Rabu, 30 Julai 2008

Pagi

Semalam, ayah dan adam jemput ibu di stesen komuter kepong sentral pukul 10 lebih. Kami sampai rumah pukul hampir pukul 11 lebih. Adam tidur setengah jam kemudian. Keletihan bermain di rumah mak atok.

Pagi tadi, ayah bangun pukul 5 pagi. Ibu adam kata dia sakit kepala. Lepas solat, ibu adam tidur balik. Kesian pula. Jadi ayah adam pun basuh baju, lepas tu masak air then tengok adam. Masih lagi lena. Ayah pilih baju biru, dan gosok baju tersebut.

Selesai gosok baju, baju yang di basuh pun selesai. Ayah pun jemur baju sementara baki baju kotor di basuh. Selesai menyidai baju, ayah tengok adam. Dah terjaga. Senyum dan tersengeh. Ada bau lak. Hehe adam berak.

Ayah sediakan air mandian then lepar beristinjak, ayah mandikan adam dan pakaikan adam dengan baju merah. Sementara ayah uruskan adam, ibu adam bersiap untuk ke tempat kerja. Selesai menyediakan adam, ayah hantar adam ke taska. Ayah bekalkan biskut jagung 5 keping.

Pulang dari taska, ayah adam bersarapan nasi lemak dengan air kopi. Pukul 8.30 pagi baru keluar dari rumah. Agak lewak kerana semalam, di rumah mak atok, adam mengaudit beg duit ayah. Hasilnya penemuan bahawa lesen memandu ayah telah tamat tempoh pada 10 Julai 2008. Jadi pagi ini ayah ke pejabat pos. Ayah hidupkan lesen memandu selama 3 tahun (30 Julai 2008 - 30 Julai 2011)

0 comments:

Catat Ulasan