Isnin, 14 Julai 2008

Apa Yang Berlaku...

Semenjak hari khamis hingga ke hari ini, ayah adam tidak sempat mengemaskini blog adam. Pasti peminat  setia adam tertanya tanya apa yang berlaku setelah adam keluar dari hospital. Seperti biasa ayah adam pula dijangkit virus yang sama. Apa lagi tumbang. Tak larat. Hari khamis lepas ayah adam sempat mengikuti Semarak HeiWay. Aktiviti yang menarik penuh dengan input input yang berguna untuk memastikan staff HeiTech Padu menghayati nilai HeiWay dan bagaimana nilai HeiWay ini bersamaan dengan ESQ way 165. Selama hari ini kita terlalu memfokuskan kepada IQ - Skill dan Knowledge serta komponen (EQ) - Altitude namun satu komponen asas yang penting sering dilupakan iaitu Spiritual. Ayah adam bukan nak promote ESQ Training tapi kalau berbanding dengan kursus dari barat rasanya ESQ Training memang telah mantap dan berasaskan kepada pendekatan Islam. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari http://www.esq.com.my dan untuk ESQ Training - bayaran yang dikenakan ialah RM1XXX ke atas di mana ayah adam rasa terlalu besar nilainya dalam keadaan semua harga barang meningkat naik. Apa pun yang penting ialah konsep di mana apa juga yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan rasa diri sentiasa diperhatikan oleh Allah swt. Bagi mereka yang mempunyai duit lebih dan tidak tahu nak ke mana dibelanjakan, apa kata mengikuti kursus ESQ yang diadakan selama 3 hari. Ayah adam akan cuba mencari buku ESQ untuk lebih memahami konsep ESQ.






Ayah adam bersama dengan ESQ Trainer - Aminul Rachman



Hari Jumaat, ayah adam tumbang, MC dan adam ayah hantar ke taska. Dan sepanjang hari sabtu, kami berada di rumah berehat dan bersantai.






Hari Ahad kami berjalan mengedarkan kad kenduri majlis perkahwinan uda serta singgah sebentar di Pandan Indah untuk berjumpa dengan Wan yang menjahit baju ibu. Alhamdulillah, adam telah dihadiahkan sepasang baju merah.




Terima kasih Auntie Wan.





Skill Terbaru adam