Sabtu, 26 Julai 2008

Pagi ini

Pagi ini kami ke Hospital Pakar Damansara untuk mengambil ubat batuk adam yang telah kehabisan. Temujanji adam dengan doktor pakar adalah pada 2/8/2008 jadi kami cuma minta doktor tambah ubah sahaja. Adam semakin baik. Batuk hanya kedengaran apabila dia tersedak. Dari Hospital Pakar Damansara, kami singgah di Tesco Mutiara Damansara. Bukan untuk bershopping namuin membeli sedikit barang keperluan. Mungkin agak lama kami bershopping, sehinggakan adam terlelap. Pulang dari Tesco, adam tidur. Mungkin keletihan. Dan sepanjang petang dihabiskan dengan berehat. Hampir pukul 6 lebih baru adam terjaga.

Malam ni ayah terima jemputan kenduri arwah di surau. Hampir pukul 10 lebih baru ayah sampai ke rumah. Adam masih lagi bertenaga namun jelas dari raut wajahnya adam dah mengantuk. Hampir setengah jam ayah membuai adam diiringi dengan zikir dan selawat akhirnya terlelap. Ibu adam tengah mengemas kain baju yang perlu di bawa esok.

Esok hari jadi mak atuk. Ayah dan adam masih belum terfikir nak bagi apa pada mak atuk. Esok juga ibu adam akan outstation selama 3 hari. Malam rabu baru balik ke KL. Esok juga ibu adam telah merancang pembersihan rumah. So agak sibuk rasanya.

0 comments:

Catat Ulasan