila bila ibu mencium sebelum ibu pergi kerja.

Khamis, 6 Disember 2007

Adam menangis

Semalam ibu ada Seminar di Hotel Pan Pacific KLIA manakala ayah pula menyediakan booth di PICC untuk pameran hari nih dan esok . Seminar ibu habis pukul 5.30 lebih. Minum petang, bersolat asar, dan kemudiannya berjalan ke KLIA untuk menaiki ERL. Ayah menjemput ibu di stesyen ERL Putrajaya pukul 6.45 dalam hujan renyai2. Kami cuba sedaya upaya untuk mengambil Adam secepat mungkin, tapi disebabkan hujan yang turun menyebabkan pemanduan agak perlahan.

Adam dijemput dari TASKA pukul 8 lebih. Selepas itu ibu dan ayah mengalas perut di gerai yang berhampiran, sementara Adam lena tidur dalam car seatnya. Tiba dirumah, bila mendengar Adam mula batuk, ibu pun memberikan inlealer dan ubat batuk kepada Adam. Mungkin sebab sejuk, lama kena hembusan angin malam dalam hujan renyai2, batuk Adam menjadi makin teruk dan tangisannya juga semakin kuat. Tetiba ibu perasan muka dan badan Adam telah bertukar kepada biru. Ketakutan, ibu mengejutkan ayah yang telahpun lena keletihan. Puas juga ayah mendokong dan memujuk Adam. Lewat tengah malam barulah tangisan Adam reda.

Pukul 6.30 pagi tadi, Adam dibawa ke Jab. Kecemasan Hospital Damansara. Di sana hingus dan kahak Adam disedut. Selepas pulang dari hospital, barulah Adam dihantar ke TASKA, ibu dan ayah meneruskan perjalanan untuk ketempat kerja. Ayah ada pameran di PICC manakala ibu pula berpindah pejabat, dari tingkat 18 ke tingkat 7.

Rabu, 17 Oktober 2007

Kecerian Syawal

2 hari sebelum syawal menjelma, adam harith mendapat kebenaran keluar dari ICU oleh Dato Dr Azizi untuk keluar dari Hospital Pakar Damansara. 10 hari adam harith di ICU, tidak dapat digambarkan perasaan ayah adam. Tak sampai hati nak tulis sebarang catatan apa yang berlaku namun ibu adam ada mencatatkan sesuatu sepanjang ibu adam menjaga adam diICU. Ayah adam sendiri menanti bila ibu adam ada kelapangan untuk menulis dalam blog adam tentang pengalaman ibu adam.

Syawal disambut secara sederhana di rumah mak ngah adam. Malam raya, kami habiskan masa bersama. Ibu adam, ayah adam dan adam. Selepas solat sunat hari raya, ibu adam beraya di rumah nenek senah dan kemudian terus ke putrajaya rumah mak ngah. Mak atuk, acu dan uda telah pun berada di sana pada malam raya lagi. Maka meriahlah suasana di sana. Dari rumah mak ngah kami ke rumah atauk marof di Taman Ehsan dan seterusnya rumah atuk akob( jiran mak atuk). Malam raya ke 2, kami habiskan di rumah.

Raya ke dua, kami tak ke mana mana sebab adam harith keletihan dan menghabiskan masa dengan tidur. Lagi pun baru adam harith kembali dan terpaksa diberikan ubat batuk untuk mengelak dari bertambah teruk. Cuma rasa ke 3, kami berjalan ke rumah saudara mak atuk di JKR Kg Nakhoda. Kemudian ke rumah nenek sofi di Tmn Amaniah dan seterusnya ke Rumah Pakcik Jaafar di Putri Laksmana.

Semalam hari raya ke 4, adam harith ke rumah antie Asmah di Klang. Masa tu hujan lebat sungguh. Sebelah malam kami beraya ke rumah Atuk Daddy di Taipan 2 Damasara. Ayah adam dah 2 kali ke sana namun malam tadi ayah adam tersesat. Sampai di sana kami dijamu dengan sup ekor oleh atuk daddy. Nenek mariam dari Singapura dan anak anaknya juga berada di sana. Mak ngah adam dan keluarga, acu, mak atuk dan uda juga berada di sana. Apa lagi meriahlah.

Atuk daddy menunjukkan gambar dia bergambar dengan Pak Lah ( PM Malaysia) dan TPM malaysia semasa perasmian Kiosk E-Derma di Masjid Kampung Baru.

Insya Allah ayah adam akan cuba up load gambar raya. Oh ya .. Ayah adam dah mula bekerja hari ini sementara ibu adam masih bercuti dan akan bermula bekerja pada hari isnin.

Sabtu, 25 Ogos 2007

Sehari Di Hari Sabtu

Hari ini adam harith mempnyai agenda yang agak padat. Pagi ke Klinik Khalid di Desa Jaya untuk menerima suntikkan bagi bayi yang berusia 2 bulan. Seperti bayi bayi lain, adam harith menangis ketika di suntik namun sekejap sahaja. Pulang dari klinik, adam harith mengambil mak atok dan terus bergerak ke putrajaya rumah mak ngah. Di rumah mah ngah, apa lagi adam harith dikelilingi oleh sepupu sepupunya lah . Abang Imran , kakak ika, abg azam dan kak dira. Masing masing bersemangat ingin mengagah adam harith. Seronok adam. Sesekali melemparkan senyuman untuk mereka.

Malam nie uda dan mak atuk di putrajaya melihat pesta bunga api. Namun adam harith perlu bergerak ke rumah uncle Jo di sri petaling. Sayang untie kerja so tinggal uncle jo dengan 3 orang anaknya. Namun anaknya yang no 2 dan bongsu lena tertidur kerana kelitihan study. Maklumlah minggu depan sekolah.

Pulang dari rumah uncle jo, adam harith terlelap dan sehingga blog ditulis adam harith masih lagi lena di dalam play pennya.

Jumaat, 24 Ogos 2007

Petang Jumaat

Petang nie adam tidur sahaja. Rancangan nak ke klinik untuk suntikkan tapi gerimis so tak jadi. Adam dah masuk 2 bulan dan berat badannya dah meningkat ke 4kg. Kecil kalau dibandingkan dengan anak anak jiran tapi yang penting ada sihat dan ceria. Pagi tadi kami ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Alhamdulillah, doktor kata adam tak ada apa apa. Cuma doktor maklumkan pada kami bahawa adam menghadapi pembedahan yang major. Bukan minor seperti yang dimaklumkan kepada kami. Apa pun doktor memberikan nasihat agar berhati hati sekiranya adam dah besar dan memakan buah buahan yang berbiji besar. Saluran pemakanan adam mungkin tidak dapat menerima biji yang besar. Doktor juga memaklumkan kemungkinan adam akan kecil sedikit dari kanak kanak biasa. Apa pun Adam dalam keadaan sihat.


Esok kami cadang nak bawa adam berjumpa doktor diklinik sahaja untuk suntikan yang telah ditetapkan untuk bayi yang berusia 2 bulan. Lepas tu nak ke rumah mak ngah di Putrajaya dan mungkin bermalam di sana sebab nak tengok pertandingan bunga api. Apa pun tertakluk kepada perubahan.




Powered by ScribeFire.