Khamis, 27 Disember 2007

Kasihnya ibu..

Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, Adam agak gelisah bila tidur, terutamanya malam tadi. Hampir setiap 5 minit dia pastinya merengek, sedangkan matanya tidur lena. Ibu Adam sendiri pun sering teringatkan Ibu kandung Adam semenjak dua menjak ini. Dan ibu Adam tidak dapat menghubungi 'orang-orang yang berkenaan' untuk bertanya tentang ibu kandung Adam. Hari ini, pagi2 lagi ibu dah call pejabat untuk mendapatkan no telepon yang diperlukan. Betul dan tepat tekaan ibu. Ibu kandung Adam rindukan Adam, dan ada bertanyakan tentang Adam. Sebenarnya Ibu dan nenek kandung Adam ingin melawat Adam masa Adam dimasukkan ke ward dahulu, tetapi terhalang kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.
Ibu dah bertanya bilakah hari dan masa yang sesuai untuk Adam bertemu ibu kandungnya. Insya-Allah dalam masa yang terdekat, jika tiada aral melintang, Adam akan dipertemukan dengan orang yang mengandung dan melahirkannya. Ibu diminta membawa beberapa keping gambar Adam untuk tatapan Ibu Adam dikala kerinduan. Ibu jelaskan bahawa blog kisah dan gambar Adam dikemaskini hampir setiap hari, dan jika ada internet ibu kandung Adam pastinya boleh mengikuti kisah Adam.

0 comments:

Catat Ulasan