2 helai baju kurung, berharga RM100 bererti setiap satu berharga RM50 memenuhi syarat yang pertama. Saiz M tidak susah untuk dicari dan warna purple memang memeningkan kepada ayah adam. Yang mana satu? Bunganya ke ? Daunnya ke? Atau Tanahnya? Ayah adam membuat keputusan untuk memilih warna ungu adalah bunganya. Latar belakang hitam dan satu lagi latar belakang putih tapi keunguan.
Selesai memilih baju, ayah adam ke gerai yang menjual tudung. Untuk menyamakan ("maching") tudung dengan baju. Ayah adam meminta bantuan dari adik comel manis yang menjaga gerai tudung membantu. Seperti yang biasa ayah adam lihat, 4 helai tudung dipilihnya dan di letakkan di atas baju. Satu proses yang agak sukar bagi ayah adam memahaminya. Setelah setengah jam, baru selesai untuk sepasang baju, lagi satu pasang. Akhirnya setelah hampir sejam, selesai pemilihan 2 helai tudung. Ayah adam bayar harganya dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu ayah adam.
Malam tadi, dengan penuh debaran ayah adam membawa pulang 2 pasang baju kurung dengan tudungnya sekali. Suka ke? Gembira tak isteri kesayanganku? Apa pun bagaimana reaksi ibu adam dan apa perasaan ibu adam, bukan hak ayah adam untuk menceritakannya. Apa pun lihat saja gambar di bawah:
2 pasang baju kurung dengan 2 helai tudung
Satu persoalan untuk pembaca wanita, apa persaan anda bila menerima 2 pasang baju kurung dengan 2 helai tudung dari seorang lelaki (tak kisahlah yang bergelar suami atau kekasih)?
Dan
Buat pembaca lelaki, adakah anda juga merasakan apa yang ayah adam rasa "tension" untuk membelikan 2 pasang baju dan 2 helai tudung namun anda tetap cuba berusaha dengan sedaya dan semampu anda untuk memenuhi permintaan orang yang anda hargai?


