Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 27 Julai 2009

Follow-up di DSH


Ikut kebiasaannya seminggu lepas keluar ward ada follow-up dengan doktor. Adam keluar ward pada 8/7/2009, dan jadual untuk follow-up sepatutnya pada 15/7/2009. Sebab week day, ingat nak tangguhkan hujung minggu, tetapi doktor ada seminar pula. So terpaksalah setkan temujanji pada 25/7/2009.
Pagi tuh kami sampai di hospital lebih kurang pukul 9 pagi. Lepas mengesahkan GL, masa daftar tuh dah pukul 9.15 pagi. Dimaklumkan bahawa Adam adalah pesakit yang ke 18.
Sebab lama lagi, so mula-mula sarapan dulu. Adam dah pandai minta. Kalau tengok di kedai mamak, dah tau apa yang di nak "Roti Nanai" dan "Air Milo"


Lepas sarapan, kami ke Tesco Mutiara Damansara dahulu untuk membeli barang keperluan rumah. Bila di kira macam lewat lagi masa untuk Adam jumpa Doktor kami balik dan berehat di rumah dahulu. Pukul 1 baru bertolak semula ke Hospital. Bila sampai jer klinik, yang sedang berjumpa doktor adalah pesakit yang ke 16. Setengah jem kemudian giliran Adam. So betullah kiraan kami, seorang pesakit lebih kurang 20 minit.

Khamis, 9 Julai 2009

DSH - Pos Discharge

Inilah bekalan Ubat yang diberikan

Tiba dirumah semalam, Adam tidur dengan nyanyaknya.Bangun tidur Adam teringin nak jumpa kawan2 yang dirinduinya. Ibu bawa Adam ke taska untuk berjumpa kawan2 seketika

Bila batuk Adam makin teruk dan tiba masa untuk makan ubat, Adam di bawa pulang. Teringat komen pembantu nurse masa ambil suhu Adam di malam terakhir. Semua orang suka Adam. So ibu pun tanya, yer ker? Kenapa yer?
Adam comel
Adam peramah dan mudah mesra dengan semua orang.
Adam dah pandai mengira
Adam budak yang paling senang makan ubat.

Hehehe..Adam bukan saja senang makan ubat, tetapi juga nebuliser. Kalau dulu Adam nangis setiap kali kena nebuliser, hari2 terakhir di ward Adam di ward, biasanya dia akan menangis bila nebuliser di tanggalkan.

Rabu, 8 Julai 2009

DSH - Hari terakhir

Pagi nih, ibu sengaja pakaikan Adam baju warna merah, supaya nampak Adam lebih ceria. Masa doktor masuk Adam sedang sarapan bubur. Seperti di duga, doktor membenarkan Adam keluar hari ini.

Ayah sampai lebih kurang pukul 12. Sementara urusan bil dan GL, kami menjamu selera di kantin terlebih dahulu. Urusan selesai lebih kurang pukul 2, dan kami tiba dirumah kira-kira pukul 2.30.. Ahh.. Home sweet home.

DSH - Hari ke 5

Hari nih Adam bangun awal. Lepas nebuliser pukul 7 pagi Adam tak tidur lagi. Sebab bocor, maka Adam perlu ditukarkan. Semasa ibu dibilik air boleh dengar adam menyanyi 'lai lai le jus' dan 'alif ba ta'. Beberapa kali juga Adam menyebut nama Cikgu Ira, Haikal dan Nina. Nampaknya Adam benar-benar rindukan sekolah dan kawan-kawannya.

So ibu pesan, nanti bila doktor sampai Adam cakaplah Adam nak gi sekolah. Pemeriksaan doktor mendapati semuanya ok, then doktor sendiri yang tanya nak balik ker? Ibu cakaplah yang Adam nak pergi sekolah. So doktor kata tengoklah petang nanti.

Waktu petang, doktor lambat sangat masuk. Adam lak aktif sangat berlari dan melompat di atas katil menyebabkannya mengah dan letih bila doktor sampai. So doktor kata, tengoklah esok pagi pulak.

Drip di tangan dah dibuka. Namun pukul 10.30 dimasukkan lagi antibiotik.

