Ayah adam bangun lewat. Pukul 6.30 pagi baru bangun. Alhamdulillah, adam semakin baik dari semalam. Adam bangun dengan penuh keceriaan namun hidupnya penuh dengan hingus yang telah kering. Pagi tadi ayah bagi ubat Ventolin, ubat demam dan ubat batuk serta ubat untuk hidung. Seperti biasa, ayah hantar ke taska.
Ketika ayah membeli sarapan pagi, ayah adam terdengar suara adam menangis. Tentu cikgu adam meletakan adam dilantai. Batuknya kedengaran beserta dengan tangisan. Kalau ikut hati ayah adam, hendak sahaja ayah adam mengambil adam kembali dan menjaga adam sepanjang hari ini namun ayah adam ada mesyuarat penting di pejabat. Sayu hati ayah adam.
Tender oh tender
16 tahun yang lalu
.jpg)

