Sampai di rumah, adam begitu bertenaga. Sesekali menangis dan sesekali ketawa. Bermain dengan kipas yang baru ayah beli. Selain dari itu, kesukaannya belon. Ayah adam meniupkan beberapa belon khas buat adam bermain. Seronok melihat adam begitu ceria. Sehingga pukul 11.00 mlm adam masih lagi bertenaga dan cuba untuk tidak mahu tidur. Dari raut muka adam, jelas kelihatan adam keletihan namun berdegil untuk menahan diri dari tidur. Setelah dipaksa, pukul 11.30 mlm baru adam tidur. Dan ayah adam pun berehat.
Pukul 2 lebih, kedengaran suara adam menangis. Ibu adam masih lena tidur. Mungkin keletihan membersihkan 3 bilik dan ruang tamu. Ayah adam membancuh susu dan ketika ayah adam melangkah masuk ke bilik adam, ibu adam dah berada di sisi adam. Ayah sumbat mulut adam dengan botol dan kembali tidur. Adam kelihatan kembali melelapkan mata sambil menyonyot botol susu.
Ayah tak pasti pukul berapa ayah terjaga apabila sekali lagi adam menangis. Ayah adam menjenguk bilik adam dan kelihatan ibu adam sedang menepuk belakang adam dan adam sedang duduk. Selang beberapa minit, adam muntah. Kelihatan ketulan kecil susu dan air serta kahak. Ayah membantu ibu adam membasuh totoo sementara ibu adam membersihkan adam di bilik air. Setelah itu, ibu adam membentang satu lagi totoo dan memberikan adam botol air masak. Badan adam ketika itu agak panas sedikit. Dilapnya badan adam dengan air asam keping. Selang beberapa minit ketika ayah adam mendokong adam, sekali lagi adam batuk dan terus muntah. Benda yang sama keluar. Ketulan putih yang kecil, ayah berpendapat susu dan air serta kahak. Sekali lagi adam dibersihkan dan ayah adam pun sama. Membersihkan diri. Ayah adam berwuduk, dan meminta ibu adam menyediakan sejug air masak. Sementara ayah adam bersolat. Selesai bersolat, ayah adam bermunajat pada Yang Maha Esa agar adam diberikan kesihatan. Ayah adam membacakan Surah Al Fatihah, 3 Qul dan ayat kursi serta berzikir Basmallah sebanyak mana yang ayah adam mampu. Satu amalan yang diperolehi dari seorang ustaz ( arwah ) sewaktu menuntut di Sek Menengah Sains Muar.
Selesai berzikir, ayah adam mengambil minyak HERBAL HABBATUS SAUDA (Black seed) dan titikkan ke mulut adam sambil berdoa agar adam diberikan kesembuhan. Ayah adam sapu air yang dibacakan dengan zikir Basmallah pada badan adam. Ayah meminta ibu adam memasang bacaan Surah Al Baqarah dan kemudian, adam kembali terlelap. Ayah dan ibu kembali ke bilik tidur, Baru nak melelapkan mata, jam lonceng berbunyi tanda dah pukul 4.30 pagi. Oleh kerana keletihan, ayah dan ibu adam melelapkan mata.
Azan subuh mengejutkan ayah adam dari tidur. Ibu adam dalam bilik air sementara adam masih lagi lena tidur di dalam biliknya. Bacaan Surah Al Baqarah berkumandang menghiasi rumah ayah adam. Pukul 7.15, ayah adam mengejutkan adam. Oleh kerana ayah masih lagi lena tidur, ayah adam hanya bagi ubat sedut sahaja. Ayah adam berpesan pada cikgu adam agar memberikan ubat batuk dan demam setelah adam terjaga dan ubat sedut setiap 4 jam.
0 comments:
Catat Ulasan