Isnin, 30 November 2009

Toilet train


Sedang menikmati ais cream. Hadiah kerana berjaya dalam toilet training. Sepanjang hari di taska langsung tak pakai pampers. Dan waktu Maghrib berjaya 'iyak' dgn jayanya didlm toilet.
Cikgu kata, cuma 3 helai seluar jer yang terkena. Cikgu kata biasalah minggu pertama, lepas seminggu nanti ok lah tuh.

Majalah I



Muka depan Majalah I bulan November 2009


Ruangan dalam Majalah I dimana ada cerita mengenai Blog Adam dengan tajuk
"Dunia Si Kecil Adam Harith"

Ahad, 29 November 2009

Temankan ibu tengok kereta baru


Hmm tangga .. Ibu lupa adam ke ?


:P macam mana ibu? Any komen? Sayang, ayah tak bawa cek booklah ..

Hmm .. A untuk Ais-Cream

Waktu malam, adam jadi cikgu ... Dah penat mengajar, menconteng lak ... oppp bukan menconteng tapi "mewarnalah" ...

Sabtu, 28 November 2009

Jizsaw puzzle








Oleh kerana ayah sibuk dengan tv dibilik aktiviti, adam mencari kawasan lain untuk menyiapkan jizsaw puzzle dia tanpa gangguan ayah.

Jumaat, 27 November 2009

Majlis Korban.

Alhamdulillah, tahun ini, adam diizinkan untuk berkorban satu bahagian. Memang menjadi tradisi keluarga adam harith (insya Allah) untuk berkorban tanda rasa syukur dengan apa yang Allah swt kurniakan kepada keluarga adam harith.

Sedikit tazkirah, pesan ayah adam pada adam. Korban bukan tentang saiz lembu atau kambing tetapi keikhlasan yang lahir dari dalam diri. Dan jangan dihina, dikeji, dilawak, dikutuk mahupun diseloroh korban orang lain. Jangan dibanding bandingkan saiz lembu kerana kita telah menyerahkan hak kita untuk memilih, menyembelih dan mengagihkan daging korban kepada AJK Surau. Yang penting ikhlaskan diri kita.


Ahad, 22 November 2009

Majlis khenduri kahwin di Trolak.

Hari ni Adam menghadiri Majlis khenduri kahwin sepupu Ibu Adam di Trolak. Dua tiga hari sebelum nih pun Adam dah cukup seronok. "Nak jumpa nenek".

Ini lah gambar yang dapat dirakamkan bersama pengantin. Gambar Pertama. Adam bersama Mak su dan pasangan di atas pelamin. Gambar kedua, Adam didukung oleh pengantin.

Selamat Pengantin Baru, Rosnida bt Roslan.

Rabu, 18 November 2009

Adam kemalangan

Satu kegemaran Adam yang tak mampu di tahan adalah minatnya pada bedak. Pantang terjumpa, biasanya akan penuhlah muka, baju dan lantai dengan bedak.

Senja semalam pun sama. Ibu sedang masak di dapur, ayah sedang setup notebook baru ibu, bila terasa "eh senyapnya, apa yang Adam sedang buat dalam bilik". Sah, Adam sedang membedaki tikar getah.

Kerana sibuk dengan tugas, ibu terlupa untuk mengelap lantai yang telah licin dengan bedak itu. Sehinggalah lebih kurang pukul 9.30 malam bila ibu terdengar bunyi Adam jatuh. Tangisannya begitu kuat. Bila ayah angkat darah menitik dari mulut Adam. Ibu sangkakan gigi depan Adam telah patah. Mujur ayah Adam pernah jadi ahli PBSM dan tahu pertolongan cemas. Penuh juga sehelai tuala tangan dengan dari dari mulut Adam.

Bila darah dah berhenti keluar, barulah kami boleh melihat kecederaan yang berlaku. Bibir atas dan gusi Adam telah luka dan itulah puncanya berdarah. Mujur Ibu ada menyimpan Nigella (minyak Habatus-Saudah keluaran DCL). 5 minit lepas minyak tersebut dititiskan, bila ayah suruh Adam kulum ais tetiba jer Adam berkata "Sejuk"

Syukur Alhamdulillah, gigi Adam tidak patah dan bibirnya tidak membengkak. Harapnya lepas nih Adam dah serik untuk bermain dengan bedak di atas lantai lagi. Adam telah mendapat hukuman atas kesalahannya bermain bedak selama ini

Isnin, 16 November 2009

Sepagi di masjid Shah Alam

Pagi Ahad, Ayah Adam berjanji untuk bertemu dengan seorang ustaz di Masjid Shah Alam. Kebetulan ibu pula nak beli notebook lepas tuh, maka ibu dan Adam pun ikut sekali ke Shah Alam.

Ditakdirkan Allah, sewaktu kami bersarapan di Restaurent Hartini Seksyen 10, Shah Alam, kami bertemu pula dengan keluarga mak ngah yang dalam perjalanan untuk membasuh rumah baru mereka di Meru, Kelang. Memang besar kuasa Allah.. seluas-luas Shah Alam, dan banyak-banyak restaurent, kami datang ke tempat yang sama di masa yang sama. Adam apa lagi, seronoklah dapat bertemu sepupu2nya yang dirindui.

Lepas tuh, sepanjang Ayah bermesyuarat, Adam bermain, berlari dan sebagainya. Seronok nampaknya sebab Adam mendapat kawasan yang segar dan luas untuk merehatkan minda dan fikirannya.

Pagi isnin tuh, pukul 6 pagi lagi Adam dah bangun, tak sabar nak ke Taska dengan ibu. Mungkin sebab dah re-charge sehari sebelumnya.














