Selasa, 15 Julai 2008

Awal hari ini

Pukul 6.30, adam terpaksa dibangunkan dan dimandikan. Lampin Pakai Buang adam bocor lagi. Semalam adam tidur awal. Pukul 9 lebih dah tidur. Macam mana tak awal, dari pukul 3 ptg tak tidur. Ayah balik lewat semalam. Maklumlah masuk lewat sebab jem teruk jadi balik lepas maghrib. Ayah sampai saja rumah, adam ajak ayah main bola. Melayan adamlah. Sampai adam keletihan. Sementara ayah dan ibu adam menjamah makanan, adam ayah masukkan ke dalam buai. Sedar sedar, adam dah terlena diulit mimpi. Keletihan sungguh.



Sementara menanti ayah dan ibu bersiap adam main kotak hadiah.
"Ayah ... kotak nie kosong lah .. mana hadiahnya .."

0 comments:

Catat Ulasan