Khamis, 27 Disember 2007

Surat misteri.

Petang semalam, ayah angkut barang dari rumah lama. Lepas tu ke rumah mak atuk utk ambil surat2. Ayah bagi ibu satu surat bersampul putih, bertulisan tangan nama ayah dan ibu. Pelik, ibu tak sabar nak tau pengirimnya. Malangnya tiada nama, cuma tandatangan tulisan jawi.
Baru 2 baris, selepas penulis memperkenalkan diri, air mata ibu tak dapat dibendung lagi. Ibu tak sanggup membaca pada mulanya, tapi ayah paksa juga ibu membacanya dengan kuat, sebab ayah sendiri pun tak sanggup membaca ayat2 seterusnya. Maka terpaksalah ibu baca dengan linangan air mata.

Betullah apa yang ibu rasa semenjak kebelakangan ini. Mak kandung Adam terlalu rindukan Adam. Pastinya rindunya dah tak tertahan lagi hingga memaksanya menulis surat ini. Selain dari menyatakan rindunya, mak kandung Adam juga meminta beberapa keping gambar Adam buat tatapan dikala kerinduan. Walaupun tidak diminta untuk berjumpa, tapi atas perikemanusiaan, Adam akan dibawa berjumpa mak kandungnya hujung minggu ni.

0 comments:

Catat Ulasan