Sedih tengok Adam.. Dari kanan salur gas nebuliser ke hidung. Di tangan kiri pula antibiotik.

Isnin, 6 Julai 2009

DSH - Hari ke 4 bhg 2

Doktor kata hasil ujian blood test Adam negetif. Cuma sebab paru-paru Adam berbunyi agak kuat, doktor suruh buat X-ray paru-paru.

Di depan bilik satu, menanti untuk x-ray.

Makanan pertama yg Adam makan sejak masuk ward. Meat ball dgn brown sos.

Hari nih cuma masuk 1 picagari antibiotik jer. Sebab Adam dah mula makan dan minum, drip telah dihentika.

Minum susu, lepas doktor periksa. Doktor kata semua ujian negetif. Nothing to worry. Tengok pada aktifnya Adam depan doktor, hopefully esok atau selewat-lewatnya lusa boleh lah balik rumah.

DSH - Hari ke 4.

Cabaran baru bermula tengahari Ahad, bila Adam mendapat semula tangan Ben10 nya. 1 jam pertama dimasukkan antibiotik. Habis jer, semasa nebuliser lagi Adam dah minta susu. Satu perkembangan, sebab untuk beberapa hari, jenuh memaksa Adam untuk makan atau minum.

Batuknya pun jauh berkurangan berbanding sebelum ini, sesekali sahaja. Bila air banyak masuk, timbul masalah baru pulak. Nampaknya setiap 3 jam pampers kena tukar, kalau tak nak minta cadar ditukar.

Adam bangun lebih cergas dan ceria pagi. Tak nak makan atau minum, minta flash card untuk diulangkaji. Sebab sakit dan dah lama tak baca agaknya, banyak nama2 binatang yang dulu Adam dah kenal sekarang dah lupa.

Doktor baru jer masuk dan periksa Adam. Hasil blood test ok. Cuma sebab bunyi di paru2 agak kuat, sekejab lagi nak buat x-ray pulak.

Mesin yg diatas untuk mengawal jumlah air yang masuk. Mesin bawah pula untuk antibiotik. Sehingga paginih, kedua-duanya dah masuk 2 botol.

Ahad, 5 Julai 2009

DSH - hari ke 3

Berbanding dengan hari kedua dia mana Adam begitu aktif dan ceria, hari ke3 adam disini begitu suram. Bermula tengah malam bila Adam batuk kokol dengan teruknya diikuti dengan demam yang agak panas. Nebuliser dan ubat yang diberi belum menampakkan kesan, namun setiap kali nebuliser, Adam memegang alat itu dan seolah-olah tak mahu dilepaskan. Mungkin dia selesa bernafas dengan adanya alat tersebut.

Pagi nih bila doktor datang, arahannya buat blood test. Infaction kali nih agak teruk. So mula2 darah Adam di ambil. Kalau dulu tangan kanan, kali nih kiri pula.

Gambar bersama tangan Ben 10.

Terlena menanti nurse masukkan drip.

Dapat nebuliser, eratnya pegangan dan tak mahu dilepaskan.

Mula dah wayar berselirat. Antibiotik selama sejam, lepas tuh masuk air pula

Sabtu, 4 Julai 2009

Warded kali ke 4

Adam mula demam malam rabu 30/6. Lepas bagi ubat, pagi rabu tuh hantar juga ke Taska. Petang tuh, cikgu kata Adam demam tengahari, dah bagi ubat. Malam khamis tuh Adam demam dan batuk. Hari khamis 2/7 semua orang tak sihat. Di klinik Taman Armaniah, doktor dah bagi Adam satu nebuliser, dan cadangkan seelok-eloknya Adam masuk ward untuk dapatkan nebuliser setiap 4 jam. Kami cuba dulu bagi inhealer setiap 4 jam. Tapi sampai malam, demam Adam tak turun2 dan batuknya semakin teruk. Pukul 10.30 kami bertolak ke Hospital, dengan membawa semua keperluan untuk tinggal di ward.

Mula2 nebuliser di ward kecemasan dulu.


