Hujung minggu ini, sekali lagi hujung minggu yang penuh aktiviti untuk Adam. Hari sabtu, dept ayah Adam mengadakan outing di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Kami bertolak lebih kurang pukul 7.45 dan tiba lebih kurang 8.30 pg.
Buat kali kedua, petemuan 3 Adam (Adam Kak Su, Adam Fiza dan Adam Siss) dan juga 3 baby yang hampir sebaya, Adam Harith, Harris dan juga Muhammad. Kali nih ada tambahan baby yang baru berusia 3 bulan, Sofi.
Buat kali kedua, petemuan 3 Adam (Adam Kak Su, Adam Fiza dan Adam Siss) dan juga 3 baby yang hampir sebaya, Adam Harith, Harris dan juga Muhammad. Kali nih ada tambahan baby yang baru berusia 3 bulan, Sofi.
Selepas bersarapan, diadakan sukaneka untuk semua diselang selikan dengan cabutan bertuah. Adam mengambil bahagian dalam acara mengutip gula2. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah pertandingan berakit, treasure hunt, flying fox dan juga rock climbing.
Petang Ahad pula, TASKA Adam mengadakan sambutan hari jadi untuk anak2 yang lahir bulan Mei, Jun dan Julai. Adam salah seorang yg diraikan.Yum yum .. gula gula
Sukaneka
Ibu adam tunjuk skill - jalan kingkong
Jurugambar sukarela..
Oleh kerana Adam demam dan batuknya kian teruk, Adam lebih banyak tidur dibilik sahaja, ditemani ibu, sementara ayah Adam sibuk sebagai cameramen. Majlis tamat selepas minum petang. Dalam perjalanan pulang, sempat juga ayah membeli durian ditepi jalan. Tiba dirumah dah maghrib, batuk dan demam Adam kian teruk.Seronok betul ..
Meriah
Petang jumaat ibu Adam telah menempah kek 2kg untuk majlis tersebut. Sambutan yang diadakan begitu meriah dengan kehadiran para ibu bapa dan juga kaum ibu kumpulan marhaban.
Alhamdulillah .. dapat toy.. Hadiah dari TASKA
Pukul 4, Adam pulang kerumah untuk berehat, dengan batuk dan demam yg masih belum reda.