Rabu, 16 Julai 2008

Jawapan kepada yang bertanya

Ayah adam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi menghantar pesanan kepada ayah adam bertanya tentang status percubaan untuk menjadikan adam sebagai anak susuan. Untuk pengetahuan, untuk menjadikan seorang bayi itu sebagai bayi susuan, bayi berkenaan mesti meminum susu ibu sebanyak 3 kali kenyang dan usia bayi tersebut mestilah 2 tahun ke bawah. Adam masih ada lagi 1 tahun lagi untuk ayah dan ibu adam berusaha menghasilkan susu ibu.

Proses menghasilkan susu ibu ini amat mencabar sebenarnya bagi bayi yang tidak lagi mahu menyonyot puting ibu. Macam adam. Tugas merangsang puting ibu adalah terjatuh secara automatik pada ayah adam. Dan sehingga ke saat ini, ayah adam masih lagi GAGAL untuk merangsang puting ibu adam agar mengeluarkan susu. Tentunya selain dari rangsangan pada puting, ubat juga perlu diambil.

Kepada mereka yang sedang berusaha, ayah adam doakan agar kita sama sama berjaya dalam usaha kita untuk mendapatkan susu ibu 3 kali kenyang.

0 comments:

Catat Ulasan