Gambar darah Adam diambil tidak dapat dirakamkan kerana tangisannya yang begitu kuat. Salur darah Adam kecil jer, tambahan Adam kurang minum menyebabkan darahnya begitu pekat.

Masuk ward pukul 12, nurse bagi ubat.

Baru separuh picagari, Adam dah muntah dengan banyaknya. Lepas tukar baju, semasa nebuliser Adam mengamuk dengan teruknya. Ingatkan lepas tuh nak tidur dengan selesa, bila mesin mengawal drip asyik berbunyi. Nurse kata air tak boleh masuk dan tangan Adam dan mula bengkak, jadi drip dihentikan. Tapi jarum ditangan masih dikekalkan, kalau2 doktor bagi arahan masukkan drip juga.

Hari pertama - tangan Ben10 semua dah dibuka. Dah boleh main dan susun block.

Malam kedua. Pukul 3:30 Adam mula batuk dengan teruknya dan tak mahu berhenti. Nurse kata dari kaunter pun boleh dengar. Lepas bagi Nebuliser, bolehlah bertahan sekejab, lepas tuh batuk lagi.

Hari kedua, Adam dah mula ceria dan mengajak ibu berjalan2 sekitar hospital. Adam memilih belon Nemo, sebab sebelum turun tadi, cerita Nemo sedang ditayangkan di TV.

Acu dan mak atuk pun datang, melawat masa ada di ward. Maklumat lanjut di sini

Khamis, 21 Mei 2009

Muntah.


Adam tengah sarapan rumah mak atok


Tak pasti sama ada kesan dari rawatan sonatron atau kesan pengambilan ubat. Setiap pagi sepanjang minggu ini kecuali hari isnin, ayah adam bangunkan adam, gosok gigi adam, mandikan adam, siapkan pakaian adam dan sepanjang 4 hari, setelah adam bersiap, adam akan batuk dan terus muntah. Bersama dengan muntah dia adalah kahak warna hijau. Yang tak bestnya kemarin ayah terpaksa tukar baju dan hari ini dalam kereta ayah. Sebelum ini pun dalam kereta ayah.

Apa pun adam semakin bijak dan ceria.

Isnin, 18 Mei 2009

Terapi Sonartron



Dah 4 hari adam menerima rawatan terapi sonartron.Bermula hari jumaat hingga ke malam ni hari isnin malam selasa. Kita cuma berusaha untuk memastikan adam mendapat rawatan yang terbaik. Namun kami akur, yang menyembuhkan Allah swt.

Sabtu, 25 April 2009

Adam semakin ceria

Minggu lepas, adam dalam proses penyembuhan. Meragam, sensitif memang sinonim dengan adam apabila demam, batuk dan selsema melanda adam.

Dan itu semua adalah ujian dari Allah swt. Menguji perasaan. Hari ini, adam semakin ceria. Ingatkan nak bawa adam ke pesta buku.

Selasa, 21 April 2009

Maghrib yang mencemaskan

Masuk2 jer rumah, Adam jumpa botol susu yang berisi air masak dari malam sebelumnya. Dia terus berlari ke bilik TV dan sebut 'tak nak'. Ingatkan Adam nak susu, terus ibu ambil botol tuh untuk bancuh susu. Adam terus menangis dan mulutnya tak berhenti sebut ' tak nak'.

Bagi susu tak nak, dukung dan peluk pun tak nak. 2 kali bawa masuk bilik, letak atas katil bagi susu. Tak nak. Dan adam berlari, terus meniarap di ruang tamu. Keadaan terlalu kalut dengan azan maghrib, tangisan adam, bacaan quran di Hp dan call dari ayah beberapa kali.

Bila ibu nak solat maghrib, tangisan Adam makin kuat menangis. Buntu, apa yang teringat diminda hanyalah ayat kursi. 3 kali ibu bacakan ayat qursi, ketika orang di surau sedang solat maghrib. Tak tahu siapa yang dengar, tapi bacaan ibu memang sekuat hati. Semakin kuat ibu membaca, semakin kuat adam menangis dan menjerit. Akhirnya ibu meninggalkan Adam menangis di atas sejadah, dan ibu solat di ruang tamu. Selesai solat, tangisan Adam dah berhenti. Rupanya Adam dan tertidur keletihan di atas sejadah. Adam dibiarkan tidur sementara ibu mandi dan menanti ayah sampai.

