Tak tahu pukul berapa adam tidur malam tadi kerana ayah adam tidur awal. Mungkin sebab kepenatan mental dan fizikal. Maklumlah berkursus. Malam tadi ayah adam menerima kunjungan Ketua Cawangan UMNO Sri Ehsan atas urusan menyemak dan seterusnya menandatangani Laporan Kewangan. Seperti biasa ayah adam diberikan taklimat berkenaan dengan mesyuarat cawangan UMNO Sri Ehsan.
Secara peribadi, ayah adam dan ibu adam menyertai Cawangan UMNO Sri Ehsan adalah kerana memberikan sokongan kekeluargaan kepada Ketua Cawangan. Cawangan UMNO Sri Ehsan lebih bersifat kepada kekeluargaan dari politik. Kami berkumpul dan berbicara berkenaan dengan keluarga. Selain terdapat selingan politik. Biasanya tiada pertandingan dan perlantikan berdasarkan semangat kekeluargaan.
Malam ini dijadualkan mesyuarat akan diadakan selepas solat maghrib di kedai Rahmatullah berhampiran dengan Desa Jaya. Biasanya melibatkan 6 keluarga. Tentu meriah dan seronok. Apa pun kami mungkin tak dapat lama kerana adam masih dalam proses penyembuhan.

0 comments:
Catat Ulasan