Khamis, 12 November 2009

Adam oh Adam

1. Cikgu Ira oh Cikgu Ira.

Dari sumber rasmi yang diperolehi, Cikgu Ira pulang ke kampung pada 31/10/2009 dengan alasan untuk tinggal bersama ibunya dan telah mendapat kerja di kampung. Namun begitu, penangan kuat Adam dan rakan2nya di Taska barangkali, Cikgu Ira cuma mampu bertahan 10 hari sahaja di kampung. Pagi Selasa bila ayah menghantar Adam ke taska, Cikgu Ira dah menunggunya di sana.

2. Kunci oh kunci.

Pagi semalam ayah Adam agak kalut dan kelam kabut bilamana kunci kereta dan kunci rumah yang biasa digunakan hilang. Setelah puas mencari, yang jumpa hanyalah remote kereta yang kebetulan telah terputus dari gugusan kunci berkenaan.

Terpaksalah ayah pergi kerja menggunakan kunci spare. Balik ke rumah, puas juga ibu cuba mencari kunci berkenaan. Ayah juga cuba mencari di jalan-jalan yang telah dilalui dan juga disurau, kalau2 tercicir di sana. Ayah telah maklumkan kehilangan kunci berkenaan kepada AJK surau, kalau ada yang terjumpa, bolehlah dipulangkan.

Pagi ini, bila ibu mengemaskan hand bag ibu terasa pula, kenapa banyak sangat kunci nih. Kunci kereta, kunci rumah dan eh nih kunci apa?.. Hehehe siapa lah pula yang meletakkan kunci kereta dan rumah ayah nih dalam beg ibu?

Pastinya tidak lain dan tidak bukan, melainkan budak bertuah nan seorang tuh. Apapun bersyukur lah sebab ayah tak perlu buat kunci kereta yang baru, sebab kunci kereta ayah tidak semudah kunci rumah untuk diduplicate.

Ahad, 8 November 2009

Adam dihukum

Berat hati nak hukum Adam, tapi terpaksa dihukum. Adam dikehendaki duduk di dalam bilik tidurnya kerana menumpahkan 1 jug air kopi dan 1 cawan besar air kopi. Selama hari ini, ayah dan ibu biarkan, dan hanya menasihatkan adam jangan tangisi air yang tumpah, tapi kali ini Adam perlu dididik agar berhati hati bila berkaitan dengan air. Harap satu hari nanti adam akan faham

Kedengaran adam berceloteh bersendirian di dalam bilik tidurnya. Entah apa yang dibicarakannya.

Ayah sayangkan Adam.

Sabtu, 7 November 2009

Harimau Tomei


Dah lama ayah nak carikan baju khas buat anak kesayangan ayah. Akhirnya ..... Dapat juga ... Harimau Tomei.

Rabu, 4 November 2009

Pengaruh TV

TV banyak kelebihannya kalau digunakan sebaiknya. Contohnya 70% dari masa menonton TV dirumah ini adalah saluran 613 -Playhouse Disney, rancangan khusus untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah.

Mickey Mouse Club House mengajar Adam mengira, bentuk dan warna. Hingga kini mengira adalah salah satu dari hobi Adam. Apa saja boleh dikira, anak tangga, longgokan baju, pampers dalam beg, coco crunch @ honey star.

Word world pula mengajar Adam tentang huruf dan mengeja.

My Friends tiger and Pooh pula mengajar untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah. Telah beberapa kali Adam menghadapi masalah, biasanya tidak sampai mengambil mainannya. Samaada buku terlalu tinggi di atas rak, atau tercampak terlalu ke tengah di bawah meja.

Adam, sebagai budak manja biasalah akan menangis terlebih dahulu, diikuti dengan kata2 "ibu, tak boleh". Kecewa sebelum berjuang.

Biasanya ibu tak tolong, sebalinya ibu akan menyanyi " Bila bermasalah fikir, fikir fikir". "Think, think, think".

Setakat ini berkesan. Kalau bawah meja, samada Adam ambil dengan kaki, pergi ke sudut yang lain ataupun merangkak. Kalau tinggi sangat pula Adam akan angkat kerusi plastik untuk sebagai alas kaki.

Bijak bijak...

Sent from my Nokia E71 phone

Selasa, 3 November 2009

INI..& Sama kan


Dah beberapa hari Adam minta, "Nak Coco crunch", bila jumpa pamplet Tesco @ Carefour. Hari tercapai hajat bila ibu belikan di kedai yang berhampiran.

Rasanya Adam baru belajar perkataan baru. Semenjak dua menjak nih ayat yang sering keluar dari mulut Adam adalah
"Ibu, apa ini?"
"Ibu, nak mamam ini".

Lagi satu ayat Adam, bila membuat perbandingan. contohnya
1. Bila diberi berus gigi baru "sama haikal punya kan".
2.Dalam pemplet ada gambar notebook "sama ayah punya kan".
3. Masa mandi kolam, bila ada anak dara comel baru masuk kolam "ibu, muka dia sama Yana kan".

Selain daripada itu Adam cukup mahir menggunakan bahasa UNTUK.
Setiap kali makan honey star/coco crunch..
"Ini untuk Adam, ini untuk ibu"
"Untuk ayah?"
"Untuk ayah tak ader/ Tak yah"

Merujuk kepada carta perkembangan bayi, kemahiran bahasa Adam setara dengan orang yang berusia 3-4 tahun, walaupun tubuh badan Adam lebih kecil dari Atan, anak Cikgu Rozita pemilik Taska yang kini berusia setahun.

Isnin, 2 November 2009

tomey tak?

Sejuk... Ambil Adam dr Taska dlm hujan renyai-renyai.