Bila ayah sampai, barulah Adam nak minum susu. Sementara itu, ayah buat apa2 yang patut, untuk mengelakkan perkara ini berulang. Lepas minum, Adam begitu ceria untuk bermain dengan ayah dan ibu. Malangnya ibu terlalu mengantuk dan ayah pula sakit kepala.

Untuk malam ke 3, semua orang tidur di ruang tamu. Tutup semua pintu2 yang lain, berikan buku mickey mouse, dan biarkan sahaja Adam bermain sendirian. Entah pukul berapa Adam tidur, tiada yang tahu.

Isnin, 20 April 2009

Bila Adam Demam

Hari ini genap 4 hari adam meragam. Dah lama adam tak diuji atau lebih tepat lagi, ibu dan ayah adam diuji dengan ujian yang cukup getir. Bila adam deman, maka emosi ayah dan ibu, fizikal ayah dan ibu, mental ayah dan ibu, dan begitu juga dengan perasaan ayah dan ibu.

Hari khamis, kami cuba sedaya upaya menggunakan ubat yang ada untuk merawat adam. Namun pada hari jumaat, kami bawa adam berjumpa dengan GP Poliklinik Kotaraya yang terletak di Taman Amaniah setelah tiada perkembangan positif. Kenapa ke sana? Bukankah jauh dari rumah? Jawapanya, keserasian. Rasanya perkataan tersebut menjawap segala persoalan.

Hari sabtu, lagi mencabar. Kelihatan adam bukan lagi adam yang kami kenali. Asyik nak marah saja dan telah pandai menjeling dan membaling barang. Selain itu adam tidak mahu minum susu dan makan apa apa jua makanan. Petang tu juga kami mengambil keputusan untuk merujuk ke Hospital Pakar Damansara.

Dalam perjalanan, baru ayah adam tersedar. Mungkinkah adam "keteguran"? Pagi Rabu, ayah adam dan adam ada singgah kedai di sebelah surau Taman Ehsan dan ketika itu kedengaran bacaan yasin. Tanpa melengah masa, ayah adam terus menghubungi atuk wak seh di Taman Ehsan minta kepastian. Wak minta kami ke rumahnya dengan kadar segera.

Di rumah wak, adam diberikan minum air doa dan disapu muka serta badan dengan air doa. Alhamdulillah, selang beberapa minit, adam meminta susu. Rasa syukur sangat dengan Allah swt. Namun kami tetap ke Hospital Pakar Damansara untuk mendapatkan rawatan batuk dan selsema

Petang ahad, sekali lagi adam batuk dengan teruknya. Walaupun deman dah reda namun batuk memang teruk. Tapi pengalaman mengajar kami agar bersabar, jangan tergesa gesa untuk memasukan adam ke dalam wad. Sementara adam didukung dan terlelap dibahu ayah, ibu adam menyediakan barang keperluan seandainya adam perlu masuk wad.

Ubat inhaler adalah harapan kami yang terakhir. Sekiranya tiada berkesan, memang adam perlu masuk wad untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Alhamdulillah sehingga ke pagi ini, sesekali sahaja adam batuk. Tidurnya pun lena. Kami beri tempoh 24 jam lagi.

Pagi ini, adam akan dihantar ke taska. Dah rindu sangat dengan cikgu, sampai tersasul nak panggil ayah atau ibu tapi sebut perkataan cikgu. Ayah akan bekalkan dengan Ventolin dan sekiranya batuknya teruk sangat, malam nie adam akan dimasukan ke dalam wadlah.

Jumaat, 17 April 2009

Adam Demam

Dah lama adam dikurniakan kesihatan yang sihat wal afiat sehingga semalan, kami semua diuji dengan keadaan adam yang diserang deman panas, batuk dan selsema.

Pasrah pada yang Maha Esa namun tetap bersyukur kerana semua persediaan telah ada. Semoga Allah menyembuhkan adam dan keluarga.

