Khamis, 3 Julai 2008

Power

Setelah sekian lama akhir baru sempat membotakkan kepala. Ayah adam ada meeting di shah alam dan selepas meeting ayah adam sempat singgah pkns. Kedai yang sama yang membotakkan ayah adam sewaktu ibu adam bekerja di Shah Alam. Kebetulan, ada expo pakaian wanita.

So ayah adam telefon ibu adam dan beritahu ibu adam.. Ibu adam cabar ayah adam untuk beli baju warna purple dan harga bawah RM50. Setelah berhempas pulas mencari memilih dan akhirnya dapat ayah adam memenuhi syarat yang ditetapkan. Ayah harap ibu adam seronok dan ceria.

Tentu banyak soalan yang bermain dalam fikiran ibu adam. Baju apa ya? Baju tidur ke ? Kebaya ke? Atau kurung? Apa yang purple? Bunga ke? Daun ke? Tanah ke? Kain jenis apa agaknya? Satin ke? Cotton ke? Fesyen lama ke? Fesyen terkini ke?

Hehe biar ibu adam meneka dalam kesamaran dengan pelbagai persoalan. Tungguuu. Kalau pembaca nak tahu. Hehe kena tunggu jugalah. Itu pun kalau ibu adam siarkan hehe