Seharian ayah rasa agak stress, terutama setelah melalui malam yang cukup panjang dalam hidup ayah adam. Apa tidaknya batuk adam semakin menjadi jadi. Dan malam tadi adam muntah. Kesian rasanya. Ubat dah pun diberikan namun seperti biasa kesannya akan mengambil masa. Bingung fikiran ayah adam. Ayah adam tak tahu dari mana adam mendapat jangkitan namun, adam dah kena jangkitan dan sekarang nie dalam proses perawatan. Selain ubat ubatan, tak lupa doa pada Yang Maha Esa agar dikurniakan kesembuhan.Pening kepala ayah adam. Rakan ayah beritahu ayah, kalau adam berada di taska, ramai baby ramai kawan kawan, dia terdedah kepada jangkitan. Cari saja pembantu rumah. Biar adam berada di rumah. Anak kawan ayah adam pun begitu. Sering aje sakit bila berhenti dari hantar taska, tak pula sakit. Sebenarnya bukan ayah adam tak nak mengambil pembantu rumah, memanglah kalau boleh ayah adam nak mengupah pembantu rumah. Tapi, terdapat banyak isu yang perlu diambil kira. Antaranya, latar belakang pembantu rumah, keperluan pembantu rumah, dan pendidikan adam.
Pembantu rumah akan menghabiskan masa yang panjang bersama adam. Sekiranya latar belakang yang baik, Alhamdulilah tapi kalau sebaliknya sukar. Entah apa yang akan adam dengar, adam pelajari dan adam ikuti? Selain itu keadaan rumah ayah adam yang kecil dan cuma mempunyai 3bilik juga menyukarkan ayah adam untuk menyediakan keperluan pembantu rumah tersebut seperti bilik khas untuk tidur dan aktiviti peribadi dia. yang paling penting pendidikan adam. Nyaya nanti kalau adam pandai berbahasa indonesia namun gagal berbahasa melayu.
.jpg)
Kalau ikut hati ayah, memang ayah nak cari seorang lagi isteri yang sanggup duduk di rumah, menjaga adam dan mendidik adam serta membantu ibu adam menguruskan rumah. Tapi ada ke wanita yang sanggup memikul tanggungjawap tersebut. Ada pula yang bersuara kenapa tak suruh ibu adam berhenti kerja dan duduk rumah menjaga adam. Jawapan ayah adam simple. Ibu adam dah bekerja dengan kerajaan dan mempunyai faedah perubatan dan faedah persaraan. Ayah adam tidak mahu mengadaikan keperluan masa depan ibu adam demi kehendak dan keperluan ayah adam masa kini.
Minggu depan 4 malam ibu adam tiada di rumah kerana urusan kerja. dan minggu berikutnya 5 malam ibu adam akan berada di Pahang. Juga atas urusan kerja. Bererti ayah adam akan menghabiskan banyak masa untuk adam. Bila ibu adam outstation maka semua urusan rumah tangga terletak dibatu jemala ayah adam. Kadang kadang ayah adam rasa letih dan penat. Rasa nak berehat. Namun ayah adam tak mampu nak sub kontrakkan adam untuk dijaga oleh orang lain. Sekiranya adam masih lagi batuk maka, bersendirian menjaga adam adalah satu cabaran yang hebat. Ramai yang kesiankan ibu adam kerana terpaksa meninggalkan adam dalam jagaan ayah adam namun ramai yang terlupa untuk memahami hati dan perasaan ayah adam sebagai seorang suami dan seorang ayah.
(01).jpg)


0 comments:
Catat Ulasan