Rabu, 15 April 2009

Ceria

Semalam, adam nampak ceria. Dah beberapa hari mood adam tak beberapa baik. Nak mengamuk aje dan mudah sangat menangis.
Semalam pagi, adam bersarapan di rumah mak atuk. Sarapan roti canai dengan the tarik.berselera betul. Hampir separuh roti canai tu makannya.

Malam tadi, ayah balik lewat sikit. Lepas azan maghrib baru sampai rumah. Selesai solat maghrib ayah ajak adam baca Alif Ba Ta. Macam ayah dulu masa kecil kecil menangis bila dah bosan. Dari kad yang bertampal di dinding, ayah bagi buku iqra. A dan Ba. Bila ayah sebut A A Ba , yang kedengaran Ba Ba Ba.

Nampaknya dah mula boleh mengajar mengenal huruf arab.

Selasa, 24 Mac 2009

Adam sembelit

Dah lama Adam selalu susah membuang air besar, cuma tak pernah di kira berapa hari. Selalunya setiap kali nak melepaskan hajat, dalam kesakitan dan tangisan dan biasanya najis Adam bercampur dengan sedikit darah.

Bila ibu terjumpa dengan artikal ini , menyebabkan ibu semakin takut. Kali terakhir ingat Adam berak semasa sambutan Mualidur Rasul di Apartment, iaitu pada petang hari sabtu. Hingga ke hari rabu Adam belum berak lagi, menyebabkan ibu dan ayah membawanya Adam ke Klinik.
Di klinik Adam di beri ubat untuk dititiskan 5 titik kedalam susu. Balik dari klinik, ayah memborang pula pisang dan betik untuk Adam.

Cuma pagi sabtu barulah Adam mampu membuang dengan sempurna tanpa sebarang kesakitan lagi.

Ubat Adam.


Isnin, 9 Mac 2009

Dah 20 Bulan

Dah 20 bulan usia adam dan semalam, adam bertemu dengan doktor pakarnya. Alhamdulillah sama seperti kunjungan 2 bulan lepas, kesihatan adam semakin baik. Lepas ni tiada lagi temujanji. Berjumpa doktor hanya kalau ada masalah kesihatan.

Ketika melihat keadaan di sana dengan ramai bayi bayi kecil, benar benar menginsafkan. Dalam hati penuh rasa syukur dengan keadaan adam sekarang ini.

Rabu, 28 Januari 2009

Adam jatuh???

Bila pintu taska dibuka jer, adam meluru memeluk ibu. Cikgu kata Adam dah lama siap dgn beg dibahu menunggu ibu. Semasa pakaikan kasut, ibu perasan pipi kiri adam agak gelap sedikit. Ibu tanya, kenapa?. Cikgu kata Adam jatuh masa bermain. So ibu kata "jadi kuatlah budak manja ni nangis". Cikgu kata tak juga. Dia ngangis sikit jer, cikgu pujuk, dengan kata2 org beg baru tak boleh nangis. Adam memang sayangkan beg dia. Masa tidur, bila kawan2 ambil beg dia, dia bangun untuk ambil dan peluk beg dia.

Dalam perjalanan pulang, ibu terbau minyak gamak. Agaknya teruk Adam jatuh, hingga perlu diletakkan ubat. Hingga ke malam, mata Adam masih lagi lebam. Apa yang sebenarnya berlaku, hanya Allah dan pihak taska ajer yang tahu.

Lebam mata adam

Ayah adam terkejut apabila melihat mata adam lebam. Terkelu lidah dan rasa sayu dihati. Ibu adam mengkhabarkan bahawa menurut cikgu adam, adam jatuh di tempat mainan.

Anak lelaki, jatuh tersungkur perkara biasa. Tak kan ayah adam nak adam tak tahan diuji. Maka semoga adam cepat sembuh dan belajar dari kesilapan.

Ahad, 11 Januari 2009

Lawatan ke Damansara Specialist Hospital

Seperti biasa, temujanji dengan Doktor Pakar , Dato Doktor Azizi di Damansara Specialist Hospital.








Ceria .. Sebelum kena suntik.
Gambar adam menangis di suntik tidak dapat dirakamkan.

Posted by Picasa