Lena tidurnya. Nampaknya ada harapan keluar hari ini. Apa pun bergantung kepada doktor. Hari ini ayah adam ke shah alam. Ada mesyuarat dengan pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Dah 4 hari adam di dalam wad. Setiap 4 jam diganggu untuk diberikan ubat. Baru nak lena dah dikejutkan. Ayah pun sama sayang. Tak lena tidur ayah. Semoga cepat sembuh. I doa ayah.
Pagi tadi demam adam semakin teruk. Batuknya juga semakin teruk. Tengah hari bawa adam jumpa Doktor Dato Azizi. Setelah diperiksa, adam dimasukkan ke dalam wad. Adam tetap ceria.
Mak atuk masuk Hospital Selayang. Mak atuk akan melalui pembedahan untuk memasukkan tiup bagi memudahkan rawatan CAPD , rawatan buah pinggang. Adam dan sepupu sepupunya melawat mak atuk di Hospital pada hari sabtu dan ahad.